 |
.... |
Amerika
Diserang: Fahami Realiti Peperangan
Oleh:
HC (Honda Civic) - Dipetik drp FGR 14.09.2001 |
Ramai di antara kita
yang merasa kasihan kepada mangsa NYWTC. Tidak kurang juga yang cuba membangkitkan
rasa kasihan itu ke tahap maksimum dengan mengandaikan jikalau kematian
itu ada melibatkan anggota keluarga kita sendiri.
Tetapi kita lupa. Kita lupa bahawa
pihak-pihak yang sedang bertelagah itu adalah dalam keadaan BERPERANG.
Dan dalam suasana peperangan, kematian nyawa civilian adalah suatu yang
tidak dapat dielakkan, tetapi hanya boleh diminimumkan.
Bagaimana kita tahu mereka sedang
berada dalam peperangan? Apakah sesuatu peperangan itu perlu diisyhtiharkan,
seperti ulamak Islam mengisytiharkan perang ke atas golongan kuffar satu
ketika dahulu? Apakah sesuatu peperangan itu perlu kepada kaedah konvensional
seperti berdepan atau bersemuka seperti dahulu baru dinamakan satu peperangan?
Satu peperangan memang boleh diiystiharkan
seperti Presiden USA mengisytiharkan perang ke atas Jepun selepas serangan
Pearl Harbour. Tetapi bagaimana dengan umat Islam yang sudah tiada lagi
khalifah dan kerajaan Islam untuk melakukannya? Apabila yang ada dalam
dunia Islam hanyalah jamaah-jamaah Islam yang berselerakan, maka mereka
inilah yang membuat keputusan samada untuk berperang atau tidak. Bezanya
dengan USA ialah mereka ini tiada media untuk memaklumkannya kepada dunia.
Peristiwa NYWTC adalah jelas salah
satu dari bahana peperangan. Ia cuma satu tindakan balas dari tindakan
pihak USA sebelumnya. USA sudah pun sekian lama berada dalam situasi peperangan,
cuma ia tidak mengisytiharkannya sahaja. Kerana jikalau USA melakukannya,
pasti kehidupan harian di USA tidak akan menjadi normal dan sihat untuk
perkembangan ekonomi.
Sekian lama USA telah menjalankan
peperangannya dengan negara lain, khususnya negara umat Islam, di luar
negara. Negara mangsa tidak berupaya memerangi USA dalam negara USA itu
sendiri kerana mereka cuma jamaah-jamaah kecil sementara negara dan kerajaan
umat Islam kebanyakannya cuma boneka USA dan diktator semata.
Tetapi perkembangan terbaru ini telah
membuktikan bahawa peperangan dengan USA boleh dilakukan di bumi USA sendiri,
walaupun terpaksa menggunakan kaedah yang paling unik iaitu 'meletakkan
diri seseorang kepada risiko kematian' yang berbeza dengan membunuh diri
seperti seseorang yang terjun dari bangunan tinggi.
Arwah NYWTC adalah mercu tanda bahawa
USA boleh diajak berperang di negara mereka sendiri. Inilah yang cuba digambarkan
oleh para "penggganas" tersebut. Arwah NYWTC juga satu titik permulaan
bahawa selepas ini tapak peperangan adalah di bumi USA dan bukan lagi di
negara umat Islam dan lainnya.
USA tidak mahu berperang secara berdepan
kerana ia tidak mampu menanggung korban nyawa manusia. Begitu juga Israel
yang telah lari lintang-pukang meninggalkan segala persenjataannya di belakang
setelah hanya beberapa puluh tenteranya mati dalam peperangan dengan Hizbullah
Lubnan. Pihak 'pengganas' yang 'fundamentalis' sedar hakikat ini.
Oleh itu satu serangan yang memakan
korban yang ramai perlu diadakan supaya satu rasa 'hopelesness' dapat disemai
dalam hati rakyat dan sistem pertahanan USA. Pusat-pusat ekonomi yang membiayai
kos peperangan perlu dihancurkan dan NYWTC telah dipilih sebagai target
pertama. Serangan ke atas Pentagon mungkin hanya amaran awal yang simbolik
sahaja kerana akibatnya ke atas kelumpuhan pertahanan USA tidaklah sebesar
mana. Kalau ini semua bukan tanda-tanda peperangan sudah bermula, apa lagi?
Sebab itulah apabila kita sudah boleh
menerima hakikat bahawa peperangan sudah meletus, walaupun hanya melibatkan
dua puak sahaja dalam dunia ini, walaupun salah satu puak tidak memakai
uniform tentera, perkataan seperti 'keganasan' dan 'terrorisme' sudah tidak
relevan lagi.
Paderi Kristian di zaman Perang Salib
juga pernah membakar semangat tentera Salib untuk memerangi umat Islam
dengan menanamkan fitnah bahawa umat Islam adalah bersifat 'barbaric'.
Ini saikologi lapuk orang Barat.
ISU BUNUH DIRI
Kita juga tidak perlu menunggu Majlis
Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa bahawa adalah haram membunuh diri untuk
membunuh musuh kerana umat Islam di negara lainpun ada 'Majlis Fatwa' mereka
sendiri yang boleh mengeluarkan fatwa menurut pandangan mereka yang mungkin
sama atau berbeza. Para ulamak merekapun mungkin jauh lebih hebat daripada
ulamak kita dalam keilmuannya. Masing-masing ada sandaran mereka. Belajar,
faham, yakin dan amalkan. Itu sahaja.
Mungkin tidak lama lagi, untuk mengimbangi
kekuatan tentera golongan penindas seperti USA dan Israel, pasukan jihad
berani mati akan diinstitusikan dan seterusnya di'universiti'kan. Ia memang
memerlukan kepada satu ijtihad baru sesuai dengan perkembangan teknologi
peperangan. Jikalau dahulu musuh tiada kekuatan mass destruction, tetapi
dengan wujudnya perkembangan terbaru hari ini, keperluan baru juga perlu
diwujudkan untuk mengimbangi kesannya.
Satu lagi sebab mengapa ia perlu diwujudkan
oleh kalangan yang menyetujui konsep ini ialah memandangkan hakikat bahawa
dunia Islam kini sudah tiada khilafah sebagaimana khilafah yang wujud di
kalangan dunia Barat dengan USA dan NATOnya. Jamaah dan hatta negara umat
Islam yang berselerakan tidak dapat berdepan dengan kuasa khilafah USA
dan NATO secara bersendiri. Ini juga mungkin satu justifikasi keperluan
kepada kuasa pasukan jihad berani mati.
Hari-hari mendatang menjanjikan sesuatu
yang lebih dahsyat daripada ini untuk USA. Rakyat USA kini perlu menyedari
hakikat bahawa negara mereka kini sedang dalam kancah peperangan. Rakyat
USA bukan-Islam akan menjadi mangsa walaupun kelihatan tidak bersalah.
Rakyat USA yang beragama Islam juga boleh menerima padahnya kerana mereka
sedang berada dalam suasana peperangan, walaupun tidak disedari.
Kalau perlu, mereka perlu berhijrah.
Ini tidak pelik kerana umat Islam di Mekah selepas peristiwa Hijrah Nabi
saw telah disuruh berhijrah ke Madinah, tetapi ramai juga yang tidak bersedia
melakukannya kerana pelbagai alasan seperti sudah tua dan ada juga yang
enggan kerana sayangkan perniagaan. Akibatnya mereka tanggung sendiri.
Ini kerana kesanggupan untuk terus berada di dalam sebuah Darul-Harb (Negara
Yang Memerangi Dan DiPerangi) bermakna kesanggupan untuk menanggung risiko
tinggi menerima tempias peperangan.
Umat Islam di Malaysia berada di antara
dua persimpangan kerana wujud kekeliruan dan konflik kejiwaan. Yang pertama,
mereka kasihan melihat mangsa awam NYWTC yang mati dan keduanya, mereka
puashati kerana kezaliman USA sekian lama terhadap umat Islam rasanya sudah
terbalas. Seharusnya tidak boleh wujud konflik seperti ini.
Ia hanya boleh terhapus apabila kita
menerima hakikat bahawa mereka sedang berperang. Cuma peperangan
ini masih bersifat bertaburan (scattered) dan belum global lagi.
Salam,
HC. 14.09.2001
SILA
KLIK UNTUK
MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA
MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA
ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL
TANPA KEBENARAN PENULIS. |
|
|