 |
.... |
Si
Tua Haprak Memukul Gong...
Oleh:
Cucu Mat Salleh |
Di Kota Kinabalu Si
Tua Haprak Mahathir al-kutty dengar-dengar khabar mempunyai jadual cukup
sibuk membawa liur basinya untuk disemburkan sewaktu berjumpa rakyat Likas
dan ketika berucap merasmikan Kongres Ke 7 Parti UPKO di Hotel Maggelan
& Spar di Kota Kinabalu. Orang semua sudah tahu apa yang akan dia katakan,
memang tidak ada idea yang barunya untuk menyuntik kesedaran rakyat Sabah,
terutama rakyat Likas dan para pemimpin dan ahli-ahli UPKO.
Apabila melihat tajuk-tajuk
akhbar utama tempatan yang menyiarkan kenyataan si Tua Haprak itu, dalam
Borneo Mail tajuk utamanya "Kadazan, Dusun, Murut Sudah Berubah: PM", New
Sabah Times dalam tajuk besarnya "Layan ADIL Untuk Semua" dan satu lagi
akhbar utama tempatan Borneo Post/Utusan Borneo dengan tajuk utamanya "PM:
Layanan Sama Rata". Tidak payah kita bersusah-susah membaca setiap patah
ucapan si Tua Haprak itu, kerana itu-itu juga idea basi, tidak menyuntik
sebarang kesedaran kepada pendengar, bahkan lebih banyak menjengkelkan
hati serta membosankan.
Ketika merasmikan Kongres UPKO
ke 7, si Tua haprak yang maha zalim itu sempat juga dia angkat pemukul
gong memukul gong...seperti dia memukul kepala para pemimpin politik Sabah
yang banggang...dipersendakan oleh Mahathir dari dulu, kini dan selamanya.
Kecuali mereka yang sudah sedar diri. Para pemimpin UPKO mungkin tidaklah
sebanggang pemimpin UMNO Sabah yang diketuai oleh Osu Sukam yang terpelanting
dari jawatan KM Sabah yang diidamkannya mahu pecah rekod KM Sabah sebelum
ini. Tapi tak kesampaian, kesian!!!. Kata seorang sahabat penulis mungkin
dia ketulahan (bahasa orang Sabah), sebab dulu semasa Datuk Salleh Tun
Said jadi KM Sabah ada maklumat menyebut Osulah antara yang mahu menjatuhkan
Datuk Salleh.
Melangkahlah si Tua Haprak
dengan pemukul gong dalam genggamannya terhinggut-hinggut berjalan sambil
membawa senyum basinya untuk memukul gong.. gong! gong! gong! bunyinya,
seperti anjing menggongong tulang. Perkataan gonggong bermaksud pegang
dengan mulut, bawa angkut dan lahap segala harta rakyat Sabah untuk digonggongnya
ke seberang Mahligai Air Mata Rakyat melalui jambatan yang merentangi laut
China Selatan agar dapat sampai di penghujung singgahsana Putrajaya. Tetapi
tulang belulang harta rakyat Sabah yang digonggongnya itu terlepas di tengah
lautan, kerana dikejar bayang-bayang dirinya sendiri, akhirnya dia kembali
penuh kecewa sambil liur basinya meleleh keluar dari mulutnya yang lahap
itu.
Gong..gong..gong..mungkin itulah
hari akhirnya dia ke Sabah kerana dijemput para pengampunya di Sabah. Rakyat
Sabahpun sudah meluat dengan janji-janjinya yang diulang-ulangi berpuluh
kali di Sabah. Tetapi tiada juga yang menjadi kenyataan, kecuali yang untung
besar para pengampunya di Sabah, kroni, anak-anaknya dan suku sakat serta
tauke-tauke yang membantu UMNO/BN dalam setiap pilihanraya.
- Cucu Mat Salleh,
01.08.2001
.
SILA
KLIK UNTUK
MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA
MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA
ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL
TANPA KEBENARAN PENULIS. |
|
|