 |
.... |
NATIJAH
PENINDASAN BN TERHADAP BA
Oleh:
Nur Suria |
Kebelakangan ini tindakan
polis terhadap penyokong BA terutamanya ke atas penyokong dan aktivis PAS
semakin menjadi-jadi . Bermula daripada pengharaman ceramah di tempat terbuka
sehinggalah kepada penahanan di bawah akta drakonian ISA 8 orang aktivis
PAS dan diikuti dengan penahanan Nik Mohd Abduh anakanda kepada Tuan Guru
Nik Aziz Nik Mat Menteri Besar Kelantan.
Sudah pastilah tindakan polis itu
adalah atas arahan Bos nombor satu iaitu Menteri Dalam Negeri Dollah ‘BadDevil’
yang semestilah mendapat restu Mahafrakaun. Tindakan pihak polis menghalang
ceramah demi ceramah yang dianjurkan oleh BA adakalanya dengan kekerasan
dengan mengerah segala kekuatan FRU, PGA, SB, polis trafik dan anggota
polis biasa. Saolah-olah para hadirin yang datang mendengar ceramah itu
adalah golongan yang membawa senjata dan bersedia untuk berperang dengan
pihak berkuasa. Sedangkan yang hadir itu terdiri daripada mereka yang datang
bersama isteri dan ada yang membawa anak kecil semata-mata untuk mendengar
ucapan, hujah dan pandangan alternatif dari pihak BA tentang sesuatu isu
dalam negara kita ini.
Ketahuilah aktiviti mendengar ceramah
ini adalah sebahagian daripada budaya dan cara hidup orang Melayu. Jika
ada suatu perayaan keagamaan seperti Israk mikraj, Maulidur-Rasul, Maal
Hijrah dan lain-lain lagi aktiviti mendengar ceramah ini adalah acara kemuncak
kepada perayaan tersebut dikalangan umat Islam. Takkanlah Bad Devil dan
Norian mai tak tahu akan perkara ini. Jika Mahafrakaun itu mungkinlah sebab
dia tu bukan Melayu . Islamnya Wallahhuaklam Allah jualah yang maha mengetahui.
Sebagai umat Islam terutamanya
yang lelaki setiap minggu kita pasti pergi mendengar ceramah di Mesjid
untuk menunaikan Fardhu Jumaat dan sembahyang pun 2 rakaat sebab pahala
dua khutbah itu menggantikan pahala 2 rakaat tadi.begitulah sinonimnya
ceramah ini baik agama maupun politik dikalangan orang Islam dan tindakan
polis menghalang orang ramai daripada mendengar ceramah ini seperti menghalang
dan menafikan hak orang Islam menunaikan kewajipann mereka terhadap agama.
Kita juga sedia maklum aktiviti mendengar ceramah agama ini akan mendapat
ganjaran pahala disisi Allah.
Tindakan ganas polis ini di khuatiri
akan menimbulkan kemarahan yang amat sangat umat Islam terhadap pihak berkuasa.
Kemarahan orang Islam ini telah pun ditunjukkan terhadap Umno dan BN dengan
penolakkan undi Melayu terhadap BN dimana statistik menunjukkan 64 % telah
pun berbuat demikian dalam pemilu ke 10 yang lalu dan dari laporan para
siput babi (SB) , mutakhir ini peratusnya telah meningkat menjadi 68 %.
Pada Dollah badawi dan Norian Mai diingatkan jangan sampai institusi polis
ini dihina oleh masyarakat sehingga berlaku pulau-memulau terhadap para
anggota polis dan anak isteri mereka.
Dari pihak BA terutamanya PAS dan
keADILan kemelut ini memberikan ‘political milage’ yang amat baik sekali
. Simpati rakyat marhaen kepada kedua parti ini semakin bertambah dan kebencian
terhadap Umno dan BN meluap-luap.
Baru-baru ini Presiden PAS YB Datuk
Fadzil Noor telah dijemput untuk memberikan ceramah disamping merasmikan
penubuhan satu lagi cawangan PAS . Lebih kurang 50 orang ahli Umno telah
bertindak keluar parti dan menubuhkan cawangan PAS di Kg. Pengkalan Kakap
dalam DUN Tanjung Dawai dan Parlimen Merbuk, satu kawasan yang dahulu hampir
100 % penduduknya pendukung Umno. Tapi kini ekoran perletakan Jawatan oleh
Daim Zainuddin sebagai menteri kewangan dan semua jawatan dalam kerajaan
, cengkaman Umno telah mula longgar.
Untuk menghalang ceramah tersebut,
pihak PGA dan FRU telah berkawal dan berkawad menunjukkan kekuatan dan
cuba menakutkan para hadirin mengakibatkan pihak penganjur terpaksa memindahkan
tempat program itu ke Balai Islam Merbuk yang jaraknya 2 KM dari tempat
asal. Hanya semata-mata untuk merasmi dan mendengar ceramah para hadirin
berpusu-pusu ke Balai Islam tersebut dengan perasaan marah dan penuh dendam.
Akibat dari peristiwa itu seramai
400 orang ahli Umno disekitar kawasan tersebut telah bertindak keluar parti
dan menubuhkan 4 lagi cawangan PAS di sekitar DUN Tanjung Dawai . Berita
ini telah disahkan oleh Saudara Aris Awang Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri
Kedah dan Ustaz Firdaus Jaafar Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Merbuk dalam
satu Majlis Mesra dengan ahli PAS dan BA cawangan Taman Selasih, Kulim
baru-baru ini.
Kita percaya kebinasaan Umno itu semakin
hampir ini adalah berkat doa dan solat hajat yang diadakan di segenap cerok
rantau yang mana telah dicemuh oleh orang Umno dengan kata-kata “ Hangpa
buatlah solat hajat berapa kali pun , tengok tak dak apa pun Anwar dok
di dalam jugak” . Begitulah sombong dan takburnya orang Umno. Nah !!! sekarang
kita telah dapat melihat Umno dan rakan-rakannya dalam BN sedang dilanda
taufan dan YAKINLAH TELAH TIBA MASANYA KITA KUBURKAN UMNO DAN BN ITU SEKAPAL
TERUS. BANTUAN DARI LANGIT TELAH TIBA…………….
BA MERBUK BERSIAP SIAGAlah untuk pilihanraya
Kecil Merbuk dan kemungkinan besar pilihanraya kecil ini bakal diadakan
serentak dengan pilihanraya umum Negeri Sarawak sebagai satu cara BN mengurangkan
penumpuan kempen BA terhadap PRK Merbuk ini.
Lupakan episod Likas. Tumpukan perhatian
kepada N.3 dan N.4 Parlimen Santubong dan Merbuk.
Allahhuakbar !!!!3x Reformasi
!!!3x……
Nur Suria - 06-08-01
SILA
KLIK UNTUK
MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA
MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA
ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL
TANPA KEBENARAN PENULIS. |
|
|