.... Mencari Pakar Penyiasat Dari Malaysia...
Oleh: Cucu Mat Salleh

Semoga Dr Mahathir Bersedia Menurunkan Pengalamannya Menjadi Penyiasat Dalam Kes DS Anwar Ibrahim dulu.

Dr Mahathir adalah seorang manusia yang paling cekap dan pakar dalam perkara siasat-menyiasat, khususnya dalam bab mendakwa, menuduh, membuat pertuduhan dan membuat keputusan kesalahan terhadap setiap musuh politiknya. Pengalaman dan kepakarannya menjadi penyiasat, sekaligus pendakwa dan juga hakim yang memutuskan hukuman dalam kes DS Anwar Ibrahim dulu amat berguna kepada Amerika. Dan boleh dikongsi bersama dengan Presiden Amerika.

Kita mengharap Presiden Amerika akan sudi dan bersedia menerima Dr Mahathir menjadi penasihat kepada kepada tugas penyiasatan, pendakwaan, pertuduhan dan juga hakim yang akan memutuskan kesalahan kepada orang yang disyaki atau dituduh.

Kita harap Dr Mahathir akan sedia mencemar duli, bagi membantu Presiden Amerika dalam kerja-kerja penyiasatan, pendakwaan, pertuduhan dan seterusnya mengaturkan hukuman salah kepada mereka yang dituduh dalam tradegi menyayatkan itu.

Dengan cara ini saja akan menjadikan Dr Mahathir dapat mengambil hati Presiden Amerika itu. Moga-moga Dr Mahathir berjaya dalam kerja-kerja penyiasatan yang bakal diketuainya itu nanti. Syabas dan tahniah kepada pakar penyiasat dari Malaysia yang bernama Dr Mahathir yang juga merupakan bakal PM seumur hidup Malaysia yang kedua selepas Tun Abdul Razak yang mengakhiri hayatnya, masih merupakan seorang bergelar PM.

- Cucu Mat Salleh, September, 2001.

SILA KLIK UNTUK MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL TANPA KEBENARAN PENULIS.
Click Here!