 |
.... |
Kemelut
Yang Belum Selesai
Oleh:
Marhain Muda |
Kemangkatan Agong,
Kemelut Politik Malaysia dan Pencabulan Afghanistan
Maka mangkatlah sudah Yang DiPertuan
Agong bagi Malaysia Darul Muslimin yang diriwayatkan pernah berpesan agar
orang ramai menyokong UMNO. Almarhum berusia setahun lebih muda dari memanda
Mamak Perdana menteri yang kini begitu bangga dengan popularitinya yang
kunonnya meningkat sejenak lantaran peristiwa 11 September di New York.
Adapun, di kaca TV semasa dipersaksikan kepada rakyat marhain upacara pengkebumian
Almarhum, jelas kelihatan kesugulan mamak Perdana Menteri – sama ada beliau
kini insaf bahawa beliau juga akan turut satu hari nanti akan ke liang
lahad ataupun beliau sedih kerana kehilangan satu-satunya Sultan yang dapat
dirasuah beliau agar tidak mencampuri hal-ehwal pemerintahan negara ini,
hanya Allah SWT yang maha mengetahui.
Mamak Perdana menteri kini kurang
sebulan sebelum menyambut harijadinya yang ke-76. Namun, tiada tanda-tanda
jelas bahawa beliau akan berundur untuk memberi laluan kepada pemimpin-pemimpin
muda yang lebih memahami kehendak rakyat marhain semasa, yang rata-rata
inginkan pembaharuan. Seorang tua berusia 75 tahun tidak mungkin dapat
memahami arus perubahan sebagaimana seorang tua yang kini menjadi Editor-in-chief
akhbar the New Shit Times – Pak Lah Kok Lanas. Kalau kita lihat saban hari
di kedai-kedai yang menjual akhbar, dapatlah kita membuat perbandingan
antara akhbar Star milik Cina dan akhbar New Shit Times milik Melayu –
yang satu begitu laku sekali, dengan naskhah-naskhahnya disusun dipagi
hari 2 kaki lebih tinggi dari yang satu lagi, yang hanya dijual dalam jumlah
ala-kadar. Menjelang petang, susunan akhbar yang pagi tadi lebih tinggi
itu, akan menjadi lebih rendah dari susunan akhbar yang rendah pada
waktu pagi.
Demikianlah nasib akhbar New Shit
Times yang kini dinakhodai seorang pengarang tua yang hanya Allah SWT yang
tahu apakah dia masih berkiblatkan Karl Marx yang tidak percaya akan dia
kewujudan ilahi ‘azza wajalla. Orang yang pernah ‘dibuang negeri’ seketika
untuk mendiami New York dan London – jauh lebih mewah hidupnya dari kehidupan
di Kok Lanas. Namun, cara hidupnya memang sentiasa mewah sehingga pernah
menekan Syarikat Permodalan Kebangsaan untuk membayar gajinya sebanyak
RM60,000 sebulan di suatu ketika. Kini SPK begitu sukar bernafas.
Apakah seorang tua seperti beliau
dapat memahami kehendak dan citarasa pembaca masakini? Apakah pemikiran
beliau, melalui penulisan beliau – sama ada dalam The New Shit Times dan
Mingguan Meloya – merupakan pemikiran mainstream rakyat marhain masakini?
Apakah beliau tidak fikir bahawa rakyat sudah jelek dengan kehaprakan dan
kebobrokan kepimpinan Mamak memanda Perdana menteri?
Maka demikianlah tanah air tercinta
ini, yang kini masih dinakhodai seorang ahli politik tua yang sudah melampaui
tempoh ‘baik sebelum’ yang tercatat dipelekat kulitnya yang tebal dan tidak
tahu malu itu. Mampukah seorang yang berusia 76 tahun memahami kehendak
rakyat marhain negara ini yang mempunyai usia pukul rata setengah dari
usia beliau? Cuba bayangkan sejenak – andainya pilihanraya yang akan datang
diadakan dalam tahun 2004, Barisan Najis (BN) akan tetap dipimpin oleh
mamak memanda yang akan menjangkau usia 79 tahun! Kalau kita amati kaca
TV kita berhati-hati setiap kali pemimpin besar kita Ben Kutty berucap,
dapatlah kita perhatikan lehernya yang sudah berkedut. Bahawa, bawah dari
raut wajahnya yang kita tatapi saban hari, terdapat sebuah tubuh seorang
insan yang sedang bergelut dengan usia tua yang lazimnya mengakibatkan
pelbagai keuzuran.
Hakikatnya, Ben Kutty terpaksa menjalani
Hormone Replacement Therapy saban tahun untuk mengekalkan perawakan beliau
sekarang yang jelas tidak mencerminkan seseorang yang kini berusia 76 tahun.
Cuba bayangkan Cek Det yang sudah tidak bersemayam di Putrajaya lagi. Sudah
tentu jauh dari apa yang kita lihat sebagai seorang yang segak dan mampu
memakai jeans biru dan kemeja merah yang berjalan-jalan di Jalan Raja Alang,
kunonnya membeli juadah untuk berbuka puasa di bulan Ramadan. Jelas langkah-langkahnya
kini mempamerkan seorang yang semakin hari semakin hampir mendapat kad
jemputan malaikat Izrail.
Apakah tidak ada pemimpin lain yang
dapat dipertanggungjawabkan untuk memegang panji-panji BN selain dari Abu
Mirzan? Setakat ini, memang tiada tokoh dari kalangan parti lembu UMNO
yang berkaliber dan berkarisma untuk mengisi tempat Abu Mirzan yang penuh
dengan kontroversi itu. Ada yang kata Pak Lah. Pak lah Bedawi? Jauh panggang
dari api. Maka, mamak bendahara jugalah yang akan dipertanggungjawabkan
oleh manusia- manusia seperti Aziz Samsuddin, Tengku (?) Adnan Mansor,
Brigadier Hamid, Kayveas, Nor Mohamed Yakcob, Ali Abul, ‘Mufti Besar’ Ismail
Ibrahim, Wartawan sensasi Dolah Kok Lanas, dan pemimpin-pemimpin lain yang
di’lantik’ agar terus menerajui negara ini merangkap meneruskan Dasar Membaham
Khazanah Negara (National Policy on State Pilfering).
Untuk memberi alasan kukuh mengapa
mamak bendahara Ben Kutty perlu dipertahankan sebagai pemimpin, akan disediakan
penulis-penulis laksana pelacur yang mengambil upah seperti Ben Maidin
@ Zam, Astora Jamban dan kemungkinan juga penulis yang tidak kompeten seperti
Ben Jasin dan Ahmad Talib yang penguasaan bahasa Inggeris masing-masing
amat memalukan pelajar Tahun 6 sekolah rendah. Sudah pasti alasan utama
adalah – “perjuangan belum selesai”. Umur kini sudah 76 tahun, masih ada
muka untuk menyatakan bahawa “perjuangan belum selesai”. Andainya yang
mati dihidupkan kembali, tetap dikatakan bahawa “perjuangan belum selesai”.
Dalam kita menyaksikan kemelut peperangan
– istilah peperangan adalah misnomer, ia perlu diganti dengan pencabulan
– di Afghanistan, jangan kita sekali-kali lupa bahawa tanah air yang tercinta
ini masih dinodai oleh pemimpin rakus yang bernama Mahathir Mohamed. Semenjak
peristiwa 11 Sept di New York, saban hari di media kita dihidangkan dengan
cerita ‘war on terror’, ‘strike against terror’ dan pelbagai manipulasi
yang di ada-adakan oleh media milik Yahudi agar kita umat Islam terutamanya,
dipesongkan sebentar dari isu utama yang perlu diselesaikan, sambil mencapai
matlamat atau agenda sebenar puak Zionis yang bertopengkan iltizam untuk
memerangi ‘pengganas’. Maka laman-laman web yang selama ini mendokong gerakan
reformasi dan menuntut keadilan dari pihak pemerintah, tiba-tiba penuh
dengan artikel-artikel yang menyokong Taliban.
Alhamdulillah, berkat dan hidayah
Allah SWT membenarkan kita membezakan yang haq dan yang batil. Kebanyakan
artikel-artikel yang disiarkan dalam Laman seperti MindaRakyat, Laman Reformasi,
M@RHAEN dan sebagainya, rata-rata menunjukkan simpati terhadap kerajaan
pimpinan Taliban di Afghanistan. Ini merupakan perkembangan yang sihat
kerana ianya dapat membantu menyanggah pendirian TV3 dan RTM, dan tidak
kurang juga NTV7 yang dengan jijiknya menghina Taliban seolah-olah kerajaan
Taliban itu adalah pelopor ajaran sesat Islam dan Malaysia akan menerima
nasib yang sama andainya PAS diberi peluang memerintah negara ini.
Apakah benar Taliban menindas kaum
wanita? Tidakkah Saudi Arabia menindas wanita? Mengapa tidak TV3 membikin
satu dokumentari sensasi untuk mendedahkan perkara ini? Saudi Arabialah
satu-satunya negara yang mengiktiraf kerajaan Taliban dan oleh yang demikian
seharusnya Amerika turut menghantar pesawat-pesawat B-52 mereka untuk melepaskan
bom-bom berangkai dan ‘daisy cutter’ di misalnya, Riyadh, Taif, Tabuk,
Jeddah dan sebagainya kerana Arab Saudilah yang melahirkan fahaman yang
menjadi ikutan kaum Pashtun yang membentuk puak Taliban di Afghanistan.
Kalau benar Amerika ikhlas untuk menangani
‘pengganas’ bagai dilaung-laungkan, maka haruslah mereka turut melakukan
pengeboman terhadap sarang-sarang pengganas di Ireland Utara di mana puak
Ulster sentiasa bertelagah dengan Irish Republican Army dan Parti politik
Sinn Fein. Demikian juga di Sepanyol di mana ‘pengganas’ ETA sentiasa membikin
kacau untuk membentuk kerajaan merdeka di wilayah Basque di bahagian timor
laut Sepanyol. Bagaimana pula dengan kepala pengganas Israel, Ariel sharon?
Tergamakkah Amerika mengebom wilayah-wilayah yang melindungi pengganas
sebagai mana mereka telah mengebom Afghanistan yang dikatakan melindungi
pengganas?
Hakikatnya, Amerikalah pengganas
antarabangsa yang ulung. Mereka akan hanya bertindak kiranya Islam
berkembang. Kiranya Islam tidak terlibat dalam mana-mana konflik, maka
insyaAllah pentadbiran Amerika akan ‘buat bodoh’ sahaja tanpa mengambil
apa-apa tindakan. Amerika adalah kuasa besar angkuh yang ingin menjadi
‘pak sibuk’ dan anjing global yang berkuasa di semua pelosok dunia.
Amerika ingin membelasah Afghanistan kerana ‘kunonnya’ ingin membebaskan
rakyat Afghanistan dari belenggu Taliban. Demikian juga Amerika berperang
dengan Nicaragua kerana tidak setuju dengan kerajaan Sandinista pimpinan
Noriega yang ‘kunonnya’ akan menggugat kestabilan Amerika Tengah.
Amerika juga ingin berada di Saudi
‘kunonnya’ untuk mencegah Iraq dari menyerang Saudi sehingga ada sebuah
bandar di Saudi dipanggil ‘Little America’ – bandar ini adalah satu-satunya
bandar di mana arak dapat dijual beli dengan mudah dan rakyat Saudi sendiri
ditindas oleh askar-askar Amerika yang biadap. Apakah berdosa Osama bin
Ladin yang mengisytiharkan bahawa adalah menjadi azam beliau untuk mengusir
Amerika daripada tanah semenanjung Arab tempat kelahiran Rasulullah
saw?
Benarlah janji Allah SWT sebagai mana
firmanNya dalam surah Al Baqarah ayat 120 yang mafhumnya berbunyi “Orang-orang
Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti
agama mereka” dan juga ayat 111 yang mafhumnya berbunyi “dan
mereka (kaum yahudi dan nasrani) berkata : ‘sekali-kali tidak akan masuk
syurga kecuali orang-orang Yahudi dan Nasrani “. Maka tidakkah benar
apa yang berlaku di Afghanistan sekarang ini adalah perang terhadap Islam?
Malangnya, ada pemimpin-pemimpin bacul
seperti Raja Abdullah dari Jordan dan Presiden (?) Musharraf dari Pakistan
yang sanggup melacurkan diri demi kekayaan material dalam rupa pinjaman
Bank Dunia sambil menekan bahawa perang ini bukannya perang terhadap Islam!
Yang terkini, dua pemimpin wanita Islam masing-masing dari Bangladesh dan
Indonesia, telahpun menawarkan khidmat tentera negara masing-masing untuk
turut serta dalam ketumbukan tentera untuk menangani pengganas di Afghanistan
– sebagai janjibalas terhadap bantuan kewangan untuk pemulihan ekonomi.
Orang-orang sebegini akan turut serta dalam majlis iftar di bulan Ramadan
bersama- sama Presiden Bush di White House – kononnya akur bahawa Bush
ikhlas berperang menentang keganasan, bukannya terhadap Islam.
Alangkah sedihnya melihat negara-negara
yang dihuni majoritinya oleh penduduk Islam dipimpin oleh pemimpin-pemimpin
yang bacul sebegini? Apakah perlu mereka bergantung kepada Amerika untuk
survival mereka? Tidakkah mereka merujuk kepada Al-Quran yang mengajar
bahawa “dan kiranya kamu khuatir menjadi miskin, maka Allah SWT nanti
akan memberikan kepadamu kekayaan daripada kurniaNya jika Dia menghendaki.
Sesungguhnya Allah SWT maha mengetahui lagi maha bijaksana” (mafhum
ayat 28 Surah At Taubah)? Ayat ini telah diturunkan setelah Mekah dibebaskan
oleh Rasulullah SAW dari tangan kaum musyrikin. Yang demikian, Allah SWT
telah mengharamkan kaum musyrikin dari memasuki mahupun mendiami kota Mekah
selepas dari tahun pembebasan tersebut. Maka ada diantara orang mukmin
yang gusar dan khuatir kerana ekonomi Mekah selama ini dikuasai oleh kaum
musyrikin yang berdagang dan berniaga di situ. Benarlah janji Allah SWT
– kemakmuran Kota Mekah dapat kita lihat sehingga hari ini dengan ekonominya
dikuasai 100% oleh orang Islam.
Allah SWT yang maha berkuasa, telah
menjemput pulang Almarhum Tuanku Salahuddin Abdul Aziz untuk mengadapNya
dan kita sebagai warga Malaysia Darul Muslimin dengan tidak semena-mena
dihidangkan di kaca TV kita kedhaifan kita sebagai umat Islam menghayati
ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah saw. Jelas, negara Islam pimpinan
Mahathir Kutty masih cetek penghayatan Islam tatkala mengendalikan pengkebumian
Almarhum. Islam menganjurkan agar pengurusan jenazah dipercepatkan. Namun,
pangkat Yang DiPertuan Agong masih di agong-agongkan lagi biarpun sudah
mangkat sehingga terpaksa diutamakan adat istiadat daripada anjuran agama.
Jelas juga tontonan bahawa keranda YDP Agong masih diselubungi kain diRaja
yang berwarna kuning – bukannya putih sebagai mana yang dituntut oleh Islam.
Apakah Islam negara ini apabila dibenarkan
kaum wanita ke kubur mengiringi jenazah? Apakah dibenarkan di dalam Islam
untuk ‘bersalaman’ antara bukan muhrim lelaki dan wanita ketika menziarahi
jenazah? Keadaan begitu mengelirukan apabila pembesar-pembesar negara yang
beragama Islam namun begitu jahil menghulurkan tangan ‘kunonnya’ untuk
mengucapkan takziah kepada balu almarhum. Namun, budaya seperti ini telah
diterima-pakai dalam negara Islam pimpinan Ben Kutty – di mana lelaki dan
wanita bersalam-salaman ‘kunonnya’ untuk mengeratkan silaturrohim sesama
mereka! MasyaAllah! Ini begitu menyerlah di majlis-majlis seperti Perhimpunan
Agung Parti Lembu UMNO, hatta di majlis-majlis seperti Ma’al Hijrah dan
Tilawah Al-Quran sekalipun; di mana Cek Det dengan selamba masuk ke dalam
dewan dan bersalam-salaman dengan kebanyakan perwakilan wanita.
Yang menyedihkan lagi ialah apabila
kita melihat wanita-wanita itu sendiri beria-ia menghulurkan tangan masing-masing
agar dapat bersalaman dengan ‘Al Rais Kabir’ yang disanjung itu. Pemimpin
wanita Islam seperti Rafidah dan Bibi Shahrizat pula bersalam erat dengan
lelaki bagaikan anak-anak memohon duit Raya di pagi Eidil Fitri! Di manakah
pandangan penasihat agama PM? Apakah pandangan Pengerusi Majlis Fatwa dalam
hal ini? Apa pula pandangan Brigadier Bersara Menteri di JPM yang bertanggungjawab
di atas hal-ehwal Islam?
Dan bersegeralah pula pengacara dan
pembaca berita wanita di kesemua saluran TV Malaysia mengenakan selendang
untuk ‘melitupi sedikit’ rambut ketika membaca berita atau membuat liputan
pengkebumian Almarhum YDP Agong. Hatta, yang tidak beragama Islam seperti
Anne Edwards (NTV7) dan Mary Anne (RTM 1)pun mungkin disalah anggap sebagai
wanita UMNO lantaran bertudung yang masih menonjolkan sejemput rambut di
atas dahi sebagai mana yang dipelopori oleh Hendon Pak Lah Bedawi, Masnah
Rais Yatim, Rosmah Najib dan rakan-rakan seperjuangan yang lain dalam BAKTI.
Hendak disebut Kak Mah, namun tudung Kak Mah bukan meliputi rambut! Maka
kita dipertontonkan juga pembaca seperti Yusanani (TV3) dan Norashikin
(RTM 1) yang memakai tudung sekadar cukup syarat sebagai ‘menghormati kemangkatan
YDP Agong’.
Demikianlah Malaysia, negara Islam
pimpinan Imam Mahathir Al Kutty yang menggesa agar Islam yang sederhana
(moderate Islam) dipraktikkan dalam negara yang berbilang kaum ini. Pakaian
tudung sebagai mana yang diperagakan oleh pengacara-pengacara tersebut
didaulatkan sebagai pakaian de facto wanita Islam dalam negara Islam
ala-Imam Besar Mahathir. Walhal telah jelas dan nyata bahawa sebahagian
besar daripada wanita di Afghanistan sememangnya lebih suka berpakaian
secara burqa dan hijab – jauh sekali dari manipulasi media barat yang menggembar-gemburkan
berita segelintir wanita yang telah membuka ataupun mencabut purdah/burqa
sebaik saja tentera Pakatan Utara menguasai bandar-bandar tertentu di Afghanistan.
Hakikatnya, tentera pakatan utara yang kebanyakannya terdiri dari keturunan
Tajikistan dan Uzbekistan yang masih cetek dalam penghayatan Islam sebagai
ad-deen, belum tentu akan dapat memberikan haq wanita sebagai mana yang
diingini oleh puak-puak seperti Sisters In Islam.
Demikianlah Allah SWT dalam perancanganNya,
memperlihatkan kepada orang-orang beriman dan yang mahu berfikir, kebesaranNya
melalui rentetan peristiwa yang masing-masing saling kait-mengait antara
satu sama lain. Jelaslah juga betapa perlunya kita memilih seorang pemimpin
yang berjiwa Islam dan menghayati Islam serta bertaqwa terhadap Allah SWT.
Bagai malam dan siang, kian jelas bahawa Mahathir bukanlah orangnya. Laungannya
sebagai pemimpin Islam di kalangan ‘negara-negara Islam’ tidak lebih dari
retorik politik untuk mendapatkan sedikit publisiti murahan yang dapat
membantunya menerima sokongan berterusan daripada kalangan rakyat yang
jahil.
Kehadiran beliau tanpa malu sebagai
pemimpin hanyalah untuk memastikan diri beliau tidak akan didakwa andainya
beliau tidak lagi menjadi Perdana Menteri. Beliau sudah tidak upaya lagi
memimpin sebagaimana beliau terus menafikan keadaan fizikal beliau yang
sudah hampir mencecah usia 76 tahun. Apakah seorang pemimpin Islam sanggup
berkokok bagai ayam jantan berdegar-degar? Namun darah menitis ditangannya
dan tahi bergelumang di ekornya lantaran perbuatan beliau membazirkan wang
rakyat demi kepentingan peribadi; mengurung insan-insan yang tidak dibuktikan
mahupun disabitkan kesalahan masing-masing di dalam penjara; mengekang
kemaraan lawan politiknya melalui salahguna institusi kehakiman, polis
dan media.
Di bulan Ramadan al Mubarak yang mulia
ini, dan dengan gambaran liang lahad almarhum YDP Agong di makam
Kelang masih segar dalam ingatan, eloklah Ben Kutty berhenti sejenak dan
berfikir – lama mana lagi kamu mahu jadi Perdana menteri? Hatta, lama mana
lagi kamu boleh bernyawa di bumi yang fana ini. Kerana keinginan untuk
menyirami air kencing di pusara mu……..masih belum pudar.
-marhain muda-
24 November 2001/8 Ramadhan 1422
SILA
KLIK UNTUK
MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA
MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA
ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL
TANPA KEBENARAN PENULIS. |
|
|