 |
.... |
PERAJURIT:
Baktimu dituai jasamu dikenang?
Oleh:
Ehek2001 |
Kedaulatan sesebuah
negara pada lazimnya terletak di bahu anggota tentera. Malaysia sejak zaman
penjajah lagi sudah mempunyai angkatan tentera, yang secara asasnya begitu
ringkas dan masih diketuai oleh pegawai di kalangan penjajah juga. Keadaan
itu berterusan di awal-awal kemerdekaan. Sehinggalah kemudiannya kita membina
angkatan tentera yang tulin dari anak watan Malaysia. Setelah itu angkatan
bersenjata kita berkembang smaada dari segi unit, logistik, gunatenaga
maupun peralatan.
Kini angkatan terbahagi secara mudah
kepada 3 cabang - Tentera darat, Tentera Udara dan Tentera Laut. Ketiga-tiga
cabang ini dengan subunit-subunit di bawahnya menjalankan tugas demi
mempertahankan Ibu Pertiwi dari pencerobohan luar maupun anasir dalaman.
Secara tradisi dan demografiknya,
ketiga-tiga cabang tadi dimonopoli oleh orang Melayu. Mungkin kaitan sejarah
ataupun kerana itu saja peluang kerja yang mudah terbuka bagi yang layak
dari segi fizikalnya. Bersama-sama anggota berbangsa lain, perajurit kita
saling bahu-membahu berkorban untuk keselamatan seluruh warga Malaysia.
SEJARAH PERJUANGAN:
Tercatat dalam sejarah tentera akan
kehebatan Leftenan Adnan yang akhirnya terkorban di Bukit Timah Singapura
dalam mempertahankan kedaulatan negara, sedang penjajah sudah pun menyerah
atau bercawat kote menyelamatkan diri.
Kemudiannya anggota kita terlibat
dalam misi pengaman di Kongo Afrika. Mereka telah menabur bakti dan menaikkan
nama Negara dengan taruhan jiwa. Begitu juga dalam konfrantasi Malaysia-Indonesia
yang menyaksikan anggota tentera sebagai barisan pertaanan pertama. Mereka
berkhidmat sewajarnya dalam menjaga keutuhan kedaulatan negara kita.
Permasalahan anasir subversif dalam
awal-awal kemerdekaan juga banyak ditangani oleh Angkatan Tentera Malaysia,
ATM dengan jayanya. Bukan sedikit pengorbanan nyawa anggota dan juga ahli
keluarga dalam memastikan kemerdekaan terus kekal. Tragedi di Gubir Kedah
dan perbatasan lain seperti Sarawak mengorbankan banyak nyawa anggota ATM.
Terkini sesudah aman dari ancaman
komunis, anggota banyak terlibat dengan aktiviti masyarakat setempat. Penglibatan
ATM sebagai anggota pengaman PBB telah menyaksikan beberapa regimen tentera
telah dihantar ke luar negara. Bosnia-Herdzegovina dan Somalia telah menyaksikan
bakti ATM. Beberapa pegawai juga ada dihantar ke kawasan yang bergolak
seperti Kemboja.
BAKTI SUDAH DITUAI……….APAKAH JASAMU
DIKENANG??
Seseorang anggota ATM akan menamatkan
tugasnya melalui dua cara, samada sehingga pencen ataupun setelah ikatan
kontrek tamat. Bagi yang tamat secara kontrek, akan dibayar saguhati dan
imbuhan lain mengikut pangkat. Manakala yang berpencen akan mendapat separuh
gaji dan beberapa imbuhan lain pula. Setelah melalui proses peralihan,
mereka menyambung kembali kehidupan sebagai orang awam.
Bekas perajurit biasanya menjadi ahli
kepada Persatuan Bekas Perajurit. Penubuhannya ialah untuk membela dan
juga sebagai jurucakap bagi masalah berbangkit tentang kerjaya atau permasalahan
mereka setelah berhenti. Persatuan ini mendapat bantuan kerajaan dan juga
dibenarkan mengutip derma sebagai sumber dana.
Keluhan suara hati beberapa orang
perajurit yang ditemui memang menyedihkan dan menimbulkan kemarahan yang
bukan kepalang. Rintihan mereka hanya berakhir di dalam bilik mesyuarat
agung Persatuan sahaja. Kadang-kadang pembesar yang dijadual merasmikan
mesyuarat pun tidak menjelang tiba. Seperti sudah tahu paku buah keras
akan menimpa. Begitulah sikap dan berhemahnya mereka dalam menangani masalah
bekas perajurit Melayu sehinggakan mendengar rungutan mereka pun tidak
sanggup. Dalam masa yang sama boleh pula mereka terkinja-kinja menghadiahkan
pemain sukan dengan insentif duit dan tanah!! Adilkah itu…….??
Persatuan perajurit sendiri pun melucukan
dan menghina ahlinya dalam diam. Asyik yang ditawarkan peluang pekerjaannya
adalah pengawal keselamatan! Itu saja yang mampu diusahakan. Kenapa tidak
memohon tanah atau imbuhan lain secara berkumpulan? Lihat pula bagaimana
seorang Menteri ada mencadangkan kepada pesara berpangkat Jenderal sebagai
penguatkuasa majlis Bandaran!! Apa punya haru mereka ini. Hanya berguna
untuk diri sendiri dan kroni saja. Macam juga ‘sipelepah pisang’ yang terus-terusan
bergayut di batang kuasa. Apakah negara ketandusan pelapis atau kerana
banyak yang perlu ditutup dan dilindungi dari mata umum? Ini yang perlu
dijawab Mahathir dalam Perhimpunan. Bukannya dengan sebuah sajak atau linangan
airmata.
Perubahan kesedaran politik angkatan
tentera telah diterjemahkan dalam pilihanraya kecil Teluk Kemang yang menyaksikan
hampir 80% undi diberikan kepada pehak alternatif. Ini adalah isyarat jelas
untuk kerajaan yang memerintah supaya kembali ke atas landasan yang betul
sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan. Tentera pun sudah mula jelak
dan mual melihatkan perlakuan jahat dan penyelewengan pemerintah. Jika
tentera mula sedar dan bangun alamat berebutanlah pemimpin BN menempah
tiket ke luar negeri. Kerana merekalah sebenarnya pengkhianat dan petualang
yang harus dihapuskan demi kelansungan negara kita yang tercinta. Akan
tetapi yang peliknya ialah seolah-olah PDrM yang bertanggungjawab soal
itu tidak tahu akan penyelewengan yang berlaku. Mungkin juga mereka saling
bersubahat, siapa tahu?? Norian Mai banyak menyimpan cerita jahat ini.
Sebagai anak watan yang berjasa dan
mempunyai pengalaman yang amat bernilai, kerajaan mesti mengatur sesuatu
rencana dan perancangan yang teliti demi negara dan masa depan mereka.
Tidak secukup sekadar lakonan di depan TUGU NEGARA berhala batu itu dan
tayangan lagu serta sajak sahaja. Kita tidak mahu nasib mereka diabaikan
setelah berjasa kepada rakyat dan kerajaan HAPRAK ini.
SILA
KLIK UNTUK
MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA
MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA
ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL
TANPA KEBENARAN PENULIS. |
|
|