 |
.... |
Universiti
UMNO: UiTM
Oleh:
Ketua Pemuda Batu |
Serangan ke atas kelompok
mahasiswa Melayu bermula selepas pemuda umno gagal melepasi ujian kelayakan
di setiap kampus universiti di Malaysia. Selepas menuduh penuntut
Melayu lemah dan ketinggalan dalam bidang akademik. Perosak bangsa
di umno meneruskan lagi agenda mereka dengan menjalankan dakyah songsang
mereka dengan mengatakan "black metal" ini turut melibatkan pelajar sekolah
agama. Sandiwara murahan ini tidak tamat begitu malahan diteruskan
lagi dengan isu yang cukup jelas untuk meraih undi masyarakat Cina - meritokrasi.
Sebutannya saja sudah susah apatah lagi perlaksanaannya pasti amat menyusahkan.
Sesi-sesi dialog dan pertemuan yang
diadakan oleh pemuda dan puteri umno sering kali menemui kegagalan dan
kehampaan. Mereka sedar ketidakmampuan mereka untuk bergerak di kampus
(dikalangan cerdik pandai). Kita sorot kembali debat di sebuah universiti
tempatan tidak lama dulu, diikuti dengan dialog di Cambridge (tidak silap
saya) jelas menunjukkan daya intelektual yang cukup membimbangkan dikalangan
pemuda dan puteri umno. Betul mereka ada ramai "Dr" dan "Master"
tapi sahihkah "title" ini dipakai, sebenarnya masih boleh dipertikaikan.
Saya ingin membawakan satu fenomena
kurang sihat yang diterajui oleh umno melalui pencacainya gpms dalam
percubaan mereka untuk menguasai kampus terbesar mahasiswa melayu - UiTM.
Selepas MCA berjaya dalam gagasannya untuk mendapat taraf U bagi TAR College
dan MIC juga sudah mendapat kelulusan untuk membangunkan U mereka di Sungai
Petani, tampillah umno untuk mengumnokan keseluruhan UiTM di semenanjung,
Sabah dan Sarawak. Khabarnya yang saya dapat dari Pejabat VC, untuk
melaksanakan meritokrasi ini nama UiTM ini akan ditukar lagi, kali ini
MARA (Majlis Amanah Rakyat) akan dihapuskan dan digantikan dengan perkataan
DIRAJA. Inikah perjuangan melayu umno? Cukuplah dulu Ibrahim
Katak terkial-kial tukar nama dari I besar kepada U besar.
Proses pemilihan Jawatankuasa Perwakilan
Pelajar (JPP-UiTM) dijadualkan pada bulan ini. 10 Ogos, pembubaran
JPP yang lama, 14 pencalonan dan saya kurang pasti bilakah pemilihan.
VC - Dato Ibrahim Abu Shah tanpa memperdulikan kredibiliti dan jawatannya
sanggup menghinakan diri untuk turun berkempen untuk memenangkan calon-calon
"kerajaan". JPP belumpun dibubarkan tapi VCnya yang terlebih ghairah.
Tahulah awak dulu bekas student ITM yang tak pernah jadi calon, janganlah
over sangat Dato' - buruk orang tengok. Dalam satu siri kempen di
Kolej Perindu, beliau menggesa agar mahasiswa memilih calon yang membawa
aspirasi kerajaan. Dalam kempennya di Stadium UiTM pula, kepada mahasiswa
semester 1 & 2 beliau sekali lagi memainkan isu perkauman dan 13 Mei...
apalah punya VC nie, ingatkan dia lebih bagus dari Ir. Zaidee Laidin, rupanya
lebih teruk.
Bilik-bilik gerakan/persatuan yang
dikhuatiri akan menentang "calon-calon aspirasi kerajaan" telah dipantau,
malah ada yang dikawal 24 jam. Ini sudah tentunya tidak menggunakan
pengawal UiTM, sudah tentu SB PDRM yang digunakan. Menyamarlah mereka
nie jadi student, tapi muka kalau dah bodoh tu, buatlah macamanapun, orang
tetap kenal.
Puteri dan pemuda umno akan menjemput
Dolah untuk hadir dalam satu program yang dipanggil Power Walk hari sabtu
nie (4 Ogos 2001). Sebab takut student tak ramai program nie tak
berapa digembar-gemburkan. Apapun selepas pilihanraya yang lepas,
umno telah menaja dan membiayai beberapa pergerakan pelajar antaranya:-
1. Kelab Wawasan
2. Persatuan Permata
3. Majlis Kepimpinan strategik
pelajar (MINDSA)
Modus Operandi semua grup ini tidak
lain tidak bukan aktiviti sosial yang keterlaluan dan melampau, yang
sering membabitkan pergaulan lelaki dan perempuan yang sukar untuk saya
tuliskan. Mereka cuba untuk merosakkan seramai mungkin anak bangsa
untuk mengimbangi gerakan Islam yang cukup berperanan didalam UiTM.
Saya akan sambung lagi esok untuk
mendedahkan lagi kepincangan yang berlaku di UiTM terutamanya di Shah Alam.
Dengan penyalahgunaan kuasa, "merger" antara fakulti, fitnah-memfitnah,
duit 56 juta ye Dato Ibrahim Shah, dan lain-lain. Tunggu... mata
dan telinga KeADILan dan reformasi bukan setakat berada diluar pagar kampus
UiTM, tetapi di bilik-bilik student, di bilik-bilik pensyarah, didewan
makan, di PTAR 1 & 2, di kalangan komander, kalangan ROTU, kalangan
kakitangan am, kakitangan akademik, para pengawal, para pemandu dan juga
di Bilik Vice Chancellor sendiri.... Ingat! Dato Ibrahim Abu Shah - Melayu
Tidak Mudah Lupa, yang mudah lupa ialah Melayu umno. Kita akan bertempur
habis-habisan. Dato pertahankanlah UiTM untuk umno dan kami akan
gempur ketitisan darah terakhir.
Ketua Pemuda BATU.
SILA
KLIK UNTUK
MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA
MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA
ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL
TANPA KEBENARAN PENULIS. |
|
|
|