Mahathir sudah memasang angan-angannya supaya Yang di-Pertuan Agong ke-12 mengikut telunjuk dan kemahuannya. Segala-galanya perkara sepenting urusan negara mesti melalui mulut Mahathir yang umumkan, pilihanraya dia juga, isytihar Malaysia 'negara Islam' Mahathir dia juga, buat keputusan mensabitkan DS Anwar Ibrahim salah dan dipenjarakan dia juga (hanya tidak diumum sebagaimana dia umumkan pilihanraya, isytihar Malaysia 'negara Islam', tarikh majlis Raja-raja Melayu mesyuaratpun dia juga umumkan). Kenapa tidak penyimpan mohor Raja-raja yang umumkan???.
Secara tidak disedari oleh Majlis
Raja-raja, jelas Mahathir mahu Majlis Raja-raja Melayu mengambil kira kenyataannya
dalam akhbar itu. Selain itu, Mahathir juga berniat untuk memasuki urusan
Majlis Raja-raja Melayu dalam hal memilih Yang di-Pertuan Agong baru. Malah
Mahathir seperti cuba menanam bibit-bibit pertelingkahan dalam Majlis Raja-raja
dari kenyataannya itu, semacam mahu campur tangan. Adalah lebih bijak Mahathir
jangan sentuh walaupun sepatah tentang urusan Majlis Raja-raja Melayu dalam
membuatkan keputusan mereka. Majlis Raja-raja Melayu juga tidak pernah
sentuh tentang urusan keperdanamenteriannya yang tidak patut disentuh selama
ini. Kecuali Mahathir yang telah melukai sistem Raja Berperlembagaan dulu
secara diluar adat orang-orang
Rakyat ingin melihat sejauh mana kebijaksanaan Majlis Raja-raja Melayu dalam membuat keputusan yang disenangi rakyat jelata. Bukannya keputusan yang dimahukan oleh Mahathir PM paling lama, paling anti sistem beraja dan paling rakus untuk terus berkuasa mencengkam seluruh sistem yang ada dalam negara ini. Apakah Majlis Raja-raja Melayu tidak dapat melihat kebusukan hati perut Mahathir di sepanjang dia jadi PM lebih kurang 20 tahun, pada tahun 1993 dulu bagaimana Mahathir mengheret pemimpin UMNO/BN dan seluruh rakyat menghina Sultan-sultan secara cukup TIDAK BERADAB...anda tentu masih ingat!!!, bagaimana Mahathir memperhina Islam, hukum hudud, ulama, menghina, menghukum dan memenjarakan DS Anwar secara cukup-cukup kejam dan banyak lagi angkara Mahathir terhadap umat Islam dan orang-orang Melayu. Marilah kita berdoa agar Sultan-sultan atau Raja-raja Melayu serta Majlis Raja-raja Melayu membuat keputusan dan juga pemilihan Agong ke-12 secara musyawarah tanpa dipengaruhi oleh unsur-unsur politik kepartian, apalagi untuk dipengaruhi oleh Dr Mahathir dan kroni-kroninya di dalam UMNO. Majlis Raja-raja Melayu, rakyat Malaysia yang majmuk ini mengharapkan Sistem Raja Berperlembagaan yang menjadi payung dan simbol kedaulatan, keamanan dan keselamatan rakyat dan Malaysia agar bersikap lebih proaktif demi mendaulatkan Perlembagaan Negara dan kuasa Parlimen, seterusnya memastikan sistem undang-undang atau kehakiman negara ini terus bebas tidak lagi dibelenggu oleh penguasa politik elit. Begitu juga dalam menjaga sistem demokrasi dalam negara ini agar benar-benar terpelihara. Mudah-mudahan Majlis Raja-raja Melayu mendapat hidayah serta petunjuk Allah SWT dalam membuat pemilihan Yang di-Pertuan Agong serta Timbalannya. Agar mereka yang terpilih adalah Sultan atau Agong yang berkarisma, beriman, bertaqwa, tawaduk dan memiliki daya kepimpinan tinggi serta berhemah tinggi. Bukan Sultan atau Agong yang boleh diperkudakan oleh Dr Mahathir yang nyanyuk itu. Ibn Sabah,
|