Semua orang bersetuju bahawa pendidikan merupakan nilai yang tertinggi sekali dalam kehidupan mansuia. Masing-masing bangsa dan individu yang berjaya, secara murni adalah menurut tingkat dan taraf ilmu yang mereka punyai. Seorang doktor perubatan, seorang saintis, biasanya dahulu diberi penghormatan tinggi oleh masyarakat. Pendek kata, semua ilmu berguna dan diperlukan oleh masyarakat sepanjang zaman. Rendah ilmu maka rendahlah kedudukan masyarakat itu. Perangkaan
Ini bukan soal hanya segelintir, bahawa manusia Melayu yang menonggang “nama Melayu”, dan kerana Melayu maka ia diberi jawatan dalam isntitusi kerajaan ataupun syarikat swasta bukan Melayu. Persoalan isunya ialah mereka itu mempunyai status dan peranan yang boleh membuat keputusan dan melaksanan membuang tanggung jawab warisan bangsanya. Cium Kaki
Untuk mempastikan keadaan sebnar, maka “perangkaan” yang telus dan sah hendaklah disiarkan. Dengan demikian, maka dengan itu dapat ditentukan tahap mana orang Melayu berada dan apa yang dilaksanakan sekarang. Persoalan yang perlu dijawab : 1) Sejauh mana Islam difahami dan dilaksanakan oleh orang Melayu selama ratusan tahun sejarah perkembangannya di tanah air ini ? 2) Seluas mana tanah yang dipunyai dan dikuasai oleh orang Melayu yang punya negara ini ? Dan bagaimana dengan isi tanah dan hasil hutan dan tanaman, siapa yang menikmatinya ? 3) Sebanyak mana air di sungai dan di laut yang dikuasai oleh orang Melayu ? Air galian dan segala kehidupan air siapa yang menikmatinya ? 4) Bahasa
Melayu sejauh mana kewibawaannya ?
5) Budaya Melayu ikut serta jadi lemah dan lembek. Sebabnya, fokus masyarakat umum dan juga masyarakat Melayu selama ini sangat tertumpu kepada “kebendaan”. Orang ramai, termasuk juga para ilmuan, mengejar “kebendaan” dengan mengabaikan bidang yang lain, terutama nilai unsur ikatan bangsanya : mengabaikan dasar keteguhan Islam, “tanah-air”, bahasa dan landsan unsur “sentimental” yang baik. [Fokus ekonomi yang berdasarkan sistem “kapitalis-kebendaan” ini memang diminati oleh hampir semua manusia kerana ia “seronok” seperti orang berjudi dan berhibur. Akibat : kian lama kian kurang jumalah yang berutung. Apapun akhirnya mereka juga akan jatuh di dalam belon yang bocor !.] Disember, 2001. Sambung: Melayu Kian Tercabar (2) - Dr AQ
![]() |