.... Terbitan semula
INGAT MAHATHIR:
BUKAN SETAKAT UMNO,
BN SENDIRI AKAN TUMBANG..!!
Amin Sapiro - 2 Jun 2000

NOSTALGIA buruk Pilihanraya Ke-10 sungguh-sungguh mengancam perasaan beberapa pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN). Ia makin ketara sampai hari ini. Igau-igauan yang menghantui mereka menyebabkan seluruh pemimpin tertinggi parti itu hilang pertimbangan, tersalah sasaran dan makin kecundang. Hematnya, yang berbangga hanyalah parti komponen khususnya MCA.

Mahathir Main Api Perkauman

Tetapi MIC hanya melukut di tepi gantang!! MIC bukan pekung, cuba kudis gatal-gatal. Pemimpin mereka cuma belukang darat yang cuba mengangkat taraf diri dari hidup merempat. Penyokong MIC sudah lama dibiarkan seperti ‘udang kering’, dan pembelaan cuma disebut dalam Perhimpunan saja. Lantaklah. Itu hal mereka. Manfaatnya Barisan Alternatif yang dapat!!

Kebelakangan ini, MCA juga merasa parti itu telah ‘permainkan’ oleh Mahathir Mohammad. Hematnya, orang UMNO sendiri telah merasa bahawa Mahathir sedang main api sebagai helah dengan mempergunakan alasan “perkauman” bagi menolak tuntutan MCA untuk mendapat satu lagi jawatan Menteri Kabinet.

Mahathir menolak. Penolakan itu pula menggunakan alasan perkauman “Melayu”. Itu sebab Mahathir masih mahu Dr. Ling Leong Sik jangan letak jawatan, kerana Dr. Ling sebagai Presiden MCA boleh diperkutak-katikkannya kerana Ling mempunyai deretan Rasuah dan salahlaku dalam parti (sekarang terbongkar). 

Pengguran Islam Sebagai Identiti Parti (PAS) 

Keinginan UMNO (sebenarnya keinginan dan kemahuan Mahathir) untuk menggugurkan perkataan Islam dari PAS sudah beberapa tahun diwarwarkan. Dalam satu Perhimpunan UMNO di PWTC beberapa tahun dulu, perkara ini telah dibangkit dan dijadikan topik hangat. Bukan pula ‘hangat’ didebatkan, kerana yang nampak, semua mereka yang membangkitkan seolah-olah membaca hujah mereka dari satu skrip yang ditetapkan. 

Dengan itu tahulah kita (orang Melayu) bahawa ia adalah satu perancangan tersembunyi lagi licik dari pucuk pimpinan UMNO (Mahathir dan think-tank). Dengan itu juga orang Melayu khususnya sudah tahu bahawa Mahathir Mohammadlah orang sebenar di belakang tabir dan bukan orang Melayu dalam UMNO. 

Mahathir dan Konsep “Islam”nya 

Makin banyak dan kerap UMNO berbincang mengenai Islam makin itu pula perbincangan mengenainya nampak dipandu oleh Mahathir. Mahathir sudah sampai ke tahap ‘henchman’. 

Beberapa puluh tahun Mahathir campur dalam UMNO, Mahathir memang terkenal dengan niat dan nawaitunya untuk “menSEKULARKan” Islam. Seolah-olah sudah telah tertanam dalam diri dan rohaninya bahawa Islam adalah penyebab kepada kemunduran penganutnya. Islam menjadi penyebab kepada pecah-belah kepada orang Melayu khususnya dan umat Islam umumnya. 

Mahathir cuba meyakinkan semua pihak tentang perkara ini (Islam penyebab kemunduran). Tetapi sejarah tamaddun Islam – sejak kebangkitannya hingga hari ini tidak menunjukkan begitu. Mahathir tidak dapat menangkis hujah bahawa Iraq dihentam habis-habisan oleh Amerika kerana Iraq sedang menuju ke arah kehebatan teknologi peperangan. Begitu juga Iran. 

Kita tidak tau bagaimana Mahathir boleh berfikiran begitu. Tetapi ramai orang Melayu (termasuk pemimpin UMNO) beranggapan bahawa punca Mahathir bersikap begitu adalah bersebab dari persekutuan dan persekongkolan Mahathir dengan Freemason YAHUDI antarabangsa. 

Tujuan dan agenda Dr. Mahathir adalah ditahap “mega”, bahawa: 

1. Mahathir adalah penyokong ideologi kapitalis Barat paling “karat” dan “gembel”; kecuali dalam hal yang menjejaskan kepentingan peribadi dan harta-benda yang dikaut olehnya dan anak-anak dan kroninya. (contohnya Mahathir menyerang George Soros kerana terlibat dalam Krisis Nilai Wang yang menyebabkan harta rompakan anak-anak dan kroninya terkikis habis di BSKL), 

2. Mahathir adalah kawan rapat kepada kumpulan Yahudi Freemason sejak bertahun-tahun dulu hingga beliau mencapai status Perdana Menteri dan kini menguasai UMNO/BN secara kuku-besi” dan tipu-belit. Ia mahu terus berkuasa dan mahu menjadi Presiden “Bayangan” berkuasa Ditator/Mutlak (lihat Soeharto dan Marcos), 

3. Mahathir adalah Agen Asing sebenar.  Pelbagai puak Agen Asing telah bekerja keras dan merancang untuk menguasai negara Islam dan Tenggara Asia dengan niat menguasai bahan-bahan mentah dan sumber alam. Dengan itu mereka akan dapat “mencengkam” budaya dan pembangunan minda rakyat (khusunya penganut Islam). Mahathir akan dapat manfaat. 

4. Ketamakan dan kerakusan Mahathir INGIN berkuasa terus adalah sebaik-baik umpan kepada mereka (Agen Asing) ini. Hari ini kita nampak konsep “Pembangunan Untuk Rakyat” yang dilaksanakan oleh Mahathir dan kroninya tidak lebih dari menguntungkan dirinya, anak-anak dan kroninya (Mahligai Putra Jaya, Jet Global Express, KLCC, konsep Penswastaan anti-sosial, Projek PERWAJA yang memufliskan rakyat, Pemusnahan wang PETRONAS, dll). Mahatir sengaja membesar-besarkannya setakat “berbangga dan memuaskan ego” saja. WalhaL orang Melayu MELOPONG!! 

5. Orang Melayu (sinonim orang Islam) sengaja dibiarkan, tidak dibela, makin ditekan dan diperkutak-katikkan. Orang Melayu cuma dijadikan “kakitangan awam” dengan pendapatan yang dikontrol mengikut kehendak Kerajaan (ie. Mahathir). Sehingga, kini majoriti orang Melayu cuma hidup dari paras Pertengahan (7%). Sebalinya, 90% masih meminta-minta!! (re: meminta-minta termasuk Biasiswa Pendidikan, Kebebasan dan Hak Asasi, keinginan untuk mempertahankan hak yang disekat, kemudahan perubatan dan kesihatan, pembangunan asas, merobah kehidupan dan keusahawanan, dll) 

6. Kerana faktor no. 5 itu, Mahathir (melalui UMNO yang dirancangnya) akan menggunakan segelintir pemimpin UMNO bagi mudahkan beliau menguasai (bagi pihak Yahudi dan agen asing) keatas orang Melayu, pemimpin mereka dan zuriat-zuriat mereka beberapa generasi lagi. Mahathir mahu orang Melayu (sinonim Islam) diam!! 

7. Mahathir berhajat besar untuk meletakkan salah seorang anaknya menerajui UMNO (selepas beliau mati) sebagai jaminan bahawa harta yang dikaut secara haram akan terus dimiliki oleh oleh zuriatnya. Anaknya diamanahkan akan meneruskan ideologi “Peras dan Perah” berasaskan “kuasa Mutlak” yang disokong oleh UMNO (yang terancang oleh Mahathir). 

Agenda Mahathir Sudah Tercium

Ramai pihak di kalangan orang Melayu dan parti politik Melayu yang telah nampak bahawa: 

1) Semasa DS Anwar masih dalam Kerajaan, ramai orang Melayu yang tahu akan agenda busuk Mahathir sengaja berdiam diri. Kerana, mereka tahu bahawa Anwar adalah satu-satunnya pemimpin UMNO yang paling kuat dalam hal menerapkan wadah Islam dalam pentadbiran. Cuma beliau belum menjawat jawatan PM dan menguasai Kerajaan. 

Contohnya, Anwar telah mengusahakan penerapan nilai-nilai Islam dalam aspek-aspek Ketelusan (menguatkan akta Rasuah), Perbankan, Pentadbiran Kerajaan, Pembangunan minda, Pendidikan, keterampilan wanita Islam sejak di bangku sekolah, menerapkan Konsep Masyarakat Penyayang, dll. Ini telah menakutkan Mahathir kerana bermakna Anwar adalah bercanggah dengan UMNO “Barua” bikinan beliau (Mahathir). 

2) Pembangkang seperti PAS sudah lama nampak tetapi mereka ketandusan sokongan rakyat kesan dari kekuatan UMNO/BN melalui “3M”, iaitu Wang (money), Pentadbiran Kerajaan (Management) dan Media massa. Selain dari HARAKAH, lain-lain saluran media tidak ada yang menegakkan kebenaran Islam yang didokongi PAS. 

Tetapi perjuangan PAS adalah konsisten. Ini mencurigakan Mahathir kerana ia tahu, dengan adanya Anwar sebagai tunggak dalam UMNO kelak, besar kemungkinan PAS dan UMNO akan tergabung dan bersefahaman yang akhirnya akan merosakkan Agenda Mahathir sendiri (selepas ia mati). Dengan itu, harta rompakan yang dimiliki anak-anak dan kroninya akan dipulangkan kepada rakyat!! 

3) Majoriti golongan orang Melayu yang bukan Kroni Mahathir (cendekiawan, berpendidikan, kakitangan awam, usahawan) tahu rencana dan agenda Mahathir itu. Tetapi atas tekanan, mereka tidak berani bersuara kerana ancaman dari ‘jembalang dan kempitai’ Mahathir amat keras hingga secara zalim boleh bertindak “melupus dan memusnahkan” mata pencarian dan keselamatan diri dan keluarga. 

Atas sebab-sebab dan environment politik dan kecenderungan orang Melayu itu, maka timbullah  gejala “Peras Ugut”  dan “Carrot and Stick” (yang dirancang oleh Mahathir). Akhirnya, yang paling terperangkap adalah pemimpin UMNO dan kakitangan awam berpangkat tinggi yang melakukan Rasuah dan Penyelewengan (secara sengaja atas sebab yang disogok oleh Mahathir dan kuncu-kuncunya; dan tidak kerana mereka sendiri melakukan secara sendirian). 

Sistem Pentadbiran Kerajaan BN Kucar-kacir 

Maka nampaklah kepada rakyat bagaimana seluruh sistem politik dan pentadbiran sosial, kerajaan dan ekonomi kucar-kacir seperti hari ini. Siapa antara mereka telah masuk perangkap kita nampak sekarang. Mereka masih terus diberi kuasa dan perlindungan oleh Mahathir. Mereka mengetuai  jabatan Polis, Peguam Negara, Kehakiman, Tentera, malah ada di antaranya adik-beradik Raja-raja Melayu!! 

Orang ini akan terus diletakkan di tempat mereka kerana mereka mempnyai “trait dan calibre” sebagai “penjenayah” bagi menutup kebusukan Mahathir. 

Melalui pesanan dari sebuah warkah titipan sdr. Anwar Ibrahim, beliau (sebagai oang yang rapat dengan Mahathir dan terlibat dengan UMNO) dipetik sebagai berkata bahawa: 

[“…..kita (rakyat yang membantah Mahathir & UMNO/BN – penulis) akan berusaha untuk memastikan keadilan ditegakkan, pengagihan dan pembahagian ekonomi yang lebih adil, penghayatan Islam lebih terjamin serta toleransi dan kesederhanaan dalam hubungan antara kaum dan agama. Banyak yang akan diketengahkan, fitnah yang akan dihebahkan, muslihat, kerana Dato’ Seri Dr. Mahathir dan kepimpinan BN mempunyai banyak wang. Wang yang dikumpulkan dari perjudian, dari kegiatan salah guna kuasa, sebahagian daripadanya telah saya kemukakan tanpa sebarang tindakan….”] 

Dengan itu, makin jelas bahawa Sistem Pentadbiran Kerajaan BN amat kucar-kacir, bermotif menipu, berbohong dan tidak amanah kepada rakyat. Mahathir tidak berniat melindungi rakyat tetapi lebih cenderung melindungi kepentingan diri, anak-anak, kaum kerabat dan kroninya saja. Bagi itulah sebenarnya maksud beliau memperkuatkan UMNO dan BN. 

Bantahan keras ke atas gejala paling jahat, busuk dan kotor inilah yang menjadi perjuangan komponen parti Barisan Alternatif seperti PAS, KeADILan, PRM, DAP. Paling malang sekali bagi Mahathir dan BN, penyokong mereka sudah keputusan perkiraan dan berpaling tadah meninggalkan UMNO, MCA, MIC dan GERAKAN!! Para pengundi telah hilang keyakinan terhadap komponen BN. 

Paling memeranjatkan Mahathir, UMNO/BN, pengundi baru pada tahun 2003/4, (dianggarkan hampir 1.6 juta) telah meberi petanda bahawa mereka bukan lagi penyokong/pengundi UMNO/BN. 

Ini menyebabkan Mahathir dan “inner circle” BN (UMNO, MCA, MIC dan GERAKAN) makin takut dan kecundang!! Kita akan bertindak dan terus bertindak secara aman dan teratur.

Amin Sapiro 
(Ahli UMNO Atas Pagar Berduri)

- CETAK & SEBARKAN -


FREE - An online program to make a huge income. more info
Click Here!
https://e-umno.tripod.com/