 |
.... |
Hanya
Satu Senjata Mukmin Dapat Tewaskan Mahathir
Oleh:
Cucu Datuk Bahaman |
Sudah agak lama saya
tidak menulis. Sebahagiannya kerana didorong oleh situasi dan pemerhatian
politik yang kurang memberangsangkan yang dipamerkan oleh kita dalam menghadapi
mehnah pihak lawan. Keganasan regim Firaun Mahathir semenjak akhir-akhir
ini benar-benar membuatkan saya rasa amat tercabar dan marah yang bukan
kepalang. Siri-siri cengkaman dan penindasan ke atas saf pemuda-pemuda
Keadilan, pelajar universiti, pengharaman ceramah dan terkini operasi merosakkan
imej dan pengaruh PAS dan pimpinannya melalui kaitan dengan apa yang dinamakan
Kumpulan Mujahidin Malaysia merupakan rentetan siri tindakan kejam
dan buas regim keparat itu untuk terus menerus menekan dan menindas parti-parti
pembangkang.
Persoalannya, sampai bila kita mahu
bersabar dan berterusan membiarkan mereka melakukan apa sahaja untuk menghancurkan
kita dan mengukuhkan kekuasaan mereka ? Saya percaya jika keadaan
seperti pada hari ini berterusan sehingga 2004 nanti, kemenangan untuk
membentuk kerajaan dengan memenangi pilihanraya akan datang ibarat mimpi
sang puteri sahaja. Dengan segala kekuatan dan jentera kerajaan berpihak
kepada regim Mahathir, adakah mungkin kita dapat menawan Malaysia pada
2004 ? Saya amat pesimis untuk mengandaikan kemenangan itu akan berpihak
kepada kita, melainkan berlakunya “keajaiban” dari langit.
Sampai bila kita mahu berterusan membiarkan
Mahathir meneruskan keganasannya ke atas BA dan rakyat ? Belum jelas dan
nyatakah kekejaman dan kezaliman diktator tersebut sehingga kita hanya
mampu berputih mata sahaja? Sudahlah polis kini menjadi terlebih hina dan
keji dari anjing buruk kepala – kejam, ganas, penipu, pembohong,
pemutarbelit fakta palsu kepada rakyat, kaki rasuah, kaki maksiat dan sejuta
satu macam kejahatan makhluk bernama polis Malaysia itu, maka kita
masih lagi “bersabar” terhadap semuanya.
Bukan tujuan saya untuk menaikkan
semangat rakyat agar mengangkat senjata dan buluh runcing melawan dan berperang
dengan polis dan askar regim Mahathir ini, tetapi selagi Mahathir berkuasa,
selagi beliau hidup dan selagi beliau menjadi Perdana Menteri, kegawatan
dan nasib malang rakyat negara ini amnya, PAS dan Anwar khasnya tidak akan
berubah malah akan semakin buruk dan parah. Oleh itu saya ingin menyeru
kepada pucuk pimpinan PAS, Keadilan dan PRM serta seluruh rakyat yang cintakan
keamanan , inginkan perubahan dan dahagakan keadilan agar melakukan
tindakan konkrit secara kolektif dengan melakukan solat hajat pemusnah
meminta agar Allah menjahannamkan Mahathir dan kerajaannya, mungkin dengan
kematiannya ataupun perbalahan sesama komponen parti di dalam BN itu sendiri
yang membawa kepada kehancurannya.
Tentu anda semua masih ingat di awal
pemecatan Anwar dulu, ramai rakyat yang melakukan solat hajat selepas dicabar
oleh Mahathir. Kesannya, Mahathir diberitakan “menggelupur” kepanasan
sehingga terpaksa mendapatkan air penawar dari seorang tokoh agama di negeri
Kedah. Juga dikatakan yang Seri Perdana ketika itu benar-benar “berpuaka”
untuk didiami. Saya cukup yakin dengan cerita-cerita tersebut kerana bahana
solat hajat yang dibuat oleh rakyat itu amat ampuh. Pokoknya, setakat pada
masa itu sahajakah doa dan ‘senjata’ yang kita mampu gunakan ke atasnya
walhal kezaliman dan kekejamannya tidak pernah surut selepas beliau
pulih semula daripada bahana solat hajat itu.
Inilah sikap buruk dan pengecut kita
yang patut dikikis sama sekali. Berdoa dan meminta pertolongan cuma untuk
ketika –ketika tertentu sahaja sedangkan kemakbulan doa atau senjata
ampuh kita itu telahpun menampakkan bekasnya dahulu. Jika Nabi Musa a.s.
berdoa selama 40 tahun untuk menghapuskan Firaun Ramses, memadaikah kita
cuma berdoa beberapa ketika sahaja untuk menumbangkan Firaun Mahathir ?
Saya menyeru dan merayu kepada pucuk pimpanan PAS dan BA, ketika saat genting
begini, senjata sulit dan ampuh untuk memusnahkan Firaun Mahathir
seperti yang dibuat ketika di awal Anwar dipecat dahulu wajar digunakan
semula. Apakah kita mahu membiarkan Mahathir berterusan melakukan tindakan
ganas yang kita sendiri pun tidak dapat menjangkakannya ? Apakah kita hanya
akan bertindak apabila TG Nik Aziz sendiri yang disumbat ke dalam ISA?
Apakah kita akan bertindak hanya apabila TG Hj Hadi Awang dilebamkan matanya
oleh Norian Mai? Apakah kita akan bangkit mengamuk apabila Ustaz
Fadzil Noor dibogelkan di dalam lokap polis? (Maaf, ini adalah fakta dan
realiti semasa dalam tahanan polis Malaysia). Apakah kita ini sebenarnya
hanya akan terantuk bila sudah tengadah?
Oleh itu saya memohon agar kita semua
melakukan semula solat hajat besar-besaran di setiap masjid dan surau seperti
mana di awal Anwar dipecat dahulu – dengan hanya satu tujuan iaitu meminta
agar Allah s.w.t. memusnahkan Mahathir secepat mungkin agar terhentilah
kezaliman dan kejahatan di muka bumi Malaysia ini. Agar terhentilah penindasan
dan kedurjanaann ke atas mereka yang teraniaya dan tidak bersalah seperti
Anwar yang kian parah deritanya, Nik Adli yang teraniaya, Al-Maunah yang
disandiwarakan, Ezam dan kawan-kawannya yang terpenjara dan rakyat
seluruhnya yang dirompak dan diperkosa hak dan kebebasannya. Tiada gunanya
kita mengadu kepada Suhakam. Tiada faedahnya kita meminta bantuan Suhakam
sedang Suhakam sendiri hanya mempunyai lidah dan airliur sahaja.Lebih baik
kita berterusan mengadu terus kepada Allah s.w.t.
Saya percaya jika kita melakukan solat
hajat di setiap masjid dan surau secara berterusan, Mahathir si jahannam
itu bukan sahaja akan kepanasan malah akan memasuki liang lahadnya dengan
cepat dan “selamat”. Apakah pihak polis yang kini menjadi alat kepada Syaitan
durjana itu akan menangkap pula orang yang bersolat hajat kerana
berkumpul lebih dari 5 orang pada suatu tempat dalam keadaan yang “mencurigakan
“ ? Apakah water canon dan FRU akan digunakan juga untuk rakyat
yang sedang solat hajat kerana dianggap mengancam keselamatan negara
dan kententeraman awam ? Inilah masanya kita membuktikan kepada dunia bahawa
regim Mahathir ini sebenarnya terlebih buruk, kejam dan zalim daripada
Hitler dan Shah Iran dahulu.
Saya cukup yakin jika seperti hari
inilah riak dan reaksi kita dalam menghadapi kezaliman berterusan si keparat
Mahathir itu, usahlah bercakap tentang mimpi dan angan-anga menawan Malaysia
pada 2004 nanti. Saya mempunyai banyak sebab dan alasan untuk berkata begini.
Bukan bermakna tidak percayakan pucuk pimpinan tetapi untuk berdepan dengan
jerung ganas di lautan masakan cukup dengan menjerit meminta tolong semata-mata
sedangkan di kiri kanannya lautan luas tak bertepi manakala gerombolan
jerung mengintai menyeringai gigi !! Apakah kita masih lagi
menaruh belas kasihan terhadap manusia durjana yang berhati serigala itu
maka dengan itu kita merasa teragak-agak untuk memusnahkannya dengan senjata
ampuh orang mukmin itu ? Manusia Mahathir ini sebenarnya TIDAK HARUS
sama sekali untuk terus dibiarkan hidup hatta untuk tempoh setengah hari
sekali pun !! Kekejaman apa seterusnya bakal dilakukannya tidak dapat dijangkakan
sama sekali. Hanya “senjata mukmin” ini sahaja yang amat digeruni oleh
diktator gila itu. Dan…mungkinkah hanya malaikat maut sahaja yang
dapat mengajar makhluk ini erti kemanusiaan ?
Salam kemaafan
Cucu Datuk Bahaman
14 Ogos 2001
SILA
KLIK UNTUK
MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA
MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA
ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL
TANPA KEBENARAN PENULIS. |
|
|