Rasuah Dalam PDRM

Kalau nak bercakap pasal rasuah dalam polis memang tak habis. Kadang-kadang tu buat sakit hati aje. Saya cadangkan kalau dah ada bukti, bawa saja mereka di muka pengadilan. Lebih-lebih sekali sekarang dan ada Suruhanjaya khas tu. Kalau setakat kita duk membebel dalam internet ni, mereka senyum kambing aje.
 
Sebenarnya punca utama berlakunya rasuah dalam PDRM adalah disebabkan oleh Pegawai atasan polis sendiri. Mereka yang menggalakkan anggota dan pegawai bawahan mereka rasuah kerana anggota dan pegawai yang tidak berduit jangan mimpi nak naik pangkat atau nak duduk selesa di post-post yang jadi lubuk emas. Mereka-mereka ni yang jadi sudu lebih dari kuah sebab mereka orang kuat si anu dan si anu. Kerja tak tahu, cuma tahu cari duit untuk kenyangkan si boss. Maka timbullah diskriminasi terhadap mereka yang jujur dan berdedikasi dalam pekerjaan.

Kalau betul-betul polis tak rasuah, tak adalah maksiat-maksiat seperti mesin kuda, ekor haram, pelacuran, pengedaran dadah, pendatang haram, lori tanpa lesen atau road tax, faham-faham sendirilah. Kalau nak naik pangkat pun, lebih-lebih lagi dari pangkat inspektor ke ASP, alahai mak datuk amat susahnya, kalau tak ada duit. Cuba lihat tiap kali ada kenaikan pangkat, majoriti inspektor dari Jabatan Jenayah yang menguasainya. Apahal mereka yang bekerja siang malam cari rezeki halal, tapi  masih jadi inspektor walaupun dah 20 tahun menjawat jawatan tersebut?

Kenapa jadi begini, pasti kita dah sedia maklum. Dalam polis, mereka yang rasuah amat disenangi dan mereka yang jujur amat ditakuti dan dianggap menyusahkan jabatan. Duit adalah segala-galanya. Janganlah masing-masing nak berlakon kononnya tak suka rasuah, nak banteras rasuah walhal diri mereka sendiri rasuah.

Kalau KPN (esp. bekas KPN Norian Mai,) bercakap mengenai rasuah, rasa nak tergelak pulak sebab yang kaki rasuah bercakap nak banteras rasuah. Cuma saya perhatikan Datuk Bakri sedikit sebanyak KPN yang kurang rasuah.

Sekarang bapak-bapak rasuah dalam polis sudah cool down untuk sementara waktu kerana takut silap haribulan terperangkap. Setakat tak dapat banyak hasil tempoh setahun dua, tak jadi miskin, sebab dah ramai jadi jutawan segera. Dah terdengar sok-sek di Bukit Aman, masing-masing duk bercakap bahawa, isu perang rasuah ni tak lama, tunggu Datuk Bakri pencen aje, berpesta semulalah mereka. Sekarang ni setengah tu, pijak semut tak mati, alimlah konon.

Wallahualam.

Zull - 03.05.2004 (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertailah Kumpulan M@RHAEN