9 Kecelaruan Pendakwaan Dan Pemenjaraan Anwar
Oleh Zunar

VENUE: Mahkamah Persekutuan, Putrajaya

Hakim: Abdul Hamid  Mohamad, Rahmah Hussain dan Tengku Baharudin Shah Tengku Mahmud

Perayu: Anwar Ibrahim dan Sukma Darmawan Sasmitaat Madja

Kes:  Hukuman sembilan tahun penjara yang dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Dato' Ariffin Jaka pada Ogos 2000 di bawah Seksyen 337 B Kanun Seksaan atas tuduhan meliwat.

Peguam Anwar: Christopher Fernando, Karpal Singh, Sankara N Nair, Pawancheek Marican dan Zulkifli Noordin.

Pendakwa:  Abdul Gani Patail, Yusof Zainal Abiden, Tun Majid Hamzah dan Mohd Hanifah Zakaria.
 

1. KELAYAKAN HAKIM DIPERTIKAI

PERBICRAAN dimulakan pada 10 Mei dengan peguam Christopher Fernando memohon untuk mempertikai kelayakan Hakim Abdul Hamid  Mohamad ialah kerana dalam satu kes lain, beliau membuat kenyataan dengan merujuk Anwar sebagai ‘ancaman kepada negara’.

Fernando juga membuat permohonan sama terhadap Tengku Baharudin- yang baru dinaikkan pangkat sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan adalah ‘terlalu muda’ untuk mendengar rayuan tersebut kerana ‘adalah tidak adil untuk memaksa beliau menyemak dan membuat keputusan berhubung keputusan yang dibuat oleh hakim-hakim yang lebih kanan dari beliau.

Hamid dan Baharudin bagaimanapun enggan menarik diri sebaliknya Anwar berkata, dengan penolakan itu pihaknya mempertimbangkan untuk menarik diri dari perbicaraan kerana tidak mempunyai keyakinan dengan hakim-hakim tersebut.

“Yang arif hakim tentu mamahami kedudukan ini bahawa hujah peguam saya tidak di pertimbangkan dengan wajar. Apa yang kami katakan ialah kenapa hakim-hakim Mahkamah Persekutuan yang lebih kanan dan berkelayakan diketepikan (untuk mendengar kes saya),” kata Anwar.

“Ini adalah satu keputusan yang sudah diduga. Ia satu kepalsuan. Perbicaraan ini tidak akan berjalan dengan adil,” tegasnya.

Bagaimanapun perbicaraan diteruskan setelah peguam Anwar menasihati beliau untuk meneruskan rayuan.

2. HAKIM ENGGAN TERIMA PERWAKILAN ANTARABANGSA

PADA hari kedua (11 Mei) Christopher Fernando meminta mahkamah mencatat kehadiran pemerhati antarabangsa dan Majlis Peguam Malaysia, tetapi hakim enggan menerima permohonan tersebut.

Antara badan antarabangsa yang menghantar wakil untuk memantau  perbicaraan Anwar ialah Majlis Guaman Antarabangsa yang diwakili oleh Desmond Fernando, Internatonal Court Of Justice (ICJ) yang diwakili Rajiv Dawam dan Kesatuan Antara Parlimen yang diwakili oleh Marzuki Darusman.

Seorang lagi peguam Anwar, Karpal Singh kemudiannya berkata kehadiran ramai perwakilan antarabangsa menujukkan bahawa pendakwaan dan peghukuman ke atas Anwar dilakukan melalui satu proses perbicaraan yang ganjil serta luar biasa dengan elemen mala fide (niat jahat).

3. PEGUAM NEGARA BUKAN MENDAKWA, TETAPI MENGHUKUM

PEGUAM Negara, Gani Patail mengesahkan bahawa Anwar dan Sukma sebenarnya mengemukakan notis alibi kepada mahkamah seperti yang dikehendaki dalam Seksyen 402A, Kod Prosidur Jenayah.

Notis alibi ialah bukti yang menunjukkan bahawa Anwar tidak berada ditempat kejadian (tivoli villa) seperti yang dituduh saksi utama, Azizan Abu Bakar.

Dalam perbicaran di Mahkamah Rayuan sebelum ini, hakim Hakim Pajan Singh Gill, Richard Malanjum dan Hashim Yusof menolak rayuan Anwar atas alasan notis alibi tersebut tidak dikemukakan kepada mahkamah.

Karpal kemudiannya merujuk penghakiman bertulis oleh Mahkamah Rayuan yang menyatakan tidak ada notis alibi yang dikemukakan oleh Anwar seperti yang
dikehendaki.

“Ini adalah satu kesalahan serius oleh mahkamah. Peguam Negara sedar perkara ini tetapi tidak memperbetulkannya dengan memberitahu mahkamah. Ini adalah mala fide yang jelas oleh pihak Peguam Negara. Peguam Negara bukan saja mendakwa, tetapi menghukum Anwar,” kata Karpal.

Karpal kemudiannya membaca rekod mahkamah yang menujukkan pihak Peguam Negara meminda tarikh pertuduhan dari tahun 1994, kemudian tahun 1992 dan akhirnya ke tahun 1993.

Pada masa itu, kata Karpal pihak pembela meminta mahkamah ditangguhkan bagi membolehkan notis alibi yang baru dikemukakan sesuai dengan tarikh pertuduhan baru yang dipinda itu, tetapi pihak Peguam Negara membantahnya.

Penagguhan itu tidak dibenarkan, dan hakim bicara (Ariffin Jaka) membuat keputusan menghukum Anwar atas alasan notis alibi yang baru tidak dikemukakan.

Mahkamah Rayuan kemudiannya tidak mengambil kira persoalan ini, dan pihak Peguam Negara tidak membetulkan kesilapan mahkamah ini walau pun menyedari ianya satu kesilapan besar.

Mahkamah Rayuan sebaliknya menyatakan pemindaan tarikh tidak menjejaskan kes kerana hanya tarikh yang dipinda tetapi kesnya tetap sama. Hakim-hakim di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan bersalah kerana alibi adalah penting dalam pembelaan, kata Kapal.

4. AZIZAN DAN TARIKH-TARIKHNYA

ISU hangat pada hari ketiga ialah mengenai percanggahan keterangan saksi utama, Azizan Abu Bakar.

Paguam Fernando menyatakan inilah kali pertama dalam sejarah sesaorang (Anwar) dipenjara atas kesalahan meliwat dengan orang yang menuduh (Azizan) mengaku sebanyak tiga kali dalam mahkamah bahawa beliau tidak diliwat.

Bukti-bukti yang dikemukakan oleh Azizan tidak pernah disokong oleh bukti-bukti lain dan keterangan beliau penuh percanggahan serta penipuan jelas.

Azizan bukan saja mengaku beliau tidak diliwat, tetapi menambah bahawa beliau diarahkan oleh pegawai polis, SAC Musa Hassan untuk berbuat membuat pengakuan.

Anwar mulanya dituduh meliwat Azizan pada tahun 1994. Walau bagaimana pun dalam keterangannya, Azizan berkata beliau tidak diliwat selepas 1992, jadi tarikh tersebut dipinda kepada 1992.

Apabila menyedari bahawa Tivolli Villa, bangunan yang dikatakan berlakunya kejadian itu belum siap pada tahun 1992, tarikh dipinda lagi kepada ‘satu hari dalam bulan Januari hingga Mac 1993.

Ikuti keterangan Azizan ketika soal balas seperti yang dibaca Fernando.

Fernando: Adakah kamu memberitahu polis bahawa kamu diliwat pada tahun 1994?
Azizan: Tidak.

Fernando: Siapa merekacipta keterangan ini?
Azizan: Saya tak tahu.

Fernando: Adakah kamu memberitahu polis bahawa kamu diliwat pada tahun 1992?
Azizan: Tidak.

Fernando: Siapa merekacipta keterangan ini?
Azizan: Saya tak tahu.

Fernando: Tarikh 1992 adalah palsu?
Azizan: Ya

Fernando: Saya katakan kepada kamu tarikh pertuduhan dipinda kepada 1993 sebab bangunan (Tivoli Villa) belum siap untuk diduduki?
Azizan: Saya tak tahu.

Fernando: Adakah anda setuju dengan cadangan saya tadi?
Azizan: Ya.

Fernando: Siapa yang menyuruh anda menukar tarikh kepada 1993?
Azizan: SAC1 Musa bin Hassan (Pegawai Penyiasat).

Ketika itu, kata Fernando, pihak Peguam Negara cuba menghalang Azizan daripada meneruskan keterangan dan cuba menghalang supaya keterangan itu tidak direkod.

Karpal kemudiannya menimbulkan persoalan kenapa masa terlalu lama diambil oleh Azizan untuk membuat laporan. Kejadian didakwa berlaku pada tahun 1992, kenapa hanya pada tahun 1998 baru Azizan melaporkan kepada Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad.

Azizan menggambarkan dirinya sebagai seorang yang bermaruah tinggi tetapi ketika perbicaraan berlangsung, beliau didapati bersalah oleh Mahkamah Syariah kerana berkhalwat.

5. SIAPA TEMAN SYAITAN

Pengakuan Jamal Amro

IKUTI keterangan oleh Jamal Abder Rahman (Jamal Amro) yang menuduh beliau cuba disogok oleh seorang pegawai Keduataan Malaysia, Mustapha Ong. Jamal, berbangsa Palestin menjalankan perniagaan menyewa limousine di Amerika Syarikat. Antara yang menggunakan khidmat limousinenya ialah menteri-menteri kabinet termasuk Anwar.

Jamal: Suatu hari, saya membawa pegawai keduataan Malaysia, Mustapha Ong dan sebelum sampai ke Jambatan Delaware, Mustapa bertanya adakah Anwar pernah melakukan perlakuan seks dengan beliau. Saya berkata, “jangan mengarut!” Kemudian Mustapha berkata “anda boleh dapat duit”.

Mustapha menyambung, kalau kamu sanggup berkata bahawa awak membekalkan wanita dan lelaki untuk Anwar (bagi tjuan seks), awak boleh dapat sejumlah wang.

Mustapha kemudianya menambah,  bahawa di Malaysia semua orang tahu ada pita rakaman mengenai Anwar. Saya menjawab jika ada pita rakaman, apa yang kamu mahu dari saya?

“Jadi orang Amerika pun dapat tahu,” jawab  Mustapha.

Bila saya menurunkan beliau, Ong meletakkan tangan beliau dibahu saya dan meminta saya bermalam di situ, tetapi saya berkata mahu pulang ke Washington.

Mustapha kemudiannya menunjukkan kepada saya sebuah buku dan berkata “kenapa tidak kamu tandatangani ini dan dapat USD200,000.  Jangan jadi gila.”

Jamal: Kamu sedang berhadap dengan orang paling gila dalam dunia, itu lah saya.  Kenapa tidak kamu tukar nama daripada Jamal kepada Mustapha Ong kemudian membuat pengakuan bahawa Anwar melakukan kegiatan seks terhadap kamu. Katalah apa yang kamu mahu dan ambil duit tersebut.

Tiga bulan selepas itu, saya meminta berjumpa dengan Presiden University Islam Northern Virginia Sheikh Thahar Jabir Al Awani. Beliau kemudian meminta saya membuat afidavit di depan peguam. Sheikh Thahar kemudian meminta saya menjadi saksi dan berpesan ‘orang yang menyembunyikan kebenaran adalah teman syaitan’.

7. GANI PATAIL CUBA PALSUKAN BUKTI

Pengakuan Menjeet Singh

PADA hari ketujuh Fernando memberitahu mahkamah mengenai keterangan peguam Manjeet Singh Dhillon yang membongkar percubaan pegawai kanan Jabatan Peguam Negara, Gani Patail and Azahar Mohamed untuk memalsukan keterangan terhadap Anwar.

Dalam kejadian itu, Gani dan Azhar cuba meminta supaya S Nallakaruppan- anak guam Manjeet yang sedang menghadapi hukuman mati agar membuat kenyataan palsu mengenai Anwar dengan menjanjikan hukuman ringan.

Fernando berhujah:
Sehingga sekarang tidak ada penafian mengenai perkara tersebut dan mahkamah sebaliknya mengenepikan soal penting ini.

Persoalan pokok dalam keterangan Manjeet ialah ia menyalahi keadilan, penyalahgunaan kuasa dan mengenepikan undang-undang.

Syarat bagi sesebuah perbicaran adil bukan saja hakim yang adil, tetapi juga yang pendakwa adil. Hakim Mahkamah Rayuan menyimpang dari persoalan penting ini.

Walau pun Peguam Negara dan pendakwa dibuktikan cuba memalsukan keterangan terhadap Anwar, mereka tidak diminta menarik diri oleh mahkamah dan dibenar mendakwa Anwar.

Adalah jelas mereka cuba memenjarakan Anwar dengan apa cara jua. Saya meminta supaya mahkamah menubuhkan satu suruhanjaya awam untuk menyiasat tingkah laku Peguam Negara dan pendakwa.

Keterangan Manjeet pastinya mempunyai asas, jika tidak sudah tentu tindakan telah diambil terhadap beliau. Sebaliknya mereka tidak berani mengambil tindakan terhadap Manjeet kerana bimbang tingkah laku mereka akan terbongkar.

Peguam Negara juga, kata Fernando bertindak menghalang percubaan pihak pembela untuk mencabar kesaksian (impeachment) Azizan.

8. KESILAPAN ARIFFIN JAKA

PADA hari keempat perbicaraan, Fernando memberitahu mahkamah bahawa Ariffin Jaka melakukan terlalu banyak kesilapan sepanjang mengendalikan perbicaran.

Asas-asas undang-undang tidak dipatuhi. Bila timbul sebarang keraguan, kelebihan tersebut yang sepatutnya diberi kepada tertuduh, diberi kepada pendakwa. Kesilapan sama juga dilakukan oleh hakim-hakim Mahkamah Rayuan.

Fernando mengingatkan mahkamah bahawa beban terletak kepada pihak pendakwa untuk membuktikan bahawa Anwar bersalah.

Dalam penghakiman bertulisnya, Ariffin berkata Anwar tidak membuktikan kepada mahkamah bahawa beliau tidak bersalah, sedangkan yang perlu dilakukan Anwar ialah menimbulkan keraguan munasabah, yang mana telah berjaya ditimbulkan.

Oleh itu, Anwar sepatutnya tidak dibicarakan, jauh sekali untuk dihukum, kata Fernando.

Beliau  menambah pendakwaan terhadap Anwar dan Sukma adalah samar dan tidak tepat. Mereka diminta membela diri terhadap dakwaan kejadian yang berlaku paada ‘satu hari dalam masa tiga bulan’, enam tahun lalu.

Ariffin juga pada satu ketika mengkritik keterangan Azizan yang dianggap tidak boleh dipercayai, tetapi ketika menjatuhkan hukuman, berkata bahawa Azizan adalah saksi berwibawa.

Fernando berkata sehinga sekarang Paguam Negara tidak menafikan tuduhan peguam Manjit Singh Dillon mengenai percubaan memperolehi bukti palsu terhadap Anwar.

Malah pegawai polis, Zull Aznam ketika memberi keterangan di mahkamah juga berkata bahawa Azizan mengaku bahawa dia disogok dengan wang untuk memalsukan keterangan terhadap Anwar.

Azmin Ali berkata bahawa adiknya, Ummi Hafilda dirasuah untuk membuat tuduhan palsu (berkaitan seks) terhadap Anwar.  Namun, sekali lagi, mahkamah tidak mahu mengambil kira keterangan mereka.

Ariffin sebaliknya menolak semua saksi pembela dan menyatakan keterangan mereka sebagai tidak boleh dipercayai.

ARIFFIN ADALAH RAKAN KONGSI MIRZAN

Karpal Singh pula hujah pada hari ketiga perbicaraan dengan menyentuh konflik kepentingan hakim bicara, Ariffin Jaka.

Menurut Karpal, Ariffin adalah rakan kongsi dalam Dataprep iaitu syarikat perniagaan milik Mirzan Mahathir, yang merupakan anak bekas Perdana Menteri,  Dr Mahathir Mohamad. Atas sebab ini, pihak pembela meminta supaya Ariffin menarik diri daripada mendengan kes ini, tetapi permohonan itu ditolak oleh Ariffin.

Karpal juga menyatakan bagaimana Ariffin menyekat pihak pembela mensapina Mahathir untuk hadir ke mahkamah sebagai saksi.

9. DIARI ANWAR DIRAMPAS KEMUDIAN DIKATAKAN HILANG

SEBAGAI Timbalan Perdana Menteri, Fernando berkata jadual perjalanan Anwar dicatit setiap masa. Paguam Negara mengaku kepada mahkamah bahawa pihaknya mempunyai rekod penuh catitan tersebut, tetapi kenapa tidak mereka menyatakan tarikh pertuduhan secara khusus sebaliknya hanya bergantung kepada tarikh yang samar.

Polis merampas diari-diari Anwar pada 2 September 1998. Kemudiannya diari untuk tahun 1993 dikatakan hilang dan tidak pernah dikemukakan di mahkamah.

“Jika diari ini bersama rekod sekuriti polis yang menujukkan pergerakan Anwar dikemukakan di mahkamah, tentu ia akan membuktikan bahawa Anwar tidak berada di Tivolli Villa daripada 1 Januari hingga 31 Mac 1993,” kata Fernando

- Zunar - 27.05.2004

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN