.... Amerika Diserang: Ambillah Iktibar Wahai Pemerintah!
Oleh: HC (Honda Civic) - Dipetik drp FGR 13.09.2001

Mungkin pelakunya telah mengaku kepada US, tetapi US enggan mengumumkannya? Atau pelakunya sengaja tidak mahu mengaku dan hanya meninggalkan kesan di belakang untuk dikenali secara profesional dan untuk tujuan menyindir US di atas vulnerability mereka?

US nampaknya begitu ghairah mencari sipelanggar WTC yang sudah hilang dari muka dunia itu. Tetapi untuk mengelakkan kesalahan diletakkan ke atas bahunya, seperti biasa, mana-mana Presiden USA akan mencari satu scape-goat lalu dibelasahnya cukup-cukup. Rakyat US pun pakat senyap lepas itu, untuk seketikalah. Tetapi cukup untuk mengalihkan pandangan rakyat US daripada kesemuanya memalingkan muka kepada Presiden di atas kelemahannya.

Seperti biasa, USA dijangka akan mencari satu target secara rambang setelah dijustifikasikan serangannya sebelum itu melalui CNN. Same old tactic, sebijik macam tektik anak didik Yahudi si madey.

Targetnya pastilah negara umat Islam yang lemah, yang tak boleh lawan balik melalui serangan yang sama seperti Afghanistan atau seumpamanya. Tektik serangan ialah missile jarak jauh atau melalui jet. Nak berdepan? Sorrylah... dah lama USA bertaubat takkan berdepan on the ground dengan umat Islam selepas mayat askarnya kena tarik keliling kampung di Somalia dalam keadaan berbogel. 

Serangan pasti at random walaupun kalau salah target, dia akan kata, oh pocot... tersalah target. Nyawa umat Islam kan 3 sen saja hari ini, itu pun kalau ada harga.

Itulah yang membuatkan ambo sangat yakin bahawa serangan berani mati di NYWTC itu adalah bikinan pejuang Mujahidin yang membalas dendam.

Cara serangan ke atas NYWTC dibuat supaya jumlah kehilangan jiwa orang awam dapat diminimakan seminima mungkin. Ada unsur belas kasihan sebenarnya kalau kita cuba melihatnya dari perspektif dan sangka baik kepada pejuang Islam.

Untuk itu, sasaran harus dibuat secara tepat dan tidak menyebarkan kesannya ke kawasan yang lebih luas. Ini hanya dapat dilakukan dengan peluru berpandu canggih yang telah di-programkan sasarannya pada komputer. Sebuah kilang senjata milik Sudan berjaya diletupkan dari jarak ratusan kilometer dari Laut Merah dengan kaedah ini.

Tetapi dari mana Mujahidin mampu mendapatkan persenjataan semoden dan semahal itu? Dari mana nak dapat wang untuk beli sebuah kapal perang pengangkut senjata itu dan berhadapan dengan ribuan kapal dan sistem kawalan radar USA di sempadan USA sendiri?

Mujahidin takkan mampu dari logik akalnya. Oleh itu, untuk mendapatkan kesan yang serupa seperti apa yang USA telah lakukan melalui kaedah hi-tech mereka ke atas bumi umat Islam, apa lagi option yang ada untuk Mujahidin? Iaitulah apa yang kita lihat sekarang ini...serangan berani mati terus ke sasaran. Sebuah pesawat bukan milik sendiri yang dipandu oleh seorang manusia telah dapat memainkan peranan seperti sebuah peluru berpandu jarak jauh. Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh seorang pegawai pertahanan USA semalam, Low-tech but High-concept.

Seterusnya, kita semua sedia maklum sudah berapa banyak nyawa umat Islam yang telah dihapuskan oleh USA dan Zionis.. dari Iraq, Sudan, Iran dan seterusnya..tak boleh dibilang lagi jumlahnya. Proses penghapusannya pun memakan masa puluhan tahun. Belanjanya pun bukan main.

Untuk melakukan satu tindakan balas terhadap USA dan rakan sebantalnya itu, supaya jumlah tadi akan menjadi sama atau hampir sama, dengan belanja yang terhad pula, Mujahidin perlu melakukannya di tempat yang ramai manusia dan di ketika aktiviti manusia ketika itu masih belum mencapai tahap aktif iaitu di sebelah awal pagi. Sebab kalau sudah aktif, kemungkinan sistem pertahanannya juga akan menjadi sama aktifnya dan dapat membuat pengesanan dan pembantaian balas sebelum sampai ke target.

Dengan serangan NYWTC itu, kalau tidak pun kesemuanya, kemungkinan satu bilangan mangsa yang hampir serupa telah dapat dicapai dengan jumlah bilangan mangsa umat Islam, walaupun hakikatnya di Iraq sahaja, ratusan ribu kanak-kanak telah mati kebuluran dan kurang vitamin akibat sekatan ekonomi USA.

Kemudian, Serangan Berani Mati (SBM) - siapa lagi di alaf baru ini yang mampu melakukannya selain Mujahidin, tidak kira dari Palestin, Lubnan dan termasuk Turki yang baru tiga hari lepas menyaksikan satu serangan berani mati di tengah kota Istanbul!

Jarang sekali kita mendengar SBM ini dilakukan oleh IRA, Japanese Red Army dan sebagainya, walaupun orang Jepun dahulunya cinta mati dan sanggup kamikaze kan pesawat mereka ke arah kapal perang USA. Tetapi kini orang Jepun yang memberontak dah tak sanggup buat seperti itu. Mereka sudah maju dan selesa, ingin hidup seribu tahun lagi kalau boleh.

Berapa ramai anggota SBM dalam setiap pesawat itu? Tak mungkin seorang, maknanya mungkin 4 atau 5 orang untuk mengawal suasana tenang dalam pesawat sehingga dijunamkan ke sasaran. Kalau 4 buah pesawat yang lakukan SBM, sudah hampir 20 orang yang terlibat dalam SBM ini. Kumpulan mana lagi dalam dunia ini yang mampu mendepositkan seramai 20 orang dalam sebuah program Serangan Berani Mati dalam tempoh beberapa jam sahaja?

Rasanya sudah tiada lagi kumpulan yang seberani dan semampu itu untuk melakukannya dalam dunia ini sekarang selain daripada Mujahidin/ "pengganas Muslim". Apakah pemerintah kini mulai bimbang bahawa kumpulan militan jadian di negara ini mulai terlintas untuk menjadikan kaedah serangan NYWTC itu sebagai satu option mereka kelak?

Berbalik kepada suasana dalam negara ini dengan politik pemerintah dan pembangkangnya. Pemerintah nampaknya panik sebentar sampai tak tahu apa nak kata. Kalaulah "KMM" jadian itu mampu melakukan perkara seumpama ini, habislah batu nesan Mahathir itu dibalunnya. Apakah KMM tempatan akan mendapatkan bantuan KMM cawangan antarabangsa mereka untuk melakukan kerja pemusnahan KLCC di negara ini? Berbagailah persoalan yang mungkin timbul dalam benak pemerintah.

Pembangkang pula seperti biasa kena jaga imejnya yang cuba dipalitkan oleh pemerintah sebagai sebuah gerakan militan. Begitulah risikonya sebuah jamaah Islam apabila memasuki sistem pilihanraya yang banyak bergantung kepada undi yang lahir daripada persepsi umum. Walaupun jauh di sudut hati, mereka mungkin bersetuju dengan SBM ke atas NYWTC itu, di mulut lain pula ceritanya. Imej kena jaga, setakat ini.

Walau apapun bacaan politik dan press statement yang dikeluarkan oleh masing-masing pihak, yang nyata "tragedi" NYWTC telah membuka satu lembaran baru di negara ini. Satu pengajaran bahawa tahap penentangan golongan tertindas adalah sentiasa boleh berada di paras yang sama dengan tahap penindasan golongan penindas.

Kalau satu golongan boleh menjual dengan harga yang mahal, satu golongan lagi boleh membelinya dengan harga yang mahal juga. Jikalau satu pihak itu besar kemampuan materialnya untuk melaksanakan satu projek penindasan, pihak yang lagi satu pula memang tiada kemampuan material tetapi ada satu benda yang sangat berharga baginya untuk dilaburkannya, iaitu nyawa. Satu nyawa yang sengaja dimatikan pemiliknya boleh memusnahkan ratusan nyawa yang tidak bersedia untuk dihapuskan.

Pemerintah mungkin boleh dinasihatkan agar jangan memulakan sesuatu yang sukar untuk dihentikannya jikalau ianya sudah bermula. Apakah memang benar bahawa "air yang tenang itu jangan disangka tiada buaya"? Suasana yang tenang di pagi hari di bandaraya New York boleh berubah menjadi seperti hampir kiamat. Pertahankanlah saki-baki demokrasi yang masih ada, wahai pemerintahku. 

Salam,

HC. 13.09.2001

SILA KLIK UNTUK MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL TANPA KEBENARAN PENULIS.
Click Here!