 |
.... |
Hikmah
Di Sebalik Larangan Ceramah BA (Tindakan Abu Jahal) - Saifuddin Nasution
Kiriman: Enot Sabah |
Sekatan program
oleh pihak kerajaan terhadap semua kegiatan pembangkang akhir-akhir ini
sebenarnya mempunyai hikmah tersendiri demikian menurut YB Saifuddin Nasution
Ismail, Adun Lunas yang telah berjaya memecahkan majoriti dua pertiga BN
di Kedah.
Sambil membayangkan langkah kerajaan
itu adalah serupa seperti langkah yang diambil oleh Abu Jahal ketika Nabi
Muhammad saw dan pengikut Islam masih berada di Kota Mekah, beliau berkata
dengan halangan itu telah menyebabkan pejuang keADILan di seluruh negara
dapat meluangkan masa untuk merancang dan menyusun semula bagi memperkasakan
parti di semua peringkat.
"Abu Jahal adalah Pengerusi Ka'bah
(ketua negara) ketika beliau menguatkuasakan larangan berceramah di seluruh
Kota Mekah. Bagaimanapun, Abu Jahal telah menarik larangan tersebut daripada
dikuatkuasakan apabila beliau mendengar kisah Israk Mikraj Nabi Muhammad
(saw) kerana beliau percaya rakyat tidak akan percaya dengan cerita tersebut",
katanya di hadapan kira-kira 300 penyokong.
Ternyata perkiraan pihak kerajaan
bahawa dengan larangan itu akan melemahkan gerakan dan tentangan rakyat
terhadap penyelewengan yang mereka lakukan adalah meleset.
"Baru-baru ini BA telah berjaya mengadakan
program bersifat berkelompok antaranya acara lawatan dari rumah ke rumah
di sembilan kawasan berasingan secara serentak di seluruh Kedah. Mereka
gagal mengesan pergerakan kita dan ini dapat merapatkan lagi kerjasama
di kalangan penggerak BA", beliau berkata demikian ketika berucap di rumah
Presiden keADILan pada Jumaat 19 Oktober yang lalu.
Di dalam ceramah yang sama, beliau
turut mengimbau kembali kenangan bermulanya gerakan rakyat yang telah dimulai
di rumah tersebut. Beliau berharap pejuang keADILan dan BA agar dapat mengambil
kesempatan dari kelalaian pihak lawan hasil larangan itu.
"Pemimpin BN berharap mereka akan
dapat tidur lena berikutan langkah melarang ceramah ini dan kita tidak
akan berdiam diri kerananya".
Sementara itu ketika ditemui, Tuan
Haji Salleh (Penyair Reformasi yang aktif dengan kegiatan baca puisinya)
di dalam majlis yang sama memberitahu bahawa satu program baca puisi akan
pada minggu hadapan. Beliau memohon kerjasama semua untuk menghebahkan
program tersebut, seperti berikut:-
Program
: MALAM BACA PUISI
Masa
: 8:30 malam
Tarikh
: 24 Oktober 2001 (Rabu)
Tempat
: NN Gallery,
Taman Ampang Hilir,
Ampang, Selangor.
Oleh: Enot Sabah (21.10.01)
SILA
KLIK UNTUK
MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA
MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA
ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL
TANPA KEBENARAN PENULIS. |
|
|