.... TERJEMAHAN ARTIKEL GLOBAL (215) -Asal di FeU
Kini Terdedah Konspirasi Bedebah
(Worldview: The Conspiracy Unravels)
Oleh: Harun Rashid

Rakyat Malaysia terkejut dengan berita itu. Tidak siapa yang menjangkakan bahawa rayuan peguam Anwar, Zainur Zakaria boleh mencetuskan satu peraturan yang sungguh berkuasa dan begitu terbuka. Penghakiman itu dikeluarkan dengan satu tenaga yang kuat, sehinggakan tidak ada yang bersedia dengan kemunculannya. Para hakim di bangku Mahkamah Persekutuan telah menyatakan betapa mereka tidak serasi dengan keputusan penghakiman dua perbicaraan yang mereka kaji itu. Mereka berpendapat bahawa setiap satu penghakiman yang dibuat secara berasingan dalam perbicaraan Anwar Ibrahim adalah satu hasil persekongkolan yang dilaksanakan oleh para pendakwaraya secara bersubahat dengan mantan Ketua Hakim Negara.

 Walaupun namanya belum disebut lagi, mantan Ketua Hakim Negara adalah Tok Dalang yang sentiasa hadir, mengarahkan setiap peristiwa dari sebalik tabir. Konspirasi yang didalangi daripada tahap yang paling tinggi itu memang jelas terdedah, dan ia menunjukkan segala kebenaran yang pernah ditegaskan oleh Anwar Ibrahim dalam dua perbicaraan ke atasnya. Salahguna keadilan oleh hakim Augustine Paul dalam usahanya bersubahat dalam konspirasi itu telah dikutuk, dan perilakunya itu telah dikritik dengan pedas sekali sehinggakan dia tidak boleh lagi berkhidmat atas nama keadilan. Dia seharusnya meletakkan jawatan, dan adalah satu tekateki sahaja apakah dia akan terlepas dari pendakwaan.

 Para pendakwa yang bertindak mengikut arahan orang atasan yang kini menikmati habuan sebagai seorang hakim di Mahkamah Peresekutuan kini dihantui keaiban dan perasaan betapa kelakuan mereka dulu adalah mencemari batasan kelakuan di luar sempadan tugas kehakiman yang dapat diterima oleh akal yang waras. Sudah tentu mereka turut sedar betapa mereka diberikan perhatian yang keras untuk satu tempoh yang pantas. Pada waktu ini mereka masih berkhidmat sebagai pegawai di mahkamah, tetapi perkara ini tentu tidak akan berlanjutan tanpa mereka merasa resah dan gelisah. Perkhidmatan mereka dulu tidak boleh diambil kira lagi, kerana berlakunya satu pencabulan kepada segala janji-janji. Malahan gelagat mereka itu adalah satu tamparan yang menghina masyarakat perundangan yang sepatutnya mengekalkan tradisi ketelusan dan keadilan mengikut amalan hukum-hakam perundangan Inggeris.

Demikianlah kejutan yang diterima oleh rakyat Malaysia sehingga mereka masih belum berupaya untuk menyesuaikan diri menerimanya. Penghakiman yang dibuat secara sebulat suara oleh mahkamah menolak dakwaan adanya perilaku menghina mahkamah terhadap Zainur Zakaria adalah amat jelas tercatat sehinggakan negara naik malu dan marah melihatkan nama para penyangak yang terbabit. Dalam banyak hal, di mana perihal kejahatan itu tidakpun disebut secara terperinci, kesan gelagat bedebah itu memang mudah difahami.

Kini kerajaan turut dikelabuti satu keaiban.yang bermula daripada perdana menteri, yang kalau dicatat kata-katanya “mengetahui segala-galanya”, hinggalah para pemimpin tertinggi di jabatannya dan para sekongkolan di Kementerian Kewangan. Inilah satu konspirasi yang besar bikinannya, dengan satu seranai nama yang bukan kepalang panjangnya. Mereka yang memang tahu dan memang mempunyai bukti tetapi enggan maju ke hadapan menjadi saksi, adalah merupakan mereka yang turut bersubahat dengan memeram kenyataan. Kalau diambil kira semua itu sudah tentu negara ini akan kelam-kabut sehingga mencelaru.

Pada waktu ini, Anwar masih berada dalam penjara, kesakitan yang tidak terkata daripada kecederaan yang ditanggung berkaitan dengan penangkapannya dulu dan cara dia ditangani ketika itu. Cara penangkapannya diatur dulu dan melihatkan keadaannya sekarang memang menunjukkan ada niat pembunuhan yang rasmi yang telah dirancang. Penderaan yang berunsur kebinatangan yang dilaksanakan oleh Rahim Nor secara kejam dan garang setelah tumpasnya rancangan membunuh itu memanglah menjurus ke arah menyokong teori haprak ini. Begitu juga dengan pendedahan terdapatnya kandungan arsenik yang tinggi dalam air kencing Anwar, adalah satu bukti betapa Anwar memang dijadualkan akan dibunuh ketika dalam penjara.

 Kerajaan telah menafikan keracunan ini dan Karpal Singh peguam yang telah menyebut perkara ini di mahkamah kini sedang menanti satu tuduhan mahkamah kerana membuat tuduhan yang dianggap tidak relevan. Kesan keracunan arsenik adalah termasuk keguguran rambut dan perubahan warna kulit dan diikuti perasaan tidak cergas dan lesu menunjukkan tahap serangan bisa racun itu. Sampel air kencing yang diperolehi beberapa ketika lamanya selepas racun itu diberikan, dan keputusan kajian mencatatkan keputusan yang lebih rendah daripada yang sepatutnya kalaulah sampel air kencing itu diperolehi sejurus selepas racun itu ‘dimakan’. Namun, catatan yang direkodkan itu masih menunjukkan tahap tinggi yang menakutkan kerana ia berpunca daripada hasil sumber makanan penjara yang telah dihidangkan. 

Demikianlah angkuhnya para konspirator sehinggkan mereka tidak menafikan wujudnya racun arsenik itu, malahan mereka mempertikaikan bahawa tahap kandungan arsenik itu adalah sesuatu yang mereka anggap sebagai perkara biasa sekarang, kerana ia boleh berpunca daripada bekalan makanan yang biasa seperti udang. Hidangan udang yang besar–besar bukannya merupakan hidangan di penjara, namun kenyataan haprak itu telah dipergunakan oleh para pendakwaraya, dan disokong pula oleh para menteri dalam parti yang berkuasa. Keracunan arsenik adalah satu amalan zaman silam dan purba dan amat sesuai dengan cara amalan dan stail pemerintahan seorang perdana menteri yang kejam dan tua. 

Pada 30 Jun lalu, muncul satu laporan baru yang membabitkan seorang pegawai bank bernama Murad, yang membuat satu kenyataan akhbar di Singapura. Dia telah membuat perakuan akan penglibatannya memberi kenyataan berbohong dan mengelirukan serta memohon maaf kepada Azmin Ali. Dia telah menyebut dan memberikan nama mereka yang terlibat mengugut beliau membaca satu kenyataan palsu yang mereka sediakan di mana dia ‘mengaku’ Anwar mempunyai satu akaun di luar negara yang sungguh besar simpanannya. Dia telah memberikan nama mereka yang terlibat dan turut menyebut betapa dia sendiri telah menghadiri satu pertemuan dengan perdana menteri secara peribadi. Inilah pertama kalinya seorang saksi telah membuat kenyataan betapa perdana menteri terlibat secara peribadi dan secara terus dalam konspirasi menghenyak Anwar.

 Nama perdana menteri disebut juga dalam satu hal yang dikemukakan dalam satu perbicaraan. Dalam hal itu ada disebut kisah menghalang proses pengadilan ketika perdana menteri mengarahkan BPR menghentikan siasatan melibatkan longgokan wangtunai yang dijumpai dalam laci meja seorang pegawai tinggi di kementeriannya. 

Sudah wujud satu situasi kini di mana para hakim sudah memberi ingatan betapa konspirasi ini akan disiasat dengan penuh keyakinan. Tetapi, oleh kerana kuasa kepolisian terletak di bawah bidang Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, peluang perkara itu dilaksanakan dengan segera adalah bertaraf serba mungkin sahaja. Ketua Hakim Negara sebenaranya adalah seseorang yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja, dan tidak tertakluk kepada perdana menteri . Terpulanglah kepada raja dan sultan bertindak menggunakan khidmat Ketua Hakim Negara agar semua tuduhan yang diperlukan itu dikemukakan. Mampukah Ketua hakim Negara bertindak seperti itu? Rakyat Malaysia tidak pernah menuntut sesuatu yang besar daripada raja-raja mereka dan dalam hal ini sebarang tekanan agar dilaksanakan tindakan itu adalah sesuatu yang dianggap kecil sahaja.

Kini, majlis raja-raja seolah-olah beristirehat dengan selesa dan Ketua Hakim Negara seolah-olah menyorokkan muka. Siapakah di kalangan rakyat Malaysia yang akan bertindak untuk menjadikan perkara ini satu kenyataan? Rakyat tidak mampu bergantung harap kepada parlimen, walaupun para pembangkang yang menganggotainya boleh membuat keributan di dewan itu. Inilah satu cabaran kepada setiap rakyat Malaysia apakah sebenarnya satu demokrasi itu untuk menyanggah apa yang dianggap kuasa diktator yang kejam. Inilah cabaran demokrasi di mana ia menjadi lumpuh menghadapi segala kekejaman itu sehingga membisu dan terus terdiam. 

Perdana menteri yang semakin berusia tetapi masih angkuh gelagatnya, memang berani memperlekehkan dan mengenepikan sebarang cabaran yang cuba mengengsot kuasa diktatornya. Pada waktu yang sama, Anwar menunggu, begitu juga seluruh rakyat Malaysia yang menyedari akan sikapnya itu. Rakyat terus menunggu dan tertungu-tunggu sambil semakin ramai golongan bapa dan golongan anak muda yang ditangkap dengan lahap untuk diperangkap. Penangkapan itu berterusan, sambil kes perbicarana mahkamah menjadi semakin panjang, semua itu adalah satu lakonan untjuk menutup segala kecurian dan konspirasi yang bertujuan mengekalkan perdana menteri terus di puncak jawatan yang maha tinggi. Kalaulah semua kenyataan itu didedahkan seperti yang pernah terdedah di dalam perbicaraan di Likas, akan terdedah juga kisah beliau memegang jawatannya secara haram, diselamatkan oleh penipuan ketika pilihanraya yang sungguh menyeluruh pendekatannya; sehinggakan kisah itu sahaja sudah mencukupi untuk dijadikan satu contoh konspirasi dan penipuan yang melibatakan SPR dan perdana menteri.

Ketua Polis Negara yang mahu melindungi Raja Beruknya telah mengeluarkan arahan betapa sesiapapun tidak akan dikecualikan .... tidak kira wanita, lelaki sudah berusia, kumpulan mahasiswa, orang asing, dan sesiapa sahaja. Mereka yang tidak ditangkap dan dipenjarakan tanpa perbicaraan akan terus merana dalam pelbagai cara, daripada penyingkiran dan dinafikan hak untuk menyambung pelajaran kepada segala tuduhan yang penuh kepalsuan yang dihadapkan di muka pengadilan. Semua tindakan ini dilaksanakan secara bersungguh-sungguh untuk menutup jenayah besar mereka terhadap Anwar Ibrahim, seorang insan yang telus yang kesalahannya hanya kerana enggan membiarkan korupsi berleluasa terus.

Segala rahsianya, kedudukannya yang sungguh berkuasa, caranya naik meniti tangga menghampiri ambang pejabat perdana menteri menjadikannya seorang insan yang amat berbahaya kepada para konspirator. Mereka telah merancang penyingkirannya secara keaiban, dan telah menggembleng keseluruhan sumber dan tenaga di negara ini untuk menutup segala kebaikan yang baru ataupun yang lama dengan melaksanakan pelbagai dosa. Segala usaha mereka untuk menutup segala kerja jijik yang besar dosanya, mereka terpaksa membuat dosa lagi terhadap rakyat yang tidak berdosa. Sampai bilakah perkara ini akan berterusan?

 Pihak polis sudah semakin takut kalau-kalau hari penentuan akan muncul juga, menjadikan mereka terus terdesak seolah-olah semakin diasak. Apabila konspirasi itu semakin membuka segala balutan pekungnya, semakin ramai orang yang didapati terlibat. Bahagian kehakiman sudah pun menjadi sandat dengan segala kes untuk pengadilan dan sudah semakin meloya menanganinya. Hari pengadilan sudah semakin tiba. Hari yang gemilang itu sudah semakin menjelma. Perdana menteri kini sudah mula belajar memandu pesawat Canadian Bombadier, sebuah jet yang terbaru khas untuknya. Dia sedang berlatih bagaimana caranya untuk cabut lari dalam kegelapan malam melalui terowong panjang yang terletak di bahagian bawah ‘Mahligai Arimata Rakyat’ di Putrajaya. Sudah tentu isterinya akan turut berada di sampingnya untuk bergegas menuju pintu jet yang sudah sedia menunggu dan sudah terisi minyaknya untuk meluncur terbang. Apakah akan dilakukannya seandainya enjin pesawat itu gagal dihidupkan?

- Harun Rashid
Diterjemahkan SPAR-05-016

SILA KLIK UNTUK MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL TANPA KEBENARAN PENULIS.
Click Here!