|
.... |
MAHATHIR
YANG KAYA RAYA
Oleh:
Ibn Fansuri (Telah disiarkan pada 13 Feb 1999)
Terbitan
semula (Petikan drp Laman Bantahan) |
Satu
kelebihan pemimpin-pemimpin Malaysia, khususnya Mahahtir dan Daim, ialah
kelicikan mereka dalam menyembunyikan kekayaan mereka. Barangkali inilah
sebabnya Mahathir masih bertahan sedangkan Suharto telah pun jatuh. Bagi
mereka yang hampir dengan Mahahtir dan keluarganya, mereka tidak dapat
lari daripada merasa kagum atau hairan dengan kekayaan Mahathir. Bagi mereka
yang tidak peka dengan penyelewengan Mahathir mereka akan rasa kagum dengan
kekayaannya. Tetapi mereka yang peka dengan keadaan sebenar akan tentu
hairan bagaimana dia boleh menjadi begitu kaya.
Di antara harta
milik Mahathir ialah rumah-rumah mewah yang terdapat di berbagai tempat.
Sebagai contoh, sesiapa yang berada di tol plaza Sg. Besi dapat melihat
sebuah bungalo besar yang terletak di atas banjaran bukit di The Mines.
Ini adalah satu dari rumahnya. Dia juga memiliki sebuah rumah di Subang
yang dibina oleh Rin Kei Meng. Selain ini, terdapat juga sebuah lagi rumahnya
di Langkawi yang dibina oleh Ting Phek Khing, sebuah lagi di Country Height
(kini diduduki Mirzan) dan yang terbaru ialah di Bukti Tinggi. Rumah di
Bukti Tinggi ini dibangunkan oleh Vincent Tan dengan harga RM21 juta.
Selain itu,
Mahathir juga memiliki rumah-rumah lain di luar negara.Ini termasuklah
sebuah mahligai di London yang dibeli menggunakan nama Daim, sebuah di
Vancouver yang dibeli menggunakan nama Mirzan, sebuah lagi di Florida di
atas namanya sendiri. Mahathir juga memiliki sebuah ladang (ranch) di Argentina.
Satu peristiwa
yang mendedahkan kekayaan Mahathir ialah apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim
mengetahui mengenai tindakan Daim memindahkan RM1 bilion ke akaun di sebuah
bank Switzerland sebelum Malaysia mengenakan kawalan ke atas ringgit. Anwar
telah melaporkan mengenai hal ini kepada Mahathir. Tetapi Mahahtir hanya
mendiamkan hal ini. Hanya selepas itu baru Anwar ketahui bahawa rupanya
akaun itu adalah akaun bersama Mahathir dan Daim. Patutlah Mahathir dan
Daim mahadiam mengenai pemindahan wang ini.
Persoalan yang
rakyat berhak ketahui ialah dari manakah Mahathir memperolehi kekayaan
yang sebegini banyak? Gajinya sebagai Perdana Menteri tidak sampai RM30,000
sebulan. Sekiranya dia tidak membelanjakan sesen dari wang ini dia akan
mengumpul RM360,000 setahun. Dalam masa sepuluh tahun ini menjadi RM3.6
juta. Ini bererti dalam 17 tahun dia menjadi Perdana Menteri gaji terkumpulnya
tidak akan melebihi RM6.12 juta. Ini bererti kalau diharapkan pada gajinya
sahaja, Mahathir tidak mampu membayar kos pembinaan rumahnya di Bukti Tinggi.
Apatah lagi untuk membeli rumah-rumah lain, termasuk di London, Florida,
Vancouver dan Argentina. Dari manakah datangnya wang yang sebegini banyak?
Di sinilah kita dapat melihat kelicikan Mahathir. Dia menggunakan berbagai
proksi untuk memegang kekayaannya. Di antara proksinya yang paling penting
ialah anak-anaknya dan Daim Zainuddin. Daim pula akan menggunakan proksi
untuk memegang kepentingannya. Amalan Daim ialah tidak memegang lebih dari
10% saham mana-mana syarikat di atas namanya sendiri. Sebahagian besar
kekayaannya dan Mahathir dipegang oleh proksi seperti Halim Saad, Allahyarham
Tan Sri Yahya Ahmad, Kadir Jasin , Ting Phek Khing, Eric Chia, Vincent
Tan, anak-anak Taib Mahmud dan lain-lain lagi. Dengan ini mereka memastikan
kekayaan sebenar mereka tesembunyi dari pengetahun rakyat.
Patutkah seorang
Perdana Menteri yang mempunyai kemewahan sebegini banyak meminta rakyat
berkorban? Dan kita juga ingin tahu berkorban untuk apa? Berkorban supaya
wang Petronas dapat digunakan untuk menyelamatkan syarikat anaknya Mizan?
Berkorban supaya tol dapat dinaikkan untuk menyelamatkan syarikat milik
UMNO, Renong? Berkorban supaya sebanyak RM776 juta wang rakyat di Khazanah
Holding dapat digunakan untuk membantu Rashid Husin dan RHB Bank? Berkorban
supaya Mahathir dapat membina mahligai bernilai RM200 juta di Putra Jaya
dan membeli jet Global Express juga dengan harga RM200 juta.
Sekiranya kita
mendapatkan kembali semua wang Mahathir dan Daim di bank Switzerland dan
menggunakannya untuk membiayai pembinaan lebuhraya mungkin rakyat tidak
perlu membayar lagi tol untuk selama-lamanya. Sekiranya kerajaan tidak
membina mahligai Mahathir di Putra Jaya wang RM200 juta itu mencukupi untuk
memberi pendidikan percuma selama setahun untuk semua pelajar di sebuah
universiti tempatan seperti Universiti Malaya. Wang sejumlah itu juga boleh
membina 8,000 buah rumah kos rendah untuk rakyat miskin. Bayangkanlah berapa
banyak sekolah, komputer dan subsidi untuk petani yang boleh diberikan
dengan wang yang dibelanjakan untuk menyelamatkan Mirzan dan RHB? Kenapakah
anak-anak Mahathir yang telah pun kaya perlu dibantu lagi. Mirzan memiliki
saham bernilai RM726.5 juta di sebelas syarikat yang disenaraikan di KLSE.
Mokhzani pula memiliki saham bernilai RM624 juta.
Sebaliknya,
nasib penanam padi tidak terbela. Harga barangan semakin naik. Pengangguran
semakin meningkat. Dan kita semua disuruh terus berkorban. Apakah pula
pengorbanan Mahathir dan Daim serta suku-sakat dan kroni mereka? Apakah
terlalu besar pengorbanan sekiranya kekayaan Mirzan, Mokhzani, Daim, Rashid
Husein dan lain-lain kroni Mahathir yang beratus juta ringit itu berkurangan
menjadi beberapa puluh juta ringgit?
Sekiranya keadaan
ini berterusan, kita akan menjadi rakyat miskin dalam negara yang kaya.
Petani kita tidak akan mampu menyuapkan makanan kepada keluarga mereka.
Siswa-siswi tidak dapat belajar dengan sempurna kerana kelengkapan yang
serba kurang di universiti-universiti. Graduan kita tidak mendapat pekerjaan
kerana hanya segelintir syarikat yang mendapat manfaat dari program pemulihan
ekonomi. Para eksekutif kita pula akan menjadi pegawai yang memiliki nama
jawatan yang besar tetapi tidak mampu membeli rumah untuk keluarga sendiri.
Dan kita disuruh
berkorban dan terus berkorban pada ketika Mahathir dan Daim serta suku-sakat
dan kroni mereka membongkah kekayaan negara untuk diri mereka. Adakah rakyat
harus mahadiam melihat golongan mahakaya ini terus mahamenindas kita?
BANGUN MEMBAWA
PERUBAHAN
oleh: Ibn Fansuri
SILA
KLIK UNTUK
MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA
MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA
ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL
TANPA KEBENARAN PENULIS. |
|
|