.... Mahathir – Dollah dah Melampau.!!!
Oleh: Nur Suria

Berita penangkapan 6 orang aktivis Reformasi di Melaka kerana menyertai berjalan untuk Kemerdekaan dan menyebarkan risalah kepada orang ramai jelas menunjukkan sikap takut Dollah Badwi dan Mahathir terhadap gelombang kebangkitan rakyat dalam menyanggah sifat munafik mereka yang terus-terusan menekan rakyat.

Penulis ingin membawa para pembaca kepada satu article dalam akhbar The Star yang memetik ucapan Dollah yang menyeru umat Islam agar bertindak berpandukan Al-Quran. Dollah Badwi bercakap saolah-olah beliau berada di atas daripada Al-Quran dengan menyeru rakyat bertindak berpandu Al-Quran sedangkan tindak – tanduk Dollah ini langsung tidak berpandukan Al-Quran. Adakah dengan menghalang DS Anwar Ibrahim dari pada berubat di German itu berpandukan Al-Quran? Dollah Badawi jangan jadi seorang yang MUNAFIK dan mempermainkan Al-Quran. Inikah sikap anak seorang Ulama terkenal ? Dengan berbinkan seorang Ulama tidak bermakna kita boleh mempersendakan Al-Quran wahai Dollah ooi….   

Sebenarnya banyak tindak – tanduk Dollah Badawi sejak kebelakangan ini benar – benar melambangkan sifat munafiknya. Sebagai Menteri Dalam Negeri Dollah tidak boleh lari daripada bertanggung jawab terhadap segala salah laku Polis dalam menangani kebangkitan rakyat. Laporan SUHAKAM ekoran kejadian di Lebuhraya Kesas dan Jalan Kebun terang – terang menyalahkan Polis terhadap insiden tersebut , malah menurut SUHAKAM lagi untuk menimbulkan situasi provokatif pihak Polis sanggup melakonkan peristiwa sekumpulan Polis memukul para peserta demo (yang sebenarnya Polis juga) bagi menarik tindak balas orang ramai untuk menjustifykan tindakan Polis menyerang para peserta perhimpunan aman itu.

Penangkapan para aktivis PAS di bawah ISA kononnya terlibat dengan Kumpulan Mujahidin Malaysia adakah berpandukan Al-Quran? Sekarang ini mereka difitnah dengan pelbagai tuduhan yang direka-reka sedangkan mereka tidak mampu membela diri kerana tiada pertuduhan dilakukan di dalam mahkamah melainkan dituduh melalui sidang akhbar sahaja.

Sebenarnya apa yang berlaku selama ini hanyalah satu usaha terancang pihak polis untuk menekan dan menakutkan rakyat agar kebangkitan rakyat ini terbantut dan kedudukan Mahathir , Dollah dan kuncu-kuncu mereka terselamat dan menjelang pemilu ke 11 nanti masih berada di puncak kuasa.

Kita di pihak BA ini hendaklah berusaha agar perancangan mereka ini menemui kegagalan dan pastikan Umno / BN ini kecundang dan kerajaan baru BA ditabalkan menjadi pemerintah yang baru pula. 

Hentikan bersengketa sesama sendiri dan halakan muncung senapang kita kepada musuh sebenar dan bukannya kepada rakan seperjuangan dalam BA. Kepada kepimpinan DAP dan PAS kita mengharapkan mereka mencari titik perdamaian dan menyelesaikan  persengketaan ini ‘once and for all’ agar tidak dijadikan senjata oleh BN untuk terus menerus menyerang kita.

Polimik yang berlaku sekarang ini hanyalah antara para pemimpin atasan kedua-dua parti itu sahaja sedangkan ahli dan penyokong peringkat akar umbi langsung tidak terusik dengan isu Negara Islam ini. Hasil kongress DAP baru-baru ini adalah testimoni kepada persoalan ini iaitu menyerahkan kepada pihak Jawatankuasa Pusat parti itu untuk menguruskan permasalahan ini dengan pucuk pimpinan PAS.

Bukankah ini satu mesej yang cukup jelas bahawa kami di pihak akar umbi ini tidak pernah mahu mempolimik dan mempolitikkan isu-isu ini. Apa yang kami mahu ialah pihak kepimpinan BA ini menguruskan kebangkitan rakyat ini sebaik mungkin dan penuh kebijaksanaan agar menjelang pemilu ke-11 nanti berlaku perubahan pemerintahan secara aman dan pemimpin BN yang rasuah, yang merompak rakyat, yang menyalahguna kuasa , yang memukul DSAI dalam lokap Bukit Aman itu dibawa ke muka pengadilan. 

Wasalam……Reformasi 3x…………..Allahuakbar 3x………

Nur Suria - 21-08-01

SILA KLIK UNTUK MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL TANPA KEBENARAN PENULIS.
Click Here!