.... MAHATHIR: BAU BUSUK TIDAK BERBANGKAI
Oleh: Naz

Bukan mudah untuk mendapatkan pemimpin yang kepemimpinannya mendapat pengiktirafan daripada cendekiawan antarabangsa. Sementelahan, cendekiawan antarabangsa selalunya mudah memberikan warna yang muram kepada pemimpin Asia apatah lagi pemimpin Melayu. Justeru, bangsa Melayu sewajarnya berasa bangga dengan kepemimpinan Dato Seri Anwar Ibrahim yang mendapat pengiktirafan daripada cendekiawan antarabangsa sebagai Tokoh Asia Baru, Lambang Kebangkitan Tamadun Timur dan Lambang Abad 21.

Tenaga asas yang menggerakkan keyakinan cendekiawan antarabangsa mengiktiraf kepemimpinan Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai antara negarawan terbilang dunia tidak lain daripada dinamika Gagasan masyarakat Madani, ketinggian akal budi dan kecekalan diri yang terpancar dalam kehidupan dan idealisme perjuangan beliau.

Dalam buku Gelombang Kebangkitan Asia, Dato Seri Anwar Ibrahim telah mengutarakan dan menghuraikan konsep Masyarakat Madani yang mendapat pujian daripada cendekiawan antarabangsa sebagai gagasan besar yang melengkapi kehendak sistem politik yang adil, ekonomi yang menguntungkan rakyat dan sistem sosial yang wajar. Gelombang Kebangkitan Asia menyerlahkan kehebatan berfikir yang menyentuh pelbagai bidang - ekonomi, falsafah, kesusasteraan, peradaban, politik dan sosial yang relavan dan merangsangkan pemikiran masyarakat atau pembaca. Gagasan pemikiran yang mendasari Gelombang Kebangkitan Asia tidak mungkin mampu dihasilkan kalau bukan oleh seorang pemikir besar yang berjiwa besar dan berpandangan jauh. Justeru, gelombang Kebangkitan Asia tidak seperti buku Dilema Melayu yang hanya sarat dengan ungkapan KUNUNNYA sahaja. 

Sesungguhnya kewibawaan kepemimpinan Dato Seri Anwar Ibrahim benar-benar telah dapat meyakinkan cendekiawan antarabangsa bahawa beliau adalah tokoh pemimpin yang ditunggu-tunggu dan diharap-harapkan untuk mempelopori dan mengemudi kuasa pemodenan baru bukan setakat Asia, hatta masyarakat antarabangsa agar lebih memahami convivencia sejagat dalam meniti masa alaf baru.

Malangnya, ramai penganalisis politik terkemuka diperingkat antarabangsa yang berpendapat bahawa Mahathir@Firaun dan kuncu-kuncunya telah melancarkan ‘konspirasi politik kotor’ untuk mengenyahkan Dato Seri Anwar Ibrahim daripada arena politik dan kerajaan kerana menanggapi buku Gelombang Kebangkitan Asia sebagai gagasan yang bukan sahaja telah mengusangkan standard Malaysia : Melangkah ke Hadapan tetapi juga memungkinkan mahkota kekuasaan Mahathir@Firaun dan kuncu-kuncunya umpama tergantung di hujung seutas benang.

Seseorang Islam yang tidak munafik akan percaya kepada kewujudan sahabat dan musuh yang kekal. Jalinan persahabatan Saidina Abu Bakar dengan Rasulullah dan begitu juga dengan sifat permusuhan Abu Lahab terhadap Rasulullah, kedua-duanya kekal hingga ke akhir hayat mereka. Seseorang Islam yang tidak munafik juga tidak mempersenda-sendakan hukum Islam yang jelas terkandung dalam al-Quran, tidak menghina Sunnah Rasulullah, tidak mencerca para ulama dan tidak menghasilkan fitnah sebagai senjata untuk menghancurkan pemimpin yang baik hanya kerana mempertahankan kepentingan nepotisme dan kronisme diri.

Justeru, Mahathir@Firaun yang tidak percaya kepada kewujudan sahabat dan musuh yang kekal, yang tergamak mempersenda-sendakan hukum Islam, menghina Sunnah Rasulullah, mencerca para ulama dan yang menghasilkan fitnah untuk menterbalikkan imej baik Dato Seri Anwar Ibrahim yang tersohor baik kepada imej buruk maka sudah tentu kearifan rakyat Malaysia yang setia kepada kebenaran dan keadilan sudah tentu mampu menilai taraf kemukminan Mahathir@Firaun dan para kroninya. 

Malangnya, sejarah memberitahu kita bahawa ramai mukmin yang baik yang menjadi mangsa fitnah oleh orang-orang yang munafik dan terkutuk. Tun Mutahir, Hang Tuah, Hang Nadim dan Mahsuri (sekadar beberapa nama) adalah nama-nama besar dalam Sejarah Melayu yang menjadi mangsa fitnah oleh orang-orang yang munafik dan terkutuk tetapi tercicir daripada ingatan sebagai penyakit lama Melayu oleh sesetengah aktivitis politik seperti Anak Yatim.

Saat ini, Dato Seri Anwar Ibrahim adalah mangsa fitnah busuk yang tidak berbangkai oleh Mahathir@Firaun dan kuncu-kuncunya yang menggegarkan dunia. Tidak syak lagi bahawa Mahathir@Firaun dan kuncu-kuncunya adalah orang yang sungguh-sungguh keparat dan munafik kerana telah memfitnah Dato Seri Anwar Ibrahim dengan cara menterbalikkan ‘imej takwa’ beliau kepada ‘imej durjana’ bagi menghalalkan pemecatannya daripada semua jawatan yang dipegangnya dalam negara dan antarabangsa; kemudian memaksa rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa agar mempercayai fitnah busuk tidak berbangkai’ mereka dengan berkata : "Keseluruhan cerita mengenai tuduhan ke atas Anwar tidak difahami sepenuhnya oleh rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa".
Mahathir@Firaun dan kuncu-kuncunya adalah binatang yang bertopengkan manusia yang amat menjijikkan umat Islam dan masyarakat antarabangsa. Sebab itulah rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa bukan sahaja tidak percaya, bahkan menentang fitnah busuk tidak berbangkai’ Mahathir@Firaun dan kuncu-kuncunya yang mereka alamatkan kepada Dato Seri Anwar Ibrahim. Justeru, Mahathir@Firaun dan kuncu-kuncunyalah sekarang ini yang seperti ‘anjing kepala busuk’ kerana ‘takut kepada bayang-bayangnya sendiri’.

Dalam membincangkan perjuangan pemimpin yang beriman seperti Dato Seri Anwar Ibrahim memang amat menarik, meskipun dengan wujudnya penggagalan terhadap perjuangan beliau namun tidak menjadikannya kurang menarik kerana cabaran yang merintangi perjuangannya laksana seni mukaddas agung sebagai khazanah pedoman generasi mendatang. Sejarah manusia memang tidak pernah sunyi daripada kehadiran pemimpin yang berani mempertahankan keadilan, kebaikan dan kebenaran, sekalipun hidup dalam penyeksaan yang amat menyedihkan.

Justeru itu hanya pemimpin yang sungguh-sungguh beriman, berjiwa besar dan berpandangan jauh sahaja yang bukan sahaja mampu menghadirkan kejayaan, tetapi juga bersedia menghadapi penyeksaan demi mempertahankan prinsip keadilan, kebaikan dan kebenaran sebagaimana yang dialami oleh para ‘Ulul-Azmi’, Jose Rizal, Dr. Burhanuddin Al-Helmi, Datuk Ahmad Boestamam, Dr. Syed Husin Ali dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Generasi Melayu hari ini amat bertuah kerana sempat menyaksikan hadirnya Dato Seri Anwar Ibrahim yang kepemimpinannya mempesonakan dunia dan ‘fitnah busuk tidak berbangkai’ yang ditimpakan ke atasnya menggegarkan dunia, dan pasti generasi mendatang akan menoleh ke zaman ini sebagai ‘kemuncak pengamalan prinsip kebangsatan’ oleh suatu parti politik dan kerajaan yang terkutuk di negara ini.

Lidah memang tidak bertulang tetapi lidah Mahathir@Firaun dan talibarutnya bercabang. Sebab itu, walaupun, maruah dan martabat ‘’Mahathit@Firaun dan talibarutnya sudah berkecai ekoran ‘kepecahan tempayan budunya’ namun lidahnya masih memujuk gundah-gulana dirinya sendiri dengan berkata : "Rakyat tidak lagi menyayangi Dato Seri Anwar Ibrahim – dan ia akan dilupakan secara perlahan-lahan dalam masa tiga bulan". Ungkapan tersebut mungkin tidak terlalu pongah, tetapi seolah-olah ada muslihat untuk mengajak rakyat ’menghilangkan ikan dalam kerabu’. Namun, belum tentu ‘siapa terbilang dan siapa terbuang’ di hati rakyat dan generasi akan datang. Bahkan sekiranya pilihanraya adil dan telus di negara ini, nescaya gelombang keberangan dan taufan ketidakpercayaan rakyat terhadap Mahathir @Firaun dan juak-juaknya akan dapat membuktikan bahawa ‘siapa yang menyemai angin akan menuai badai’.

- Nas 05.12.01.


FREE - An online program to make a huge income. more info
Click Here!