 |
.... |
Amukan
Amerika Terhadap Umat Islam Di Afghanistan Tragedi Akhir Zaman?
Oleh:
Ibn Sabah |
Ekoran peristiwa pada
11 September lalu, yang diwar-warkan sebagai suatu keganasan. Dan dilakukan
oleh individu misteri dalam serangan berani mati oleh empat pesawat komersial
milik Amerika sendiri, di mana dua buah pesawat itu telah merempuh bangunan
berkembar World Trade Centre yang dimegah-megahkan selama ini, satu pesawat
merempuh pangkalan tenteranya Pentagon yang dikatakan yang terhebat dan
dilengkapi segala macam kecanggihan dan sebuah lagi terhempas dalam hutan
yang sepatutnya ke destinasinya White House menempatkan pejabat Presiden
dan tempat bersemayam George W Bush. Benar-benar menyedarkan Amerika dari
lamunan kemegahan dan keangkuhan mereka selama ini selaku polis dunia.
Akibat dari bencana yang menimpa ke
atas Amerika. Amerika terus menuding jari terhadap umat Islam khususnya
jutawan Arab Osama bin Laden, konon Osama adalah dalang keganasan itu.
Tetapi sehingga hari ini, tidak ada satupun bukti jelas tentang keterlibatan
Osama. Melainkan dakwaan PM British Tony Blair yang kononnya dia punya
bukti berkaitan keterlibatan Osama dalam serangan yang memusnahkan WTC
kembar di Amerika itu. Kerana bukti Tony Blair itulah Amerika menjadi seperti
orang gila mengamuk terhadap umat Islam di Afghanistan. Seluruh dunia dan
sekutu-sekutunya yang anti Islam dan umat Islam, hinggakan beberapa negara
Islam juga bersedia untuk diheret sama-sama mengamuk terhadap umat Islam
yang dhaif di Afghanistan itu atau sekurang-kurangnya bersekongkol dengan
Amerika menjadi pengganas yang dihalalkan dan direstui oleh dunia. Keganasan
Yahudi di Israel terhadap bangsa Arab dan juga umat Islam di Palestin ditutup-tutupi
dan mereka pejamkan mata. Itulah sebenarnya sikap, hati dan jiwa Amerika,
sekutunya serta mereka yang anti Islam dan berdendam terhadap kejayaan
umat Islam.
Bayangkan individu yang menyerang
WTC di Amerika cuma beberapa orang saja ibarat beberapa ekor tikus,
tiba-tiba Presiden G. W. Bush hendak melawan tikus-tikus itu dengan gerombolan
gajah. Itupun identiti sebenar penyerang bangunan WTC tersebut juga belum
dapat dipastikan seyakin-yakinnya dengan bukti sahih. Kenapa G.W. Bush
mengheret seluruh dunia supaya bersekongkol dengan Amerika bagi menghalalkan
tindakan ganasnya dengan bertopengkan hendak menyerang Osama bin Laden
yang berada di Afghanistan. Afghanistan adalah sebuah negara lemah dan
miskin itu. Lagipun belum dapat dibuktikan siapa sebenarnya punya angkara
serangan ke atas bangunan WTC dan Pentagon itu. Ini menjelaskan kepada
dunia bahawa tindakan Amerika itu adalah tindakan orang yang sedang sakit
jiwa dan orang yang mengamuk kerana sudah kehilangan pertimbangan akal
waras atau orang yang emosinya berserabut akibat tekanan perasaan malu
bercampur angkuh yang tak tertanggung.
Mengheret seluruh dunia untuk bersama
memburu pengganas dengan tindakan lebih ganas yang dilakukan Amerika bersama
sekutunya, bukanlah satu tindakan bersifat adil dan ia benar-benar satu
tindakan penuh dendam, angkuh, sombong dan jauh meminggirkan nilai-nilai
kemanusiaan dan juga tidak bersandarkan kepada keluhuran undang-undang
sejagat. Matlamat menghapus pengganas itu sudah baik dan patut disokong
oleh semua dengan beberapa syarat yang ketat dan mengikat dengan mengambil
kira undang-undang, keadilan dan peri kemanusiaan. Pepatah orang Melayu
ada menyebutkan 'marahkan seekor nyamuk habis kelambu dibakar' cukup tidak
wajar, tidak adil dan malah menyusahkan diri sendiri dan orang lain yang
berada disekeliling kita. Namun, bertindak secara ganas atau lebih ganas
terhadap pengganas adalah sama tarafnya seperti seorang pengganas juga.
Itulah gambaran tindakan sebenar Amerika terhadap kelompok yang tidak disenangi
atau mereka yang disyaki sebagai musuh Amerika.
Membanteras Pengganas Atau Jadi
Pengganas
Amerika benar-benar seperti kata pepatah
orang tua 'lebih sudu daripada kuah' dalam bab membanteras pengganas. Bukannya
membanteras pengganas tetapi Amerika pula bertindak lebih dahsyat daripada
pengganas terhadap rakyat dan umat Islam di negara Afghanistan. Tidak dapat
disangkal lagi bahawa hakikat sebenarnya Amerika adalah bapa segala pengganas
dunia. Tidak salah kita mengatakan sedemikian, kerana terlalu banyak bukti
tentang di mana saja keganasan di situlah Amerika menjadi dalangnya. Terutama
dalam tindak-tanduknya terhadap negara dan umat Islam, di Iraq, Iran, Palestin
dan sekarang di Afghanistan, tanyalah kepada siapa jua, siapa mendalangi
atau menaja kelompok-kelompok yang bertelagah dalam peperangan dan keganasan
di negara tersebut kalau bukan Amerika.
Apakah benar Osama bin Laden seorang
pengganas. Apakah benar umat Islam diajar supaya menjadi pengganas. Padahal
ajaran Islam itu sama sekali tidak pernah mengajarkan umatnya supaya menjadi
pengganas. Bukalah al-Qur'an, Hadith dan kitab-kitab turath (warisan) besar
Islam yang muktabar yang dikarang oleh para ulama besar lagi muktabar tidak
ada sepatahpun kalimat yang membenarkan atau menghalalkan budaya ganas,
keganasan atau dorongan supaya umat Islam menjadi pengganas. Tetapi media
yang dikuasai oleh barat yang anti Islam dan umat Islam terus berusaha
bagi menggambarkan betapa umat Islam itu adalah pengganas. Dengan lain
perkataan, mereka (barat yang didalangi Yahudi) dengan nawaitu jahat mereka
telah bermati-matian mewajahkan Islam dan umat Islamnya dengan wajah-wajah
buruk, jahat, negatif, ganas dan segala yang tidak baik itulah rupa wajah
Islam pada benak pemikiran barat, Yahudi dan golongan yang anti Islam itu.
Belajarlah Menyelidiki Segala Macam
Maklumat Golongan Fasik dan Musuh
Kerana putar belit media barat yang
didalangi Yahudi itu, hinggakan umat Islam terkeliru dan ditipu hidup-hidup.
Umat Islam seperti hilang daya akliah untuk meneliti dan menilai segala
berita putar belit barat tentang Islam dan umat Islam. Dalam al-Qur'an
itu sendiri mengajar dan memberikan panduan kepada umat Islam tentang tatacara
menerima berita atau maklumat yang disampaikan oleh golongan fasik. Apatah
lagi daripada golongan musuh atau mereka yang anti Islam seperti Yahudi
dan orentalis barat itu. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai orang-orang
yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa suatu berita,
maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya (dengan sikap
teliti dan cermat) kamu tidak akan menimpakan suatu kaum dengan perkara
yang tidak diingini (dengan sebab kejahilan kamu mengenainya), sehingga
menjadikan kamu menyesali terhadap apa yang kamu telah lakukan". (S. al-Hujurat:
6).
Justeru itu, umat Islam hendaklah
kembali kepada pengajaran al-Qur'an ini. Apa lagi dalam situasi dunia maklumat
dan pemberitaan itu sendiri dikuasai sepenuhnya oleh barat yang didalangi
Yahudi. Dan bangsa Yahudi itu juga yang memegang tengkuk Amerika Syarikat
supaya ikut telunjuk mereka, kalau tidak Amerika akan ditimpa malapetaka
lebih dahsyat daripada kesengsaraan umat Arab dan umat Islam di Palestin.
Kita boleh lihat bagaimana persengkokolan Amerika bersama Israel dalam
jenayah pembunuhan dan keganasan di bumi Palestin itu yang dirampas secara
cukup terancang menerusi resolusi PBB pada tahun 1948 lagi bagi maksud
pengujudan negara Israel. Sekaligus menimbus dan menutup terus peluang
negara Palestin ditubuhkan.
Senario dunia dengan zaman globalisasinya
dan dunia tanpa sempadan umat Islam seharusnya mengambil pengajaran besar
dari sentuhan pengajaran al-Qur'an ini tentang bagaimana kita berhadapan
dengan segala macam maklumat dan berita yang dibawa atau dihidangkan di
depan mata umat. Umat Islam jangan sampai lebih percayakan berita dari
mulut musuh daripada berita yang disampaikan sendiri oleh saudara seagama.
Apabila umat Islam lebih percayakan berita musuh dan dalam masa sama menidakkan
berita yang datang dari mulut umat Islam sendiri, tunggulah petaka bakal
menimpa diri umat Islam dan negara Islam di seluruh dunia. Bayang saja
ada pemimpin di negara Islam lebih bersimpati dengan bersekongkol bersama
keganasan tajaan Amerika dan golongan anti Islam mengganyang serta memusnahkan
umat Islam di mana-mana seperti tragedi yang menimpa umat Islam di Bosnia
Herzegovina, Palestin dan sekarang di Afghanistan. Amerika bersama sekutunya
hanya bertopengkan 'pengganas' atau 'keganasan' yang belum jelas siapa
sebenarnya pengganas yang dicari itu, dengan sikap angkuh lagi besar kepala
terus menuding jari bahawa Osama bin Laden merupakan dalang pengganas yang
meruntuhkan dua bangunan kembar menjadi kemegahan Amerika selama ini.
Sejak 11 September itu, Amerika dan
media-media yang pro-Amerika dan didalangi golongan anti Islam yang menyimpan
dendam terhadap umat Islam terus-menerus memutar-belitkan berita keganasan
dengan mengaitkan Islam dan umatnya sebagai pengganas atau penaja kepada
keganasan di seluruh dunia. Tetapi menutup mata terhadap keganasan Israel
dan Yahudi di Palestin, keganasan Serbia di Bosnia dulu dan lain-lain keganasan
bersifat kaum atau agama yang terjadi diserata dunia yang dilakukan oleh
agama lain. Hinggakan umat Islam sendiri tidak menyedari bahawa agenda
media barat dan media anti Islam itu yang hari-hari disebar secara cukup
meluas dan bersistem oleh media di negara-negara Islam sendiri, seolah-olah
membenarkan apa sahaja berita dan juga maklumat yang disampaikan oleh media
barat tanpa sebarang penapisan yang sewajarnya, sebagaimana Islam mengajar
umatnya supaya menyelidiki dulu berita-berita yang dibawa oleh golongan
fasik itu. Inikan pula berita yang dibawa oleh mulut-mulut musuh dan golongan
anti Islam.
Kita tidak berniat mengapi-apikan
semangat pertentangan agama. Tetapi umat Islam harus melihat tragedi yang
menimpa umat Islam di Afghanistan adalah suatu tindakan cukup jahat oleh
Amerika bersama sekutunya untuk melemahkan umat Islam, sebagaimana Amerika
bertindak terhadap Iran dengan memperkudakan negara jirannya Iraq waktu
itu. Begitu juga kerja dan niat jahat Amerika terhadap Iraq sebenarnya
mempunyai sesuatu yang tersirat dilubuk hati kecil musuh-musuh Islam yang
didalangi oleh Yahudi yang selama-lamanya menyimpan dendam terhadap Islam
dan umat Islam. Kekuatan umat Islam di Iraq dan Iran digeruni oleh Israel,
kerana itu sebelum kekuatan itu menghempit Israel, Amerika yang menjadi
kuasa dunia mesti berperanan untuk melemahkan negara-negara Islam yang
digeruni oleh Israel itu.
Tragedi Akhir Zaman Yang Dipenuhi
Hikmah Besar
Umat Islam wajar melihat dan
belajar atau mengambil sedikit iktibar dari peristiwa yang terjadi di bumi
Afghanistan itu dan kaitannya dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud:"Tidak
akan terjadi hari kiamat sehingga merajalela 'alhajru'. Para sahabat lalu
bertanya: Apa itu 'alhajru', ya Rasulullah? Jawab Rasulullah SAW: Pembunuhan,
pembunuhan". (HR Imam Ahmad).
Jelas serangan penuh dendam Amerika
terhadap bumi Afghanistan itu, walaupun Amerika mendakwa hendak mencari
sasaran Osama bin Laden. Tetapi itu hanya topeng bagi tujuan untuk pembunuhan
ke atas umat Islam yang tidak berdosa khususnya orang-orang awam. Sudah
sebulan lebih Amerika menyerang, mengganas dan membunuh jiwa umat Islam
tanpa erti peri kemanusiaan dan jauh dari sifat ihsan semata-mata dengan
matlamat serta niat jahat lagi kejam ke atas batang tubuh umat dan negara
Islam Afghanistan yang kerdil kalau hendak dibandingkan dengan kemajuan
Amerika, Britain dan negara Eropah lainnya. Kenapa Amerika benar-benar
bernafsu besar menyerang dan memusnahkan negara kerdil seperti Afghanistan
itu. Niat Amerika bukan semata-mata disebabkan untuk memburu jutawan
Arab Saudi, Osama bin Laden, sebaliknya ada niat jahat Amerika bersama
sekutunya ke atas negara Islam yang mahu menyuburkan kehidupan Islam, syariat
Islam dan perlaksanaan perundangan Islam yang sebenar di bumi Afghanistan.
Kerana musuh Islam menyakini apabila umat Islam bergantung dan bersandar
sepenuhnya kepada al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah SAW serta patuh kepada
Ijmak para ulama Islam yang muktabar bahawa kekuatan dan juga kekuasaan
umat Islam akan kembali mendominasi dunia. Inilah yang ditakuti oleh Yahudi,
dunia barat dan golongan anti Islam itu.
Untuk itu, sebelum umat Islam menjadi
kuat, bersatu dan berkuasa di dunia ini. Adalah lebih baik mana-mana negara
umat Islam di dunia ini yang mahu menghidupkan kembali syariat dan kehidupan
Islam berlandaskan al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah SAW itu disekat lebih
awal dengan apa cara sekalipun, hatta dengan keganasan serta memperkudakan
pemimpin dan negara umat Islam yang boleh diperkudakan atau dicocok hidung
bagi mempermudahkan Amerika dan sekutunya melaksanakan agenda jahat mereka
itu ke atas negara Islam.
Maka dengan demikian, umat Islam di
mana jua mereka berada hendaklah bersikap lebih bijak dan meneliti setiap
inci agenda Amerika bersama sekutunya di bumi Afghanistan. Kita bukan mahu
bersikap prejudis terhadap Amerika dan juga sekutunya. Tetapi, biarlah
kita kembali kepada makna sebuah keadilan sejagat. Islam mengajar kita
cukup sistematik dalam mengatur kehidupan ini dalam meletakkan keadilan,
kemanusiaan dan sifat ihsan itu. Dan Islam tidak sama sekali menganjurkan
sebarang bentuk keganasan dan juga kezaliman. Islam cukup tegas dalam menentang
apa jua bentuk keganasan serta kezaliman ke atas manusia hatta ke atas
haiwanpun Islam sangat menuntut sifat ihsan itu.
Tetapi media barat yang didalangi
golongan anti Islam, hari-hari menyebarkan berita-berita negatif tentang
Islam. Itulah dasar musuh dan golongan anti Islam itu selamanya. Kerana
itu, umat Islam dan para pemimpin umat Islam di seluruh dunia Islam hendaklah
kembali kepada al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah SAW, seandainya kita mahu
kembali kuat. Dekatilah golongan ulama, cintailah ulama pewaris para nabi
itu tanpa sebarang rasa curiga terhadap keikhlasan para ulama Islam ini
dan berhati-hatilah terhadap kelicikan musuh atau golongan anti Islam yang
sentiasa berusaha memperkudakan kita. Akhirnya, agenda jahat mereka untuk
memperlaga-lagakan umat Islam sesama Islam menjadi nyata, kerana sikap
umat Islam dan para pemimpin umat Islam sendiri. Kenapa para pemimpin umat
Islam di dunia Islam tidak mampu melakukan kesatuan fikrah dalam menangani
segala isu-isu besar yang melibatkan umat dan negara Islam. Umat Islam
ada OIC, tapi di mana fungsinya dan pelbagai lagi agensi umat Islam di
peringkat antarabangsa akan tetapi tidak mempunyai kekuatan sebenarnya.
Apakah mungkin kerana longgarnya keimanan, nipisnya taqwa, hilangnya sifat
tawaduk, lunturnya sifat mahmudah atau akhlak mulia di kalangan pimpinan
umat Islam akhir zaman. Atau kerana menebalnya sifat ego, takbur dan jauhnya
kita dari sentuhan ajaran al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah SAW? Kita saja
yang boleh memberikan jawabannya. Wallahu 'Alam.
Ibn Sabah,
13.11.2001M.
SILA
KLIK UNTUK
MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA
MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA
ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL
TANPA KEBENARAN PENULIS. |
|
|