MEMERIKSA KELEMAHAN DAN TINDAKAN Jika masyarakat dan negara mahu selamat daripada segala macam akibat runtuhan penyakait masyarakat ; dan jika orang Melayu mahu kekal dengan Melayu, seperti juga orang bukan-Melayu yang tidak mahu meleburkan sandaran unsur “sentimental” mereka, maka kajian dan tindakan segera mesti dibuat. Antara lain ialah sebagai berikut : Pertama, keluarkan perangkaan yang sah dan telus tentang kedudukan orang Melayu dalam segala bidang kehidupan yang antara berasas pada Islam, tanah-air, bahasa dan budaya. Kedua, ilmu dan pendidikan menjadi fokus utama. a) Ilmu tidak boleh dijual beli atau
diperdangakan seperti sekarang.
Strategi kewangan dan perancangan
hendaklah jelas dan selaras.
Tidak menjadi salah jika kita menyatakan bahawa sudah ramai pemimpin Melayu dan cendekiawan Melayu sudah lupa sejarah lima 05, 10, 20, 30,40, 50, 100, 500 1000 tahun dan seterusnya jauh ke belakang. Sebabnya mereka terpengaruh dengan umpan “melihat ke depan” (futuristic) berbentuk “kapitals-kebendaan”. Mereka tidak mengerti tentang asas ujudnya bangunan institusi Melayu yang mereka duduki sekarang. Bahawa bangunan itu sudah diubah-sesuai asasnya. Dengan kata lain dalam bidang pendidikan umpamanya mereka lupa dan tidak mengerti bagaiamana mereka telah dididik hasil dari ujudnya Penyata Razak 1956 (Ordinan pelajaran 1957), dan Abdul Rahman bin Talib 1960 (kaji semula) diterima oleh kerajaan. Begitu juga mereka juga lupa perjuangan Melayu dan Islam jauh sebelum merdeka, jauh sebelum sebelum munculnya Dato Onn dan Tunku Abdul Rahman. Penulis tidak begitu pasti “penyata” apa atau yang mana satu dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan selama ini. Apa yang terlihat, hasilnya adalah ketidak-imbangan berlaku bagi orang Melayu dalam badang pendidikan ! Sesungguhnya, apa yang didengar dan dibaca dari berbagai penulisan, antara lain ditulis oleh Datuk Zainal Abdidin bin Abdul Wahid*, keluhan, dalam mseyuarat agung parti politik Melayu, termasuk UMNO sendiri, penyataan “kekecewaan” peserta dalam beberapa seminar pendidikan dan seminar menengai “Orang Melayu” secara umum, telah tidak memberi nafas yang lega. Malahan ia merupakan sejenis penyakit barah . Sejarah mencatitkan bahawa kuasa Melayu, kian merosot, bukan sahaja dalam bidang pendidikan atau “kewibawaan interlektual”, tetapi juga dalam semua bidang kehidupan termasuk politik. [sila kembali kepada unsur keteguan sesuatu masyarakat termasuk Melayu] Penguasaan dan Pembuat Keputusan. Satu trend yang ujud dalam sistem Barat yang berideologi dan berfalsafah, dalam semua negara, di dunia ini ialah tentang penguasaan kuasa dan membuat keputusan telah dimonopoli oleh tiga golongan. Pertama, orang politik (politicains) ; kedua, orang berniform dan ketiga, orang koperat. Mereka yang membuat keputusan dan bercakap kepada rakyat. Dari tiga golongan ini maka orang koperatlah sebenarnya membuat dasar kehidupan. Peranan cendekiawan sudah tidak ada. Mereka hanya menjadi alat sahaja. Malahan ilmu pun diperniagakan begitu rupa. Penyelidikan dan Pembangunan (R & D) ditentukan oleh pemberi “funds” atau peruntukan. Syarikat gergasi membeli cendekiawan dengan harga yang mahal.! [perincian yang lanjut dalam hal ini boleh dikaji bagaimana persatuan atau Dewan Perniagaan satu-satu kaum memainkan pernanan politik dan pendidikan. Malahan jaringan setiap orang politik tidak terlepas dari orang koperat untuk kewangan dan orang uniform berlindung. Amerika umpamanya, mereka yang bercakap bukan lagi cendekiawan atau profesor, tetapi tentera dan orang politik yang mempunyai banyak saham istimewa dalam berbagai syarikat] [ CNN umpamanya, tidak lagi ada (jarang sekali) suara professor dan orang yang pakar dalam satu-satu bidang diundang. Berita dan ulasan ialah mengenai strategi “memerangi pengganas” Mereka yang bercakap ialah orang politik dan tentera sahaja dengan “gertak” dan bom.] Peranan Cendekiawan Bagi kaum cendekiawan sekarang bukan mudah untuk mendapat suara atau tempat untuk memberikan pendapat “bebas” mereka kepada masyarakat. “sanctions” dan “corrections” dari dunia “kuasa besar” pun sudah terasa di sana sini.; perut orang kian kecut ; seri ilmu kian pudar. Kata-kata hikmah dan tasfisran dari kitab agama pun “terpilih” begitu rupa. Lembaran sejarah pun terlangkau jauh atau dibelenggu. Lembarannya tidak dibuka dengan jujur lagi. Jadi, bagaimana cendekiawan boleh memperkaktan tentang tujuan ilmu dan perananya ? a) Aapakah ilmu di universiti
menjadi “mercu-suar” atau lighthouse of the nation seperti tujuan asal
sesuai dengan hakikat ilmu itu sendiri ?
Jalan Keluar Pertama, para ilmuan harus sedar bahawa pada mereka bergantungnya masa depan sesebuah masyarakat dan negara ; bukan tiga golongan yang disebut di atas tadi. Peranan ilmu harus disedari kepada semua anggota masyarakat yang prihatin ; Kedua, membersihak ilmu daripada terlalu banyak “campur tangan” orang politik dan koperat, Sebab besar ujud kepincangan ilmu ialah adanya unsur campur tangan mereka ; Ketiga,** dengan demikain
maka bahru dapat meningakat mutu ilmu dan diri ilmuan itu sendiri.
Penonjolan tentang kejayaan seseorang pelajar, guru, pensyarah dan prosfesor
diberi sanjungan istimewa. Bukan penghibur dan ratu cantik yang ditonjolkan
dengan hadiah terbesar umpmanya; [satu pandangan yang boleh
dibahas ialah “bahawa sesebuah universiti menjadi terkenal ialah kerana
ada beberapa faktor. Satu faktor yang utama ialah universiti mempunya professor
yang terkenal. Dia atau beberap orang menonjolkan “penemuan istimewa” atau
pendapatnya bertaraf antara-bangsa. Satu daripada beberapa faktor, umpamanya
Universiti Malaya menjadi terkenal dahulu ialah Naib Canselor ialah orang
“Eropah”. Kemudian Ungku Abdul Aziz memainkan peranan aktif dalam menyelesaikan
beberapa “masalah negara”. Rakyat mengahrap kepada orang sepertinya, tidak
banyak keada orang politik membentangkan “findings” kerana itu boleh menambah
lagi masalah]
- Dr AQ Disember, 2001.
![]() |