 |
.... |
PERJUANGAN
ISLAM GAGAL LAGI. MENGAPA?
Oleh
Dr AQ |
HAMPIR SETIAP
kali penulis membaca atau mendengar tentang berita dan cerita mengenai
“perjuangan” Islam, terutama dalam dekad ini, “perasaan” saya dan beberapa
orang teman yang bersimpati, terharu. Sebabnya ialah perjuangan yang
sama bentuk dan cara pendekatannya, sering “kalah” dan kemudian ia memantul
kepada diri “pejuang” dan Islam itu sendiri. Islam dikutuk begitu rupa
bukan sahaja oleh bukan Islam tetapi juga oleh orang Islam sendiri. Malahan
ramai “pemimpin tertentu” yang bernama dengan nama Islam dan “mengaku”
beragama Islam yang menjatuhkan Islam. Kemungkinan besar sebab KEGAGALAN
PERJUANGAN ISLAM, antara yang kami dapat ketengahkan, di sini
adalah sebagai berikut :
1. Kurang merata tentang kefahaman
orang Islam tentang tujuan dan aktiviti para pejuangan dalam sesuatu persatuan.
Mungkin ketiadaan media untuk menyampaikannya kepada umat Islam secara
terbuka dan ilmiah. Maka ia akan jadi lebih sulit lalgi, jika perjuangan
(Islam?) tersebut dibuat secara “berrahsia”. Begitu perjuangan Islam yang
bercampur aduk dengan perjuangan yang berdasarkan pada perkauman
dan kebangsaan dan unsur bukan-Islam*.
Orang Arab umpamanya, masih tebal
dengan pengaruh “keAraban” setempat.
[*Dalam berbagai perjuangan Islam,
baik dimana sahaja, bahawa biasa terengar perkataan “Islam” jika
“mereka”berada dalam kesusahan atau hampir gagal terancam oleh pihak luaran.;
tetapi, sebaliknya jika mereka rasa boleh tahan dan akan berjaya (disokong
oleh golongan “sekular” unsur luaran) maka mereka tidak mahu mendasarkan
perjuagan mereka pada Islam. Lihat sahaja waktu mereka “minta duit.”,
tanpa progam yang terang, maka disebutlah Islam dan pahala!]
2. Kesempitan pandangan. Sebab utama
ialah keangkuhan diri pemimpin :.
a) Mereka bersendirian mengolah dan
memutuskan perkara penting mengenai sesutu isu besar ; dengan kata
lain mereka tidak suka bertanya, tetapi suka ditanya** ;
b) Masing-masing, bercakap atas nama
jawatan persatuan atau parti dengan
memakai gelaran atau jawatan yang
disandangnya.;
c) Mereka kurang sekali bermesyuarat
bersama orang lain yang pakar dalam sesuatu bidang, terutama jika pendapat
orang lain itu akan tertonjol dan “beliau”rasa terpenggir dalam mesyuarat;
[kata orang putih:bersikap : ” sour grape” perasaan rendah diri atau kurang
tahu ditutup oleh gelar dan jawatan !]
d) Ketamakan merebut isu, mencari
“publicity”, tetapi tidak membuat persediaan yang lengkap walaupun
daripada pemikiran dirinya sendiri ;
e) Percakapan atau ulasan atau “fatwa
sendirian berhad” tertakluk pula kepada dasar media yang ditemui ;
f) Malas menulis apa yang ia mahu
ucapkan atau perkatakan mengenai apa yang ditanyakan ‘
g) **Kegemaran menjawab : ada tanya
, ada jawab. Tanya sedikit, banyak jawab. Bagi penulis, sepatutnya pemimpin
berkenaan “menyoal” dan bertanaya balik kepada mereka yang bertanya. [Jika
tidak pandai main bola maka jangan bola itu ditangkap. Peraturan main “bola
sepak” kena gelecek dan tendang ke arah gol lawan, bukan? ; (seperti
yang di nyatakan oleh seorang bekas pensyarah, Al-Qaf, bahawa kebanyakan”pemimpin
Islam kita” tidak pandai main bola (kaki bangku), maka apabila orang tendang
bola lantas ia bekejaran dan tangkap bola tersebut. Jika ia bijak maka
ia tendang balik, bukan peluk !) ]
h) Sikap serba-tahu (master know-all)
dan tidak tahan “rahsia” banayak berlaku pada pemimpin yang bercakap tentang
Islam ; pendapaat mereka tanpa pendekatan ilmiah; tambahan pula jiak
terdapat pengikut yang kurang ilmu, “buta” tentang dasar dan pendekatan
hukum fekah. Dengan kata lain mereka jadi begitu “fanatik”dalam erti kata
ikut buta-tuli ; ulama tidak boleh dikritik atau ditegur. Sikap memandang
pemimpin mereka kurang “salah” atau “maksum” ini merupakan unsur yang membawa
kegagalan dalam sesuatu perjuangan. [Padahla dalam Islam bahawa
kepimpinan ulama hendaklah sentiasa merujuk kepada sumber dan orang yang
pakar dalam bidang tertentu. Jika membincangkan tentang hendak buat jalan
dan jambatan maka ramai jurutera, pakar ekonomi dan pakar masyakarat yang
mesti mereka dengar. Maqam kasaf seseorang atau di bermuroqabah dalam uzlah
dan suluk, bagi menentukan sasuatu perjuangan bukan merupakan satu
syarat utama dalam mengatur cara yang perjuangan. Tambahan pula perjuangan
dan atur caranya tidak disusun dengan baik dan berjngka panjang. Justeru
itu, maka “apabila kamu selesai sesuatu urusan maka bekerja keraslah (urusan
yang lain) ; dan kepada Tuhanmu herndakalah kamu berharap”.-Al-insyirah
: 7 & 8”. KITA KENA USAHA DENGAN MENYUSUN STRATEGI DAN
TAKTIK YANG BAIK. Justeru itu , bagi penulis, maka pemimpin dan pengikut
yang berjuang dalam zaman sekarang ini, bukan sekali sekala sahaja
membuat solat istikharah, malahan mereka perlu berisytikharah pada
setiap malam, kerana begitu banyak isu dan masalah yang datang di hadapan
pemimpin dan umat Islam. Banyak isu dan agenda perangkap
yang tidak terduga muncul di masjid dan di luar tandas. Jika dijawab, maka
“ia” otomatis jadi penyepak kepada diri PEMIMPIN yang menjawab. Contohnya
banyak.
i) Kualiti kepimpinan, contoh
kwaliti atau mutu kepimpinan nabi dan ulama terkenal tidak diikuti, walaupun
mereka sendiri tahu dan memberi tahu kepada pengikut mereka tentang mutu
sifat yang boleh membina Islam di setiap peringkat. [Untuk melihat
mutu kepimpinan yang unggul selain daripada sifat nabi (siddiq, amanah,
tabligh dan fatanah), sila baca mengenai penulisan mengenai kepimpinan
dalam arkib “penulis cyber” tranung kite]
3. KESIMPULANNYA, saya kira,
ummat Islam sekarang ini tidak dapat berpegang atau memberi satu kepercayaan
yang teguh kepada pemimpin dan kepimpinan Islam dimana-mana di dunia ini.
Ummat Islam sedang mencari atau menunggu munculnya seorang pemimpinan dengan
barisan kepimpinan yang berwibawa. Namun demikian satu set rukun dan syarat
kepimimpian wajib sentiasa di ketengahkan untuk menjadi pedoman pilihan
dan tumpuan ummat. Semoga satu barisan kepimpinan ilmuan yang dinantikan
akan lahir, untuk menggantikan orang politik, orang beruniform dan orang
koperat yang mengatur dunia sekarang ini. [para ilmuan sedang jadi hamba
pemberi wang] . Allah Yang Maha Mengetahui. SELAMAT HARI RAYA.
MAAF.
- Dr AQ Disember, 2001.
 |
FREE - An online program
to make a huge income. more info
(javascipt enable browser only) |
|
|
|
https://e-umno.tripod.com/