|
.... |
Terbitan semula
Setiausaha
Politik Yang Terperangkap Di dalam Komplot Jahat Dan Misteri
A Political Secretary Wrapped
In Intrique and Mystery)
Oleh: MGG Pillai - 7 Julai
2001 |
Perdana menteri, Mahathir
Mohamed, berfikiran, menjelang tiga dekad tempoh pemerintahannya, dengan
kesulitan yang dihadapinya bersama msayarakat Cina, dengan masalahnya yang
lebih dari biasa, adalah lebih baik beliau menggunakan khidmat seorang
setiausaha politik berbangsa Cina. Maka seorang peguam yang tidak berapa
dikenali berusia 51 tahun, Encik Matthias Chang,
mengangkat sumpah untuk memulakan tugas. Akhbar-akhbar Cina tidak dapat
memutuskan bagaimana untuk menulis namanya di dalam bahasa Cina dan setiap
satu darinya mengenengahkan sesuatu yang berbeza di antara satu sama lain.
Ini tidak akan berlaku sekiranya seorang tokoh yang popular di dalam masyarakat
Cina diambil. Presiden MCA, Dato’ Seri Ling Liong Sik, merasakan yang ia
adalah satu pilihan yang bijak; sehinggakan beliau langsung tidak menghiraukan
yang setiausaha politik Cina Perdana Menteri yang pertama itu bukanlah
ahli kepada MCA, barangkali beliau sudah cukup berpuas hati yang ia bukannya
dari Gerakan Rakyat Malaysia. Selain itu, beliau mungkin tidak dirujuk
sama sekali tentang perlantikan tersebut.
Siapakah Encik
Chang tidak pula kita diberitahu. Beliau merupakan seorang
Freemason yang aktif, ahli kepada beberapa
rumah persinggahan di Lembah Kelang, tetapi disingkirkan dari salah satunya
kerana perlakuan yang tidak bersesuaian. Beliau adalah anak didik Ketua
Besar itu tetapi tersingkir kerana orang tua itu tidak mahu memberikan
laluan kepadanya. Beliau menuntut gantirugi di mahkamah, kalah dan telah
membuat rayuan kepada Mahkamah Rayuan. Beliau adalah di antara peguam yang
pertama yang bersimpati dengan Tan Sri Eusoffie Abdoolcader, selepas penyingkirannya
dari Mahkamah Agong di dalam peristiwa Tun Salleh Abas. Beliau begitu lantang
di dalam mesyuarat-mesyuarat majlis peguam, menyampaikan hujah-hujahnya
dengan bernas sekali, dan, tidak seperti hakim yang disanjungi itu, relevan
pada kebanyakan masa. Beliau merupakan bekas rakan kongsi perundangan Hakin
Ariffin Jaka, yang telah menjatuhkan hukuman kepada bekas Timbalan Perdana
Menteri, Dato’Seri Anwar Ibrahim, sebanyak sembilan tahun di atas kesalahan
mel***t. Di kalangan masyarakat perundangan menyebut Encik Chang, semasa
perbicaraan ini, sebagai “saluran yang berguna dan boleh dipercayai” tetapi
saya kurang pasti walaupun saya boleh mengagaknya.
Beliau adalah penganut agama Kristian,
seorang “bible basher” bak kata salah seorang rakannya, kurang mahir ataupun
tidak tahu langsung berbahasa Cina. Beliau sangat lantang di dalam mesyuarat-mesyuarat
majlis peguam, memberikan pandangannya dengan penuh semangat dan keyakinan.
Para pengumpatnya, bahkan rakan-rakannya sendiri, mengatakan yang ia menonjolkan
dirinya lebih dengan keyakinan yang diperlihatkan dari apa yang diperjuangkannya.
Beliau dilantik untuk memberikan nasihat kepada Perdana Menteri berkaitan
dengan perkembangan di dalam masyarakat Cina, tetapi mampukah ia melakukannya
dengan pengalaman politik dan kebudayaannnya yang serba kekurangan itu?
Selain itu, adakah wajar bagi Perdana
Menteri melantik seseorang yang tidak dapat dipisahkan, sekalipun jika
ianya bukan secara langsung, dengan masalah politik yang terbesar yang
dihadapinya: Dato’ Seri Anwar. Insan yang terpenjara ini telah menyebabkan
Perdana Menteri berada di dalam ketakutan politik yang tidak kunjung
padam. Encik Chang tidak akan dapat menolong melepaskan dirinya dari keadaan
itu. Beliau sendiri mempunyai masalah yang yang tidak kurang beratnya dengan
masyarakat Cina. Encik Chang tidak mungkin boleh berada di sini juga. Beliau
datang dengan beban yang sudah cukup besar kini untuk lebih menghalang
dari membantu. St. Matthias, atau, sepertimana yang dikenali secara
rasminya, St. Mattathias, telah dipilih oleh nasib untuk menggantikan Judas
Iscariot yang khianat, adakah Matthias yang di kemudian hari terpilih dengan
cara yang sama?
Diterjemahkan oleh: SPAR-09-016
- CETAK
& SEBARKAN -
SILA
KLIK UNTUK
MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA
MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA
ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL
TANPA KEBENARAN PENULIS. |
|
|
https://e-umno.tripod.com/