 |
.... |
APA
LAGI MELAYU ‘PELUPA’ UMNO TUNGGU?
Oleh:
Dr Nologareng |
Dalam tidak sedar telah
empat dekad berlalu semenjak merdeka dalam tahun 1957! Kemerdekaan diperolehi
hasil dari kebangkitan rakyat terutamanya orang Melayu yang ditiup kesedaran
oleh golongan Ulama, wartawan dan juga gegaran dari negara jiran terutamanya
Indonesia. Walaupun bukan golongan ulamak yang mendapatkan kemerdekaan
oleh sebab aniaya dari British, namun mereka lah penggerak utama yang berslogankan
‘MERDEKA’. Umno hanya mendapat ‘hasil’ dari gerakan ulamak setelah British
melihat arus kemerdekaan memuncak di mana-mana, sesuatu yang secara politiknya
tidak boleh diempang lagi. Lalu tertubuhlah Umno yang diasuh British supaya
pula bergabung dengan kaum lain untuk memudahkan kemerdekaan, WALHALNYA
mereka mahu mencuci tangan dari masalah KAUM IMIGRAN yang dibawa masuk
sebagai buruh ladang dan juga lombong!!
Telah bersilih ganti juga pemimpin-pemimpin
luar negara (Amerika Syarikat- Reagen, Bush, Clinton dan Bush Jr) dan berbagai
peristiwa dan konflik terjadi. Namun Malaysia masih lagi ber Menteri Perdana
yang sama dalam tempoh Presiden Amerika bertukar ganti sebanyak 4 kali!
Dr Mahathir yang diseranahi berbagai
gelaran oleh rakyat Melayu adalah Menteri Perdana yang keempat dan paling
lama bercendawan di persada kekuasaan. Beliau mengungguli kerusi ketua
Eksekutif negara selama separuh dari tempoh kemerdekaan- 20 tahun!! Waima,
belum juga kelihatan simptom-simptom yang memungkinkan ia melepaskan jawatan
walau telah 3 Timbalan bertukar oleh keonarannya. Abdullah Badawi juga
bakal kempunan, percayalah!!!!.
20 tahun di bawah MAHATHIRISME
Mahathir mula menunjukkan belang dan
isi ‘perut hijau’nya pada separuh masa kedua 20 tahun pemerintahannya.
Setelah tertekan oleh kemenangan tipis dalam pemilihan Umno pada tahun
1987, Mahathir sudah berubah corak. Dia mencengkam dan menguasai segala
sistem yang ujud dalam negara melalui penonjolan watak-watak Kitul
yang akan berbuat apa saja demi mengambil hati tuannya. Apa saja yang dirancangkan
dan digubal, dimestikan mempunyai keuntungan politik kepada dirinya, dia
bertekad menjadikan pemerintahan negara sebagai pusaka bapanya dari KERALA.
Mahathir a/l Mohamed Iscander ini
menjadi musuh kepada hampir semua Institusi yang ada di Malaysia. Dari
Raja-raja Melayu, Kehakiman, Mufti dan Melayu barisan Alternatif
semuanya dimusuhinya. Sebarang kejadian kecil akan diperbesarkan dengan
bantuan Media cetak dan eletronik sebagai pendahuluan akan maksud sebenarnya.
Beliau menggunakan seluruh pengetahuannya tentang politik tanpa mengambil
kira kesan buruk terhadap bangsa Melayu. Pendekatan MATLAMAT MENGHALALKAN
CARA (Freemasonian) sudah menjadi sinonim dengan Mahathir. Apa saja akan
dilakukan hatta berlanggar dengan Perlembagaan sekalipun, asal saja memuaskan
berahi NAFSU SERAKAHnya. Maka rakyat menyaksikan bagaimana Tanah Rezab
Melayu menyusut, biasiswa dihapuskan dan kebajikan rakyat marhen terabai.
Pembangunan Projek membazir seperti Menara Petronas, KLIA, Putrajaya tidak
siring dengan pembangunan rakyat yang kekurangan kemudahan prasarana tempat
tinggal dan persekolahan. Apa gunanya yang terpanjang dan terbesar jika
sekolah kekurangan komputer, makmal dan kemudahan asas lain seperti eletrik
dan bekalan air bersih?? Bolehkah jaguh Umno kampong dan pendokong menjawab
persoalan ini?
Mengetahui bahawa dia telah menguasai
hampir kesemua pemimpin Tertinggi Umno, Dr Mahathir bebas dan berkuasa
penuh laksana seorang Maharaja dalam Umno Baru(a) yang telah beliau asaskan-
setelah tangannya sendiri MEMATIKAN Umno yang ditubuhkan oleh pemimpin
terdahulu yang bergolok bergadai berjuang demi Kemerdekaan negara. Kini
Mahathir menganggap Umno adalah Parti peribadinya- hakmilik dirinya seorang
dan bebas dari ikatan nostalgia dan perjanjian yang lampau. Mahathir secara
tidak bermaruah mendakwa KUNUN dialah yang menyelamatkan Umno dan
sekaligus nasib orang Melayu di negara ini. Alangkah penipunya mamak pedukang
ini.
Lantas ia bebas semaunya menggunakan
apa saja peruntukan samada dalam Parti maupun Kerajaan dalam mencapai kehendak
nafsunya yang tiada penghujungnya itu. Bedebah ini akan mengadu-domba dan
memecahbelahkan kesepakatan dalam parti supaya nantinya dia yang akan muncul
sebagai WIRA dalam menamatkan sengketa. Melalui jentera balacinya, hasutan
dan sengketa dirancang supaya tiada pemimpin yang kuat dan berpengaruh
dapat mencabarnya. Kegagalan Musa Hitam, Ghafar Baba dan Anwar Ibrahim
menjadi Menteri Perdana adalah hasil agenda jahat dan tikam belakang oleh
seorang Ketua yang mahu membolot seorang diri dan terlalu perasan bahawa
hanya dia saja yang boleh dan layak mengemudi Malaysia.
Dalam memperkatakan tentang negara
kita sekarang, seharusnya ia melewati soal parti. Ini adalah persoalan
timbul tenggelamnya nasib rakyat dan negara kita. Kita sepatutnya menyoal
apa untungnya selama negara di bawah pemerintahan Mahathir terhadap orang
Melayu dan seluruh rakyat secara amnya. Apakah kebajikan rakyat dan hala
tuju negara berada dalam landasan yang tepat? Atau kita sedang menuju ke
jurang kemusnahan? Masalah ini sepatutnya dibincang dalam Perhimpunan Agung
Umno kerana di sinilah segala perancangan kerajaan bermula mengikut tradisinya-
seringkali memintas peranan Parlimen. Malangnya pemimpin Melayu pelupa
Umno sekarang lebih berminat untuk bertepuk tangan dan mendengar sajak
dari seorang Ketua yang bertaraf Haprak juga.( Sudah tentu selepas perjanjian
kontrek bertukar tangan!!)
Ekonomi bagai megahnya TITANIC
Kesombongan Mahahtir sebagai insinyur
malaysia Moden (kunun!) telah terpokah oleh kejatuhan ekonomi Asia. Kebanggaan
sebagai Harimau Asia juga telah berubah menjadi Harimau tanpa taring yang
tercabut kukunya. Barulah rakyat tahu akan perihal buruk laku dan penyalahgunaan
kuasa yang mirip seperti negara jiran, Indonesia. Terbongkarlah selindungan
sebalik alasan ‘kepentingan strategik negara’ akan penyelewengan Dana-dana
Awam milik rakyat. Demi kerabat dan kroni Mahathir akan berkompromi walaupun
sehingga hilang segala hak istimewa Pribumi. Lantas kerugian akan ditanggung
oleh rakyat pula. Bail out terhadap IWK, MAS, Renong dan berbagai lagi
sedang berjalan dan menggunakan Dana Awam. Manakala untung pula akan dihebah
sesama manusia bertaraf Penyamun tanpa rasa bersalah maupun malu. Kita
bertanya takkan Mahathir begitu naïf sehinggakan tidak langsung memperolehi
sedikit ‘syer’ atas laba itu??
Pengurusan Korporat yang teruk dan
dasar berpilih dalam ‘bailout’ telah menyebabkan ketidakpercayaan Institusi
pelaburan asing terhadap pengurusan Korporat Negara, lalu mereka lari ke
Bursa yang lebih terbuka dan menguntungkan. Apatah lagi dengan ikatan matawang
‘pegging’ terhadap US Dollar yang dirasakan terlalu tinggi dari nilai sebenar.
Ditambah lagi akan nilai ekspot berkaitan eletronik yang menguncup dan
saingan yang hebat dari negara jiran lain, KITA rakyat harus bersedia menanti
kejatuhan ekonomi pusingan kedua yang lebih perit lantaran kesilapan pengurusan
pihak Eksekutif yang diketuai Mahathir.
Segala yang bertunjangkan Melayu
dicerca dan dihina
Inilah fenomena pelik yang tidak mampu
dibuat oleh orang lain- Mahathir boleh!! Dalam keadaan terperosoknya kedudukan
ekonomi Melayu dan terbakar jiwa mereka., Mahathir sempat lagi bersandiwara
dan bersajak. Segala masalah negara dan keributan politik disalahkan atas
kepala orang Melayu. Dari anak kecil sehinggalah orang dewasa Melayu tiada
yang terlepas dari lidah jahatnya. Habis segala parti Melayu lain didustanistakan
Mamak Haprak ini. Lebih dahsyat lagi bagaikan tiada perasaan atau dipukau
2000 pemimpin Umno sanggup bertepuk tangan sambil berdiri setelah 2 jam
dimaki dan dihina semaunya oleh seorang Mamak Usang dari atas pentas terhebat
kelompok MEMBELA KETUANAN MELAYU.( Yang sebenarnya membelakangkan!!!).
Bolehkah orang yang sebegini disandarkan kepada mereka nasib dan masa depan
generasi depan??
Bedebah Mahathir adalah pemimpin Umno
yang bertanggungjawab merosakkan segala keutamaan dan kebajikan yang dibuat
oleh pemimpin lalu. Bolehkah lagi Melayu menyokongnya dalam keadaan menyedari
penyelewengan kuasa yang ia lakukan. Berbanggakah mereka untuk mengetahui
bahawa tanah rezab, biasiswa dan segala keistimewaan lain dikurang/dimansuhkan??
Seronok lagikah mengibar bendera dalam keadaan Melayu menjadi papa dan
pariah di bumi sendiri. Tengoklah nasib Melayu Umno di kampong-kampong,
memang menyedihkan…
Mahathir amat menyedari bahawa majoriti
Melayu membencinya, sepertimana orang Melaka (terkecuali Ali Rustam) membenci
sejarah Mandeliar dan Kitul. Walaupun laporan yang diterima menunjukkan
sokongan orang Melayu kepadanya, Mahathir tidak mudah ditipu. Lalu sebagai
membalas dendam dan kesumat, dia mencerca dan menghina orang Melayu seolahnya
bangsa teras ini tidak mempunyai perasaan. Guru, mahasiswa, Tentera dan
kakitangan kerajaan tak kunjung padam dihina dan disakat dengan berbagai
peraturan dan syarat. Terkini ialah surat perjanjian kepada guru dan mahasiswa
supaya ‘bertaat setia’ dengan kerajaan secara membabi buta. Manakala imej
Tentera dijatuhkan dengan insiden dan jenayah yang berbaur SANDIWARA bikinan
Wayang Tinggi Putrajaya.
Dalam masa yang sama Mahathir memancing
kaum bukan Melayu dengan isu Meritokrasi. Meritokrasi dan Jus Soli adalah
‘barter trading’ perjanjian sosial dalam memberikan kerakyatan kepada orang
Bukan Melayu menjelang kemerdekaan Tanah Melayu. Jangan siapa tersilap
dan melompat dalam menangani isu tersebut. Rakyat bukan Melayu jangan terlalu
gembira disebalik juadah yang beracun itu. Tersilap makan akan buntanglah
badan. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata merana badan!
Apa lagi Melayu Umno tunggu…….???
Cakap bergaruk-garuk saku-saku diterbangkan
angin. Begitulah keadaan Melayu Umno yang berkarat kecintaanya kepada parti.
Akhirnya mereka sendiri papa dek kezaliman pemimpin parti mereka. Apa tidaknya
dengan perancangan ekonomi sewel yang menyaksikan kenaikan harga barangan
dan juga peningkatan kos pengangkutan dek kerana terlalu mengambil berat
nasib korporat. Selepas penyelamatan MAS, tiket MAS naik harganya. Sekarang
Tambang haji pun meroket naiknya( 1996- RM6***/ 2001- RM 9***) Selepas
ini kita menjangkakan Tol PLUS akan naik- sebab RENONG telah dibailoutkan.
Bolehkah pemimpin bawahan dan juga tokoh Umno menahan kemarahan kebencian
orang Melayu dalam hal ini???
Seperti biasa, dengan nasihat Yahudi
mabuk- beberapa kekalutan direkacipta. Terhasillah KMM yang hanya Dollah,Mahathir
dan Norian Mai saja yang tahu secara detailnya. Keributan dalam akhbar
dan tv dipandang sepi oleh rakyat- dicerminkan oleh rentak kehidupan yang
tenang dan aman. Tiada kekalotan pada masyarakat Bukan Melayu. Kerana mereka
juga sudah tahu tembelang dan temberang kerajaan. Semua AUTA dan CERITA
itu hanya untuk mengalih tumpuan rakyat dari ROMPAKAN yang bertali arus
terhadap Dana awam dan Perbendaharaan Negara. Mana mahu sorok itu kes-
MAS,RENONG,IWK dan berbagai lagi. Bolehkah bangkai gajah ditutupi?
Membantu Korporat dengan mencuri duit
rakyat bukanlah tindakan yang bijak dan diharapkan oleh rakyat Marhaen.
Rakyat melihat pemimpin politik sebagai serigala yang berebutan daging
lemparan seekor Maharaja singa Tua. Rakyat yang dibelenggu kebebasannya
terlopong putih mata melihat semuanya itu dengan penuh kebencian dan menyimpan
dendam. Anih perlakuan luar batasan undang-undang oleh penguasa zalim itu
dibiarkan sahaja PDrM yang galak menangkap rakyat yang hanya menuntut HAK
ASASI mereka yang dijamin pula oleh Perlembagaan negara. PDrM yang
menutup mata akan perlakuan rasuah dan salahlaku pemimpin Umno/BN dilihat
rakyat sebagai institusi awam yang BERSEKONGKOL dengan penjenayah.
Kebangkitan yang menggelombang majoriti
Melayu yang sensitif dan diketuai golongan cerdik pandai menghantar isyarat
menyeramkan kepada Mahathir. Mahathir tahu dia hanya menunggu masa saja
walaupun disokong oleh gerombolan polis yang Korup. Itulah gelombang arus
di bawah yang mampu membuatkan Mahathir senasib Suharto dan Marcos. Itu
sebab bedebah itu telah mengantar 6 kontena barangan ke Argentina seawal
kekalutan negara tempohari. Namun apabila melihatkan betapa lembab dan
patetiknya Melayu Umno yang telah dia doktrinkan otak mereka, Mahathir
kembali bersemangat sehingga ‘terlupa’ tanda-tanda bahawa Melayu telah
menjauhi dan memusuhinya.
Jika bukan Ulamak dan cerdik pandai
yang menjadi ukuran dalam bertindak dan merancang, apa pula agaknya kayu
ukur Melayu Umno yang minoriti itu?? Menunggu semboyan dari langit atau
MEMALI kedua??
Dr Nologareng - 28.08.2001
SILA
KLIK UNTUK
MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA
MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA
ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL
TANPA KEBENARAN PENULIS. |
|
|