.... Terbitan semula
REGU MAHATHIR - ABDULLAH BADAWI TERSEPIT
4 Feb 1999 - Laman DoiMoi

Sebaik saja Dr Mahathir mengistiharkan perlantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi TPM dan Menteri Dalam Negeri, kami pemimpin beberapa Bahagian UMNO di zone ini (Pahang Timur & Selatan Terengganu - yang kebetulan mengadakan pertemuan bulanan) terperanjat besar. Perlantikan Datuk Seri Abdullah sebagai TPM tidak memeranjatkan sangat walaupun memungkinkan riak kecil akan berlaku di kalangan penyokong Datuk Seri Najib. Dijangkakan. pergolakan begitu adalah biasa dan akan reda juga demi kepentingan parti. 

Suatu Kejutan 
Timbul empat (4) perkara yang sangat mencuit,  malah memeranjatkan, iaitu: 

1) Ketidaktepatan masa perlantikan beliau sebagai Menteri Dalam Negeri waktu kekeruhan berlaku bersabit isu perbicaraan DS Anwar yang jelas sangat kelamkabut. 
2) Penentuan Priority tugas Datuk Seri Abdullah bagi menyekat penghakisan keyakinan penyokong parti yang makin ketara (sukar diatasi oleh beliau), 
3) Kesangsian terhadap agenda Dr. Mahathir memindahkan tanggungjawab ke bahu Datuk Seri Abdullah dalam waktu beliau (Dr. Mahathir) seharusnya menebus kewibawaannya sendiri. 
4) Apakah rasional perlantikan Ibrahim Ali ke jawatan Timbalan Menteri walhal beratus lagi pemimpin UMNO yang lebih berkaliber dari bekas Semangat 46 (Ibrahim bukan setaraf dengan Ku Li/Rais Yatim) 

Sehari selepas itu tiba-tiba Datuk Siti Zaharah Sulaiman dibaikkan ketaraf Menteri (atas alasan Dr. Mahathir 'terkeliru'). Ini sangat memalukan Bahagian tersebut!! Wanita UMNO merasa sangat tersindir dan malu!! 

Keyakinan Yang Terhakis 

Ramai antara pemimpin UMNO yang tergolong diperingkat pertengahan seperti kami, seperti lazimnya akan respon, berkomunikasi dan berbincang sesama sendiri. Antara tanggapan am yang dirumuskan adalah: 

1) Dr. Mahathir secara sedar telah mengetahui kelunturan kewibawaan dan keyakinan rakyat terhadap dirinya, khususnya di kalangan penyokong UMNO/BN. Dengan itu tindakan Dr. Mahathir mencerminkan bahawa dia mahu memperguna dan menumpang kewibawaan Datuk Seri Abdullah sebagai "Mr. Clean" yang tidak ada 'track record'. Malangnya Datuk Seri Abdullah tidak mempunyai 'grassroot support dan raport' dengan rakyat sepertimana DS Anwar. Ini kesulitan besar beliau. 

2) Dengan melantik Datuk Seri Abdullah, Dr. Mahathir sangat ketara cuba mengelak dari bertanggungjawap penuh terhadap segala yang bergolak di sekitar perbicaraan DS Anwar yang kian hari menunjukkan bahawa memang Dr. Mahathir sendiri mamainkan peranan di belakang tabir dalam sebuah konspirasi 'freemason'. Perlantikan Datuk Seri Abdullah membolehkan beliau berselindung disebalik lalang sehelai. (Pasti Dr. Mahathir akan dicap pengkhianat lagi dan akan menerima akibat buruk) 

3) Dr. Mahathir cuba melakonkan semula seperti dalam kes Memali (mengorbankan TS Musa Hitam), kes Tun Ghaffar Baba ke Indonesia (Ghaffar terkorban). Kali ini Datuk Seri Abdullah akan jadi kambing hitam berthabit kekacauan/penentangan rakyat  terhadap UMNO/BN di Sabah dan tindakan polis keatas riaksi negatif rakyat lanjutan dari perkembangan kes perbicaraan DS Anwar yang sempang perenang. (Kali Dr. Mahathir tidak terlepas lagi). 

Ramai diantara pemimpin UMNO (termasuk mereka yang senior dan kenal siapa Mahathir dalam tempoh tak kurang 20-30 tahun dalam politik), bersependapat dan menunjukkan rasa  skeptikal mengenai langkah Mahathir kali ini. Implikasi yang jelas ialah, Perdana Menteri sedang  mengorbankan "Mr. Clean". Lakonan Dr. Mahathir seumpama ini telah berkali-kali ditonton oleh pemimpin UMNO. Ramai berpendapat Datuk Seri Abdullah perlu menyiapkan diri untuk menangkis agenda Dr. Mahathir yang licik dan tidak mengenal budaya 'setia kawan'. Dalam satu pertemuan dulu,  Tun Ghaffar sendiri sangat sedih!! Jika Datuk Seri Abdullah menyerah bulat-bulat kepada takdir dan bersikap 'bendul', beliau pasti akan menjadi mangsa Dr. Mahathir seterusnya. 

Jatuh Keriba: Bulan atau Musibah? 

Malangnya apa yang dapat dilihat sekarang, Datuk Seri Abdullah seakan-akan menganggap 'impiannya bergolek ke ribanya'. Dia masih dilamun mimpi indah!! Makin nampak beliau bagai termakan budi dengan terus-menerus bersikap seperti 'belangkas' tidak boleh terpisah dari alunan rentak Dr. Mahathir. Kerana itu, mereka yang dulunya meletakkan 'rating' harapan kepada UMNO/BN (50-50) kini terus menjunam dibawah paras 30 kerana kecewa dengan sikap Datuk Seri Abdullah 'menduplicate' Dr. Mahathir. Maksudnya, kewujudan Datuk Seri Abdullah adalah "irrelevan and redundant". Memang tetap Abdullah bukan DS Anwar. Dia lebih mirip seorang birokrat jenis 'Saya Yang Menurut Perintah" saja. Dia bukan orang perjuangan!! 

Pendapat penyokong UMNO beranggapan, Slogan "Mesra" Datuk Seri Abdullah tidak kena pada masa dan tempat, lebih-lebih lagi dalam waktu pergolakan perbicaraan DS Anwar berlangsung. Perjalanan perbicaraan itu tidak langsung menunjukkan UMNO/BN dan Kerajaan pimpinan regu Mahathir-Abdullah (sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri) mengakui kebenaran dan keadilan. Maksudnya Dr. Mahathir-Abdullah tidak ingin mencari penyelesaian. Sebaliknya Datuk Seri Abdullah memperlihatkan sikap seorang 'boneka' yang talinya dipegang erat oleh Dr. Mahathir. Amat memeranjatkan ramai penyokong UMNO/BN sendiri apabila Datuk Seri Abdullah membuat endorsement langsung bahawa perbicaraan itu adalah "adil dan saksama"; padahal saban hari kes itu menunjukkan ia harus di 'buang'  dan perbicaraan dihentikan serta-merta. Bermakna, Datuk Seri Abdullah adalah alat Dr. Mahathir!! 

Tidak pula bermaksud seorang menteri wajar campur tangan dalam perjalanan mahkamah, tetapi kerana kes ini lebih merupakan soal dalaman sebuah parti, timbul atas tohmahan dari surat-surat layang yang dikumpulkan oleh seorang penulis 'bankrap'; bermula dari seorang wanita yang dirasuk iblis dan dendam "asyik ma'syok" -- maka kerana itu seorang tokoh politik yang dikenali dunia sepertti DS Anwar terpaksa merengkok di penjara sebelum beliau di dapati bersalah. Lanjutannya, bukan DS Anwar yang dibicarakan sebaliknya UMNO/BN dan kerajaan sedang dikupas dan kotorkan dimahkamah. Dr. Mahathir merasa puas dan menganggap dia akan terus disokong rakyat untuk penetingan kedudukannya. Tapi sebenarnya 'undercurrent' yang berlaku dibawah adalah sebaliknya. 

Konspirasi: Ilham Dr. Mahathir? 

Datuk Seri Abdullah perlu peka bahawa Dr. Mahathir adalah merestui keseluruhan peristiwa pemecatan DS Anwar. Pita rakaman telah tersebar merata-rata. Penyokong UMNO/BN dan rakyat sudah tahu semua!! Kini rakyat yakin Dr. Mahathir adalah orang yang mengilhamkan pemecatan itu, bersekongkol melalui sebuah KONSPIRASI RAHASIA (freemason). Punca DS Anwar semata kerana Dr. Mahathir mahu menjaga kepenting diri dan kuncu-kuncu pemimpin sesama nya yang korap. Buktinya Dr. Mahathir lah orang yang bercerita panjang lebar dalam mesyuarat MKT menghasut 50 orang ahli MKT supaya  menyebelahinya dan bersetuju DS Anwar dilucutkan dari jawatan. Rakyat tahu siapa yang menyokong ucapan Dr. Mahathir. Tidak terlintas di hati penyokong UMNO dan rakyat Dr. Mahathir boleh bersekongkol dengan petualang seperrti Ibrahim Ali, Rafidah, Daim, Sanusi Joned dan Megat , Daim, dll. Sebelum itu Dr. Mahathir di ketahui umum telah memberi taklimat MB-MB menghasut. Kemudian Dr. Mahathir mengadakan mesyuarat sulit dengan anggota konspirasi di Seri Perdana  yang melibat tokoh-tokoh jahat seperti Daim, Rahim TC, Ghaffar, Megat, Rafidah pada 5/11/98 tanpa kehadiran Datuk Seri Abdullah dan Najib. 

Apakah Datuk Seri Abdullah memperakukan peraturan baru Dr. Mahathir yang menyimpang jauh dari kelaziman "a person remains innocence until proven guilty" bagi Rahim Thamby Chik yang dituduh merogol gadis bawah umur tiba-tiba bertukar sebaliknya dalam kes DS Anwar? Apakah peranan Datuk Seri Abdullah sebagai TPM dan Menteri KDN dalam situasi ini? Apakah beliau masih dalam ketakutan, sangsi dicap sebagai 'jari mencucuk mata'? 

Tak cukup dengan itu, Datuk Seri Abdullah harus meneliti dan bersikap rasional mengenai ketepatan hujjah peguam-bela DS Anwar yang terang-terang menjelaskan bahawa pihak pendakwa (Peguam negara, Polis, Mahathir, UMNO/BN) memang tidak ada kes langsung untuk dipertuduhkan keatas DS Anwar. Satu dunia mengikuti perjalanan kes ini. Diakhir-akhir ini perkembangan keadaan sangat  memalukan UMNO sendiri kerana membenarkan Dr. Mahathir sebagai PM direstui oleh UMNO untuk bertindak bagai seorang Diktator!! Alasan yang jelas  cuma satu, semua penyokong Mahathir terlibat dengan konspirasi adalah mereka yang korap, terugut dan dalam ketakutan, masing-masing mempunyai kepentingan peribadi luarbiasa - takut didedahkan oleh DS Anwar dengan kembalinya beliau dalam politik. Ini tafsiran rakyat yang bakal membuang undi kelak. 

Rakyat dapat membaca, menilai dan memberi interpretasi yang tepat keseluruhan peristiwa. Kerana, rakyat tidak ada kepentingan untuk menyebelahi mana-mana pihak kecuali "KEADILAN"!! Bagi rakyat, sebenarnya yang gamat dibicarakan di mahkamah ialah Dr. Mahathir, UMNO/BN dan Hak Asasi rakyat yang telah ditindas oleh kerajaan Mahathir yang direlakan oleh UMNO/BN secara paling tidak demokratik melalui kuasa polis dan kediktatoran Dr. Mahathir. Bagaimana ini dapat disangkal? 

Amat jelas, sokongan pemimpin UMNO/BN terhadap Dr. Mahathir adalah atas kepentingan peribadi. Ini menghakiskan keyakinan rakyat banyak dan memberi "peluru berpandu" kepada parti pembangkang mengusai keyakinan rakyat. Mustahil rakyat dapat dibeli semurah itu oleh UMNO/BN lagi. Dalam waktu yang sama DS Anwar makin istimewa dan rakyat tidak lagi menginginkan UMNO/BN berkuasa. Kekerasan tidak menguntungkan. Kini penyokong UMNO/BN sendiri sudah mula ramai menyingkirkan Dr. Mahathir. Road-show yang beliau dirancang pasti akan gagal besar dan memalukan!! Kita lihat rumah terbuka Seri Perdana baru-baru ini. Amat memalukan Perdana Menteri. Kami menyaksikan sendiri. Kaum apa yang lebih berkunjung? Lapuran dari Kubang Pasu, Dr. Mahathir harus menilai dengan penuh waspada. 

Suruhanjaya Bebas Tergugat 

Dr. Mahathir mahu membersihkan UMNO/BN yang tercemar! Timbul kini isu penubuhan Suruhanjaya Bebas menyiasat kecederaan DS Anwar. Rakyat tahu bahawa kecederaan beliau melibatkan Rahim Nor dan kuncu-kuncu Rahim. Dr. Mahathir tahu. Statemen beliau memberi dalih (di Jepun) adalah suatu "cover-up" yang menjijikkan. Lapuran penyiasatan pertama oleh anggota polis telah  sengaja dilengahkan atas arahan Dr. mahathir kerana tidak memberi kekuatan menangkis hujjah pihak DS Anwar. Mokhtar Abdullah menjadi dalang. kerana lapuran itu tidak menutup kejahatan pihak yang terlibat ia tertangguh begitu lama. Dr. Mahathir adalah terlibat atas nama menteri Dalam Negeri dan orang yang berkait rapat dalam isu pemecatan DS Anwar. Bermakna, penubuhan Suruhanjaya itu hanyalah sebuah helah bagi menutup kes ini dengan mengambil-kira aspek undang-undang dan jenayah yang mungkin berbangkit pula. Itu sebab ia dianggotai oleh mereka yang berpengalaman dalam undang-undang. Tetapi kebenaran tetap akan terserlah juga!! Paling ketara, rakyat tidak yakin. Itu akan menyusahkan UMNO/BN. 

Adalah sangat mustahil setelah 4 bulan kejadian berlaku, mana mungkin sebarang kesan boleh di kaji selidik lagi. Tambahan pula, ramai pihak yang mempertikaikan kewibawaan dan kepentingan beberapa 'hand-picked personalities' Mahathir dalam Suruhanjaya itu. Malahan struktur pelapuran (reporting) kepada Peguam Negara itu sendiri menerbitkan keraguan rakyat yang kian bosan dengan taktik kotor Dr. Mahathir. Lebih-lebih lagi kerana Peguam Negara sendiri (secara peribadi) sejak dari awal telah terbabit secara jelas dalam menilai lapuran terawal dari pihak polis, melengah-lengahkan keputusan, terlibat secara langsung dalam penggubalan tuduhan ke atas DS  Anwar, menjadi talibarut Dr. Mahathir dan menubuhkan 'konspirasi' (diperingkatnya) untuk membenamkan DS Anwar, perancang kepada ubah-pinda tuduhan di saat-saat terakhir perbicaraan. Ini sangat merosakkan hati rakyat. UMNO/BN kian jatuh ditimpa tangga. 

Dengan itu rakyat nampak jelas bahawa mahkamah sudah tidak adil lagi. Dr. Mahathir sudah terlibat secara peribadi. Anggota Suruhanjaya Bebas itu juga adalah TIDAK bebas dari sebarang tekanan kerana mereka menganggotainya mempunyai kepentingan dalam perniagaan yang diterajui masing-masing. Secara langsung kewibawaan Suruhanjaya Bebas dipertikaikan oleh parti pembangkang. Dengan kata lain, "cover-up" ini tidak akan dapat menyelesaikan isu 'penghakisan keyakinan' terhadap kerajaan Dr. Mahathir. Itu pasti. Bermakna UMNO/BN akan di cap kerajaan pembohong dan wajar disingkirkan!! Kempen UMNO/BN akan hilang idea dan ketandusan modal. 

Selaku TPM dan Menteri KDN, Datuk Seri Abdullah harus mengambil sikap menenkankan isu "Keadilan" dan "Berkecuali" dari sebarang pengaruh yang dibenci rakyat terhadap Dr. mahathir. Beliau tidak wajar dilihat sebagai berskongkol dengna Mahathir jika beliau mahu menjalani hidup politik yang selamat.  Sewajarnya beliau tidak boleh membiarkan sesuatu yang dilaksanakan Dr. Mahathir/Kerajaan berakhir dengan kontroversi yang akhirnya akan menjatuhkan kewibawaan kerajaan dan parti yang diketuainya. Beliau harus mencari kelainan dari apa yang dilakukan oleh Dr. Mahathir. Malangnya, beliau tidak ada ketokohan sehebat DS Anwar. UMNO/BN tidak bersandar kepada beliau. 

Yang ketara sekrang, Datuk Seri Abdullah masih 'berbulan madu' dengan Dr. Mahathir. Dalam waktu singkat Pilihanraya yang kian mendekat ini, pasti beliau tidak akan mampu memberi suatu 'mercu-tanda' baru yang mampu memberi hati dan keyakinan rakyat bahawa beliau adalah orang harapan UMNO/BN. Apatahlagi, Dr. Mahathir masih lagi bersikap Diktator akan menggantikan beliau dengan Najib, dll. Lapuran dari Sabah memberitakan beliau tidak diberi sambutan. 

Statemen beliau kepada pemberita akhbar  Singapura jelas menunjukkan bahawa beliau tidak memahami hasrat sebenar pemimpin dan penyokong UMNO/BN. Amat memeranjatkan, sekaligus beliau menyalahkan pemimpin dan penyokong UMNO/BN tidak menyokong Dr. Mahathir. Makin ketara sekarang bahawa beliau menafikan hak dan tuntutan rakyat menuntut Dr. Mahathir undur dan kembali DS Anwar kerana beliau tidak bersalah apa-apa. Dengan ini, ditafsirkan Abdullah tidak mampu meningkatkan kewibawaan UMNO/BN guna memenangai hati dan memampankan keyakinan rakyat!!  Malang diduga kerana perlantikan beliau adalah suatu 'default' tetapi beliau terlalu 'naïve'. Dia tidak mempunyai mandat besar.  Bergantung sekarang kepada pilihan beliau. Besar kemungkinan beliau juga adalah orang yang bakal tersingkir oleh rakyat kelak. 

Sandiwara: Isu Swiss Bank 

Sudah menjadi kehebohan di kalangan rakyat kini bahawa Dr. Mahathir (termasuk seluruh MKT dan Kabinet) cuba bermain sandiwara bodoh mengabui mata rakyat kununnya Swiss Banks dibebaskan untuk menyiarkan nama-nama menteri/timbalan menteri Malaysia yang penyimpan wang di bank-bank disana. Jika ini suatu perkara yang serius, Dr. Mahathir tidak akan mengeluarkan kata-kata 'melepas batuk ditangga' begitu. Rakyat sekarang makin sakan mentertawakan Mahathir dan Kerajaan. Hingga ada yang mengatakan Mahathir lebih hebat melawak dari Hamid  Gurkha dan Bob Hope!!  Jika ini taktik "pembersihan" cara Dr. Mahathir, maka ia tidak lebih dari "taktik murahan" yang tidak akan membeli keyakinan rakyat!! 

Sandiwara Marcos dan Soeharto masih terbengkalai hingga kehari ini walaupun kerajaan telah bertukar tangan. Apatahlagi kalau Dr. Mahathir, UMNO/BN masih lagi memegang tampuk kerajaan. Sekali lagi Datuk Seri Abdullah terperangkap dan membiarkan dirinya diperangkap. 

Agenda Rakyat 

Dari urutan peritiwa yang berlaku, rakyat seakan-akan sudah pasti bahawa peluang rakyat mengetahui kedudukan sebenar sebarang salah-tadbir, salah-urus, sebarang jenayah konspirasi menjatuhkan dan mengaibkan DS Anwar (yang menjadi isu besar mengakibatkan kegawatan politik Malaysia dimata dunia hingga menyebabkan pelabur asing mengenepikan Malaysia), "perlekehan" terhadap ugama Islam oleh pemimpin UMNO, penghakisan kuasa Yang Di Pertuan Agung dan pelanggaran Perlembagaan, pemisahan kuasa eksekutif dalam kuasa politik hanya dapat dilaksanakan melalui pemberian MANDAT BARU kepada sebuah KERAJAAN YANG BARU yang menggantikan kerajaan yang sedia ada (UMNO/BN). Hanya Kerajaan Baru itu saja yang dapat mempelajari kesilapan yang dilakukan oleh kerajaan sebelumnya. 

Hari ini Dr. Mahathir dan Kerajaan BN sedang melaksanakan 'reverse psychology' bagi mengabui mata rakyat melalui 'sikap lembut' dan berpura-pura prihatin seperti kes-lkes/isu Tol, kawalan harga barang yang ketat, pemberi hadiah, program rumah murah, bantuan kepada IKS, dll. Pada hakikat sebenar, semua itu hanya "IDNAH KHABAR DARI RUPA" semata-mata. Mereka yang ingin memanfaatkan kesemua itu pulang dengan TANGAN KOSONG dan membawa hati marah dan keciwa!! Ia adalah gimik 
palsu!! 

Rakyat sudah terlalu masak dengan taktik Dr. Mahathir sejak  beliau berkuasa. Semua janji BN hanyalah kata-kata kosong sebagai juadah sebelum pilihanraya. Jika BN berkuasa semula, impian rakyat akan terbang  dan rakyat akan merengkok dibebani hutang oleh korporat suku-sakat dan  kroni Dr. Mahathir yang sudah muflis dan ditampung oleh wang simpanan rakyat seperti EPF, Tabung Haji, dll. Yang akan dapat manfaatb besar ialah  mereka yang  memasuki persekongkolan Dr. Mahathir. 

Kesimpulan 

Tafsirkan pandangan kami itu. Pasti tidak ada siapa diantara mereka disekeliling Perdana Menteri dan Timbalannya dan anggota Kabinet sekarang yang sanggup mengkritik sepedas ini. Kami sayangkan UMNO. Jika masing-masing yang bertangungjawap menyanyangi UMNO/BN, sila pastikan Dr. Mahathir undur sekarang tanpa syarat, kembalikan DS Anwar pemimpin UMNO seperti sediakala. Hampir semua Pemimpin  diperingkat kami tidak dapat lagi menahan gelombang penyokong UMNO/BN yang telah menunjukkan ketidakyakinan kepada UMNO/BN. Penghijrahan sudah bergugusan dan mereka sanggup menjadi 'silent protestors' yang akan menjatuh UMNO/BN. Jangan lah perjudikan UMNO/BN semata-mata kerana akur kepada Dr. Mahathir yang telah terhakis pengaruh dan karismanya. Insaflah bahawa Dr. Mahathir dan seluruh pemimpin UMNO/BN  membunuh karier politik DS Anwar, tetapi yang terbunuh sebenarnya ialah pemimpin UMNO sendiri. 

Dari  hujah yang dibentangkan jelas bahawa tidak ada satu biji mata dari barisan pemimpin UMNO yang ada sekrang yang sanggup memperbetulkan UMNO/BN selain dari DS Anwar. Makin lambat DS Anwar dikembalikan kepada UMNO, makin itu UMNO akan terkorban. Bagi DS Anwar dan penyokong (meliputi sebahagian besar penyokong UMNO/BN, parti pembangkang dan NGO), kekalan UMNO adalah diambang. DS Anwar tidak tercedera apa-apa. Yang cedera ialah UMNO/BN. Mungkin reput langsung!! 

Cukuplah dendam anda wahai Dr. Mahathir, Perdana Menteri! Undurlah. Selamatlah UMNO/BN dengan mengembalikan  mercu-tanda UMNO itu: Datuk Seri Anwar Ibrahim. Janganlah jadikan diri anda Perdana Menteri terakhir dalam sejarah UMNO Baru!! Dalam keadaan bergolak ini, kami tidak ada pilihan lagi kecuali menjadi jalan penyelesaian mengikut cara kami: demi perpaduan Melayu, keadilan rakyat dan ketelusan pentadbiran kerajaan yang sangat kami inginkan. Fahamilah ini baik-baik!! 

Sekian.  

Sumber asal: Diterima dari "Kumpulan Y2K (12 Bahagian) Ayam-ayam Laga UMNO/BN, (Pahang Timur & Selatan Terengganu). 

Sumber: Laman Doimoi http://members.xoom.com/doimoi/dm3025.htm (defunct / tidak lagi berfungsi)

- CETAK & SEBARKAN -


SILA KLIK UNTUK MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL TANPA KEBENARAN PENULIS.
Click Here!
https://e-umno.tripod.com/