 |
.... |
Hukum
orang Islam bantu kafir bunuh orang Islam
Oleh:
HC (Honda Civic) - Dipetik drp FGR 17.09.2001 |
Isu ini sama dengan
isu Perang Teluk dahulu. Ketika itu ambo sedang berada di dalam class room
menadah kitab Tafsir depan seorang pensyarah di Azhar. Kami sampai kepada
bab yang mentafsirkan ayat yang bermaksud 'Orang kafir itu adalah pembantu
(auliya) sesama mereka'.
Alhamdulillah, pensyarah tersebut
bukan jenis penjilat kerajaan dan beliau telah mentafsirkannya menurut
kaca mata Islam walaupun kerajaan Mesir ketika itu sendiri menghantar tentera
mereka ke Teluk untuk membantu USA menyerang Iraq.
Katanya,
1. kalau orang kafir meminta bantuan
orang Islam untuk membunuh saudaranya sendiri (orang Islam), adalah haram
orang Islam membantu kafir itu untuk membunuh orang Islam tersebut walau
dalam apa kes sekalipun, walaupun orang Islam itu bersalah.
2. haram juga hukumnya kalau orang
Islam yang meminta bantuan orang kafir dalam perkara yang sama (iaitu untuk
membunuh saudaranya sendiri).
3. itu kalau telah terbukti kesalahan
itu berada pada orang Islam tersebut. Tetapi kalau tidak dibuktikan lagi,
bertambahlah haram hukumnya.
4. hukum ini tidak terpakai jikalau
mangsa yang mahu diperangi itu adalah orang kafir.
[Sikap ini telah diamalkan oleh tentera
kerajaan Mesir Islamiah apabila Monggol mahu menyerang Mesir dahulu. Kerajaan
Mesir tersebut telah meminta bantuan pasukan tentera Kristian Qipti Mesir
untuk berhadapan dengan orang kafir iaitu tentera Monggol. Tentera Kristian
telah hadir di medan peperangan tetapi mereka hanya menjadi penonton sahaja
kerana umat Islam akhirnya dapat menewaskan Monggol tanpa bantuan mereka.
Sebaliknya umat Islam Andalusia telah
meminta bantuan Kristian Eropah untuk menjatuhkan kerajaan Islam Andalusia
sendiri. Akhirnya kerajaan Islam itu jatuh.]
Atas sebab itulah, Taliban membantah
dengan mengatakan bahawa USA perlu buktikan kesalahan Osama terlebih dahulu.
Jawapan Taliban bertambah tepat lagi apabila mengatakan bahawa kalaupun
USA ada bukti mengenai Osama, beliau tetap akan dibicarakan di dalam sebuah
Mahkamah Syariah dan bukan diekstradisikan ke USA. Tidak timbul langsung
isu untuk menyerang mana-mana negara dalam perspektif Taliban ini.
Demi menjaga solidariti sesama Islam,
Taliban telah sanggup menghormati hak Osama sebagai saudara seagama, walaupun
mereka tahu bahawa risiko berbuat demikian amat besar akibatnya. Ambo angkat
tangan untuk Taliban atas sikap mereka ini walaupun mereka sedar mereka
berada di ambang kehancuran. Tetapi sikap yang benar sambil bertawakal
kepada Allah inilah yang akan menyelamatkan mereka sebenarnya.
Taliban sedar bahawa mereka juga akan
berhadapan dengan puak Afghan di utara yang pernah berada di bawah pimpinan
Almarhum Ahmad Shah Masood, kalau benar beliau telah meninggal dunia. Puak
utara mungkin akan mengambil kesempatan ini untuk menyerang Taliban, walaupun
tidak semestinya mereka melakukan ini atas isu yang sama dengan USA, dan
tidak semestinya mereka menerima arahan USA. Taliban bakal menghadapai
risiko besar kalau ini berlaku.
Sememangnya Presiden Musyarraf melakukan
dosa yang sangat besar dengan bersetuju untuk membantu USA menyerang saudara
mereka di Afghanistan. Dengan tindakan ini, pembalasan Allah pasti tiba
untuk beliau dan masa depan Pakistan akan berubah, samada terus tunduk
menjadi anjing USA dan zionis atau pun beralih tangan kepada Taliban, satu
kemungkinan yang sangat ditakuti USA kerana simpanan senjata nuklear yang
berada di Pakistan sekarang.
Keseluruhan 42 parti pembangkang di
Pakistan menentang keputusan Musyarraf untuk membantu USA menyerang Afghanistan.
Musyarraf pula sedang bertungkus-lumus untuk cuba mendapatkan sokongan
semua lapisan masyarakat dalam waktu sesingkat mungkin. Ini kerja gila
tapi Musyarraf sudah tersepit dengan permainan arm-twisting USA.
Untuk orang Islam, kita ada kaedah
dalam jihad dan peperangan. Jihad ada fiqh dan hukumnya tersendiri. Kalau
perkara sekecil buang air pun Islam ada fiqhnya, inikan pula dalam isu
yang sebesar ini yang melibatkan nyawa.
Bukan kita tidak boleh bekerjasama
dengan orang kafir tetapi Allah telah menetapkan kaedah dan batas-batasnya
kerana Dialah Yang Maha Mengetahui sebab-sebabnya.
KHALIFAH
Sebenarnya umat Islam tidak dapat
memainkan peranan kepimpinannya kerana ia sudah tiada khalifah seperti
dulu. OIC bukan khalifah. Ia sebuah pertubuhan longgar dan anggotanya majoriti
sekular. Kalau ada khalifah pada hari ini, nescaya ia dapat menjadi orang
tengah dalam menyelesaikan isu umat Islam. Tetapi sebaliknya orang kafir
pula yang berperanan menyelesaikan isu umat Islam. Inilah kehinaan yang
Allah timpakan apabila umat Islam telah meninggalkan jihad.
Umat Islam hanya menjadi penonton
sahaja apabila saudara mereka dibunuh dan dikejar seperti anjing gila di
Palestin. Paling kuat umat Islam akan mengutuk dalam hati. Sekarang kita
sedang membayar harga di atas kebaculan sikap kita selama ini sebagai umat
Islam kerana tidak melakukan apa-apa apabila saudara mereka dibunuh di
daerah lain.
Oleh itu janganlah menyalahkan penyerang
berani mati itu, kalau merekalah yang melakukannya. Jangan salahkan mereka
apabila musuh sudah berada di depan pintu kita. Dosa kita mengabaikan tanggungjawab
jihad membantu saudara kita dahulu akan datang menghantui kita sekarang.
Dahulu kita senang di atas kesusahan mereka, kita umpama parasit yang hina
yang hanya tahu bergantung pada dahan yang rapuh. Kini giliran kita pula
merasakan kesusahan mereka, sebagai satu entiti umat.
Salam,
HC. 17.09.2001
SILA
KLIK UNTUK
MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA
MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA
ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL
TANPA KEBENARAN PENULIS. |
|
|