 |
.... |
APABILA
HOSPITAL DISWASTAKAN...
Alamat Melayu menjadi pariah…
Oleh:
Dr Nologareng |
Perancangan jahat kerajaan
untuk menswastakan hospital umum kerajaan seluruh negara telah tercium
oleh pemimpin politik Alternatif sebelum dari Pilihanraya Umum 1999 lagi.
Lalu rakyat diberitahu awal akan perancangan jahat yang akan menguntungkan
segelintir manusia terutama yang rapat dengan pemimpin negara. Bagaikan
milik pusaka mereka memfaraidkan mengikut zon zon dalam malysia. Sebahagiannya
menjadi milik anak manteri Perdana. Yang mana satu pun saya dah terlupa.
Apa pun yang nyatanya bin Mahathir.
Dengan kehangatan pendedahan pengamalan
KKN dan juga dasar yang korup oleh kerajaan, pemerintah serta-merta menangguhkan
(ingat: bukan membatalkan!!) rancangan itu. Rakyat yang matang politik
faham akan helah mereka cuba menyedapkan hati rakyat terutamanya orang
melayu. Apatah lagi ketika itu pilihanraya di penjuru sana sahaja- amat
hampir. Sekurang-kurangnya mereka tidak diserang dengan terlalu banyak
isu. Sedangkan isu DSAI dan kezaliman saja sudah tidak tertanggung.
Namun negeri-negeri yang majoriti
rakyatnya berbangsa Melayu telah menunjukkan protes dalam peti undi. Banyak
pemimpin Umno yang kecundang termasuk menteri kabinet. Melayu menterjemahkan
perasaan GETIK dan MELUAT mereka kepada kerajaan Umno/BN yang diketuai
seorang pemimpin berdarah sesudu Melayu.
Kemenangan berterusan BN dengan majoriti
2/3 dengan berbagai helah politik kotor telah membogkakkan kerajaan hari
ini. Dengan penolakan terang-terangna Melayu terhadap mereka menjadikan
kerajaan Mahathir seolah-olah berdendam dengan orang Melayu. Amat mudah
untuk difhami sekiranya kita mengenali siapa mahathir yang bacul dan pengecut
ini. Lalu ia beragenda menghentam segala yang bersifat melayu namun dalam
bentuk yang berahsia juga. Muncullah isu Demonstran Militant, Mahasiswa
ganas, KMM dan sebagainya yang kita tahu ia akan dikaitkan dengan parti
Alternatif terutamanya PAS. Ugutan dan amaran sepanjang hari disiar dalam
akhbar termasuklah memecat paelajar dan pensyarah yang tidak sehaluan dengan
kerajaan memerintah. Pengamat politik nampak jelas akan helah dan isu yang
ditimbulkan adalah merupakan kaedah ‘diversion’ dari kemakaran dan kejahatan
agenda mereka dalam menganiaya rakyat marhaen termasuklah ahli Umno.
Dalam tempoh tidak sampai seminggu,
isu penswastaan Hospital timbul semula dalam ayat yang ‘imminent’ dan mesti
berlaku. Hujah pandir yang digunakan ialah untuk meningkatka mutu perkhidmatan
dan juga kebajikan pekerja. Hujah yang sama mereka gunakan tatkala IWK,
MAS mula-mula diswastakan. Bukankah ianya mengundang kegagalan dengan si
polan menjadi jutawan dan rakyat menanggung beban hutang!!! Apa boleh buat
kerajaan hari ini bermotokan MALAYSIA BOLEH!!!
Sebenarnya dalam tempoh tangguhan
itu pun sudah 5 cabang perkhidmatan diswastakan. Antaranya ialah bahagian
pencucian, dobi dan kejuruteraan. Semuanya beralasan demi meningkatkan
mutu. Sudahlah, tidak perlu membohongi dan memperzsendakan rakyat lagi.
Cakap sajalah untuk memperkayakan anak dan kroni. Rakyat tak akan terkilan
kerana memang benar dan ternyata benar telahan yang dibuat oleh pemimpin
Alternatif. Kini rakyat sudah mengenali siapa kah pengkhianat dan kaki
temberang dalam politik negara. Rakyat juga sudah tahu siapa yang berjuang
untuk rakyat dan siapa pula pembela anak dan kroni.
Apabila penswastaan berjalan dengan
paksaan ke atas rakyat, banyak yang akan sengsara dan merana terutamanya
orang Melayu- lebih-lebih lagi Melayu pelupa Umno!!! Sedangkan kibaran
bendera atas kereta pun mereka tidak mampu lakukan oleh kerana mereka miskin
tanpa kereta. Apatah lagi jika rawatan yang menuntut bayaran yang mampu
menjulingkan mata!!
Swasta saja hospital, kejatuhan
TOTAL Umno mungkin bermula
Penyokong totok Umno ( terkecuali
pengundi hantu) kebanyakannya bertumpu di kawasan kampong yang pedalaman
dan tersorok geografinya. Kebanyakannya adalah petani, nelayan, pekerja
kampong dan penganggur. Kalau di bandar pula biasanya mereka hanya lah
seorang pekerja bawahan atau dipanggil buruh kasar. Dalam kesunyian dan
kurangnya aktiviti malam, sendagurau bersama isterilah menjadi acara yang
utama. Hasil dari gurausenda yang sunyi sepi ini seringkalinya menghasilkan
bayi yang nyaring tangis dan sedannya. Biasanya sembilan bulan sesudah
itu. Kalau terlebih pun 10 hari yang akhirnya akan dipaksa keluar oleh
Doktor dengan kemahiran dan ubatannya.
Fenomena biasa bagi kita jika berziarah
ke kampong akan melihat dan menyaksikan keriuhan dan kegembiraan seisi
rumah yang agak biasa menjangkau 10- 14 orang. Itu baru satu ibu. Jika
yang handal pula mungkin mempunyai 4 atau 2 orang isteri sekurang-kurangnya.
Hakikatnya mereka inilah yang menjadi pendokong dan penyokong setia parti
Umno!! Mereka jugalah pelanggan setia perkhidmatan percuma perubatan samada
di hospital ataupun klinik kerajaan termasuklah juga untuk anak-anak.
Selama ini perkhabaran tentang penswastaan
hospital disambut dengan senyum sumbing mempermainkan berita itu. Kata
mereka, “takkan kot! Tak sekejam itu kerajaan Umno.” Kita yang mendengar
hujah pandir begitu pula yang tersenyum sumbing. Dengan kekuatan hujah
dan perbandingan yang berlaku dalam negara, maka si polan tadi pun menghilang
senyumnya. Yang nampak ialah anak tekak dek ternganga ia mendengar kezaliman
dan penipuan yang berlaku. Ada yang terus bersumpah akan menghancurkan
parti itu sekiranya Perkhidmatan itu pun nak dibuat sumber kewangan anak
Perdana Menteri!!!
Terbayang mereka apabila terpaksa
menghitung angka dan perbelanjaan tatkala mahu bersama bergurausenda. Akan
terencatlah irama dan syahdu apabila si Ibu tetiba menolak sang Ayah untuk
mengelak terjadinya lembaga zuriat tatkala kemuncaknya acara turun temurun
itu. Sampai begitu sekali Melayu dihimpit oleh pemimpin sendiri. Jangan
salahkan Lee Kuan Yew apabila merencatkan kadar pertumbuhan bangsa Melayu
dengan berbagai akta dan cara. INI di Tanah Melayu sendiri, secara halus
kerajaan Mahathir cuba mengurangkan zuriat Melayu dengan cara membebankan
ketua keluarga. Dijangkakan sekali kelahiran normal menuntut bayaran RM800.
Kalau melibatkan pembedahan dan rawatan susulan, alamat lagi besarlah beban.Tertanya
kita CUKAI PENDAPATAN untuk apa akhirnya??? Cukai jalan dibayar, TOL pun
kena lunas. Apa lagi perkhidmatan percuma sebagai menjaga kebajikan rakyat
dari sebuah kerajaan yang prihatin???
Ada orang berkata kerajaan mungkin
menggunakan peruntukan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai jalan keluar
bagi rakyat yang tidak mempunyai insurans atau caruman KWSP. Akan tetapi
itu juga adalah perampokan duit rakyat secara terhormat. Rakyat yang prihatin
tetap tidak mengizinkannnya. Sewajarnya insurans dan caruman ketiga KWSP
adalah untuk kecemasan masa hadapan. Namun dalam
kerajaan serba boleh Mahathir ini, yang penting adalah perkiraan untuk
kroni dan anak bini. Yang lain semua boleh jalan hatta ahli
Umno sendiri…….
Apakah sekali ini Mahathir akan menerima
pukulan kemarahan dari ahli Umno di kampong yang akan bangun menunjukkan
protes. Kita tunggu dan lihat. M@R
Dr Nologareng - 06.09.2001
SILA
KLIK UNTUK
MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA
MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA
ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL
TANPA KEBENARAN PENULIS. |
|
|