Konsep moral yang tak bermoral Pemuda PAS Pulau Pinang
Oleh Anuar Mohd Ali - Laman M@RHAEN

Emel diterima pada 8.32 pagi 7 MAC 2005:

SURAT MOHON KEMAAFAN KEPADA SELURUH PEMUDA PAS PULAU PINANG

DENGAN NAMA ALLAH S.W.T YANG MAHA BESAR LAGI MAHA MENGETAHUI.
SAYA MOHD ANUAR MOHD ALI BUKANLAH NAMA SEBENAR.SAYA JUGA BUKANLAH BEKAS EXCO DEWAN PEMUDA PAS PULAU PINANG KERANA LIHATLAH DALAM MANA-MANA DIARI DEWAN PEMUDA PAS PULAU PINANG NAMA SAYA TIDAK WUJUD SAMA SEKALI. SILA RUJUK JUGA JABATAN PENDAFTAR PERTUBUHAN PULAU PINANG SAMADA NAMA SAYA ADA DALAM SENARAI YANG DIHANTAR KEPADA PENDAFTAR PERTUBUHAN MANA-MANA KAWASAN ATAU DEWAN PERINGKAT NEGERI.
 
EMAIL SAYA KEPADA SEBUAH LAMAN INTERNET TEMPATAN SEBENARNYA ADALAH REKAAN SEMATA-MATA UNTUK MEMENUHI PERMINTAAN GOLONGAN TERDESAK,PENGKHIANAT KEPADA KEMAJUAN PAS PULAU PINANG.
 
KEBENARAN DARIPADA ALLAH , KEMAKSIATAN DAN KEMUNGKARAN DARIPADA MANUSIA ITU SENADIRI
 
WALLAHI ,WABILLAHI , WATALLLAHI


Sekian lama saya memendam rasa tentang gejala yang kurang sihat yang terdapat dalam Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang di zaman saya berada di bawah kepimpinan saudara Abdul Jalil Haji Salleh sebagai Ketua Pemuda dan saudara Azizi Ayub sebagai Timbalan Ketua Pemuda.

Namun atas dasar tanggungjawab terhadap Allah S.W.T, maka biarlah saya dedahkan perkara yang tidak bermoral ini agar ada pihak daripada Dewan Pemuda PAS di peringkat kawasan di negeri ini dapat melakukan sesuatu demi membersihkan gejala ini dari terus merebak membarah sehingga merosakkan lagi Dewan Pemuda PAS negeri. Ini kerana gejala ini semakin berleluasa terutamanya pada masa kini di mana saudara Azizi Ayub menjadi Ketua Pemuda Negeri.

Perlu saya jelaskan di sini bagaimana perubahan tampuk kepimpinan di peringkat Ketua Pemuda PAS Negeri selama ini telah berlaku dengan begitu mudah sekali ibarat tangan berganti tangan sedangkan pemuda-pemuda PAS kawasan berada dalam keadaan BISU dan LESU melihat senario ini berterusan.

Jelasnya keaiban kepimpinan Dewan Pemuda PAS Negeri cuba ditutup rapat daripada pengetahuan umum melalui strategi mewujudkan ISU bahawa Badan Perhubungan Negeri Pulau Pinang begitu teruk dan terlalu lemah dalam mengendalikan organisasi kepimpinan.

Apakah kepincangan yang sedang dan telah berlaku dalam kepimpinan Dewan Pemuda Negeri? Masihkah sahabat-sahabat ingat kepada saudara Zabli Abd Rashid (bekas Bendahari Dewan Pemuda Negeri di zaman saudara Abdul Jalil Salleh sebagai Ketua Pemuda Negeri)?

Adakah sahabat-sahabat masih ingat tentang projek pelaburan bernilai RM 400,000 yang telah diberi mandat kepada saudara Zabli sebagai pengerusi projek? Dan melalui desakan saudara Azizi (kini Ketua Pemuda) dan direstui oleh saudara Abdul Jalil, sejumlah RM 40,000 dari tabung PASTI negeri telah dikeluarkan sebagai saham dalam projek Pemuda tersebut.

Tetapi sebaliknya, apabila dana terkumpul, isu mengenai pelaburan ini telah ghaib (tidak dibincangkan lagi) bahkan saudara Zabli pun turut ghaib dan lesap bersama-sama dengan RM 40,000. Persoalannya di sini, dari mana sumber duit sebanyak RM 400,000 diperolehi? Dana sebanyak RM40,000 dari tabung PASTI negeri telah ghaib!

Semasa zaman saudara Abdul Jalil dan saudara Azizi menjadi Ketua Pemuda Negeri, terdapat pelbagai salahlaku dalam mengemukakan penyata kewangan Dewan Pemuda PAS Negeri.

Misalnya dalam projek sekolah pintar di Seberang Jaya di mana dana sebanyak RM 30,000 telah diambil dari tabung PASTI negeri untuk melaksanakan projek ini. Tetapi apa yang berlaku sekarang ialah pengurusan dan pentadbiran sekolah pintar tersebut berada dalam keadaan yang tenat.

Demi melindungi perkara ini dari diketahui umum dan dipersoalkan oleh mana-mana pihak dalam organisasi parti, maka pemuda negeri yang didalangi oleh saudara Mazlan Ismail (jurutera Telekom) selaku “master mind” telah mencipta ISU yang memperburukkan kepimpinan perhubungan negeri sebagai satu lagi “cover story”.

Apabila ianya berjaya dan Badan Perhubungan Negeri menjadi gawat, maka secara tidak langsung anak didik saudara Mazlan telah mengambil alih kepimpinan negeri. Kini ianya telah terbukti kerana Timbalan Pesuruhjaya Negeri Ustaz Khalid Man begitu mudah menjadi boneka untuk melakukan apa sahaja demi mengikut telunjuk Pemuda Negeri.

Kini, duit sebanyak RM 30,000 yang diserahkan kepada kepimpinan Badan Perhubungan Negeri yang baru telah menjadi KOSONG (tiada lagi dalam akaun). Apabila ditanya tentang status RM 30,000 itu, jawapan yang diberikan ialah ianya telah digunakan untuk tujuan pengurusan.

Tetapi lubang tidak tertutup rapat sehingga ada Exco Pemuda Negeri yang mendedahkan bahawa duit tersebut sebenarnya digunakan untuk membayar gaji kepada saudara Zulkifli Md Khir (anak didik saudara Mazlan) sebanyak RM 1,200 selaku Setiausaha Perhubungan di samping membayar bil telefon bimbitnya yang bernombor 019 4493937.

Justeru, saya amat berharap semua pemuda di negeri ini akan bangun dari tidur dan JOM PAKAT buang gejala yang tidak bermoral dalam kepimpinan Pemuda Negeri.

Saya ingin bertanya kepada saudara Mazlan apakah matlamat saudara dan anak buah saudara dalam PAS Pulau Pinang yang kini ibarat “tangan kanan memberi, tangan kiri pula merompak”? Saya mohon agar semua pemuda akan sedar tentang “criminal case” ini sekiranya mahu melihat PAS Pulau Pinang lebih gemilang pada masa mendatang.

Kenapa berlaku pergaduhan di antara saudara Johari Ismail (Koordinator PASTI) dengan Kak Raseadah? Adakah ianya berkenaan dengan duit tabung PASTI yang telah lesap itu?

Tabung derma mangsa Tsunami yang dibentuk oleh Dewan Pemuda Negeri dengan saudara Zulkifli (SU Perhubungan) seperti yang diperkatakan oleh seorang AJK PAS di Gelugur telah memperolehi RM 80,000 hasil sumbangan orang ramai melalui iklan dalam Harakah. Ke mana pula duit ini akan tertumpah? Sila EDISI SIASAT!

Anuar
X-Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang - 28.02.2005 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)


Hantar artikel ini kpd sahabat: