.... PERHIMPUNAN UMNO 1993
Umno Pembawa Perubahan

Petikan ucapan:

             “Pendidikan dan penguasaan berbagai-bagai ilmu adalah penting untuk kemajuan kita. Jika kita perlu menguasai bahasa-bahasa lain, kita patut bersungguh-sungguh menguasai bahasa berkenaan. Adalah lebih cepat menguasai bahasa asing untuk mengejar pengetahuan daripada menunggu ilmu tersebut diterjemahkan kepada bahasa kita. Proses penterjemahan memakan masa kerana ia memerlukan orang yang fasih dalam bahasa asing dan bahasa kebangsaan serta pakar dalam bidang ilmu yang hendak dialihbahasakan.”

Ulasan:

Seperti sedia maklum banyak orang mudah tertarik dengan ucapan PM ini. Sekali imbas memang nampak keikhlasan dan kejujuran dalam ucapannya- apatah lagi didepan seluruh perwakilan yang mampu menggoncang kedudukannya. Namun dalam suasana demikian sempat lagi dia memperleceh dan mempermainkan orang Melayu dan institusi yang ada dalam menjaga hak keistimewaan berkait dengan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar atau bahasa Ilmu.

Pendidikan adalah suatu proses yang berterusan dan adalah tidak cerdik untuk kita menimba hasilnya dalam masa yang pendek untuk mengaut keuntungan peribadi semata-mata. Biarlah ia berkembang secara bertahap, yang penting adalah kemudahan prasarana yang kemas dan jitu.

Perkembangan ilmu pengetahuan adalah proses yang memakan masa. Lihat sejarah Ilmuan Islam yang gemilang seperti Ar-Razez, Al-Biruni dan Al-Khwarizmi. Tatkala itu Eropah dalam era kegelapan- zaman Tuan tanah memeras ugut rakyat miskin dan Istana bermaharajagila. Namun masyarakat Ilmuan Eropah  pergi berkorban menuntut ilmu dan menterjemahkan ke dalam bahasa mereka- dan terus menjadi panduan sehingga hari ini dalam pengajian di Universiti. Dengan penterjemahan yang dilakukan akhirnya menjadikan masyarakat barat kemudiannya muncul sebagai Gedung Ilmu. Bagi yang mencintai ilmu, masa dan kemudahan bukanlah penghalang.

Kita akui benar dalam menimba ilmu adalah mudah kita mempelajari terus dalam bahasa asal di mana ilmu itu berkembang. Namun untuk tempoh jangka panjangnya, adalah suatu yang menguntungkan apabila ilmu itu serentak diterjemahkan ke bahasa Ibunda. Sekaligus memperkayakan Bahasa Melayu itu sendiri. Apakah Mahathir bertujuan memperkecilkan tenaga kepakaran dan tenaga penterjemah yang bersepah di Dewan bahasa dan Pustaka. Dasar kepimpinan yang beginilah menyebabkan kadar terjemahan buku di satu ketika sebanyak 1.7 buku setahun- lebih pantas lagi kura-kura berjalan!

Kalau tanpa usaha sedemikian akan terhentilah rantai ilmu apabila tidak ada lagi penyambungnya setelah orang terdahulu tiada. Apakah mahathir hendak berjenaka atau memang ia tidak mahu anak Watan pintar dan setara orang luar? Kita tahu setiap yang berilmu nantinya akan terdedah dengan konsep sebenar demokrasi yang mengutamakan HAK ASASI manusia- sesuatu yang diperamkan dan diperlecehkan oleh Mahathir dengan bantuan media kroni serta kitulnya.

PERUBAHAN APA YANG DIBAWA UMNO?….OOPPSS OLEH BEDEBAH ITU?

Panglima agar-agar peringkat bawahan yang bermotor cabuk tanpa lesen, memang tidak boleh langsung berdebat pertahankan parti yang bermasalah itu. Rupa-rupanya pemimpin peringkat atasan juga serupa- almaklumlah menegak benang yang basah! Terkelu lidah dan bicara. Ini adalah tajuk besar yang sepatutnya dibentang dalam Persidangan lalu, bukannya dengan berdiri dan bertepuk memuja Mamak penderhaka- atau sekadar mendengar maki hamun bedebah itu terhadap Barisa Alternatif dan bangsa Melayu!

Pertama, Mahathir mematikan nilai demokrasi dalam Umno. Sebaik saja Mahathir mengubah-ngubah peraturan Pertandingan jawatan Presiden parti, maka saat itu lah matinya DEMOKRASI dalam Umno. Alasan yang diberikan adalah berbau kepentingan peribadi. Undi bonus, pendaftaran bertanding dan kemudiannya membatalkan undi bonus semula adalah langkah selamat yang perlu pengkhianat Melayu ini ambil dalam memastikan jawatannya tidak tergugat.

Kedua,  Mahathir adalah Menteri Perdana malaysia yang pertama menonjolkan watak anti Islam. Dia sedikit sebanyak menggunakan kaedah Mustafa kamal Attartuk- Bapa haprak Turki! Sejarah 20 tahun pentadbirannya menyaksikan betapa jelabas dan jahat mulut mahathir. Apa yag tidak dihinanya Islam? Hukum, Al-Quran, Nabi, Ulamak, Mufti dan segala institusi berkaitan. Bedebah ini menyalahgunakan kuasa prerogatif yang ada pada seorang Menteri Perdana. Mulut manis hati berkait, mulut disuap pisang pantat dikait onak! Itulah perumpamaan Mahathir Presiden Umno. Kalau seorang ketua negara macam itu, apa nak hairan jika rakyat menagih dadah, hedonisme atau yang terbaru gejala ‘BLACK METAL’!! Itu adalah ganjaran atas keceluparan dan dasar anti Islam mahathir sendiri. Buat apa KERAjaan nak terkejut dan hairan serta cuba pula kaitkan dengan Sekolah Agama rakyat!! Pelawak betul…..

Ketiga,  Mahathir adalah satu-satunya manusia yang bertindak di luar akal dan budi. Bagi dia yang penting adalah kedudukannya selamat dan tidak terancam dari segi politik. Matalamat mengahalalkan cara adalah kaedah siasah yang bedebah ini amalkan. Beliau memastikan segala institusi kerajaan tunduk dan patuh kepadanya, walaupun ianya melanggari struktur Perlembagaan yang memisahkan antara Eksekutif dan dua lagi badan yang penting dalam negara demokrasi seperti malaysia. Kini mahkamah  dan institusi PDrM menjadi bahan lawak dan cemuhan masyarakat.

Keempat,  Mahathir adalah perencana segala kekeliruan politik dan penoda keamanan negara. Bermula dari tragedi 13 Mei yang tangan jahatnya antara penggerak utama. Namun dia kelihatan bersih dan terus disanjung kebersihannya oleh pengikutnya dari spesis Melayu Pelupa Umcino. Pergolakan dalam Umno sering sinonim dengan namanya atau pun pemerintahannya. Tragedi Memali yang terus terbuntu kes mahkamahnya. Kemudian kita lihat beberapa peritiwa ‘keganasan’ yang kununnya bertujuan mencetus kekacauan- supaya boleh MAGERAN!! Isu SAUK,Kampong Medan, kebakaran DTC Univ. Malaya. Dalam negara, ia mengajar rakyat supaya takut dan benci kepada pembangkang, ini adalah penipuan TERBESAR dalam sistem Demokrasi!! Kerajaan boleh bertukar antara parti yang memenangi pilihanraya. Bagi mahathir pilihanraya dan kewujudan parti hanya sebagai bukti kepada dunia luar, bahawa malaysia mengamalkan DEMOKRASI. Hakikatnya ialah kita di bawah pemerintahan DIKTATOR yang tak tahu malu dan bedebah yang tak sadar dek untung. Tanda rakyat menyampah dan meluat amat ketara.

Kelima,   Mahathir PENIPU dan penggalak budaya FITNAH. Menggunakan kaedah British adu-domba, Mahathir kelentong habis seluroh ahli Umno yang kebanyakanya jahil dan pelupa. Mahathir garang bagai singa apabila menabur fitnah tetapi menikus cencorot apabila disapina ke pengadilan. Malah dia terus memastikan akhbar dan media eletronik sebagai alat sebarannya. Yang lebih mengharukan ialah apabila dia menuduh barisan Alternatif sebagai kaki fitnah. Alahai……

Keenam,  Mahathir bertanggungjawab menghapuskan HAK KETUANAN MELAYU. Usahlah menangis, bersajak, berdoa hatta meraung sekalipun. DOSA yang dibuat terhadap orang Melayu Pelupa yang memberi amanah telah bedebah itu CURANGI. Pengurangan biasiswa, penyusutan tanah rezab Melayu, penyelewengan Harta negara, peswastaan korporat dan berbagai lagi keonarannya adalah bukti perlakuan jahatnya. Lihat bagaimana mereka dengan bongkak menjawab soalan dari pihak pembangakang di dalam Dewan. Alangkah sewel dan bahlol untuk Timbalan Menteri yang mengatakan penggunaan Isa sebagai tanda kasih dan saying kerajaan kepada rakyatnya. Apakah begitu fikiran seorang peguam Inggeris yang merangka ISA puluhan tahun yang lalu. Sedang Arwah Menteri perdana yang pertama sendiri mengsahkan bahawa ia tak akan digunakan untuk sebarang orang dan bukan untuk menekan ahli Politik. (Jika tidak sudah tentu Mahathir ditahan selepas 13 Mei 1969!! Bagaimana pula dengan JENAKA dann ONAR  terbaru Mahathir bila mengatakan akan mengurangkan keciciran Pelajar Baru Melayu dengan cara mengurangkan KUOTA dan biasiswa mereka di Universiti???!!!
Apa ini?? Bangunlah wahai Melayu Pelupa….!!

Begitukah contoh pembaharuan yang dibawa Umno di bawah kepimpinan tempang Dr(baca diktator) Mahathir baka Kerala ini? Terlalu panjang untuk ditulis dan dihuraikan malah telah pun pernah rakan siber lain dokumenkan. Apa saja tentang keistimewaan Melayu yang termaktub dalam perlembagaan telah bedebah ini koyakrabakkan. Tanpa segan silu berlakon pula dengan sajak,airmata dan doa untuk katanya mempertahankan ketuanan Melayu.

Yang lebih mengharukan lagi apabila sekumpulan 2000 yang mengaku Melayu telah bangun dan bertepuk tangan
selepas 2 jam mendengar ucapan Bedebah Mahathir yang BASI dan menghina Minda serta jati diri orang Melayu!
Mereka ini orang Melayu kah tunggul kayu??

ehek2001

SILA KLIK UNTUK MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL TANPA KEBENARAN PENULIS.
Click Here!