.... Mahathir Perlu Memohon Maaf Kepada Mahasiswa!
Oleh: Abu Majahed Abdullah Azzam

Kenyataan Rasmi Kesatuan Mahasiswa Merdeka

Kesatuan Mahasiswa Merdeka menyambut baik pembebasan dua orang Mahasiswa yang ditahan di bawah akta ISA tanpa bersyarat. Pembebasan ini membuktikan bahawa Mahasiswa bukan merupakan golongan Mahasiswa militan seperti yang didakwa oleh Perdana Menteri ketika mengulas mengenai kejadian kebakaran Dewan Tunku Canselor UM baru-baru ini. 

Justeru, kami meminta Mahathir dan pemimpin-pemimpin kerajaan yang lain yang pernah menuduh pembabitan Mahasiswa di dalam tragedi itu agar membuat kenyataan maaf secara terbuka di dalam semua media massa dalam masa dua minggu dari tarikh siaran kenyataan ini. Sekiranya mereka gagal berbuat demikian, maka nantilah penentangan terbuka daripada Mahasiswa terhadap kerajaan yang sanggup berbohong kepada pengundi- pengundinya.

Kesatuan Mahasiswa Merdeka dengan ini menyeru agarMahasiswa dapat bersatu bagi mengerahkan keringat kita untuk memastikan regim Mahathir ini akan tumbang tidak lama lagi melalui kuasa rakyat yang semakin dilupai oleh mereka.

Sebagai permulaan, demonstrasi besar-besaran di PutraJaya untuk menuntut regim Mahathir agar memohon maaf kepada para Mahasiswa amat wajar disegerakan kerana mereka telah memalukan gerakan Mahasiswa di mata masyarakat.Kesatuan Mahasiswa Merdeka juga menuntut agar IKM menerima kembali saudara Khairul Anuar Ahmad Zainuddin sebagai pelajarnya dan pihak UM tidak mengenakan sebarang tindakan displin kepada Presiden MPP UM, saudara Mohd Fuad Mohd Ikhwan kerana mereka telah terbukti tidak terlibat langsung dengan isu kebakaran DTC itu. 

Akhirnya, kelihatan sekarang Mahasiswa seperti berada dalam keadaan takut berikutan ugutan penguasa untuk memanipulasikan AUKU semaksima mungkin untuk menyekat kebangkitan gerakan Mahasiswa. Adakah kita Mahasiswa ingin menjaga tembolok masing-masing walaupun di saat kita dihina dan diperbodohkan penguasa?

HIDUP GERAKAN MAHASISWA! MANSUHKAN AUKU! BEBASKAN TAHANAN ISA! MANSUHKAN ISA!

Abu Mujahed Abdullah Azzam (siarkan)
Jurucakap Kesatuan Mahasiswa Merdeka (siarkan)
mpkangar_kmm@yahoo.com (siarkan).

SILA KLIK UNTUK MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL TANPA KEBENARAN PENULIS.
Click Here!