.... GEMILANGKAH MELAYU SETELAH 44 TAHUN?
Oleh: Dr Nologareng

44 tahun ialah satu tempoh masa yang cukup lama. Pada usia manusia, jika melepasi tempoh itu belum berubah alamat malanglah nasib dan meranalah badan. Angka sekitaran 40 puluh juga adalah usia yang menyaksikan kejatuhan beberapa parti yang memerintah di dunia sebelah Asia. Parti Kongres India, GOLKAR di Indonesia dan LDP Jepun telah kecundang dan bertukar kedudukan menjadi pembangkang di Parlimen negara masing-masing. 

Negara kita Malaysia baru sahaja meraikan kemerdekaannya yang  ke 44, dengan berbagai acara berwarna-warni yang kebanyakannya dihadiri oleh remaja persekolahan yang belum mengerti apa itu Kemerdekaan dan Patriotik yang sebenarnya. Kerajaan hari ini menjalankan berbagai kempen dan iklan yang menggambarkan seolahnya dengan hanya mengibarkan bendera anda telah menjadi Patriotik begitu- laksana Mi segera!! Alangkah dangkal dan menyelewengnya - tentu saja untuk keuntungan politik dan ekonomi suku-sakat mereka. Siapa yang membalun tender bendera Jalur Jembalang? 

Sesiapa pun tidak terkejut apabila melihatkan kepada fakta Menteri yang terlibat adalah seorang yang berbudaya Bollywood. Manusia sebegini bukanlah contoh dan ikutan yang baik. Dalam kesusahan hidup rakyat Melayu di kawasan Tawa, Kedah ia sanggup membina sebuah MAHLIGAI laksana seorang Tuan Tanah di Chandrapur India. Dengan kehebatan dari seniukir sehinggalah kepada tamannya. Sekaligus ia menengggelamkan persekitaran yang menjadikan Melayu sekelilingnya bagai pariah yang merempat. Yang benarnya, kewujudan Istana yang khabarnya untuk si IBU turut menenggelamkan kampong Melayu berhampiran setiap kali hujan lebat- kerana saliran semulajadi sudah tersekat. 

Kali ke 44 merdeka kita menyambut Kemerdekaan dengan slogan yang sama seperti tahun lalu- KERANAMU MALAYSIA!! Anih bukan. Tidak pernah kita menggunakan slogan yang sama dalam sejarah negara dalam meraikan Hari Keramat itu. Apakah ianya bermaksud- KERANAMU MAHATHIR @ MERANAMU MALAYSIA?? Kadang-kadang celotehan rakyat marhaen di kedai kopi lebih tajam dan berwawasan dari Wakil Rakyat BN dalam Parlimen yang diLIWAT Mahathir dengan berbagai kaedah. Bukankah Mahathir tidak payah ke Parlimen, cukup dengan litar tertutup di Putrajaya? Hebat sungguh baka Kerala ini memperbodohkan Melayu Umno yang sering dikatanya pelupa. 

Majoriti hadirin dalam setiap sambutan Kemerdekaan ialah orang Melayu. Ada yang berkeluarga, solo dan berpasangan juga. Masing-masing datang dengan penuh keceriaan dan kegembiraan yang terpancar. Sambil menikmati persembahan dan acara perarakan, sempat juga menjeling melihat pemimpin kesayangan nun segak di atas pentas Utama bagai kayangan. Mereka bagai dewa-dewa yang bertugasan menjaga kebajikan manusia. Benarkah mereka begitu? 

Melayu adalah bangsa teras di bumi Malaysia sehinggakan percaturan politik juga mengambilkira perencanaan ynag sedemikian. Inggeris yang lebih matang dan jauh bertamadun dalam kerangka Demokrasi telah menjangkakan kepentingan isu itu ditangani. Sambil menyekat kebangkitan politik Islam yang menuntut kemerdekaan dan mengelak dari penghantaran semula pendatang Imigran Cina, India dan lain-lain bangsa- Inggeris menaja penubuhan Umno dengan dokongan para Pegawai Melayu kakitangan pemerintahan Mahkota Empayar Inggeris. Walaupun akhirnya kemerdekaan tercapai, TIDAK wajar untuk rakyat melupai siapa pencetus semangat KEMERDEKAAN yang sebenarnya. Itulah kelompok Islam di bawah asuhan dan tiupan Jihad Ulama yang dikatakan Pewaris Nabi. Mereka merana tersiksa oleh kerajaan Peralihan anak bangsa dengan Inggeris sebagai pengemudinya. Ada yang terbunuh, dipenjara dan terusir dari tanahair. 

Melayu memerintah, Melayu yang parah- angkara Umno Mahathir 

Anih memang anih, tetapi itulah kenyataannya di bumi serba-boleh bikinan Mahathir. Jika di awal kemerdekaan dan diperkemaskan lagi oleh Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn- masa depan dan nasib orang Melayu nampak sinarnya dan pengharapan. 10 tahun terakhir Mahathir baka Mandeliar ini telah membawa bangsa Melayu ke belakang semula, malah menjadikan orang Melayu sebagai umpanan dan ugutan. Mahathir sanggup dan telah pun menjadikan bangsa Melayu sebagai pertaruhan judi politiknya. 

Pendekatan ala penjahat dalam cerita Hindi memang menepati intipati dan juga siasah politik Mahathir. Kadang-kadang sutradara India seolah-olah memahami dan membaca rentak politik negara. Beberapa filem mereka yang terkini memaparkan kebejatan pemerintah, polis dan sekongkolan mereka dalam beragenda. Terlucunya lagi apabila nama wataknya pun menghimbau nama-nama watak dalam drama politik tanahair. Penjahat dala filem Hindi akan dipaparkan zalim dan sadis terhadap sesama bangsa. Kasta memainkan peranan dalam membezakan sesuatu tindakan. Polis digambarkan sebagai ejen awam yang teramat korup dan kurap perilakunya. Lagi berpangkat lagi singkat kedalaman otak dan tindak tanduknya. Pemerintah seperti belut lagaknya apabila melakukan kesalahan dan penyelewengan. Ia menjadi bagai singa apabila disanggah dan diteguri. Rakyat marhaen bagai kambing yang terdedah kepada serigala dan gembalanya. Analog sedemikian amat bersesuaian bagi iklim politik tanah air. 

Jika dibuat kajian atau pemerhatian secara retrospektifnya, seseorang akan mendapati betapa perubahan nasib orang Melayu begitu menyedihkan sekali. Jika sebelum merdeka, kedapatan golongan susah yang papa kedana tanpa rumah dan jaminan rezeki harian. Pada ketika negara (baca: Mahathir) berbangga dengan Menara kembar Petronas dan KLIA serta Litar F1 Sepang, nun nasib orang Melayu bagai buih di atas riak ombak yang menanti ketika untuk hancur dan lenyap. Ini bukannya cerita auta seperti bikinan Mahathir melalui media dan akhbar suruhan. Inilah KENYATAAN!! Inilah fakta yang tidak mudah ditudung dengan susunan Zink sepanjang jalan Kuching atau keseronokan warna-warni Malaysia maupun kibaran bendera Jalur Jembalang (nama barunya!) 

Nasib orang Melayu yang agak baik seawal kemerdekaan dan era TAR dan Tun Hussein telah diporakperandakan oleh Menteri Perdana baka pengkhianat Mandeliar. Mahathir dan kuncu-kuncunya secara beragenda telah mengikis dan menghapuskan segala keistimewaan untuk bangsa Melayu seperti yang dijamin Perlembagaan dan mengaut pula untuk kepentingan peribadi, anak sendiri dan kroni. Kaedah perampokan saham dan juga urusniaga yang menggunakan peruntukan Bumiputra untuk kepentingan diri dapat menjelaskan fenomena JIJIK dan HANYIR ini.  IRONISNYA, dia jugalah dengan muka seposen dan sedih menangis serta bersajak menyesali dan berazam untuk membaiki nasib orang Melayu. Apakah Tikus Mahathir layak dan akan mengotakan janjinya dalam membaiki masalah yang dia sendiri musnahkan??? 

Mahathir hanya berRETORIK semata 

Sejarah negara mencatatkan Mahathir sebagai Menteri Perdana pakar Kuntau lidah yang terulung. Dalam bahasa Agamanya dipanggil MUNAFIK kelas pertama. Apa tidaknya apabila soal Hukum dan hadith Nabi kecintaan Allah dimainkan dan dipersenda semahunya demi keuntungan pengundi non-muslim. Lebih lancangnya lagi apabila tanpa malu ia menuduh pula parti PAS sebagai ejen asing dan pencetus kekeliruan umat Islam. Malah disabitkan golongan Agamawan sebagai penyebab kepada Black Metal dan Militia Islam rekaan PDrM dan Mahathir sendiri. Bak  kata orang tua-tua- BERKOKOK BERDEGAR-DEGAR, EKOR TERPALIT NAJIS.( perangai ayam jantan pun ada Mahathir ni) 

Setiap kali Perhimpunan Agung Umno dan majlis-majlis Parti, kita perhatikan Mahathir tanpa segan silu ‘budaya Rojak Malbari’ akan mengungkit dan mendabik dada akan jasa-jasa Umno nya terhadap bangsa Melayu dan negara. Isu kemerdekaan, Pembangunan, MAGERAN dan ekonomi ditiup serunai kebongkakkannya dan dinisbahkan kepada parti Baru(a)nya. Dia buat-buat tidak sedar bahawa yang dipuji dan dipujanya itu adalah hasil tangan pemimpin Umno terdahulu. Semua itu didoktrinasikan kedalam pemikiran ahli Umno supaya mereka terus berpaut kepada parti dan kepimpinannya. Walhalnya semua kebaikan  secara tersurat itu adalah hasil dari niat baik Negarawan lalu yang nama mereka terpahat dalam sejarah bukannya di era autokrasinya sekarang. Pepatah Melayu lama ada menceritakan perihal ini - LEMBU PUNYA SUSU, SAPI DAPAT NAMA. 

Mahathir jika diamati betul-betul, tiada suatu pun perancangan ekonomi yang berasal dari idea batu jemalanya. Semuanya adalah idea orang lain yang batang tubuhnya hanya menumpang kemasyhuran. Malang baginya pula, segala yang diagendakan dan dibina, akhirnya memakan dan memusnahkan imejnya sendiri. Apakah ini Hukum Karma yang tersurat untuknya sebagai balasan dunia atas perlakuan jahatnya selama ini yang telah ia khianati dan sembunyikan? Sukar sekali untuk dinafikan 

Kejatuhan ekonomi kadangkala juga memberikan kebaikan kepada sesebuah negara secara tidak disedari. Ia mengajar dan menyedarkan kita tentang nilai-nilai penggunaan sumber secara yang berhemah. Ini telah Allah terangkan dalam kisah Nabi Yusof a.s. dalam Al Quran. Manusia dianjur bercermat dan mengatur sesuatu mengikut keperluan bukannya nafsu. Berlainan sekali dengan Menteri Perdana Malaysia yang ke empat ini, demi memuaskan nafsu serakahnya yang tidak terbatas, Mahathir memberi laluan kepada hampir kesemua projek MEGA yang telah dicadangkan oleh kelompok Korporat (baca: keparat) yang mempunyai pertalian peribadi dan berkepentingan dengannya. Walaupun ianya bertentangan dengan kajian kewajaran dan juga Daya Hidup sesuatu projek, demi nama yang menjulang dan perut yang tidak pernah kenyang-kenyang, ia diteruskan juga. Ini lah yang berlaku dalam negara kita sebelum dihenyak kemelesetan ekonomi. 

Akan tetapi jembalang yang satu ini, bukan sahaja tidak membekukan projek-projek tersebut malah meneruskan juga dengan menggunakan Dana Awam sebagai pembiayanya. Lihat kerakusannya ketika memangku jawatan Menteri Kewangan selepas DSAI dipecat, sepantas kilat ia melepaskan bebanan Jutawan Superbumiputra Projek Bakun yang kontroverSIAL itu. Lihat pula sikap hipokritnya ketika merampas Royalti minyak Terengganu iaitu sebuah negeri yang dihuni majoritinya MELAYU dan menukarnya menjadi Ehsan!! Apakah perlakuan jijik dan munafik ini sikap Melayu??? 

Apabila institusi awam semuanya diswasta, siapakah yang merana? 

Penswastaan adalah idea tiruan mahathir dari pelaksanaan kerajaan Inggeris ‘Torry’semasa Margaret Tatcher memerintah. Ia dijalankan kerana ketika itu ekonomi Britain terhimpit oleh sistem kebajikan ‘DOLE’ yang keterlaluan. Manakala mahathir pula menceduknya untuk mengkayakan kroni dan kerabat secara yang bersistem. Mahathir dan sekongkolnya merompak harta rakyat atas nama Penswastaan dan rakyat pula dicatur otaknya supaya menerimanya demi memperbaiki mutu perkhidmatan. Apakah ia seindah cerita dan secantik bahasa?? 

Maka kita pun melihat lepas satu, satu pula syarikat milik negara dan rakyat yang diswastakan. Pemberian secara terus tanpa tender memperlihatkan sikap pengamalan KKN yang menjijikkan. Syarikat yang memberikan keuntungan kepada kerajaan difaraid sesama mereka laksana harta pusaka. Maka timbullah nama-nama Bumiputra yang kemudiannya mahathir gunakan sebagai contoh kebanggaan. Tajuddin Ramli, Halim Saad dan Arwah Tan Sri Yahaya adalah beberapa nama yang sering digunakan dalam majlis rasmi kerajaan maupun parti sebagai dalil dan penguat hujah. Orang melayu pun disuruh berbangga dengannya. 

Kejatuhan ekonomi akhirnya membuktikan bahawa selama ini dasar tak telus kerajaan telah mengundang padah yang bukan sedikit pada negara dan rakyat. Hutang luar dan dalam negara yang dibuat oleh golongan Korporat telah menjadikan rakyat terjerat. Bermula pula era ‘Bail-out’ yang sering mahathir tekankan sebagai demi kepentingan negara dan pekerja. Habis segala Dana Awam seperti KWSP, KWAP, LUTH dan Petronas yang disalahguna demi kepentingan beberapa kerat manusia dan juga pemerintah. Ternyatanya penswastaan yang dilakukan mahathir telah merugikan rakyat dan negara. Bukan sedikit jumlahnya jika taksiran hutang sekarang sekitar 1 Trillion!! 

Kegagalan penswastaan telah memperlihatkan sikap curang kerajaan. Syarikat untung dibahagi-bahagikan sesama kroni, manakala yang rugi diselamatkan pula dengan Dana Awam. Setelah MAS, RENONG dan  MRCB kini giliran Star- LRT pula. Senang sungguh mereka menipu rakyat terutamanya orang Melayu. 

Terkini adalah tentang penswastaan HOSPITAL kerajaan yang ‘terpaksa’  dilaksanakan demi peningkatan perkhidmatan dan kebajikan kakitangan. Inilah penipuan dan penganiayaan terbaru yang akan mendera dan menyeksa orang Melayu. Bangsa Melayu lah, terutamanya ahli Umno yang merupakan pelanggan hospital kerajaan. Bayangkan bayaran sekitar RM 400- RM 800 untuk setiap kelahiran bayi normal, manakala pembedahan pula menuntut ribuan ringgit sebagai bayaran. Apakah orang Melayu Umno akan berbangga lagi dengan kibaran bendera Jalur Jembalang dan bertempik MERDEKA!!!????? 

Merdeka apakah sekiranya tiada lagi perkhidmatan percuma dari segi kesihatan dan pelajaran?? Mahu kemanakah Melayu Umno selepas ini?? Dapatkah RM50 dan sehelai kain pelikat itu membantu anda tatkala kesakitan dan dalam melahirkan anak? Renung dan soal pula siapakah yang mengaut keuntungan dari penswastaan ini??? ANAK MAHATHIR!!!!!!! Ya……anak bedebah Mamak Mahathir Kutty. 

Gemilangkah lagi Melayu ketika itu?

Dr Nologareng - 04.09.2001

SILA KLIK UNTUK MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL TANPA KEBENARAN PENULIS.
Click Here!