 |
.... |
PUTERI
DAN PEMUDA UMNO BAGAI TIADA KOMPAS
Oleh:
Dr Nologareng |
Secara teorinya sebarang
pertubuhan Politik akan menjadi mantap dan gagah dengan penyertaan golongan
muda. Semakin aktif mereka, semakin berkesanlah dan dipandang kehadiran
parti itu dalam masyarakat. Apatah lagi dalam masyarakat Melayu yang sering
bergossip dan menghabiskan petang dengan mencari kutu bagi perempuannya
dan mengadap papan dam bagi kaum lelaki pula. Akan tetapi sebaliknya pula
yang berlaku bagi parti yang didukung oleh kelompok minoriti Melayu Baru
di Malaysia - MELAYU MALBARI!!
Pemuda dan cabang Puteri yang diketuai
oleh Azalina seorang Peguam anak kepada bekas
Ketua Pengarah Risda yang pernah terlibat rasuah adalah merupakan
tunas dan harapan bagi Umno berkembang. Dua sayap ini akan menyediakan
barisan pelapis untuk masa depan parti itu di tanahair. Secara teorinya
kedua-dua cabang itu akan menjadi tempat latihan dan perkaderan golongan
muda sebelum memasuki gerakan veteran pula sebagai pemimpin.
Pemuda Umno dalam era DSAI memang
memberi kesan yang mendalam apatah lagi kesedaran tentang Islam yang boleh
dikatakan jahil murakab di kalangan ahli. Semangat assobiah yang tinggi
mulanya semakin kendur dan diganti oleh ketenangan Islam dan penghayatannya.
Ketika itu kita nampak perubahan luaran seperti pemakaian tudung di kalangan
kaum Ibu dan juga ucapan yang bersambut salam dan selawat. Sekurang-kurangnya
keadaan itu mempengaruhi pula kelompok veteran. HATTA Mahathir sendiri
mutaakhirin inipun sudah pandai membaca Doa selamat dan sepotong dua ayat
sebagaimana Abdullah bin Ubai bin Salul saja kelakunya………
Setelah menyedari bagaimana Umno dibenci
dan dipinggiri orang Melayu, maka kelompok pemikir parti pun berpendapat
mereka harus terjun dan mendampingi masyarakat- aktiviti yang telah lama
mereka tinggalkan kerana asyik berebut projek dan perasan diri sebagai
Brahma bangsa. Maka di sana-sini projek masyarakat atau aktiviti dilaungkan
dan ditayang kepada masyarakat seumpama zaman 50 an dan 60 an. Dengan bantuan
media akhbar dan elektronik ‘bakti’ dan ‘jasa’ mereka didokumentasikan
untuk tujuan publisiti dalam menunjukkan bahawa mereka bergerak menyumbang
bakti kepada masyarakat. Rakyat memerhati walaupun keikhlasan mereka boleh
diperdebatkan apatah lagi dengan gambar mereka yang tersenyum lebar.
Baru dua minggu lepas terakam dalam
akhbar akan berita hebat tentang kejayaan Puteri Umno mendapatkan kad pengenalan
untuk seorang pemuda Melayu yang cacat penglihatannya. Wah! Dengan penuh
kebanggaan mereka pun bergambar dengan si malang tadi yang begitu susah
mendapatkan I/C walau lahir di bumi ini. Tentu saja hati pemuda buta
itu bungkam apabila mengetahui bagaimana begitu mudah Pendatang Tanpa Izin,
PTI mendapat I/C hasil kerja onar Umno di Sabah dan juga Semenanjung Tanah
Melayu berbanding dirinya. Memang faktanya yang bukan lagi suatu rahsia,
berapa ramai mamat Pakistan yang berkad pengenalan kelahiran Sabah!!!!
Tahan dan selidikilah sendiri. Yang kita tahu pribumi Sabah ialah Dayak,
Iban, bajau dan Melayu. Inilah angkara dari dasar Malaysia bolehkan?? Kan??Kan?
Tidak berapa lama dahulu, terpampang
juga berita Pemuda Umno masuk kampung atau program masyarakat yang diadakan
dalam negara. Bak kata seorang penulis bagai RUSA MASUK KAMPONG jadinya.
Dalam salah satu program ialah pemberian kaki palsu kepada individu kudung
kaki oleh kemalangan. Lalu seperti yang tertera dalam gambar, nampak pemuda
Umno yang lebih ceria dan tersengih mengadap lensa kamera! Sedangkan si
malang sekadar tersenyum sumbing. Seakan terbalik pula senario itu, Pemuda
Umno yang lebih ceria dan gembiranya seolah-olah mereka yang mendapat
kaki prostetik itu!!! Udah hebat lah gamaknya perjuangan bagi Pemuda Umno!
DERMA KAKI PALSU ajer…….!!!
Persoalan yang sering timbul dan bermain
dalam jemala batu kita ialah apakah sebenarnya bidang tugas dan perencanaan
Pemuda dan Puteri Umno untuk membaiki nasib orang Melayu? Apakah mereka
juga ibarat Mahathir yang cuba membaiki ekonomi negara sekarang seumpama
tikus yang gigih membaiki labu?
Apakah cukup dengan melakukan (merampas)
kerja-kerja Pegawai Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pendaftaran? Pemberian
kaki palsu prostatik dan pemberian kad pengenalan bukanlah kerja seorang
aktivis parti yang memerintah. Adalah memalukan sebenarnya apabila kedua-dua
sayap generasi mudanya menggunakan pendekatan yang sama dalam mengambil
hati masyarakat Melayu. Kemudian mendakwa pula sebagai suatu hasil perjuangan
‘masterpiece’ untuk dinilai bangsa Melayu. Kalau untuk Melayu pelupa Umno
mungkin boleh berjaya. Ianya terbukti berjaya dilakukan Mahathir dalam
perhimpunan Agung lalu. Mereka adalah Melayu yang sudah tiada maruah dan
deria sensitif bangsa asal saja projek dan poket berisi. Kerana merekalah
golongan yang bertepuk tangan dengan ‘standing ovation’ selepas Mahathir
mamak memaki hamun dan menghina bangsa mereka sendiri. Itu semua kerja
Haprak! LOW CLASS atau kerja Yahudi mabuk!!
Sewajarnya mereka menyuarakan akan
ketidakpuasan hati orang Melayu yang boleh mereka dengari dari ceramah
dan juga dari bahan media barisan Alternatif sebagai modal. Barulah kehadiran
mereka memberi kesan dan memikat semula Melayu. Mereka mesti perjuangkan
Biasiswa, Tanah Rizab dan berbagai lagi kepentingan Melayu yang telah Mahathir
gadaikan dan kikis. Barulah mereka boleh berbangga sebagai pembela nasib
Melayu secara keseluruhan. Jika sekadar mengulang apa Mahathir cakap dan
dongengkan, alamat menambah lagi kemarahan dan kebencian bangsa Melayu.
Bangun dan bukalah minda, Melayu kini bukan macam era Mahathir ketika berumur
30 an.!!!! Tidak boleh lagi menggunakan pendekatan Tayangan percuma dari
Jabatan Penerangan atau yang setaranya!!
Penulis cadangkan supaya mereka segera
berubah dan lakukan perubahan kepada badan induk parti tersebut. Jika tidak
ia akan kelihatan bagai sebuah biduk yang tak ketahuan arah tujunya oleh
lambungan ombak dari kapal induk yang pula dinakhkodai seorang pesakit
jiwa atau kapten yang kehilangan kompas penunjuk arah.
Dr Nologareng - 05.09.2001
SILA
KLIK UNTUK
MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA
MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA
ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL
TANPA KEBENARAN PENULIS. |
|
|