 |
.... |
PROGRAM
SEWEL SAMBUT 31 OGOS
Oleh:
Dr Nologareng |
Mana-mana juga negara
bekas jajahan akan meraikan kemerdekaan sebagai sesuatu yang keramat. Ia
merujuk kepada penghargaan pejuang-pejuang lampau yang berkorban jiwa demi
generasi kemudian. Mereka sanggup dianggap penderhaka atau pengkhianat
oleh kerajaan yang memerintah asal saja anak cucu menjadi orang yang merdeka
dan bermaruah. Tidak ketinggalan juga Malaysia yang akhirnya mengecapi
kemerdekaan tanggal 31 haribulan Ogos 1957.
Semenjak hari Pengisytiharan kemerdekaan
di Stadium Mereka sehinggalah ke hari ini, negara menyambut tarikh keramat
tersebut dengan berbagai-bagai acara dan pesta. Bersilih gantinya
logo dan moto telah mewarnai sambutan Hari Kemerdekaan- rakyat menyambutnya
dengan penuh gemilang dan girang. Bahang kegembiraan itu diperhangat setiap
tahun sehinggalah terbongkar segala pekung dan tembelang kerajaan yang
menyundal dengan amanah yang diberikan.
Pada tahun-tahun sebelum 1998, rakyat
Malaysia secara sukarela memasang bendera negara, JG di badan kereta serta
kedai dan juga rumah sebagai simbol kegembiraan yang amat sangat. Ada berbagai
bentuk dan corak. Bendera ini dibeli secara perseorangan dan melekatkannya
ke tempat-tempat terdedah untuk diikuti oleh orang lain menirunya. Di sana-sini
atas jalan berbunyi hon kereta membangkit semangat dan bersalam kemerdekaan.
Kini keadaan jauh berubah dan menjadi sedemikian suram sehingga pengibar
bendera kenderaan menimbulkan kecurigaan dan dipandang jengkel oleh pemandu
lain yang memandang.
Semuanya bermula dengan kejatuhan
ekonomi serantau yang melanda dan diikuti pula oleh keributan politik Mamak
Bendahara- RAHSIA DAN PEKUNG PEMERINTAH MULA TERBUKA. Hanyir dan meloyakan
rakyat jelata yang peka dan hidup jiwa merdekanya. Beberapa siri keganasan
ala Yahudi keatas rakyat awam oleh penguasa dan tekanan ekonomi yang tidak
diatasi dengan sempurna telah membuatkan rakyat membuka MATA dan MINDA. Persoalan
mula mula timbul dan bermain di benak mereka- MERDEKAKAH KITA???
Pergi penjajah kulit putih, datang
penjajah sawo matang.
(Ungkapan dari sajak seorang pejuang
Arab)
Memang tajam sekali pemerhatian dan
terjemahan dari seorang pujangga. Ia menerangkan dengan tepat akan segala
yang berlaku di mana-mana juga negara bekas jajahan orang Eropah. Meliputi
dari Afrika, Arab sehinggalah ke Asia Tenggara. Negara kita Malaysia juga
tidak terkecuali. Bahkan, ia semakin menzahirkan diri sejak akhir- akhir
ini.
Menteri Perdana yang memerintah kini
aka Mahathir Kutty mendapat jawatan tertinggi negara secara percuma dari
Mantan MP- Tun Hussein Onn( bapa Hishamudin). Secara beragenda dan dasar
PECAH PERENTAH nya, bedebah ini mencengkam segala-galanya. Semuanya ini
dilakukan dengan bantuan Kitul-kitul yang beliau sendiri naikkan mereka
tanpa mengunakan kaedah meritokrasi( Mari tok kasi adala……). Akhirnya segala
agendanya menjadikan dia umpama seorang dalang yang mengatur segala cerita/drama
dalam kerajaan Malaysia. Pemusatan kuasa seumpama dalang wayang kulit inilah
pencetus kepada segala permasalahan negara.
Mahathir mematikan demokrasi dalam
parti miliknya (Umno baru) dan menggunakan kaedah kabinet pintu belakang.
Lantaran itu berubahlah Malaysia kepada sebuah negara Autokrasi yang menggunakan
Pilihanraya dan ujudnya parti pembangkang hanya sebagai lambang DEMOKRASI.
Parlimen yang dikuasai secara tipuhelah pilihanraya akhirnya menjadi ‘rubber
stamp’ kepada TITAH Maharaja berhati binatang ini. Melalui pendekatan itu
juga, kita menyaksikan semakin menghilangnya pemimpin berwibawa dalam kerajaan.
Inilah agaknya yang dikatakan MERITOKRASI ala mahathir!!
Kebejatan dan salahlaku mereka yang
didedahkan kepada umum samada melalui ceramah atau media eletronik, tidak
dapat disangkal mereka samada melalui Parlimen ataupun media yang mereka
kongkongi. Segala helah dan diversi cerita yang mereka rekacipta hanya
gawat dan merbahaya di peti TV dan akhbar. Rakyat umum tenang dan tenteram,
bukan kerana ada Polis! Kerana rakyat sudah tahu cerita selanjutnya. Rakyat
sudah memahami modus operandi, sasaran serta matlamat mereka. Rakyat sudah
MUAK dan MAJAL akan perilaku kebinatangan yang mewarnai KERAJAAN MALAYSIA
hari ini.
Rakyat berhak memilih- usah permainkan
kebebasan mereka
Oleh itu apa saja seruan atau rayuan
yang dibuat kerajaan samada melalui lagu, sajak, dokumentari hatta ugutan
sekalipun, pasti menemui kegagalan. Apakah kemaruk sangat hendak memaksa
rakyat marhaen memasang bendera di kereta mereka, sedang Mercedes dan Volvo
pemimpin sendiri tiada bendera. Lagi pun takkan tak boleh rakyat nak bersikap
kurang ajar sedikit? Bukankah pemimpin yang menjadi gurunya?? Kenapa pula
asyik rakyat saja yang mesti mendengar segala arahan dan rayuan mereka,
sedang rintihan dan rayuan rakyat dipandang SEPI bagai pariah di tepi jalan
oleh pemerintah ??
Rata-rata rakyat membungkamkan kebencian
dan kemarahan yang bukan kepalang kepada pemerintah hari ini. Sehinggakan
ada yang memasang angan alangkah baiknya jika tentera melakukan KUDITA.
Sekurang-kurangnya tercampak segala PENDUSTA dan PENGKHIANAT NEGARA dan
dihukum mereka atas kejahatan mereka kepada bangsa dan negara.
Selepas kibaran bendera gagal, bebudak
sekolah pula jadi tumpuan
Program sewel
sambutan Merdeka…..
Perkhabaran yang singgah di telinga
kelmarin amat memualkan. Sekali lagi kanak-kanak sekolah nak digunakan
untuk kepentingan politik MUFLISAN. Arahan melalui jabatan Pendidikan oleh
Kementrian di bawah Kadir Sheikh Fadzir meminta murid-murid sekolah ‘berqiamulail’
ala Bollywood menantikan detik tengah malam 31 Ogos ini. Boleh ternganga
ibubapa mendengarnya. Dalam keadaan mereka menyekat aktiviti sekolah yang
berbentuk Agama, kerajaan BN/Umno menggiatkan pula aktiviti hedonisma sekular
yang mengundang permasalahan baru. Bayangkan dalam kegelapan malam itu
sekiranya ada murid-murid yang nakal membuat kerja tak senonoh. Tidakkah
sembilan bulan kemudian mendatangkan manusia baru yang keliru kedudukan
haram halalnya??
Dalam kekalutan dan kegemparan Black
Metal dan bohsia yang terjadi, Mahathir sering menyalahkan Guru Agama.(loghat
dan nyanyuk Mahathir ni!!) Apakah program yang dicadangkan itu bukan sebagai
benih kepada kemungkaran dan terdedahnya remaja kepada kerosakan? Tanya
lah Hamid Osman dahulu sebelum program itu dilancarkan!! Jangan sudah terlajak
baru cari dia untuk mempertahankan kemungkaran!! Bukankan program Rakan
Muda yang pernah dijalankan dulu, juga menimbulkan masalah sosial yang
serupa- lahir anak tanpa bapa!???
Berdasarkan kepada tinjauan Parlimen
kedai kopi rata-rata ibubapa membantah akan program tersebut. Mereka sedar
akan tekanan yang ditanggung oleh Kadir Sheikh Fadzir dalam membodek dan
menonjolkan imej ketuanya yang haprak itu. Namun melibatkan anak-anak sekolah
yang masih mentah demi megaut keuntungan imej semata bukanlah langkah yang
bijaksana seorang menteri- lebih menggambarkan budaya Bollywood yang cuba
diserapkan oleh kerajaan- MELALAIKAN dan melekakan anak muda dari realiti
politik demi seorang Tua yang sudah senja pemerintahannya. Bukannya untuk
menaikkan semangat patriotik demi negara tercinta.
Mahathir kata Guru Agama yang bersalah
dalam hal salah laku murid, apa agaknya hujahnya mempertahankan budaya
Bollywood yang dianjurkan oleh si Kitul bernama Kadir ini???
Dr Nologareng - 24.08.2001
CatatanM@RHAEN:
Pohon kerjasama para netters yang
membaca artikel ini agar mencetak dan mengedarkan artikel ini kepada ibu
bapa yang mempunyai anak-anak di sekolah. Program Sewel Menyambut Detik
12 Malam menghendaki para pelajar berada di sekolah seawal jam 6 petang
30 Ogos hingga 8.00 pagi 31 Ogos. Kemungkinan besar terdapat para pelajar
akan menggunakan 'peluang dan kesempatan' ini untuk mengadakan 'sambutan
mereka sendiri' di tempat lain - di luar pengetahuan ibu bapa dan pihak
sekolah. Seelok-eloknya, para ibu bapa membuat bantahan agar Program
Sewel ini DIBATALKAN terus! Peristiwa malang pelajar perempuan
yang dirogol dan dibunuh rakan sekolah di Merlimau Melaka, masih lagi terasa
bahangnya....
SILA
KLIK UNTUK
MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA
MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA
ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL
TANPA KEBENARAN PENULIS. |
|
|