 |
.... |
'Perang
Ahzab' di Afghanistan
Oleh:
Brother Su |
Afghanistan, sebuah
negara Islam, kini dikepungi oleh tentera bersekutu pimpinan Amerika Syarikat.
Tentera kuffar bersekutu ini telahpun memulakan serangan ketenteraan ke
atas bumi Afghanistan. Bagaimana perasaan para Mujahidin Afghanistan yang
sedang menentang tentera kuffar bersekutu ini, hanya Allah saja yang tahu.
Namun elok kita imbas kembali perasaan yang pernah dialami oleh tentera
Rasulullah saw semasa Perang Ahzab (atau Perang Khandaq) pada tahun 5 Hijrah.
"(Iaitu) ketika mereka datang kepadamu
dari atas dan dari bawahmu, dan ketika tidak tetap lagi penglihatan(mu)
dan hatimu naik menyesak sampai ketengorokan dan kamu menyangka terhadap
Allah dengan bermacam-macam purbasangka.
Di situlah diuji orang-orang mukmin
dan digoncangkan (hatinya) dengan goncangan yang sangat.
Dan (ingatlah) ketika orang-orang
munafik dan orang-orang yang berpenyakit dalam hatinya berkata: "Allah
dan RasulNya tidak menjanjikan kepada kami melainkan tipu-daya."
Dan (ingatlah) ketika segolongan di
antara mereka berkata: "Hai penduduk Yathrib (Madinah), tidak ada tempat
bagimu, maka kembalilah kamu." Maka sebahagian dari mereka minta izin kepada
Nabi (untuk kembali pulang) dengan berkata: "Sesungguhnya rumah-rumah kami
terbuka (tidak ada penjaga)." Dan rumah-rumah itu sekali-kali tidak terbuka,
mereka tidak lain hanyalah hendak lari.
Kalau (Yathrib) diserang dari segala
penjuru, kemudian diminta kepada mereka supaya murtad, nescaya mereka mengerjakannya;
dan mereka tidak akan bertangguh untuk murtad itu melainkan dalam waktu
yang singkat.
Dan sesungguhnya mereka sebelum itu
telah berjanji kepada Allah dahulu: "Mereka tidak akan berbalik ke belakang
(mundur)". Dan adalah perjanjian dengan Allah akan diminta pertanggungan
jawabnya."
(Surah Al-Ahzab : 10~15)
Dalam surah yang sama juga, ayat 22~23,
Allah menjelaskan perasaan golongan mukminin yang benar,
"Dan tatkala orang-orang mukmin melihat
golongan-golongan yang bersekutu itu, mereka berkata: "Inilah yang dijanjikan
Allah dan RasulNya kepada kita". Dan benarlah Allah dan RasulNya. Dan yang
demikian itu tidaklah menambah kepada mereka kecuali iman dan ketundukan.
Di antara orang-orang mukmin ada orang-orang yang menepati apa yang telah
mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan
di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikitpun
tidak merubah (janjinya),"
Jihad qital telah diisytiharkan dibumi
Afghanistan. Golongan kuffar dipelopori Amerika Syarikat yang angkuh dan
dibantu oleh Britain melakukan serangan bertubi-tubi ke atas Afghanistan.
Kita meyakini, para Mujahidin yang telah lama berpengalaman dan hidup dalam
suasana perang tidak merasa gentar dengan serangan ini. Kita juga berdoa
semoga Allah melindungi dan memberi pertolonganNya kepada Mujahidin ini.
Sesungguhnya pertolongan Allah itu jauh lebih baik daripada segala kecanggihan
senjata yang ada pada tentera kuffar bersekutu itu. Allah Maha Kuat
lagi Maha Perkasa. Kita juga sering diingatkan agar sentiasa bersedia
dengan apa jua kekuatan yang tersedia ada untuk menghadapi musuh Islam
yang tiada henti-henti usaha mereka untuk melenyapkan Islam. Kekuatan yang
tidak seberapa itu pasti akan ditampung dan disempurnakan oleh Allah SWT.
Pertolongan atau tentera-tentera Allah itu datang dalam bentuk yang
kita sendiri tidak menduganya. Kita tetap yakin bahawa Allah SWT akan
memenangkan agama Islam ini ke atas agama-agama lain walaupun orang-orang
kafir itu benci.
Orang-orang yang beriman dikehendaki
meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada Allah SWT. Mereka wajib bertawakkal
kepada Allah SWT. Dengan demikian kekuatan yang ada pada pihak musuh akan
dilihat terlalu kerdil berbanding dengan segala yang dimiliki oleh Allah
SWT. Kita di sini hendaklah sentiasa berdoa agar Allah memberi kemenangan
kepada Mujahidin ini. Akhirkata marilah sama-sama kita merenungi ayat
ini yang bermaksud,
" (Iaitu) orang-orang (yang mentaati
Allah dan Rasul) yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan: "Sesungguhnya
manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah
kepada mereka." Maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka
menjawab, "Cukuplah Allah menjadi Penolong kami, dan Allah adalah sebaik-baik
Penolong." (Surah Ali-Imran:173) -
M@R
Brother Su - 09.10.2001
SILA
KLIK UNTUK
MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA
MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA
ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL
TANPA KEBENARAN PENULIS. |
|
|