 |
.... |
Kenyataan Media oleh
Timb. Presiden KeADILan
Perdana
Menteri Balas Budi Gani Patail
21 November 2001 |
Akhirnya, Perdana Menteri,
Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamed membuktikan penghargaanya kepada yang setia
dengan melantik Dato’ Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara. Perlantikan
ini dibuat berdasarkan kuasa yang ada pada Perdana Menteri mengikut Artikel
145 Perlembagaan Persekutuan.
Perlantikan Abdul Gani Patail dibuat
semasa suasana ekonomi dan politik negara yang banyak memberi kelebihan
kepada kerajaan Barisan Nasional. Kerajaan yakin dengan langkah-langkah
pengstrukturan korporat yang mengenepikan kroni lama. Peristiwa serangan
Pusat Dagangan Dunia di New York pula seolah-olah mengiakan langkah penahanan
di bawah ISA. Perdana Menteri sendiri cukup selesa dengan kedudukannya.
Dia berharap perlantikan tersebut tidak akan dijadikan isu.
Budi Abdul Gani Patail kepada Perdana
Menteri bukan sedikit. Dia sendiri mengambil risiko yang memungkinkan dia
didakwa. Kredibilitinya tercemar dan dia menjadi cemuhan. Ini semua dilakukan
untuk Perdana Menteri.
Pada 12hb. Jun 2000, di hadapan Hakim
Mahkamah Tinggi, Dato’ Ariffin Jaka, Peguam Manjeet Singh Dhillon menceritakan
tentang perjumpaannya dengan Abdul Gani Patail di Jabatan Peguam Negara.
Abdul Gani telah memberitahu Manjeet tentang usaha untuk mendapatkan bukti
mensabitkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan beberapa orang wanita. Abdul
Gani mendakwa dia melakukan ini bagi pihak Perdana Menteri.
Malaysia, bakal mempunyai seorang
Peguam Negara yang sanggup buat apa sahaja, sama ada merekacipta bukti
atau membuat dakwaan berpilih ke atas mana-mana rakyat yang tidak disenangi.
Perlantikan Gani Patail juga memusnahkan harapan rakyat yang mahu melihat
pemulihan imej badan perundangan.
Perlantikan Gani Patail dan perletakan
jawatan Datuk Seri Ainum Saaid seperti ada kaitan dengan kes rayuan Dato’
Seri Anwar Ibrahim atas tuduhan rasuah dan liwat. Adakah tindakan Ainum
Saaid yang tidak disenangi? Apakah pula peranan Gani Patail selepas ini?
Walau apa pun, kes Dato’ Seri Anwar mahu diselesaikan di dalam tempoh Gani
Patail menjadi Peguam Negara dan Tan Sri Mokhtar Abdullah menjadi Hakim
Mahkamah Persekutuan. Mereka yang sama-sama memulakan kes ini akan memastikan
ianya berakhir mengikut skrip.
Abdul Rahman Othman
Timbalan Presiden
Parti Keadilan Nasional
21hb. November 2001
SILA
KLIK UNTUK
MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA
MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA
ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL
TANPA KEBENARAN PENULIS. |
|
|
https://e-umno.tripod.com/