|
.... |
KOS
KLCC YANG SEBENAR HAMPIR RM 10 BILION
Terbitan
semula (Petikan drp PolongCyber) |
Kebanyakan
rakyat Malaysia tidak mengetahui kos sebenarnya projek KLCC, yang merangkumi
pembinaan Menara Kembar Petronas dan bangunan-bangunan serta segala infrastruktur
lain di sekitar tanah bekas lumba kuda di Jalan Ampang itu. Surat khabar
“Harakah” dalam satu keluaran lalu ada menyebut bahawa kos Menara Kembar
itu ialah RM 1.8 bilion. Ada akhbar lain pula menyebut RM 4.8 bilion sebagai
kos KLCC keseluruhannya. Jangkaan-jangkaan ini adalah jauh sekali dari
angka sebenarnya, iaitu HAMPIR RM 10 BILION.
Perkara ini
perlu didedahkan kepada rakyat Malaysia, kerana ia melibatkan pembaziran
wang Petronas yang amat banyak, dan Petronas adalah, sebenarnya, kepunyaan
rakyat. Fakta-faktanya adalah seperti berikut:-
1. SIAPA
SEBENARNYA YANG KONTROL PETRONAS?
Sungguhpun saham
Petronas dipegang oleh Kementerian Kewangan Inc (99%), dan Menteri Kewangan
(1%), apabila orang-orang pergi mengadu kepada Dato’Seri Anwar Ibrahim,
sebagai Menteri Kewangan dan TPM pada masa itu, yang projek KLCC itu adalah
satu pembaziran besar, beliau dilaporkan telah menjawab lebihkurang seperti
berikut, “ Petronas adalah seratus peratus dibawah Perdana Menteri. Jadi
dalam perkara ini saya tidak boleh komen pun, jangan kata nak buat apa-apa”.
Adalah satu
pengetahuan umum bahawa perlantikan Pengerusi, Pengarah-Pengarah, Presiden,
dan Naib-Naib Presiden Petronas perlu kelulusan Perdana Menteri (secara
lisan atau bertulis, saya tidak tahu). Mana-mana dari mereka yang ingkar
dengan kehendak PM sudah tentu tidak boleh bertahan lama.
2. ADAKAH PETRONAS
PERLU PROJEK KLCC ?
Jawabnya TIDAK,
kerana Petronas sudah ada Dayabumi, dan telah pun membeli dua bidang tanah
besar untuk dijadikan tapak pejabat tambahan bila perlu untuk menempatkan
kakitangan-kakitangannya yang kian bertambah, dan yang sedang menyewa ruang
pejabat dibeberapa bangunan di sekitar bandaraya KL. Satu bidang tanah
itu terletak dipersimpangan Jalan Tun Razak-Jalan Bukit Bintang yang diberi
nama “ Prince Court “, dan yang satu lagi ialah bekas tapak British Council
diJalan Ampang dibelakang Yow Chuan Plaza.
Lagi pun, pihak
Pegurusan Petronas telah beberapa kali sebelum itu mengumumkan dengan tegasnya
kepada kakitangan bahawa hartanah tidak termasuk dalam senarai perniagaan
asas (“core business”) syarikat, apabila kakitangan meminta mengekalkan
atau menambah perumahan yang disediakan untuk keperluan kakitangan di Kerteh,
Bintulu, dan lain-lain, dimana tidak cukup rumah-rumah untuk disewa dengan
harga sederhana. Malah rumah-rumah syarikat yang sedia ada telah dan akan
dijual, tanpa mempedulikan rayuan kakitangan, atas alasan hartanah bukan
“core business” Petronas.
Jadi kita boleh
buat kesimpulan bahawa keputusan Lembaga Pengarah Petronas untuk melabur
secara besar-besaran dalam projek hartanah yang digelar KLCC itu adalah
atas desakan orang yang lebih berkuasa dari pihak Pengurusan Petronas,
iaitu PM.
3. BAGAIMANA
CARA PETRONAS DIPAKSA MEMAJUKAN KLCC?
Petronas terpaksa
memajukan KLCC melalui sebuah syarikat bernama KLCC Holdings yang sahamnya
dipegang oleh Petronas (51%), sebuah syarikat ANANDA KRISHNAN (40% lebihkurang),
dan sebuah syarikat lagi (saya tidak ingat namanya, tetapi kepunyaan kroni
jua). Ananda Krishnan adalah seorang kroni Dr Mahathir yang besar.
Hampir semua
wang untuk membiayai projek pembaziran ini datang dari Petronas, samada
sebagai sumbangan ekuiti atau sebagai pinjaman; ANANDA KRISHNAN sebagai
pengambil untung saja.
4. BAGAIMANA
KOS KLCC NAIK SAMPAI HAMPIR RM 10 BILION?
4.1 KOS
TANAH: RM 900 JUTA
Petronas telah
diarahkan membeli tanah bekas gelanggang lumba kuda dari syarikat kepunyaan
ANANDA KRISHNAN dengan harga RM 900 JUTA, walaupun ANANDA KRISHNAN telah
membeli tanah pertanian itu dengan harga lebihkurang RM 300 juta hanya
setahun sebelum itu, dan telah tukar syarat kegunaan kepada komersial.
Jika ditolak kos penukaran syarat, serta faedah keatas pinjaman wang dari
bank, kita boleh jangkakan bahawa ANANDA KRISHNAN telah diberi keuntungan
tidak kurang dari RM 400 JUTA oleh Dr Mahathir, melalui Petronas.
Untuk menutup
peranannya dalam hal ini, semua arahan PM kepada Petronas adalah secara
lisan, dan Lembaga Pengarah Petronas didesakkan meluluskannya dengan
resmi, lengkap dengan kertas cadangan yang menggambarkan keuntungan yang
bakal diperolehi Petronas dari projek KLCC itu,
Harga RM 900
juta ini dibayar secara tunai oleh Petronas melalui sekeping cek sahaja,
setelah dituntut dengan cara tergesa-gesa oleh ANANDA KRISHNAN sendiri,
yang datang keDayabumi dengan seorang pegawainya untuk tujuan tersebut,
pada suatu hari masa Pengerusi dan Presiden Petronas tidak ada dalam negeri..
4.2
KOS MENARA KEMBAR SAHAJA: HAMPIR RM 4 BILION
Kos bangunan
tertinggi didunia ini dalam keadaan kosongnya sahaja ialah RM 2.3 BILION,
sebelum termasuk kos persiapan dan pemasangan alat-alat disebelah dalam,
yang menelan belanja lebihkurang RM 1 BILION lagi.
Konsortium untuk
Menara Satu termasuk sebuah syarikat yang dipegangi oleh SEORANG IPAR
PEREMPUAN KEPADA DR MAHATHIR.
Konsortium untuk
Menara Dua mempunyai syarikat yang dipegangi oleh SEORANG IPAR LELAKI
KEPADA DR MAHATHIR.
Selain daripada
itu, semua anak-anak syarikat Petronas yang berpindah ke Menara Satu tidak
dibenarkan membawa atau membeli perabot sendiri, malah dipaksa membeli
“workstation” dari SYARIKAT ARTWRIGHT, yang dipunyai majoritinya oleh MIRZAN
BIN MAHATHIR, anak kesayangan Siti Hasmah, saya dengar. Dengan harga RM
10,000 tiap-tiap sebuah “workstation”, dan memandangkan ada lebihkurang
5,000 kakitangan Petronas diMenara Satu, maka kontrak ini bernilai lebihkurang
RM 50 JUTA. Dari segi mutu,harga ini dianggap ramai sebagai luarbiasa tingginya.
Selain daripada
“workstation”, bilik pengurus -pengurus dilengkapi dengan perabut dari
luar negeri dan harga yang dikenakan kepada Petronas ialah RM 70,000 sebilik.
Untuk pengurus besar-pengurus besar pula RM 138,000 sebilik; dan untuk
Naib-Naib Presiden, Presiden dan Pengerusi pula tentulah lebih tinggi lagi
(ma’af, saya tidak ada maklumat tepat). Selain daripada itu ada beratus
bilik mesyuarat, yang pelbagai nilai perabutnya. Jika dicampur dan didharabkan
semua bilik-bilik ini, maka kita mendapati kontrak yang bernilai LEBIH
DARI RM 200 JUTA, terutama sekali kalau diambil kira perabut untuk
ARAS 86, DIMANA DIBINA KHAS UNTUK DR MAHATHIR SEBUAH PEJABAT, BILIK TETAMU,
BILIK MESYUARAT, dll. Siapa punya syarikat pembekal perabut-perabut ini,
saya tidak tahu, tetapi dari segi harga yang amat luarbiasa tingginya yang
Petronas telah terpaksa membayar, kemungkinan besar mereka terdiri dari
suku sakat atau kroni Dr Mahathir
Dari satu sudut,
mengadakan PEJABAT UNTUK DR MAHATHIR di aras 86 Menara Satu JELAS SATU
LAGI PEMBAZIRAN, kerana dilapurkan menelan perbelanjaan berjuta Ringgit..
Tak cukupkah yang mewah diPutra Jaya tuh? Dari sudut lain, ianya perlu
untuk memberi keuntungan besar lagi kepada sukusakat dan/atau kroni.
Tiap-tiap satu
menara Petronas ini mempunyai luas lantai yang berjumlah 1.85 juta kakipersegi.(kpsg)
DiMenara Satu, hampir tiap-tiap aras dipasangkan dengan permaidani (yang
dikatakan susah terbakar) yang berharga RM 70-90 tiap satu kpsg ( sungguh
terkejut manusia apabila mendengarnya!!). Kalaulah hanya 1.5 juta kpsg
dihiaskan dengan permaidani ini, maka kontrak pembekalan dan pemasangannya
bernilai lebih RM 100 JUTA. Ramai kakitangan Petronas menyebut-nyebut bahawa
syarikat-syarikat pembekal itu dipunyai oleh ANAK-ANAK MAHATHIR.
Tidak ada maklumat
tentang permaidani di Menara Dua; Petronas ada satu anak syarikat sahaja
yang menduduki disitu. Ruang lain samada disewa kepada syarikat lain atau
masih kosong ---- KEBANYAKANNYA MASIH KOSONG KERANA TIDAK LAKU DISEWA!!
DiAras 41, 42,
dan 43 terdapat MALAYSIAN PETROLEUM CLUb, yang amat mewah sekali perhiasannya,
menelan belanja berpuluh juta ringgit (dengar-dengarnya, lingkungan RM
30 JUTA).
4.3
KOS TAMAN KLCC: RM200 JUTA
Yang peliknya
konsultan dari Brazil yang diberi kontrak untuk merekabentuk dan membina
taman seluas 50 ekar ini. Pada mulanya semua pokok yang ditanam diimport
dari Brazil, dan semuanya MATI. Jadi akhirnya diganti dengan pokok tempatan.
Tentulah lebih
murah jika pakar dan pokok tempatan digunakan. Lagipun, kos penyenggaraan
taman ini dilaporkan sebanyak RM7 JUTA SEBULAN !! Kalau kroni tidak terlibat,
masakan sebuah pokok pinang, mithalnya, yang biasanya berharga RM200-300,
dikenakan harga RM1,200 kepada KLCC.
4.4
KOS DEWAN SIMFONI FILARMONIK: RM500 JUTA
Dewan ini amat
canggih dan tinggi mutunya. Lebih seratus ahli muzik asing digajikan oleh
Petronas, sehingga kos bersih operasi sebulan mencapai RM5 JUTA !!.
4.5
KOS LOJI “GAS DISTRICT COOLING (GDC)”: RM300 JUTA
Loji ini dibina
untuk menjana elektrik untuk KLCC, dan air sejuk untuk alat-alat hawa dingin
bagi seluruh KLCC. Sekarang sedang diperbesarkan lagi dengan belanja lebihkurang
RM80 juta.
4.6
BAGAIMANA BAKI LEBIH DARI RM4 BILION DIBELANJAKAN?
Ini merangkumi
membiayai kos bangunan-bangunan dan infrastruktur berikut:-
-
bangunan pejabat
Esso (40 tingkat);
-
bangunan hotel
Mandarin Oriental (yang amat mewah bertaraf antarabangsa; berpuluh tingkat);
kos dianggap beberapa ratus juta Ringgit;
-
bangunan pencakar
langit MAXIS, untuk kegunaan syarikat Ananda Krishnan;
-
bangunan kompleks
membeli-belah KLCC SURIA;
-
kemudahan letak
kereta bawah tanah 5-tingkat, untuk 5,000 kereta;
-
rangkaian jalan
diatas dan dibawah tanah serta terowong untuk menghubungkan KLCC dengan
Jalan Tun Razak, Jalan P Ramlee, Jalan Pinang, Jalan Ampang, serta dengan
lebuhraya baru yang sedang dibina diatas Sungai Kelang (melalui terowong
terus ke tempat letak kereta bawah tanah KLCC), termasuklah peningkatan
taraf sebahagian Jalan P. Ramlee, dan beberapa jalan baru disekeliling
KLCC;.
-
Sebuah mesjid saiz
sederhana yang berhawa dingin (pada mulanya Ananda Krishnan tidak bersetuju
dengan pembinaan mesjid ini, kononnya tidak membawa keuntungan kepada KLCC
Holdings !!).
Adalah dilaporkan
banyak juga perbelanjaan tambahan dari kos asal yang perlu dikeluarkan
oleh KLCC Holdings kerana banyak pertukaran dibuat kepada bangunan-bangunan
dan infrastuktur.
5. MENGAPAKAH
KAKITANGAN PETRONAS DIPAKSA MENDUDUKI MENARA KEMBAR DALAM KEADAAN BELUM
SIAP DAN MERBAHAYA?
Ini menjadi
tandatanya, kerana ramai kakitangan Petronas telah diarahkan berpindah
dari Dayabumi pada masa Menara Kembar masih lagi belum siap, dan tiada
siapa yang sedang menunggu untuk mengambilalih ruang pejabat mereka diDayabumi
itu. Hasilnya ramai dari mereka mengalami banyak peristiwa cemas dan ngeri
apabila kerap terperangkap dalam lif dalam keadaan gelap dan lemas, daripada
beberapa minit sehingga satu jam setengah!! Mereka terpaksa bekerja dalam
keadaan bising dan berhabuk kerana kerja-kerja menyiapkan bangunan itu
masih berjalan dengan rancaknya, dan menanggung kesulitan-kesulitan lain
seperti kegagalan alat komunikasi, sistem komputer, dan juga kesulitan
makan dan minum.
Memang diketahui
ramai, pembinaan Menara Kembar itu telah jauh terlewat dari jadual yang
telah dikontrakkan. Maka biasanya kontraktor kena bayar denda. Tetapi sukusakat
Dr Mahathir mempunyai kepentingan dalam kontrak-kontrak ini. Jadi apa nak
buat? Satu teori mengatakan bahawa satu jalan keluar ialah untuk Petronas
menduduki menara-menara itu lebih awal maka, dari segi kontrak, dapat diibaratkan
tiada kelewatan.
Pihak Pengurusan
Petronas biasanya amat prihatin dengan keselamatan kakitangannya, sehingga
rela mengeluarkan perbelanjaan yang amat banyak demi keselamatan kakitangan,
orang awam, dan juga alam sekitar. Inilah satu-satunya nilai terpuji yang
telah menjadi adat resam Petronas dari dahulu lagi. Jadi mengapakah pihak
Pengurusan Petronas bersetuju mengambil risiko yang sebegitu rupa pada
kali ini? Tentulah ada sesuatu luar biasa yang menekan pihak Pengurusan
Petronas.
6. BERAPAKAH
KOS PENYENGGARAAN/OPERASI KLCC SETAHUN?
Dengar-dengarnya,
lebihkurang RM 250 JUTA SETAHUN melibati Menara Kembar dll (RM9 juta sebulan),
Taman KLCC (RM7 juta sebulan), dan gaji ahli muzik asing (RM5 juta sebulan).
(Orang Petronas/KLCC diminta perbetulkan jika silap.)
Kalau tak silap,
perbelanjaan tahunan beberapa negeri diSemenanjung ini tidak sampai ketahap
ini !!
APAKAH MANFAAT
KEPADA NEGARA JIKA PROJEK KLCC TIDAK WUJUD?
1. Petronas
mungkin tidak perlu meminjam wang sebanyak RM 10 bilion. Mengikut Laporan
Tahunan Petronas terkini, hutang Petronas sekarang berjumlah RM30 bilion.
2. Wang RM10
bilion boleh membiayai 1,000 km lebuhraya, atau 30-40 buah universiti,
atau 40-50 hospital besar, atau 1,000 sekolah rendah, atau 350,000-400,000
rumah kos rendah, maka dengan sekali gus mengatasi semua masalah perumahan
2 juta rakyat.
APAKAH TUJUAN
SEBENAR PROJEK KLCC?
Dari fakta-fakta
diatas telah jelas kelihatan bahawa tujuan utama projek mewah dan mega
ini ialah untuk menfa’atkan sukusakat dan kroni Dr Mahathir.
Untuk mengkaburi
mata rakyat, mereka disuruh bermegah dengan kejayaan kerajaan BN membina
bangunan tertinggi didunia. Kononnya untuk memashhorkan negara dan menarik
pelancung.
Takkan kita
tak tahu ada banyak cara yang jauh lebih murah untuk menarik pelancung
(mithalnya membina infrastruktur dan kemudahan yang cukup untuk “ecotourism”,
kerana amat banyak potensinya diMalaysia ini – kebanyakan pelancung Eropah
dan Amerika mencari pengelaman yang berlainan dari kehidupan mereka harian
dicelah bangunan tinggi-tinggi…Lagi satu keperluan ialah meningkatkan keselamatan,
kemudahan dan keselesaan pelancung dengan membina merata-rata tandas awam
percuma yang bersih, hotel-hotel murah yang bersih, sistem pengangkutan
awam yang senang digunakan oleh pelancung, rangkaian pondok informasi yang
cukup –lihat keadaan diAmsterdam mithalnya……). Dan satu cara paling berkesan
memashhorkan negara ialah dengan wujudnya kerajaan yang bersih dari kezaliman,
rasuah, nepotisme dan kronisme , dan memprojek imej sebuah negara yang
menghormati hak asasi rakyat dan pelawat, yang mempunyai sistem kerajaan,
sosial dan keselamatan yang cekap dan bersih!!
Kalaulah tidak
kerana pembaziran, rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang bercorak mega-mega,
Malaysia mungkin dua kali ganda lebih maju dari sekarang.
Wallahu a’lam.
Pengunjung Mesjid
KLCC
14 Nov 1999
Olahan asal:
polongcyber@mailcity.com
Kemaskini Terakhir:
14 November, 1999
.
SILA
KLIK UNTUK
MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA
MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA
ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL
TANPA KEBENARAN PENULIS. |
|
|