 |
.... |
SANDIWARA
DATO’ JIN(S) PUN GAGAL GAK EH!!
Oleh:
Ehek2001 |
Melihatkan telatah dan
karenah Umno dalam mencuri kembali sanjungan dan sokongan orang Melayu
memanglah begitu menggelikan hati dan terkadangnya di luar batasan
akal. Apa tohmahan dan fitnah yang mereka lemparkan adalah juga merupakan
pantulan dari perlakuan sebenar mereka. Kata orang - ‘mengata dulang paku
serpih’ - begitulah juga kelaku kelayak mereka. Sesudah habis segala sasaran
dewasa yang akhirnya menemui kebuntuan dan kegagalan, kini mereka bergiat
pula mempengaruhi remaja dan bebudak sekolah.
Baru-baru ini pada 18 Ogos 2001 bertempat
di dewan Sekolah Menengah Tun Syed Sheikh Shahabudin Bukit Mertajam, Seberang
Perai Tengah dilaporkan berlangsung acara Ko-Kurikulum yang kununnya berpaksikan
atas isu patriotik kepada negara. Kehadiran paksa murid-murid sekitar
500 orang dengan penceramah teristimewa ialah Dato’(Umno) Jins Shamsudin.
Pelakon veteran ini ialah sutradara yang menghasilkan filem BUKIT KEPONG.
Dikatakan veteran kerana pemikirannya juga sudah out-dated dan terlindung
pula pandangan matanya oleh kataraks. Mungkinkah hatinya juga buta? Siapa
tahu…..
Setelah ucapan pendahuluan oleh guru
yang berjiwa Umno (ada lagi guru macam ni no!), tibalah masa untuk Jins
berceramah. Dengan berbaju batik dan bersongkok tinggi budaya Umno beliau
mengambil tempat di pentas. Adalah dikatakan bahawa ucapannya senada dan
selari dengan doktrin pemikiran Mahathirisme. Entah apa-apa yang dikupasnya
sehingga menimbulkan bunyi-bunyi bantahan dan ejekan dari hadirin yang
majoritinya adalah pelajar Melayu sekitar daerah itu termasuk dari Kedah.
Manakala tersentuh saja isu Mahasiswa yang dikatanya menyokong pembangkang,
dengungan bantahan bertukar menjadi suasana yang gawat dan hiruk pikuk
oleh pelajar. Mereka mengBOO Jins sehingga merah padam mukanya. Akan tetapi,
pelakonlah katakan. Terus saja beliau berceramah dan semakin merewang topik
persembahannya. Setiap kali itu juga, apabila kedapatan ucapan bercorak
mengahsut ala ‘Umno’ dia terus saja diBOO dan pelajar membuat bising.
Kedapatan juga beberapa pelajar yang
angkat ponggong dan pemerhati dewasa yang menyelinap keluar kerana tidak
sanggup mendengar pembohongan dan fitnah yang terang-terangan ditujukan
kepada pihak pembangkang secara yang tidak adil. Kalau medan perdebatan
amat mereka takuti untuk berhadapan dengan pembangkang, malahan sempat
pula bertarik tali mengelak dari berlakunya acara itu.
Beberapa pengajaran dapat diambil
dari peristiwa ini. Pertamanya, Umno sudah menjadi sejarah sebagaimana
Dinasaur yang pernah menjaguhi bumi kini lenyap entah ke mana. Mereka terpaksa
menggunakan pendekatan tipu-helah dan program ko-kurikulum sekolah untuk
menghimpun khalayak - hatta budak sekolah.
Keduanya, pendekatan sebegini dalam
keadaan anak muda yang sudah matang dan faham politik hanya mengundang
padah dan malu. Usah meniru langkah Tikus Mahathir membaiki labu dengan
menuding jari kepada orang lain atas perlakuan buruknya sendiri. Pemimpin
Umno termasuk guru-guru berkenaan secara tidak beretika telah memalukan
parti mereka sendiri. Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.
Ketiganya jangan menyalah-gunakan
aktiviti ko-kurikulum dalam menghasut dan mendoktrinkan pelajar dengan
ajaran sesat politik Machiavellian Mahathir. Para pelajar lebih faham
sekarang akan pengkhianatan dan pelacuran politik oleh pemimpin Umno. Isu
biasiwa dan Meritokrasi yang dicetus Mahathir akan menjerut tali kerandut
Mahathir dan Umno sendiri. Pembohongan dan fitnah yang dilemparkan kepada
mahasiswa Universiti akan menaikkan kemarahan dan kebencian kepada Umno
yang sadis itu. Cubit peha kanan, tentu peha kiri terasa pedihnya.
Keempatnya, penggunaan artis sebagai
panglima baru Umno tidak akan membawa mereka ke mana-mana. Mereka bukan
lagi idola khalayak setelah segala keburukan dan cerita gosip yang memualkan
disiar oleh akhbar. Terimakasih Utusan dan Berita!! Zaman 50-an dan 60-an
sudah lama menghilang. Kenapa Umno menggunakan pendekatan begitu sedangkan
orang Melayu mula galak menghayati Islam sepenuhnya. Hampas sungguh Umno.
Apakah Siti Nurhaliza, KRU, Norman Hakim dan berbagai
lagi Melayu Pelupa itu cukup kuat dan berpengaruh untuk meniup trumpet
Umno dan menjadi hulubalang dalam berhujah. Apatah
lagi si tua bangka Datok Jins itu!! Tentu saja rakyat memandang
cerdik pandai dan ulamak sebagai contoh.
Kelima, selagi Umno/kerajaan tidak
boleh menjawab persoalan-persoalan mudah dari rakyat tentang penyelewengan
pemerintah, selagi itulah kerja sia-sia mereka umpama mencurah air di daun
keladi. Rakyat berminat mengetahui soal Rasuah, salahguna kuasa dan pengkhianatan
pemimpin Umno/kerajaan terhadap rakyat jelata. Kenapa
Tuduhan rasuah tidak dikenakan ke atas Rafidah Aziz, Ali Abool Hasan dan
berbagai lagi. (Mahathir juga tidak terkecuali).
Pendek kata tingkah laku dan sikap
kerajaan adalah seumpama seekor ketam sedang bertegas menyuruh anaknya
berjalan dengan LURUS. Sedang bapa Ketam spesis mandeliar itu sendiri terhegeh-hegeh
menyerong ke tepian!!
Ehek2001 - 22.08.01
Catatan M@RHAEN:
Alahai Tok Jin, buat apa yang kamu
menyibuk menyokong si Madey tu? Kamu tu dah tua, elok balik ke kampong
kamu di Air Kuning, Taiping, buat ibadat banyak-banyak. Kamu dah masuk
zon 'tamat tempoh hayat' - hentikanlah daripada membuat dosa. Tapi, tak
tahulah, mungkin sebab kamu ni Jin, kamu memang sukakan api neraka. Ataupun
kamu juga dah terlalu taksub dengan fatwa Madey bahawa tidak ada sesiapa
yang pernah balik daripada syurga atau neraka menceritakan kepada manusia
mengenai syurga dan neraka.
Yang pastinya, wahai Jin, Air KUNING,
bila ditambah BIRU Totok BN, hasilnya menjadi HIJAU, warna
kegemaran rakyat M@rhaen di Air Kuning dan Changkat Jering, hatta Taiping.
SILA
KLIK UNTUK
MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA
MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA
ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL
TANPA KEBENARAN PENULIS. |
|
|