|
.... |
Negara
Yang Bermaruah
Oleh:
Dr. Nologareng |
“Kebahagiaan tidak akan
datang melayang. Pengorbanan dan usaha diperlukan bukan daripada orang
lain, tetapi dari diri kita sendiri. UMNO dan ahli-ahlinya harus faham
hakikat ini jika kita benar-benar inginkan kebahagiaan. Kelemahan kita
menyebabkan kemunduran kita. Mungkin orang lain juga menjadi penghalang
tetapi adalah lebih baik kita mengatasi kelemahan kita daripada kita mengeluh
tentang apa yang kita katakan sabotaj oleh orang lain.” - Petikan kata-kata
KERAmat MahaHaprak pada tahun 1982.
Ulasan:
Memang lah lidah itu tidak bertulang.
Apatah lagi jika ianya bercabang. Tentu saja kata-kata bak menanam tebu
di bibir saja - TIDAK BOLEH DIPERCAYAI!!. Manis tetapi hanya tingal kata-kata.
Maruah bagi mahathir adalah kemenangan peribadinya yang berterusan ataupun
tiada langsung penentangan samada dari rakyat maupun dari ahli partinya
sendiri. Apakah ukuran maruah mahathir tatkala merancang kemusnahan keji
ke atas DSAI dengan tuduhan yang sungguh memalukan dan menjatuhkann martabat
dan maruah negara. Bagaimana pula dengan kerosakan peribadi DSAI atas tuduhan
yang sedemikian? Pedulikah mahathir?
Mahathir adalah pakar dalam mengakrobatikkan
lidahnya. Selama 20 tahun kemahiran itu digunakan dan telah berjaya mendoktrinkan
Melayu Pelupa dalam Umno. Segala kata dan hujahnya umpama SABDA junjungan
bagi mereka. Beliau menggunakan material sebagai umpan dan juga alat menjerut
temali kerandut mereka. Akhirnya jiwa dan roh mereka tergadai kepadanya.
Mereka menjadi abdi yang berlumba mengambil hati dan menjilatnya demi emas
sebahara.
Bagaimana boleh kita menerima dan
menyanjung orang yang sentiasa saja berbohong dan berdusta dalam kapasiti
seorang Menteri Perdana. Seorang Umarak sepertinya tidak boleh melakukan
kesalahan dan berbohong kepada rakyat sepertimana seorang raja kelentong.
Seorang yang bermarwah mesti berani bertanggungjawab atas segala perlakuannya
dan tidak meletakkannya ke atas bahu orang lain. Dr Mahathir amat berlawanan
dari apa yang diucapkannya.
IKUT APA YANG SAYA SURUH,
JANGAN IKUT APA YANG SAYA BUAT!!!
Beliau sentiasa menyuruh rakyat terutamanya
ahli Umno untuk berkorban dan tidak menyalahkan orang lain. Pengorbanan
diikuti usaha yang bersungguh adalah kunci kebahagiaan. Itu katanya, apakah
beliau juga melakukan apa yang diarahnya?. TIDAK- Mahathir hanya umpama
SIKETAM yang menyuruh anaknya berjalan betul, sedang ia sendiri mengesot
ke tepian- membaham segala harta dan khazanah milik rakyat. Golongan yang
UNTUNG hanyalah kaum keluarga dan kroni rapatnya!! Melalui kuasa yang ada
pada Menteri Perdana, beliau mencurangi AMANAH.
Ironisnya Mahathir adalah seorang
yang sangat suka menyalahkan orang lain dalam sejarah 20 tahun pemerintahannya.
Telunjuknya akan segera menuding mencari kambing hitam. Memang dia suka
orang lain berkorban untuk dirinya. Pergolakan politik dan ekonomi yang
berlaku dalam negara semuanya disebabkan oleh orang lain. Kalau masalah
politik , ditudingnya pembangkang atau ahli parti yang tidak sehaluan.
Manakala kejatuhan ekonomi pula George Soros yang menjadi petualangnya.
Sebolehnya dia mahu rakyat jelata
terus menerima apa saja alasan yang diberikannya sepertimana ahli Perwakilan
Umno mengangguk dan menepuk gembira segala apa yang beliau dustakan, hatta
menghina, mencerca dan memalukan bangsa mereka sendiri. Sepatutnya sebagai
politikus yang di ambang senja, ia mesti mengambil tanggung jawab mengaku
kesilapan pentadbirannya sehingga negara ditimpa malang!- bukan sepertimana
yang diceramah oleh beliau di hadapan Perwakilan gembalaannya itu.TELUNJUK
LURUS KELINGKING BERKAIT!!!!
PETAKA EKONOMI MENYERLAHKAN KERAKUSAN
MAHATHIR & KRONI
Selama 10 tahun terakhir pemerintahannya,
kita diwar-warkan dan disogok dengan berita dan projek kemajuan untuk rakyat
dari kerajaan yang perihatin-kununnya!. Dia juga menekankan peri
pentingnya kemajuan itu dicapai sehingga meletakkan ‘deadline’ Was-was
2020. Lalu berkumandanglah lagu, sajak, iklan serta cenderamata sebagainya
yang menghebahkan minda dan iltizam tinggi Menteri Perdana. Kita rakyat
jelata, kata itu semua AUTA belaka!!!
Pembangunan apa pun mesti bermula
dari prasarana yang cukup lengkap dan tegap. Tetapi Menteri Perdana telah
berauta sehingga seluruh rakyat Umno menjadi tinggi cita-cita. Lalu dihantar
pelbagai rombongan dan ekspedisi untuk nampak rakyat selari dengan wawasan
yang hebat tak terperi!! Gunung Everest, Kutub Utara dan pelayaran
SOLO Azhar Mansur (khabarnya MURTAD di lautan) digunakan sebagai hujah
negara sudah bersedia berdiri sama tinggi dengan negara maju!! Kemudian
menganjur pula Sukan Komanwel dalam keadaan EKONOMI SEWEL!!
Sebenarnya Menteri Perdana hanya sebuah
‘peti nyanyi’ cuma!! Rakyat Umno belum tahu cerita sebenarnya. Yakuza,
Chinese Triad, Mossad dan sebagai berdiri dibelakangnya- seraya memerah
kerandut ‘anu’nya! Lalu terhasillah pelbagai projek dan rencana. TIDAK
PERCAYA??? Kita sambung cerita…..
Kenapa dengan DAYA BUMI, MENARA KL,
MENARA KEMBAR KLCC, LITAR F1, PUTRAJAYA dan sebagainya? Apakah negara tidak
cukup maju jika tidak ada PROJEK GAJAH PUTIH itu? Rakyat malaysia
tidak malu sekiranya antena radio diletak atas bukit bukannya Menara KL.
Singapura tidak mundur walau tidak punya Litar lumba FI malah meninggalkan
kita jauh dari sudut ekonomi. Apakah kita ke belakang jika tak punya KLCC??
Apakah syarikat minyak Exxon di Amerika Syarikat tidak cemerlang kerana
pejabatnya tidak mencakar langit?? Apalah hebatnya segala projek yang dibuat
itu akhirnya menyebabkan negara BERHUTANG dengan jumlah yang mengerikan
itu!!??
Apakah pula keuntungan untuk rakyat
yang memerah keringat menyumbang kepada pendapatan negara? Nelayan, petani,
buruh kasar dan sebagainya adalah tenaga tulang empat kerat yang saban
hari berbakti mengumpul kekayaan negara. Apakah kerajaan menyediakan biasiswa
seperti yang diperuntukkan oleh perlembagaan? Apakah kerajaan tidak boleh
menyediakan perkhidmatan kesihatan dan perubatan secara percuma?? Besar
sangatkah nilai duit itu sehingga membiarkan rakyat yang malang menjadi
pariah dalam akhbar memohon belas ehsan????Kita bertanya SIAPA pula
yang memperolehi kebahagiaan dari projek-projek tersebut???
MAHATHIR TERJERUT KERANDUTNYA
Bermodalkan buku Delima melayu yang
asalnya berbahasa Inggeris dan cerita-cerita kebajikan kliniknya serta
peranan kitul-kitul balacinya memberi laluan yang mudah dan senang untuk
dia bertakhta. Tidak pernah ia bertanding secara lelaki tulin. Peristiwa
pertembungan dengan KU LI menjadi hujahnya.
Namun dalam kelicikan yang sebegitu
pun, Mahathir akhirnya terjerat dengan permainan politik antarabangsa.
Kunun dengan dasar Pandang ke Timur akan menaikkan martabat ekonomi negara.
Akhirnya yang berlaku ialah kita terjerut dengan Samurai dan yakuza! Apa
pentingnya Menara KLCC, kalau bukan untuk memunggah khazanah untuk Jepun
dan Korea serta seorang dua PENGKHIANAT negara termasuk dirinya. (Jangan
lupa anaknya Mirzan mendapat kontrek perabut di bangunan tersebut melalui
syarikat Artwright!!) Apa berlakukah pemindahan Teknologi seperti yang
diwar-warkan?? Bukankah semua pekerja itu adalah BURUH ASING dari Indonesia,
Burma dan Bangladesh!!!?? Banyak cerita yang menyedihkan berlaku kepada
pekerja Bumiputra di situ.
Bukankah mengarut dan HAPRAK Menteri
Perdana Malaysia??!!!
Dia sendiri yang mengarah ahli parti
untuk tidak menyalahkan orang lain! Bagaimana pula sikap dan tindak-tanduknya
setelah pemecatan DSAI? Sampai naik majai dibuatnya ketika menonton
televisyen nasional terutamanya rancangan berita. Asal ada saja Perhimpunan
Ahli Umno atau majlis anjuran KERAjaan yang mendapat liputan media, habis
dibantai dan diseranahnya Barisan Alternatif dan juga Anwar Ibrahim.
Dia meminta rakyat menghormati demokrasi,
tetapi dia sendiri yang mencela dan mencemuh rakyat Kelantan dan Terengganu
apabila mereka memilih Barisan Alternatif. Bagi Diktator keparat yang macam
ini, sistem demokrasi HANYA selagi kemenangan berada di pihak BN. Sebab
itulah dia sering melaungkan akan ketidakcekapan pehak Alternatif. Dia
sering mengatakan hanya BN yang layak memerintah dan huru-hara akan berlaku
jika BA menang.
Jika sebaliknya berlaku iaitu
barisan Alternatif menang, habis punah segala peruntukan demokrasi akan
dilanggari dan ditutup salurannya. Pembatalan Royalti minyak, subsidi petani
dan berbagai lagi keonaran dibuat oleh Menteri Perdana bernama mahathir
A/L Mohamed Iscander Kutty. Dia tidak takut dan gentar walau melanggar
Perlembagaan kerana PDrM adalah balaci dan anjing tunggangannya – Norian
Mai adalah seekor Rotweiller yang telah diupah dengan lesen stesen minyak
dan sebagainya.Begitu juga Rahim Nor!! Apatah lagi Hanif Omar yang kini
menjawat Penghulu Besar casino di Genting lantaran tidak berjumpa ayat
AlQuran mengharamkan judi!!
Kemunduran Orang melayu yang terjadi
sekarang adalah kerana dasar pemerintahan Mahathir sendiri yang secara
halus memastikan Melayu lemah, sepertimana juga langkah yang dilakukan
British dulu. Dengan itu senanglah diumpan dan dipergunakan semaunya. 20
tahun suatu tempoh yang amat lama dalam pemerintahan, namun dia masih belum
puas dan tidak menunjukkan tanda-tanda mahu berhenti. Apa lagi yang dia
mahu? Sebuah tugu ingatan sebagai Menteri Perdana yang HAPRAK?? Hmmm…….
Dr Nologareng
SILA
KLIK UNTUK
MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA
MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA
ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL
TANPA KEBENARAN PENULIS. |
|
|