.... Universiti UMNO 3
Oleh: Ketua Pemuda Batu

Ada beberapa maklumat lagi yang kami dapat:
 
1.  Penggabungan antara fakulti bertujuan untuk mengecilkan bilangan pensyarah dan ini bertujuan untuk menghambat keluar semua pensyarah-pensyarah yang disyaki memihak kepada Barisan Alternatif.  Pandai betul ye awak Berahim... lebih pandai dari Berahim Ali.  Bukan setakat pensyarah yang sokong BA je kena, pensyarah yang support Mahathir pun kena.
 
2.  Kini sudah diwujudkan apa yang dipanggil Rukun Tetangga.   Dalam aktiviti nie, kakitangan akademik dan bukan akademik akan dikerahkan untuk bertugas di waktu malam.  Tujuannya konon-konon untuk buat "spot-check" keatas mahasiswa.  Caranya ialah  kumpulan kakitangan ini akan membuat kepungan keatas mana-mana kolej/kawasan/fakulti yang hendak di periksa, setiap pelajar yang keluar dan masuk dari kawasan/bangunan tersebut akan diperiksa.  Ini tak lain dan tak bukan sebagai gimmick Berahim untuk tunjuk dia buat kerja untuk cari pejuang-pejuang reformasi.  
 
3.  Satu lagi yang menarik, Prof. Adnan (Presiden FOMCA) akan jadi lecturer biasa bermula 15 Ogos nie.  Apasal ye?  Menurut sumber dari pejabat TNC biasalah, Prof. Adnan nie semua orang suka, dia nie orang popular, semua PAR (Pekerja Am Rendah) suka Prof. nie.  Ini yang Berahim dan Sahul (macai Berahim) tak suka.  Pernah ada satu program student yang Sahul suruh stop tapi dengan power yang ada pada Prof. Adnan program tu dapat diteruskan, ini yang Sahul bengang dan dendam sampai sekarang.  Nampaknya bukan Dr. Sabri je yang kena, Prof. Adnan pun kena juga.  Berahim-berahim apa teruk sangat kau nie?
 
4.  Dalam kesibukan kes Militan, kena pulak ada seorang suspek yang kononnya ex student ITM Kajian Seni Bina, bukan main menggelupur Berahim nak buat statement,  relekslah... kita siasatlah betul-betul... Benarke budak tu Taufik student ITM, ataupun tu matrik kad yang pernah hilang dan Mamat Indon tu pakai?  Biarlah Polis Indonesia (POLRI) buat siasatan.  Ooo... kes militan sibuk ye?  Kenapa bila Sdr. Ezam Mohamad Nor dan Lokman Nor Adam kena tahan ISA engkau tak sibuk Berahim?  Kenapa tak nafikan ke, bawak fail-fail lama Ezam dan Lokman untuk sidang akhbar?  Sesungguhnya Ezam dan Lokman adalah lulusan ITM yang bukan sekadar cemerlang dalam akademik tetapi juga cemerlang dalam kepimpinan dan perjuangan menegakkan keadilan dan kebenaran.  
 
5.  Jaga UiTM baik-baik berahim.  Kami akan gempur kau habis-habisan.  Tidak lupa kepada Batman berahim, Si Sahul jagalah rambut Elvis kau tu baik-baik.  Anyway, nie sekarang zaman black metal bukan zaman elvis lagi.

- KEPALA BATU.

SILA KLIK UNTUK MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL TANPA KEBENARAN PENULIS.
Click Here!