.... APAKAH PILIHAN KITA SEKARANG?
Oleh: Dr Nologareng

Semenjak kemerosotan sokongan dan undi orang Melayu dalam pemilu 1999 lalu, kita merasakan akan berlaku beberapa agenda luar duga yang bakal pemerintahan Autokrasi @ Diktator Baik lakukan. Bermula dengan Drama SAUK, isu Suqiu, Kampong Medan dan berbagai peristiwa ONAR yang telah mereka lakukan, namun kelihatannya seolah-olah rakyat terus menjadi pasif tanpa berbuat sesuatu. Kita katakan pasif kerana yang tinggal hanya ceramah dan satu dua acara demonstrasi yang kini hanya tinggal kenangan oleh sebab tekanan kuku besi pemerintah melalui PDrM yang telah diLEMBUkan. 

Unjuran dan telahan yang kita buat nampaknya satu demi satu menjadi kenyataan yang mana kebebasan rakyat terus ditekan dan dipermainkan seolah-olah keselamatan negara yang tergugat. Waimanya, Mahathir lah yang sebenarnya tergugat oleh kerana perlakuan jahat dan sumbangnya yang melampaui batasan dan menyinggah kepada semua orang. Bukan lagi rakyat yang berparti Alternatif sahaja terdesak  ataupun tersiksa. Malah SELURUH RAKYAT tidak kira keturunan dan kepercayaan. Biar pun mereka pendokong setia Umno, PAS, Keadilan, DAP ataupun komponen BN. Semuanya merasa bahana dan kesusahan yang semakin memuncak kebelakangan ini. Memang dijangkakan dan difahami sungguh bahawa rakyat berfahaman ‘AntiMahathir’ lah yang paling sengsara. 

Sebagaimana sedia maklum, Mahathir akan menggunakan apa saja yang dibenarkan oleh Perlembagaan kepadanya dalam memastikan  penguasaan yang berterusan. Hatta Abdullah Badawi pun amat memahami masalah ini. Namun apa kan daya dek kerana jawatan yang dianugerah percuma dengan ikhsan, mengunci mulut dan menutup rapat keberanian yang sekelumit itu. Tanpa peruntukan perlembagaan pun Mahathir akan melaksanakan apa juga yang difikirkannya perlu hatta terpaksa mengubah perlembagaan walaupun majority Melayu melihat tingkahnya dengan penuh kebencian dan dendaman yang amat. Bagi Mahathir tiada apa yang boleh menghalang agendanya (dan kuasa belakang tabir!) kerana dia bagai maharaja benua Kerala di bumi Malysia. Warga Tua yang berumur 72 tahun ini berpendirian MATLAMAT MENGHALALKAN CARA. 

Itu adalah sebahagian dari pegangan golongan Freemason yang diketahui secara sulit ingin menguasai Dunia. Mereka ini bertebaran di seluruh dunia menguasai dan mengungguli bidang masing-masing dengan matlamat yang satu. Kebanyakan kekeliruan dan kacaubilau adalah disebabkan perancangan kelompok ghaib ini. Mereka boleh mengambil berbagai bentuk dan jawatan. Bersandarkan motto yang nampaknya ideal, namun kepentingan peribadi juga akhirnya terserlah. Selepas peperangan Dunia pertama, kelompok ini telah dikesani di Jerman dan dipercayai menjadi penyebab kekalahan Jerman ketika itu. Kebocoran rahsia sulit mereka telah menyedarkan Eropah dan berlakulah penyingkiran mereka. Sebahagian dari dokumen itu tersimpan di Muzium London. 

Berbalik kepada negara kita yang Allah takdirkan indah dan kaya dengan hasil bumi. Untungnya kejatuhan ekonomi yang berlaku telah menyedarkan rakyat negara kita dari lena dan tidur panjang. Mereka mula memahami akan  erti sebuah negara demokrasi dan tuntutannya. Inilah yang membingung dan membimbangkan kerajaan yang diterajui Umno. Tidak boleh lagi sewenangnya mereka menyogok propaganda murahan. Penyingkiran Anwar Ibrahim menimbulkan polemik dan gelombang kesedaran yang berkesan. Rakyat berbondong mencari maklumat melalui ceramah, akhbar alternatif dan internet. Buat pertama kalinya akhbar arus perdana,televisyen dan Dr Mahathir sendiri dipinggiri dan menjadi bahan momokan rakyat terbanyak. 

Akhirnya rakyat menyedari segala pembohongan dan penipuan kerajaan selama ini. Duapuluh tahun pemerintahan Mahathir telah merosakkan segala-galanya. Penonjolan watak Che Det si ‘Melayu ultra’ akhirnya menyerlahkan sikap sebenar ‘Mamak Auta’ yang kini dianugerahi berbagai gelaran sumpah seranah oleh orang Melayu. Pemerintahan Mahathir hanya menguntungkan segelintir rakyat yang merangkumi kroni dan sanak saudaranya. Malah tanpa rasa malu dia bersekongkol dengan menteri kabinetnya menyalahgunakan peruntukan KHAS Bumiputra yang telah dijamin oleh Perlembagaan. Orang Melayu kini merajuk hati dan menjeruk rasa dengan sikapnya yang terserlah MERUGIKAN nasib dan survival Melayu di masa depan. Biar apa pun fahaman politik mereka, MASALAH yang mereka tanggung adalah sama- Mahathir a/l Mohamed Iscander Kutty. 

Dalam masa yang sama rakyat negara jiran kita Indonesia, telah pun melakukan penghijrahan dengan menolak kelompok perampok yang telah memiskinkan negara yang mempunyai segala hasil bumi dan jumlah rakyat yang ramai lagi rajin. Suharto yang kebal itu akhirnya disingkirkan secara Perlembagaan dengan dokongan Militer yang memang selama ini mengiyakan saja kepimpinannya. Kebijaksanaan pemimpin watan yang berunding serta hasil dari pengajaran peristiwa lampau terutamanya GESTAPO, mengurangkan darjah bencana dan kacaubilau yang terjadi. Jumlah kematian yang sedikit dan kerosakan bangunan tidaklah seberapa jika kita bandingkan dengan keluasan negara dan jumlah rakyat yang ramai itu. 

MAHATHIR ANTI-DEMOKRASI 

Sayangnya orang melayu sudah seperti termakan ‘nasi tangas’ Mahathir. Bagai suami yang terkena ilmu guna-guna, asyik menurut saja apa saja kata sang isteri. Begitu juga sikap orang Melayu yang menyanjung Dr Mahathir. Buat pertama kalinya rakyat menyaksikan seorang Menteri Perdana yang begitu rakus menggunakan segala kaedah mahupun muslihat dalam memastikan kekuasaan menjadi miliknya yang mutlak dan ‘kekal’. 

Mahathir bukanlah seorang demokrat seperti yang dipertontonkannya kepada negara luar. Kewujudan parti politik dan pilihanraya adalah sekadar pelengkap kepada ‘Demokrasi’ ala Mahathir. Ia akan mengagung-agungkan demokrasi selagi jawatan nombor satu itu miliknya tanpa gugatan dan BN terus berkesinambungan. Sekiranya wujud tanda-tanda ketewasan walaupun baru berupa percikan buga api, PASTI akan ditutupnya pintu dan saluran demokrasi. 

Kelakuan dan sepak terajang politiknya dalam Umno menceritakan segala-galanya. Pindaan dan peraturan berhubung pertandingan jawatan Presiden Umno sentiasa diubah-ubah dalam memastikan kemenangannya. Secara RASMI Mahathir telah mematikan nilai penting demokrasi hatta dalam partinya sendiri. Lalu , apakah boleh kita mengharap kepada Pilihanraya sebagai acara menukar kerajaan sekaligus membuang si bedebah itu dari arena politik negara? Sewajarnya politikus negara memikirkan jalan lain yang lebih manasabah dan praktikal dalam menyingkirkan kerajaan yang berselindung di sebalik kekerasan dan penyalahgunaan institusi Polis- PDrM!! 

Apa guna kita membohongi diri dan pengikut akan kebarangkalian memenangi Pemilu tahun 2004. Ianya tidak lebih bagai satu sandiwara drama swasta. Mahathir mempunyai segalanya- Kuasa, SPR, Parlimen, kabinet, duit dan PDrM. Inilah kekuatan yang sering Mahathir salahguna dan mencabut Hak Rakyat dalam Perlembagaan. Persempadanan Semula, pengundi hantu, pindaan akta Pilihanraya dan kerjasama erat/perkongsian bijak dengan PDrM semuanya akan memastikan kemenangan kerajaan BN. Bolehkah barisan kepimpinan Alternatif menafikan hakikat itu? ( Inilah juga fakta yang Polis tekankan kepada Hishamudin Rais dalam soaljawab mencari roket launcher arahan Norian Mai!!) 

Hatta jika tewas sekalipun, tidak mungkin kah Mahathir melakukan perbuatan keji mengingkari keputusan pemilu seperti yang berlaku di Turki dan Algeria?? Kepimpinan Parti mesti menangani permasalahan ini dengan terbuka dan bijak. Kekurangan kita adalah kerana tiadanya individu seperti Gen. Wiranto yang cekal dan berpandangan jauh dalam menasihati Suharto meletakkan jawatan! Inilah kunci kekuatan dalam perubahan di Indonesia yang menghalang merebaknya pertumpahan darah. Siapakah Wiranto Malaysia? Norian Mai…??!! Hmmmm…….. 

POLITIK MAHATHIR MENGUNDANG PADAH 

Dalam keadaan terang lagi bersuluh ini pun Mahathir masih mahu bersandiwara tanpa maruah. Mana pergi janjinya yang mahu mengundurkan diri apabila mendapat isyarat dari rakyat? Apakah dia menunggu sehingga telur tembelang dilemparkan ke muka atau dimaki secara ‘koir’ oleh rakyat? Tertegapnya Mahathir di Putrajaya adalah kerana sistem KOTOR yang masih mengampunya dengan PDrM memegang teraju utama.( Sama seperti system di Indonesia sebelum kejatuhan Suharto!) Rakyat amat memahami keadaan itu. Rakyat terus bersabar dan memerharti. Apa pula yang dibuat Mahathir untuk membaiki keadaan?? 

Mengenali Mahathir yang sering berkonfrantasi dengan musuh politiknya, kita dapat menghidu langkah beliau seterusnya.( Ia ibarat Tikus Mahathir membaiki labu bagai kata Pak MT ). Dengan cengkaman keatas PDrM dan sekutunya, Mahathir terus bermaharajagila. Adu-domba dan mencipta alihan tumpuan (diversion) terus beliau lakukan dengan menggunakan ejen-ejen saboteur. Lalu terciptalah pergaduhan, rompakan bersenjata, pembunuhan politikus dan sebagainya. Yang menakutkan mereka ialah laporan sulit SB yang menunjukkan wayang dan helah mereka tidak dapat menarik rakyat seperti dahulu. Rakyat sudah tahu siapa PETUALANG dan PENGKHIANAT negara!

Entah Yahudi mana  yang menjadi penasihatnya, tindak-tanduknya kebelakangan ini menjadi begitu mirip seperti layanan Israel terhadap rakyat Palestin. Mahathir mula memusuhi bangsa Melayu secara terang-terangan!! Lalu timbul isu penangkapan ISA, kumpulan Mujahiden dan Meritokrasi. Mahathir menjadi berani kerana 2000 manusia berhati kaldai telah sanggup menepuk tangan dan berdiri menyanjung seorang MAMAK yang baru tadi memaki dan menghina bangsa mereka. Itulah yang memberikan ‘endorsement’ untuk menjadi lebih zalim dan khianat kepada orang Melayu. Alasannya ialah rakyat terbanyak menyokong langkahnya.?? 

Hak Keistimewaan Orang Melayu (HKOM) adalah antara intipati atau ‘core’ dalam pembentukan Malaysia sebagai TUKARAN dengan ‘Jus Soli’ yang memberikan kerakyatan secara MUDAH kepada non Melayu menjadi warganegara!! Ini tiada siapa boleh mengusiknya hatta seorang Menteri Perdana tanpa restu orang Melayu secara RAMAI- bukan sekadar ‘endorsement’ lembu 2000 ekor itu!! SILA AMBIL PERHATIAN!!! 

Sekali pandang nampak macam Mahathir menjolok orang Melayu untuk bangun mengganyang kerana isu itu terlalu sensitif dan serius. Kematangan rakyat umum begitu tinggi dan terus memerhati telatah ‘manimal’ usang ini. Tetapi bolehkah kemarahan Melayu yang menggelombang diempang, sekiranya Mahathir terus-terusan berlaku curang? 

Dr Nologareng

SILA KLIK UNTUK MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL TANPA KEBENARAN PENULIS.
Click Here!