.... Terbitan semula
AWAS!! AGENDA MAHATHIR 
MENSEKULARKAN ISLAM DAN MELEMAH KEPEMIMPINAN MELAYU
Amin Sapiro - 1 April 2000

BERMULA sejak Mahathir menganggotai “Freemason Yahudi” pada pertengahan 60-an, Allahyarham Tunku Abdul Rahman  Al-Haj sudah menduga bahawa anak keturunan India suku “Kutty” (yang terkenal licik dan suka berskima ini) akan membawa sial kepada UMNO dan Perikatan (sebelum Barisan Nasional). Justeru, amaran Allahyarham Tunku itu ditujukan kepada orang Melayu khususnya, dan umat Islam amnya. 

Allahyarham Tunku Tahu Siapa Mahathir Sebenar 

Beberapa orang yang rapat dengan Allahyarham Tunku (termasuk Raja Nongcik) telah mengetahui bagaimana Mahathir bersekongkol dengan padri-padri “Freemason Yahudi” antarabangsa. Mereka tahu apa objektif terakhir Mahathir. Bagi Allahyarham Tunku yang sudah masak dengan karenah dan perancangan Yahudi antarabangsa, beliau nampak jelas sejelas-jelasnya bahawa Agenda Mega Yahudi adalah untuk melumpuhkan umat Islam dan menghancurkan negara-negara Islam (di mana-mana jua). 

Allahyarham Tunku juga nampak (dengan visi beliau sebagai seorang pemimpin besar) bahawa Mahathir (seorang yang keras kepala) mempunyai niat dan nafsu besar yang tersembunyi untuk berkuasa secara rakus di negara ini – walau dengan apa cara sekali pun. 

Walaupun menjadi seorang politik berkuasa itu memang hasrat dan impian setiap ahli politik, tetapi hubungan Mahathir dengan “agen asing” (apatah lagi Freemason Yahudi) secara rahsia dan beragenda akan membawa malapetaka besar kepada bangsa, tanahair dan agama. Perkara ini telah lama tercium oleh anggota ‘anti-espionage’ di negara ini. 

Allahyarham Tunku amat takut dengan kesan-akibah sikap Mahathir itu kepada negara; kerana dalam konteks menyampaikan matlamatnya Mahathir berhubung dengan puak Yahudi antarabangsa. Allahyarham Tunku dan beberapa orang tertentu (seperti Raja Nong Chik, Tun Razak khasnya) tahu. Ini menyebabkan Tunku pernah mengingatkan UMNO sekiranya Mahathir berkuasa UMNO akan huru-hara (tafsiran: UMNO bermakna orang Melayu, orang Islam, politik, ketuanan, kepentingan dan kemerdekaan orang Melayu akan rosak binasa). 

Hari ini, kata-kata Allahyarham Tunku tidak jauh dari “kebenaran” yang nyata, kecuali segelintir “young Turks” UMNO yang tergula-gula dengan keseronokan 

Agenda Mega Mahathir Mohammad Tersemu Sudah 

Tidak ramai pemimpin UMNO bawahan yang tahu karenah dan agenda busuk lagi jahat Mahathir itu. Kerana, segala bahan bukti dan penyiasatan telah dimusnahkan atas arahan Mahathir (setelah berkuasa), dan pemimpin UMNO yang tahu sudah meninggalkan kita. Mana-mana yang masih hidup tidak mahu lagi terlibat dalam politik, apatah lagi kebanyakan mereka terlalu uzur - apatah lagi jika perkara ini menjadi isu akhirnya akan hanya menyusahkan mereka saja. Mereka menyerahkan Mahathir kepada orang Melayu kelompok yang muda dan berpendidikan. 

Tetapi kita dari generasi sekarang sudah nampak dengan bukti nyata bahawa agenda Mahathir memang licik dan tersusun rapi sejak 25 tahun kebelakangan ini. ‘Sequence’ yang jelas terbentang ialah, Mahathir bermati-matian: 

a) Melemahkan kepimpinan Melayu (khususnya UMNO), menyingkirkan pemimpin UMNO yang kuat pegangan kepada agama (seperti DS Anwar, dan lain-lain), dan memusuhi habis-habisan parti politik berhaluan Islam (seperti PAS); 

b) Mengetatkan pelbagai Undang-undang dan Akta untuk melaksanakan secara beragenda untuk memerangkap orang Melayu (supaya bergantung kununnya, kepada ihsan peribadi beliau semata-mata) dan menguasai UMNO dan BN secara TOTALITARIAN (ugutan dan momokan) menurut perintah beliau; 

c) Melemahkan kuasa Raja-Raja Melayu dan kuasa Perlembagaan YD Pertuan Agong, dengan merampas bidang kuasa baginda untuk dirinya (Mahathir) – terakhir dan terbaru ialah bidang kuasa KEUGAMAAN pula (sebagai pelengkap Agenda berkuasa mutlak); 

d) Mensekularkan agama Islam dan menyisih, membusuk dan mempersenda ulamak Islam yang peka Islam (seperti. Datuk Ishak Baharom, Prof. Datuk Harun Din, dan lain-lain.) – sementara mengenengahkan mereka yang termakan ugutan dan terbuka kepada sekularisma Yahudi (seperti. Hamid Othman, Yusof Nor, Dusuki Ahmad, dan lain-lain), menipu ulamak yang korup dan boleh ‘dibeli’ dengan memancing mereka (seperti. Kadir Talip, Hamid Zainalabidin, Zainal Melur, Haji Nakhaie, Wan Mokhtar); 

e) mewujud dan menyalah-gunakan institusi seperti IKIM, YADIM untuk tujuan “think tank” pensekularisasi Islam. Cuba menggunakan media massa (Radio/TV, akhbar-akhbar dan lain-lain) membesar-besarkan ucapan beliau sebagai amanat dan mengangkat fatwa beliau (Mahathir) setinggi langit mengenai tafsiran Islam (mengikut hukum akal Mahathir); 

Sekarang, Mahathir cuba merobah cara berfikir penuntut bermula dari Tadika hingga ke peringkat Mahasiswa dengan melantik Aziz Shamsuddin, Mahadzir Khir dan Musa Mohamad yang tidak berpengalaman dan akan jadi “kakak tua” di bidang Pendidikan!! 

Urutan Agenda (a – e) Mahathir sudah dilengkapkan dengan persetujuan Raja-Raja Melayu memberi beliau kuasa atas alasan PALSU kununnya untuk ‘merapatkan penganut agama Islam’ yang (kununnya) sekarang “berpecah”. 

Sebenarnya Mahathir bertujuan melengkapkan Agenda Meganya untuk memusnah kekuatan Islam pegangan ahli sunnah wal jamaah di negara, melemahkan pegangan umat Islam dan mensekularkan Islam (iaitu. Orang Melayu). 

Mahathir nampak bahawa ini hanya ini saja cara yang boleh dilaksanakan untuk “membunuh” parti berhaluan Islam (iaitu. PAS). Ini adalah tindakan terakhir Mahathir dan sekongkolnya untuk menjamin keDIKTATORan beliau akan berpanjangan, dan negara ini akan tunduk di bawah kuasa “Presiden” yang mentadbir sebuah “Republik” (walaupun tanpa diisytihar secara rasmi!). Permusuhan Mahathir memang semula-jadi kerana fahaman Freemason Yahudi sudah mendarah daging dalam dirinya!! Jika tidak, kenapa Mahathir tidak memperlekeh GERAKAN dan mengambil P. Pinang dari kekuasan sebuah parti sokongan kaum Cina. Padahal, UMNO tersingkir di P. Pinang??!! 

Peringkat PERMULAAN 

Pada mulanya (lebih dari 30 tahun dulu) Mahathir telah mengambil kesempatan berjinak-jinak dengan segala macam fahaman “Freemason Yahudi” dan menghayati ‘sumpah-setia’ yang diwajibkan untuk dijadikan balasan atas ganjaran memenuhi kehendak beliau (untuk berkuasa mutlak) yang diperbantukan oleh Yahudi. 

Mahathir menerima falsafah dan nasihat selain dari bantuan wang dan indoktrinasi Yahudi Freemason secara licin, licik dan teratur dari sumber luar negara. Beliau agen terhebat antara beberapa orang yang dikenalpasti. 

Maka bermulalah agenda Mahathir yang pertama iaitu dengan menggunakan para mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi dan menjadi penasihat beberapa Kesatuan Sekerja. Mahathir berjinak-jinak dengan Pensyarah dan para Cendekiawan tempatan dan memberi keyakinan kepada para ulamak dan berpura-pura bahawa beliau adalah seorang bersifat “telus, terus-terang, bersopan, lemah-lembut dan tidak angkuh”. Itu adalah cara Yahudi Freemason (behave soft but be hard). 

Tugasnya sebagai doktor di Alor Setar telah memberi beliau kesempatan bergaul rapat dengan semua golongan hingga beliau dilihat sebagai orang harapan dalam politik dan kemasyarakatan. Buku “Malay Dilemma” adalah doktrin pertama Mahathir dalam siri “penipuan” itu. 

Beberapa orang pemimpin Cina menaruh kepercayaan kepada beliau setelah Mahathir menyerahkan tanahnya untuk digunakan sebagai tapak membina pusat pengembang agama Kristian. 

Perbalahannya beliau dengan Allahyarham Tunku (hingga dicap sebagai “Ultra”) adalah manifestasi bagaimana desperate dan fobianya beliau untuk merebut kuasa dan mengenepikan seorang Ketua. Itu adalah cara Yahudi yang diamalkan oleh Freemason. Malangnya, orang Melayu di negara ini tidak arif dengan karenah Yahudi dan Freemason – kecuali Allahyarham Tunku yang mengetahui sebenar-benarnya agenda Mahathir. Malangnya orang Melayu tidak menghiraukan nasihat Tunku (termasuk Tun Razak dan Hussein Onn)! 

Mahathir berulang alik keluar negara untuk mendapat tunjuk ajar dan taktik terancang secara teratur, berkesan dan licik. Beliau menemui Henry Kissinger dan beberapa penganjur Freemason Yahudi lain beberapa puluh kali atas biayaan Freemason (sebelum beliau berkuasa dan ada wang). Di luar negara Mahathir membuat kenyataan mengecam pentadbir Kerajaan Tunku dan mengeluar falsafah sendiri mengenai Demokrasi, orang Melayu dan masa depan negara (tanpa menyentuh Islam). 

Waktu itu, Mahathir pernah menuntut beberapa hektar tanah dari Kerajaan untuk dimajukan kununnya untuk mengubat hati dan membeli pengaruh kaum Cina. Tetapi sebenarnya untuk Kroninya. Memang Mahathir sudah lama berbudaya KRONISMA..!! Mahathir spontan jadi kaya!! 

Setelah beliau menjawat jawatan Menteri Pelajaran, dengan bijak dan licik segala  Akta yang memberi ruang kepada mahasiswa IPT menaruh minat dalam pergolakan politik negara disekat. Autonomi Universiti dan IPT seumpamanya dimansuhkan. Hinggalah ke hari ini tidak ada siapa yang menyedari bahawa implikasinya amat besar kepada minda anak-anak orang Melayu (graduan tahun 70-80-an). Mereka hidup dalam budaya takut!! Mereka dalam ketakutan walaupun menjadi kakitangan Kerajaan. 

Rancangan Mahathir Berjalan Lancar! 

Pendita Yahudi puak Freemason menasihatkan Mahathir terang-terang: “Untuk melemahkan penganut Islam – perkara pertama hendaklah dicemarkan Al Quran dan tafsirannya (termasuk Hadis dan Sunnah Muhammad saw)”. 

Maknanya Mahathir mesti merancang untuk mensekularkan tafsiran Al-Quran dan Hadis, mempersoalkan kesahihan hadis seperti Kassim Ahmad dan menubuh dan menggunakan institusi khusus dan melantik beberapa orang pilihan Mahathir tertentu untuk menyokong beliau (seperti. Ketua Pengarah IKIM) dan Hamid Othman (berkelulusan Ph.D di bawah penyeliaan seorang Professor YAHUDI di Scotland)!! Mereka inilah “belukang darat” perosak Islam yang membantu Mahathir Mohammad!! 

Mahathir sedar bahawa kekuatan orang Melayu dan kesatuan mereka adalah padu dan kental kerana Islam sebenar adalah agama pegangan utama orang Melayu. Bagi orang Melayu (sinonim Islam), para ulamak mengatasi (prioriti) segala-galanya mengenai Islam. Hingga, taraf pemimpin politik adalah jatuh kategori kedua selepas Ulamak di bidang keagamaan. 

Mahathir menolak ketetapan itu. Ia cuba bercakap umpama seorang Ulamak pula. Tapi beliau sendiri tidak tahu bahawa Arab, jauh sekali dari bahasa khusus Al-Quran. Mahathir tidak mendapat didikan agama Islam setinggi ulamak yang diperakukan orang Islam di negara ini. Tafsiran beliau sekadar menunjukkan beliau berkuasa dan ‘serba boleh’ (kunun). 

Berbanding Raja-Raja Melayu, mereka memegang institusi Islam sejak zaman penjajahan. Mahathir benci dengan struktur dan keadaan itu. Beliau tidak mengiktiraf mahkamah syariah mengadili umat Islam (buktinya, lihat kes DS Anwar dibicarakan di mahkamah sibil sekular, sepatutnya tidak). 

Oleh itu, Yahudi Freemason mengingatkan Mahathir, jika beliau hendak berkuasa “mutlak”, ia perlu mengenepi dan memperkecilkan peranan Islam, menghakis peranan Islam dipegang oleh Raja-raja dan merenggang dan memecah-belah hubungan sesama Ulamak hingga mereka berpuak-puak, merendahkan martabat undang-undang Syariah dan menguasai seluruh Institusi Syariah (masjid-masjid, dan lain-lain.); mewujudkan institusi “alternatif” dan mempopularkannya (lihat peranan IKIM dan beberapa kenyataan Ketua Pengarahnya memuji kehebatan Mahathir)!! 

Proses Sekularisasi Diperhebatkan 

Setelah Mahathir berkuasa, perkara pertama yang dilakukan beliau ialah: 

1) melantik beberapa orang ulamak dan merancang/melaksanakan tindakan mengabui mata mereka dengan wang ringgit, harta kekayaan dan kebebasan memiliki harta (walaupun secara bertentangan dengan Islam iaitu. RASUAH dan PENYELEWENGAN). Maka kita lihat orang-orang seperti Wan Mokhtar, Yusof Nor, Hamid Othman (Ph.D atas kajiselia Professor Yahudi di Scotland) bercakap dan melakukan Rasuah dan Penyelewengan. Mereka dibiarkan bertindak dan mentadbir dengan panduan dan perlindungan Mahathir; 

2) Institusi seperti IKIM dibina di akhir-akhir ini untuk memberi tafsiran Islam selari dengan kemahuan tafiran DAN hukum akal agenda Mahathir. Dilantiklah penganjur  IKIM dari orang-orang yang akur dengan perintah Mahathir sendiri. IKIM dijadikan “think tank” yang mensekular tafsiran Islam. Hanya Mahathir seorang saja yang berhak mengendalikan pucuk pentadbiran IKIM. Ahmad Sarji sebagai pentadbir berkaliber menguruskan segala kehendak Mahathir; 

3) Mahathir mencari gaduh dengan Raja-raya Melayu. Ini mengakibah baginda diperangkap, dikurangkan  bidang kuasa dan diletakkan kuasa itu di bawah satu kanun yang menyelia kekebalan mereka. Sementara itu, suku-sakat mereka diberi ganjaran perniagaan yang membolehkan mereka rasa terhutang budi kepada Mahathir dan pentadbiran Regimnya. Ternyata Mahathir berjaya dan berkuasa mengugut mereka. UMNO digunakan “the driving force to be reckoned with”. Jentera lain seperti media massa selain dari wang dan undang-undang digunakan dengan sebaiknya. (Theory 3M) dalam jumlah billion RM. Kuasa Raja-raja berpindah ke tangan Mahathir; 

4) UMNO sebagai parti Melayu yang dulunya adalah “tunjang”; telah dipergunakan oleh Mahathir tanpa sebarang hemah. Semua pemimpin UMNO (dari peringkat Cawangan hingga kepada Menteri) dibenarkan melakukan rasuah dan penyelewengan, melakukan jenayah rogol, bunuh, samseng, lucah, tipu-helah, berbohong-berdalih dan seumpamanya. Mereka diberi perlindungan (sila lihat dalam Rahim Thamby Chik, kelucahan dan kesamsengan Adnan Yaakob, dan lain-lain). Kakitangan Kerajaan yang dilantik dipastikan mereka dari kategori yang cenderung kepada rasuah, mudah bertukar seperti “Kacang lupakan kulit” (Sila lihat Rahim Nor, Mokhtar Abdullah, Hakim-hakim, dan lain kakitangan awam tertentu termasuk Sallehuddin Mohammad KWSP). Mereka yang ingkar seperti Tun Salleh Abas akan dicemar dan diaibkan, dilucutkan jawatan atas KONSPIRASI TERANCANG kelolaan Mahathir. 

5) Semua akhbar akan dipastikan TIDAK mengkritik beliau (Mahathir), sebaliknya mencanang-canangkan kehebatan Mahathir dan doktrinnya (sila lihat UM, BH, NST). Beberapa penulis Rencana Pengarang upahan (menggunakan nama palsu) diminta memuji kehebatan Mahathir dan pentadbirannya. Jika ada mereka yang ingkar akan disingkirkan (sila lihat apa jadi kepada Johan Jaafar, Kadir Jasin, Nazri Abdullah). Mereka yang jadi Pak Sanggup @ Pak Turut akan diberi ganjaran (lihat Zainuddin Maidin, dan lain-lain). Akhbar HARAKAH disekat dan akan dimusnahkan!! 

6) Segala Ceramah agama disekat kecuali mereka yang diberi tauliah mengikut garis panduan Doktrin Pro-Mahathir. Ceramah PAS dan Pembangkang dirancang akan dibatalkan seluruh negara bagi menyekat hubungan “Rakyat-Parti Politik Pembangkang” dan majlis ilmu dan penerangan PAS/BA!! Jabatan Polis adalah mata-telinga Mahathir dan mahkamah akan mengadili keputusan mengikut penghakiman atas persetujuan Mahathir. Peguam Negara diarahkan meminda, merobah dan mentafsir undang-undang mengikut kemahuan Mahathir!! Mahathir adalah “above the Law”. 

7) Dipastikan orang Melayu hanya hidup “secukup hidup” dan akan terus bergantung meminta-minta mengharapkan bantuan dan ihsan kepada Kerajaan Regim Mahathir. Ini memberi jaminan supaya orang Melayu akan menganggap bahawa rezeki dan kemewahan datang dari UMNO. Dengan itu orang Melayu wajib “bersyukur” kepada UMNO dan Mahathir sebagai Peneraju utama (permulaan penyelewengan aqidah). 

Akhirnya, kita nampak sekarang bahawa seluruh kelompok pemimpin Melayu dan komponen BN di sekeliling Mahathir sewenang-wenangnya melakukan apa juga bentuk jenayah rasuah, kekotoran akhlak, penyelewengan dasar, membolotan harta dan kekayaan Rakyat dan Negara, perancangan Mega seperti PENSWASTAAN (yang mengutamakan Crony dan suku-sakat peribadi sekongkolnya tetapi mencekik Rakyat). Mereka Akan dapat perlindungan (lihat Rafidah Aziz, Rahim Nor, Murad, dan lain-lain). 

Mahathir dan Sekongkolnya Ditentang 

Kerana ini adalah proses perubahan TOTAL yang keterlaluan, dirasakan janggal dan disedari oleh majoriti orang Melayu (sinonim Islam) sebagai “revolusi” paling aib; maka Mahathir dan UMNO sudah dipencilkan oleh orang Melayu. 

Mahathir mentafsirkan REFORMASI DS Anwar sebagai Usaha berpatah ke belakang ke arah yang telus, sopan dan pentadbiran bersih. Mahathir tidak akan bersetuju dan menentang usaha Anwar. Kerana Anwar adalah penggerak kepada proses “PEMBERSIHAN” dan REFORMASI, maka Mahathir dan sekongkolnya memutuskan sebagai wajar disingkirkan walaupun apa cara sekali pun!! Anwar adalah korban KEDUA selepas Raja-Raja Melayu. 

Korban ketiga ialah: siri khianat Mahathir terhadap Ulamak Islam, orang Melayu dan keharmonian rakyat negara. lni bermula sebaik saja DS Anwar disingkirkan melalui satu KONSPIRASI POLITIK terancang!! Mahathir adalah TERLIBAT secara langsung!! (ulang: Mahathir adalah TERLIBAT secara langsung!!). 

Kerana desakan dan asakan orang Melayu (sinonim Islam) terlalu kuat (kerana mereka mulai sedar keaiban Rancangan Mega Mahathir-Yahudi dan agen-agen asing); maka ledakan menentang UMNO dimanifestasikan dalam P/raya Ke-10 yang lalu. Sokongan orang Melayu terhadap PAS memang ketara kuat dan PAS makin kuat sebagai Parti yang disokong orang Melayu (sinonim Islam). Mahathir sudah makin takut kuasa. Beliau sudah panik dan hilang akal. 

Sebagai alternatif, Mahathir perlu bertindak lebih ganas, kasar, dangkal dan bebal. Malangnya, makin Mahathir mengganas, makin itu orang Melayu makin bersatu. Paksaan ke atas UMNO oleh segelintir pemimpin UMNO yang dalam ketakutan (lihat apa jadi kepada DS Anwar, dan lain-lain) melemahkan daya penentangan mereka terhadap Mahathir. Kerana mereka terlibat dengan Rasuah yang boleh membawa bencana diri, mereka akur dan takut (sebenar-benar takut) sambil mengharapkan ganjaran (lihat Abdullah Bedawi, Hamid Albar, Ghani Osman, Abu Hassan Omar, Tajul Rosli, Isa Samad, Sanusi Joned, dan lain-lain). 

Orang-orang seperti Adnan Yakob yang tidak layak dan tidak BERMARUAH, bebal dan mudah dirasuk IBLIS adalah diperkenankan menjadi MB. Isa Samad, Ali Rustam adalah jenis manusia lemah. Mereka juga sudah menjadi TAWANAN Mahathir. Mereka bersedia melakukan apa jua (Ulang: apa jua) asalkan mereka “boleh hidup” selesa – walaupun diarah menjadi ‘replika’ IBLIS prosak Islam, menjahanamkan orang Melayu, kehidupan orang Melayu dan memusnahkan hak rakyat!! 

Tetapi, setiap “action ada reaction”. Penentangan yang jelas sudah mulai dari akar-umbi. Orang Melayu sudah hilang keyakinan kepada UMNO. UMNO bukan lagi UMNO (kesatuan politik orang Melayu tunjang) walaupun mereka tidak sedar bahawa pilihan mereka terhadap PAS dan BA adalah suatu imbauan ke arah kebenaran dan kesejahteraan. 

Mahathir sudah senang lenang dan berleka-leka hidup secara mewah dengan anak-anaknya – satu-satu sebagai billionaire, hidup di mahligai (tanpa segan silu), berpesta dan berdarmawisata keliling dunia dengan ringgit dan airmata rakyat!! Mahathir peduli apa? 

Mahathir Terperangkap Sendirian 

Mahathir sedar dirinya dan sekongkolnya (Cuma segelintir) telah terperangkap. Mereka inilah yang “Anti” dan menentang sebarang REFORMASI sama ada dalam UMNO atau dari LUAR UMNO. Dengan menggunakan kemampuan politik orang-orang Cina, UMNO berjaya meminjam imej “masih parti tunjang” walaupun sebenarnya Wakil Rakyat UMNO kalah tanpa sokongan undi bukan Melayu (Cina dan India). Sebenarnya, majoriti UMNO sudah luruh merudumkan sejumlah 22 kerusi Parlimen dan berpuluh-puluh kerusi Dewan Undangan Negeri. Itu juga manifestasi asakan orang Melayu membuang dan menyingkirkan UMNO “BARU” Mahathir! 

Mahathir merasa dirinya tidak diyakini lagi oleh UMNO sendiri. Dengan itu, beliau memaksa dan mengugut UMNO mengisytiharkan (atas alasan bebal dan amat bangang) – kununnya “demi perpaduan parti” beliau dan “abdinya” (Abdullah Bedawi) disokong. Rais Yatim adalah perkakas!! 

Pemimpin UMNO telah takut. Tetapi rakyat (khususnya orang Melayu) TIDAK gentar..!!. Tinggallah UMNO sebagai parti tanpa penyokong dari kaum Melayu. UMNO sudah terbalik terlongkop – sekarang cuma disokong oleh kaum Cina dan India yang minda mereka diracun dengan adu-domba dan ketakutan..!!. 

Bermakna, jawatan Perdana Menteri si Mahathir Mohammad ini dan ketuanan UMNO adalah “held at ransom” oleh bukan UMNO!! Mahathir dan sekongkolnya berpuas hati dan meneruskan agenda ganas dan diktator-fascis. Mahathir tidak peduli walau tindakannya mengancam keselamatan dan kesejahteraan rakyat. UMNO sudah dijual beli tercagar oleh Mahathir. Sebenarnya UMNO tidak wajar lagi memerintah – kerana UMNO sebagai parti politik orang Melayu HANYA mengharapkan ihsan kaum bukan-Melayu!! UUMNO sudah TERGADAI…!! 

Benarkah Orang Melayu Berpecah? 

Jawapannya: “Benar”. Tetapi, PERBEDAANNNYA tafsirannya ialah orang Melayu “Berpecah dari UMNO dan sekarang BERSATU di bawah panji-panji ISLAM yang murni dibawa parti yang mengamalkan ketelusan dan kebersihan pentadbiran – iaitu Parti Islam Se Malaysia (PAS). Orang Melayu tergabung di dalam BARISAN ALTERNATIF yang makin unggul dan berwibawa. 

Bermakna orang Melayu (sinonim Islam) makin ERAT dan BERPADU dari sebelumnya. Ini harus membanggakan orang Melayu, umat Islam dan raja-raja Melayu di negara ini (tapi mengecutkan Mahathir dan UMNO). 

Dakwaan Mahathir itu tidak lebih dari proses MEMALSUKAN keadaan dan fakta sebenar yang berlaku sebagai taktik dan agenda politik. Beliau tahu jika dibiarkan, UMNO akan “mampus tanpa kubur dan nisan”. UMNO akan hapus bukan oleh parti Pembangkang Melayu tetapi oleh Mahathir dan sekongkolnya sendiri dan UMNO. UMNO ditolak oleh orang Melayu (sinonim Islam) yang insaf betapa jijiknya perancangan Mahathir untuk memecah-belahkan orang Melayu, memusnahkan kesucian Islam, merogoh kedaulatan Raja-Raja Melayu, memusnahkan segala aspek ketuanan Melayu dan menafikan kepentingan orang Melayu!! 

Raja-Raja Melayu telah faham bahawa tanggungjawab menyatupadukan orang Islam di negara ini bukan tanggungjawab satu pihak (lihat ulasan Sultan Pahang). Sindiran tajam itu bermakna UMNO dan Mahathir Jangan meletakkan punca kesalahan “perpecahan Islam” (jika benar) kepada orang lain dan mengecualikan UMNO saja. Mahathir dan UMNO kena “CERMIN-CERMIN” muka dahulu. 

Sebenarnya, Islam tidak pernah menyingkirkan Raja-Raja kecuali jika negara Islam itu DIRASUK anutan fahaman SEKULARIS (Mesir, Iraq) atau Rajanya sendiri Sekular (Shah Iran). Tetapi di negara ini, UMNO dengan teraju pemerintah seperti Mahathir telah cuba "mensekularkan” Islam sementara Raja-raja Melayu diperangkap dan diberi imej yang paling aib (suatu kesengajaan dalam Agenda Mahathir mengaibkan imej Raja-Raja Melayu)!! 

PAS Telah Meneroka Jalan Lurus 

Kita nampak sekarang PAS telah membetulkan jalan yang dibengkang- bengkokkan oleh Mahathir melalui UMNO. Kerajaan Kelantan dan Terengganu mengangkat Raja-raja di negeri itu hingga meletakkan Raja-Raja tinggi sebagai penaung Islam (tanpa tergugat). Kecuali dulu, kerana hasutan puak bekas UMNO yang senada dengan UMNO telah merosakkan hubungan “PAS-Raja” terganggu sementara. 

Tetapi masa itu sudah berlalu. Orang Melayu sedar, Mahathir sengaja mencari hal untuk melakukan pelbagai honar supaya orang Melayu menjadi rakyat Kelas Dua. Sementara PAS memberi orang Melayu kekuatan diri untuk sama-sama merebut peluang ekonomi dan sosial tanpa sebarang percanggahan dengan mana-mana kaum. 

Walaupun cuba melaksanakan dasar yang sama, bedanya Mahathir mengutamakan diri sendiri, suku-sakat dan anak-anaknya, Kroni terpilih dan proksi yang bebal. Kerana seluruh sistem pentadbiran ekonomi dan sosial makin lemah dan lingkup (lihat gejala kejatuhan nilai wang dulu). 

Bukan Fitnah Tapi KEBENARAN 

Mahathir menuduh parti Pembangkang membuat FITNAH ke atas UMNO. Tetapi keterangan yang dipaparkan  di atas sudah cukup untuk menterjemah makna “Fitnah” Mahathir itu. Bagi kaum YAHUDI, segala yang disarankan Nabi akan dianggap FITNAH, dan “Fitnah sebenar” bagi YAHUDI adalah “Kebenaran”!! 

Mahathir yang mengakui dirinya sebagai “MahaFIRAUN” diumpamakan hampir sama dengan Firaun Ramsis yang sedang terkapai-kapai sewaktu laut sedang menelan si laknatullah itu sewaktu hendak mengejar dan membunuh kabilah Musa a.s. menyeberangi Laut Merah!! 

Mungkin Mahathir tidak sedar, “Laut Kalzum” sedang menenggelami beliau dan segelintir ‘pengikutnya’ yang masih berpaut kepada ketokohannya yang sudah MERUDUM HANCUR-LEBUR!! Kita tunggu kesudahannya – demi kudrat Allah swt. yang Maha Besar lagi Maha Perkasa!! 

Selagi Mahathir terjadi dari setitis air mani yang mengalir dari kemaluan ayahnya, tidak ada kelebihan Mahathir. Mahathir adalah seorang manusia yang sama taraf dengan kita!! Mahathir bukan Malaikat!! Malah lebih hina dari sesetengah dari kita. Dia akan dan akan dihumbankan ke lubang kubur – di sana ia akan menerima ganjaran Allah swt. 

Catatan: 
Hasil perbincangan kami dalam perjalanan panjang. Mungkin rumusan ini agak panjang tetapi ia adalah rumusan beberapa pihak yang mengetahui fakta-fakta dan insiden benar yang berlaku. 

Amin Sapiro 
(Ahli UMNO Atas Pagar Berduri)

- CETAK & SEBARKAN -


FREE - An online program to make a huge income. more info
Click Here!
https://e-umno.tripod.com/