.... Apek Temasek dan Mamak Kerala
Oleh: Ehek2001

Entah kenapa petang ini saya tiba-tiba saja memakukan diri di atas sofa sambil menonton TV yang kebetulannya memancarkan siaran berita dengan Farit ‘slanga’ Emir sebagai penyampainya. Butir-butir lengkapnya tidak begitu aku pedulikan sangat oleh meluat dan menyampahnya sejak September 1998. Kelihatan di kaca TV, Haji Norian Mai aka ‘Chimpanzee Mahathir’ sedang membaca skrip tentang lanjutan cerita dari pengeboman di Indonesia yang dikatakan dilakukan oleh rakyat Malaysia. Selepas itu diikuti slot temuramah pemberita dengan seorang lagi pemimpin usang dari Temasek- Lee Kuan Yew- seorang pengkagum meritokrasi yang juga bertaraf bedebah.

Sejarah kekalutan kerajaan pimpinan Umno dalam menarik perhatian rakyat Melayu dan lain-lain bangsa begitu menjadi-jadi selepas Pemilu 1999. Kehilangan  kerusi Umno termasuk tewasnya beberapa menteri Umno telah mengahantar  mesej mengerikan kepada Parti tersebut. Kekalahan DUN Lunas lebih menggetarkan/menggoyah kesombongan Parti itu kerana ternyata pengundi bukan Melayu juga mula bertukar selera. Mereka tidak lagi kebal walaupun dalam kerusi campuran- kawasan  pecahan kaum yang seimbang – yang juga  merupakan kubu kuat mereka selama ini.

Sandiwara demi sandiwara

Yang terkini ialah pancingan Meritokrasi dan juga cerita keganasan KMM yang juga dikaitkan dengan pengeboman di Indonesia dimainkan setiap hari. Strategi serampang buta hati ini diharapkan dapat mengempang kemaraan BA sekaligus menakutkan keturunan Bukan Melayu. Orang-orang Cina pula digula-gulakan dengan dua cerita- Universiti Tun Abdul Razak (UTAR) dan MERITOKRASI. Ia laksana umpan cacing gemuk yang dalamnya menanti sebentuk KAIL yang pasti merobekkan jika tersilap makan. Manakala orang Melayu pula dihangatkan dan dibakar jantung hatinya dengan berbagai isu sehinggalah kepada Meritokrasi. Ternyata kerajaan hari ini sanggup memainkan isu sensitive dan menjadi ‘provocateur’ demi kelangsungan politik senja seorang individu.

Dalam keadaan sekatan dan keonaran terhadap sumber berita dan program Parti Alternatif, pihak kerajaan pula menyerang dengan bantuan Polis Umno (Polumno). Mereka menyekat ceramah, merampas VCD dan juga akhbar alternatif. Semuanya dilakukan dengan alasan ‘DEMI KESELAMATAN NEGARA’ sekalipun ianya melanggar peruntukan Perlembagaan yang merupakan asas tertinggi undang-undang negara. Lantas secara terang-terangan sekarang polis telah melanggar sumpah jawatan dengan menjadi hamba dan ejen parti yang memerintah serta penceroboh  kepada hak asasi rakyat untuk berpersatuan. Semakin menyerlah ‘kesavakan’ mereka.

Tak cukup Rais Yatim, Lee Kuan Yew pun diseret sama

Tidak cukup dengan sumber dalaman, tanpa rasa malu kerajaan dan media TV menggunakan pula seorang pemimpin usang negara jiran – Lee Kuan Yew (LKY). Yang peliknya  LKY ialah individu yang pernah dimomok dan dibenci oleh orang Melayu dengan arahan pemimpin Umno. Penarikan Singapura dari Persekutuan Malaysia telah digambarkan sebagai usaha keras Lee Kuan Yew- ini telah menjadi asas kebencian orang Melayu terhadap beliau. Menggunakan pendekatan saling menggaru laksana sekawan BERUK, pemerintah Malaysia dan Singapura sebenarnya sering bersandiwara dengan rakyat masing-masing dalam menangani isu dalaman dan politik mereka. Begitu juga dengan kerajaan Malaysia pimpinan Mahathir. LKY yang dibenci Melayu telah diangkat sebagai pakar rujuk baru. Bukankah ini melibatkan ejen negara asing seperti yang dimomokkan mereka terhadap Barisan Alternatif??

LKY adalah pemimpin zaman lampau seumpama juga Dr Mahathir. Pendekatan ‘kambing dan serigala’ yang sering diamalkan oleh pemerintahan mereka sudah usang dan dapat dihidu oleh rakyat jelata. Kalau mahathir yang pernah ditabal sebagai WIRA DUNIA KETIGA pun gagal dan dibenci rakyat, apatah lagi si APEK Temasek yang kotor tangannya dengan dosa sesama rakyat Singapura. Langkah mereka hanya akan  mengundang padah sebab LKY juga seorang  penzalim sepertimana Mahathir terhadap bangsanya dan menoda Hak Asasi anak watan demi kuasa politiknya. Mahathir kini cuba menggunakan pengaruh GURUnya si APEK dalam menangani peningkatan sokongan Bukan Melayu terhadap pembangkang. Yang nyatanya, strategi ini pasti akan mengundang lebih banyak PADAH dari FAEDAH!!

Kaedah adu domba yang sering Mahathir gunapakai juga tidak lagi memberi kesan seperti yang diharapkan. Rakyat cepat dan tangkas dalam membaca gerak muslihatnya. Peristiwa SAUK, Kg. Medan dan KMM telahpun dijangka niat serongnya terhadap Barisan Alternatif dan gerakan penentangan rakyat. Sehingga kini, laporan perisiknya tetap menunjukkan sokongan orang Melayu tetap menjauhi Umno. Lalu plan kontigensi untuk membendung kebangkitan Bukan Melayu pula diadakan. Di sinilah watak Apek Tua Temasek diperlukan.

Dengan gaya seorang tua yang  hampir NYANYUK, LKY pun berceramahlah demi memenuhi permintaan seorang lagi warga Tua yang juga hampir PUKANG, Mahathir Kutty. Dengan muka yang sudah usang dan otak yang tumpol diapun menaburkan fitnah dan ketakutan di kalangan Bukan Melayu. Bedebah ini mengatakan bahawa tidurnya akan lena sekiranya mengetahui Umno yang memenangi kerusi orang Melayu dan bukannya PAS. Alasan dangkal yang diberikan ialah kerana Umno sudah dikenali dan senang berurusan. (Memang senang berurusan dengan kaki rasuah dan penyeleweng seperti pemimpin Umno!!). Dalam masa yang sama ia cuba menakut-nakutkan rakyat terhadap PAS. Tetapi dia terlupa bagaimana senang dan amannya orang Cina di kelantan dan Terengganu yang diperintah PAS!! LKY juga terlupa (atau nyanyuk barangkali) akan betapa jahat dan onarnya  dia terhadap fellowman of Singapore’ yang telah dia jahanamkan usia muda mereka. Contoh hidup seperti wartawan Said Zahari dan kawan-kawannya yang berbangsa Tionghua adalah lambing kezaliman LKY di Singapura. Habis apa jadahnya dok merapu dalam TV Malaysia?? Kalau Nelson Mandela boleh juga diterima kerana sejarah gemilang perjuangan HAK ASASI dan perjuangan bangsa.

Dinasti Mahathir yang kian suram

Kemana-mana saja anda pergi dan lawati, jelas dan terang bahawa kerajaan yang ada bukan lagi pilihan dan tempat orang Melayu dan seluruh rakyat bergantung harap. Melayu, Cina dan sebahagian kaum India sudahpun nampak dan faham kenapa kerajaan yang sedia ada wajib ditumbangkan. Kemenangan yang diraih mereka dalam pilihanraya secara penipuan dengan kerjasama SPR, PDRM, pengundi hantu dan ugutan terhadap pengundi sudah menjadi pengetahuan umum. Kejahatan dan penyalahgunaan kuasa yang berlaku ini menyebabkan kebangkitan dan penentangan rakyat samada secara tersembunyi maupun terang-terangan.

Apa saja program yang dibuat tidak lagi mendapat sambutan rakyat seperti dahulu. Yang terbaru seperti program kibar bendera. Rakyat merasakan pengibaran bendera Malaysia ketika ini,seolah-olah kita merestui segala kejahatan dan pengkhianatan Kerajaan terhadap rakyat Oleh itu kita boleh saksikan betapa dingin dan hambarnya sambutan program itu walaupun diberi secara percuma!! Di kawasan bandar lebih teruk penentangan dan kebencian rakyat terhadap mereka. Program yang ditaja berbaur parti hanya dipenuhi kanak-kanak sekolah, kakitangan kerajaan dan pehak keselamatan. Itu secara paksa. Mahathir amat memahami keadaan ini. Hukum karma sudah mula mengintainya – apakah nasibnya akan menyamai seperti Tunku Abdul Rahman yang telah beliau aibkan ?? Sama-sama lah kita nantikan. Selepas itu baru kita kibarkan bendera tak kira siang atau malam. Kita menantikan saat Kemerdekaan yang kedua dari penjajahan kerajaan yang dipengaruhi ejen asing ini.

Ehek2001 - 20.08.01

SILA KLIK UNTUK MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL TANPA KEBENARAN PENULIS.
Click Here!