....
PERTABALAN MEGAWATI 
SUATU HUKUM KARMA
Dulu Ayah, kini anak mengongsi Istana Merdeka 

Indonesia sebuah negara kepulauan yang luas dan memiliki rencam bahasa sekitar 500 dan etnik yang banyak. Ia sebuah negara yang penting oleh faktor kependudukan, aset hasil bumi , kedudukan strategik dan sebuah negara Islam yang terbesar. Ia berkemampuan menjadi kuasa besar jika diuruskan secara bijak dan terancang apatah lagi dengan tenaga buruh yang banyak dan terkenal rajin pula. 

Indonesia mempunyai sejarah kepahlawanan yang panjang dan hebat. Negara kepulauan itu memperolehi kemerdekaan secara jantan dengan beradu lengan terhadap bekas penjajahnya Belanda. Gandingan antara pahlawan dan Ulamak yang berjihad telah menyaksikan Belanda cabut lari. Kemudiannya Indonesia diketuai oleh Soekarno atau lebih mesranya‘Bung’ Karno. Dasar tegas dan bebasnya telah menimbulkan kebimbangan di kalangan negara Barat kerana ia berpotensi muncul sebagai kuasa ISLAM yang kuat berdasarkan faktor yang disebut atas tadi. Maka mereka beragenda dan bersekongkol menjatuhkan pemerintahan Soekarno dengan beralasan beliau cenderung ke arah Komunis. Tragedi pembunuhan para Jeneral di Lubang Buaya September 30 (G30S), menyebabkan kejatuhan Soekarno dari tampuk kuasa. 

Baling batu sembunyi tangan & sambil menyelam minum air 

Melalui tipuhelah politik, Jeneral Soeharto dapat menaiki  takhta dan mencipta sejarah sebagai pemimpin terlama bercendawan di atas takhta. Tiga puluh(30) tahun pemerintahan beliau di Indonesia telah merosakkan struktur ekonomi yang menyaksikan kekayaan dibolot oleh pemerintah dan para kroni terdekat Melalui pengaruh isterinya Ibu Tien, golongan korporat warga Cina Kristian menonjol dan melonjak, mengaut segala peluang perniagaan dan memonopolinya. Sebagai umpan, dilantik anak-anak dan keluarga terdekat Soeharto sebagai pengarah dan sebagainya. Hatta dalam kegiatan sukan juga ditonjolkan pemain-pemain Cina Kristian seperti acara badminton. Hanya segelintir sahaja pemain berketurunan Melayu Islam dari kepulauan diketengahkan. Begitu juga di bidang ketenteraan, Jeneral TNI- Beny Moerdani adalah seorang Kristian. Lantaran itulah kita lihat betapa keras dan kejamnya mereka menekan gerakan Islam seluruh Indonesia terutamanya wilayah panas ACHEH tanpa rasa belas kasihan sesama umat. Manakala misi dakyah Kristian bebas bergerak tanpa pengawasan yang sepatutnya dengan berumpankan kebendaan. 

Melalui penguatkuasaan penguasa tempatan yang diberi kuasa menghukum, pemerintahan Soeharto mencengkam segala aktiviti rakyat termasuk golongan Ugama, NGO dan juga cendikiawan yang bangun menentang. Puluhan ribu rakyat termasuk ulamak dihantar ke sebuah pulau pengasingan-Pulau Buru sebagai tahanan. Ramai yang lari ke negara jiran seperti Malaysia. Akhirnya masyarakat Islam Indonesia menjadi  tertekan dan ketinggalan. 

Diktator sentiasa berasal dari kelompok terkecil masyarakat - di Indonesia Tentera! 

Pemerintahan Soeharto dapat bertahan lama disebabkan oleh fakta bahawa dialah sebenarnya dalang yang mengatur di belakang tabir dengan dokongan para tentera. Setiap ahli Dewan adalah di bawah naungan dan kawalannya. Mereka hanyalah sebagai ‘rubber stamp’ dalam Dewan, bukan lagi membincangkan persoalan rakyat. Dalam bahasa kartun, mereka mengamalkan dasar 5D - Datang, Duduk, Dengar, Diam dan Duit. Yang melucukan lagi ialah MPR hanya akan bersidang sekali dalam tempoh lima tahun! 

Dasar autokrasi  Soeharto berterusan sepanjang pemerintahannya selama 3 dekad itu. Seandainya Soeharto jujur dan bersemangat nasionalisma Islam yang tinggi, sudah tentu ia berupaya membangunkan negara dan rakyatnya dengan makmur atas alasan hasil bumi dan hutannya yang sangat berpotensi. Sepatutnya kemajuan negara seiring dengan rakyatnya. Sebaliknya dalam tempoh itu ia mengumpul kekayaan peribadi yang diperincikan sekitar USD 156 Billion dengan mengamalkan dasar yang memenuhi saku sendiri dan kroni. Dia juga mengamalkan Kronisma dan proksi dalam perniagaan dengan begitu meluas sekali.  Rasuah juga sudah menjadi darah daging dalam perkhidmatan. Sistem ‘Demokrasi’ kerajaan Soeharto yang mendera rakyat ini berterusan sehinggalah Soeharto dan Ibu Tien bertaubat dan mengerjakan haji. Selepas kematian Ibu Tien, anak-anaknya pula banyak mempengaruhi keputusan politik Soeharto. 

TEKNOLOGI MAKLUMAT ALAT KEBANGKITAN 

Tidak lama kemudian berlaku kejatuhan ekonomi yang menyerang Asia. Kepayahan hidup yang dirasai rakyat marhaen berbanding kemewahan golongan elitis dan keluarga pemerintah membuka mata, membangunkan mereka dari lena. Lalu bersama dendam yang terpendam mencetuskan kebangkitan rakyat seluruh negara. Dengan kemajuan perhubungan IT, gerakan menekan pemerintahan Soeharto dapat diseragamkan dan diatur kemas. Namun Soeharto masih lagi mahu mengekalkan kuasa pentadbirannya (walau isyarat rakyat sudah jelas!)dengan menerima pencalonan Presiden di sebalik kenyataan bahawa dia sudah tidak popular lagi di kalangan rakyat. Malah dia semakin sewel apabila dalam kemarahan rakyat yang membuak itu, telah melantik pula anaknya ‘TUTUT’ sebagai menteri! 

Dalam pada itu, Menteri Perdana Malaysia, Dr Mahathir yang digelar Mahafiraun oleh orang Melayu, juga memainkan peranan sebagai penasihat Soeharto di sebalik tabir. Malah anak sulungnya Mahathir berkahwin pula dengan anak salah seorang Jutawan Cina proksi dan rakan niaga Soeharto dalam sistem perkahwinan Korporat. Mungkin bertujuan mengukuhkan kedudukan tanpa mengambilkira lagi latarbelakang agama.. 

Rakyat melenting, Diktator terpelanting 

Dengan tekanan dari rakyat yang tak kunjung padam dan rusuhan yang merebak dan meluas ke seluruh bandar-bandar Indonesia terutamanya Kota Jakarta, Soeharto mula tertekan dan terganggu kesihatannya. Saat ketika Soeharto hendak menyerah kalah, Mahathir telah menegahnya dari berbuat demikian. Namun akhirnya berkat kepintaran pemimpin politik anak watan Indonesia dan Angkatan Bersenjata ABRI, Parlimen akhirnya meminta secara terbuka supaya Soeharto meletakkan jawatan. Hanya dengan ultimatum dari ABRI yang menyatakan bahawa Soeharto tidak lagi didokong oleh tentera dan jaminan keselamatan barulah Soeharto mengalah dalam majlis yang menyaksikan naiknya Pak Habibie sebagai Presiden proksi sebelum Pilihanraya (pemilu) paling bersih yang berikutnya diadakan. Dikatakan bersih kerana kerusi untuk tentera dikurangkan kepada 27% sahaja. (Perhatikan bagaimana jumlah tentera yang kecil itu diwakili ahli yang ramai) 

Pemilu bidan terjun yang diterajui oleh BJ Habibie berkeputusan yang menyebelahi kepada Parti pimpinan Megawati. Namun disebabkan masyarakat Islam Indonesia tidak bersedia menerima Megawati sebagai Presiden kerana ia perempuan. Tekanan dari Nahdatul Ulama serta idea Paksi Tengah dan lain-lain gabungan akhirnya menonjolkan Gus Dur sebagai calon terbaik walaupun ia separuh buta dan partinya hanya memenangi 17% undi. Amien Rais pintar dalam menolak tawaran jawatan itu awal-awal lagi kerana dia tahu masih banyak daki busung yang terapung oleh keonaran pentadbiran lalu. Seolahnya ada satu ‘scheme’ agar Gus Dur naik dan megawati menjadi timbalannya. 

Antara si Buta mata dan si buta perut 

Buta bukanlah suatu kelemahan jika hati dan nalurinya berwibawa. Islam tidak menganggap ia sebagai satu kelemahan manusia. Malah banyak insan istimewa yang buta- asal tidak buta perut macam Mahathir yang sentiasa menganggap diri betul dan maksum!! Masalahnya ialah Gus Dur si MATA BUTA telah menjadi syok sendiri apatah lagi setelah menerima nasihat KHAS dari Mahathir si BUTA PERUT melalui perutusan khas. Mujur juga pemimpin Indonesi menghargai dan menghormati Mantan Presiden Proksi BJ Habibie yang memberi ingatan supaya jangan hiraukan Mahathir- Pemimpin Indonesia diberitahu Mahathir sudah separuh gila orangnya. Mahu apa dituruti nasihat dan pandangannya. Sedang dia sendiri pun tidak berani bersendirian di khalayak tanpa SB dan pengawal peribadinya. Mahathir sudah terpenjara dalam kemerdekaan dirinya. 

Lalu sidang tergempar MPR mengambil tempat dan berkeputusan memecat Gus Dur. Maka tertaballah Megawati yang lahir ketika hujan ribut petir puluhan tahun yang lalu berbapakan seorang nasionalis bernama Soekarno yang menjadi Presiden pertama Indonesia! Walau pun sebenarnya rakyat Indonesia Islam lebih berminat meletakkan seorang lelaki sebagai Presiden, takdir telah menyaksikan Megawati menaiki takhta yang pernah diduduki oleh Arwah ayahnya. Bagai sirih pulang ke gagang. 

HUKUM KARMA? 

Perhatikan aliran kepimpinan yang terjadi. Kelihatannya BJ Habibie dan Gus Dur seperti peralihan atau batu loncatan untuk Megawati menduduki singgahsana. Perhatikan bagaimana jurang usia generasi memainkan peranan. Mengikut sarjana Politik, jurang umur yang baik untuk peralihan kuasa ialah antara 20 hingga 30 tahun antara pemimpin sekarang dengan timbalannya. 

Perhatikan bagaimana Soeharto yang cuba mengekalkan kuasanya telah kecundang oleh kebangkitan rakyat yang mengelombang. Tidak pernah diktator bertahan selamanya apabila tipuhelah dan manipulasinya terdedah diketahui rakyat.(Inilah senjata di era Teknologi Maklumat) Begitu juga dengan negara kita, hukum karma pasti berjalan. Hanya menunggu masa sahaja. Kemudiannya kepimpinan dibawa oleh Gus Dur yang tidak jauh beza usia dengan Soeharto! Mereka mempunyai keupayaan idea yang sama- tidak kreatif!! Akhirnya dia juga kecundang disingkir. Sama saja seperti Soeharto, beliau cuba mengugut rakyat dengan darurat dan pembubaran Parlimen. Namun oleh sebab penghayatan demokrasi yang jauh lebih baik dan matang politik di kalangan angkatan Bersenjatanya- mereka memihak kepada kehendak majoriti- lalu terpaksa Gus Dur mundur ke tepi. 

Berbalik kepada beza umur tadi, pengganti Mahathir sepatutnyalah lengkungan 50 an. Itu adalah yang terbaik. Memang kedudukan DS Anwar Ibrahim cukup cantik dari segi politik dan kesinambungan. Namun disebabkan perasaan ego,bongkak dan ketamakan yang tidak mengenal puas, si BUTA PERUT Malaysia ini menggunakan konspirasi dengan saksi pelacur upahan yang mengaku DARA memusnahkan karier politik DSAI. Pun begitu, sejarah juga membuktikan bagaimana orang teraniaya dan dipenjara akhirnya muncul sebagai WIRA dan memacu ke arah kesejahteraan negara. Akhirnya akan terdedah siapa yang PENDERHAKA sebenarnya. 

Kita lihat senario di Malaysia, selepas Mahathir ialah orang yang sezaman DSAI barulah memberi manafaat dalam perkiraan politik.Barisan pelapisnya ialah angkatan Ezam Mohd Nor, Mahfuz atau Mat Sabu.( Kita ketepikan Hishamudin dan geng- maaf, mereka ketandusan Karisma! Hanya tampak segak bersendalkan kuasa!) 

Apakah negara akan melalui peristiwa yang sama? Diktator Mahathir pasti bercawat kote apabila rakyat bangun menuntut HAK mereka yang dinafikan. Apakah ketika itu PDrM bersama rakyat teramai atau terus menjadi sayap bersenjata parti Umno umpama SAVAK? Sama-sama kita perhatikan…….. 

Kusnasosro
kusnasosro@hotmail.com 

SILA KLIK UNTUK MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL TANPA KEBENARAN PENULIS.
Click Here!