Kalaulah Setiausaha Perhubungan Umno Kedah Sedikit Cerdik.....
Oleh: Zulazman
Free Anwar Campaign WebsiteBerita mengenai Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kedah dibelasah oleh remaja di Alor Star baru-baru ini sedikit pun tidak menimbulkan perasaan simpati saya kepada beliau. Kalaulah beliau sedikit cerdik, tentu perkara tersebut tidak berlaku dan remaja tersebut tidak akan terdedah kepada ancaman penjara sehingga 20 tahun jika disabitkan kesalahan mereka atas tuduhan 'cubaan membunuh'. Cepatnya pihak polis mengklasifikasikan kesalahan tersebut. Seolah-olah orang Umno ini tidak boleh disentuh langsung.

Ini semua adalah gara-gara rasa besar kepala Datuk Abdul Rahman Ariffin yang juga Ketua Penaja Umno Bahagian Jerlun. Beliau tidak cerdik. Beliau
sepatutnya menghubungi polis pada malam kejadian supaya polis dapat menyelesaikan permasalahan yang timbul dan bukannya membuat provokasi dengan kumpulan tersebut. Saya pasti Datuk tersebut mengambil sikap berkonfrantasi pada malam tersebut. Apakah tindakan beliau merampas kunci motor salah seorang anggota tersebut tidak menaikkan kemarahan? Besar sangatkah kuasa seorang Datuk Setiausaha Perhubungan Umno? Pagar yang rosak tidak seberapa pun diperbesar-besarkan...

Kalaulah beliau sedikit cerdik, polis tentu akan menyelesaikan permasalahan tersebut dan mungkin jika kumpulan remaja tersebut dicekup, paling lama mereka akan di lokap beberapa malam dan hanya terdedah kepada penjara 3 bulan maksima dan/atau denda lima ribu sahaja. Tetapi apa dah jadi sekarang? Bukankah mereka itu pemuda Melayu? Di mana motto Umno selama ini? Membela Melayu konon!

Alahai Umno, tidak ada lagi kah orang yang lebih cerdik untuk dilantik sebagai Setiausaha Badan Perhubungan Negeri atau Ketua Penaja Bahagian? Tidak ada lagikah orang cerdik di dalam Umno?

(Berita Harian) ALOR STAR: Polis menahan enam pemuda termasuk seorang bekas pemain simpanan bola sepak Kedah dalam Liga-M berhubung kejadian membelasah Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kedah dan mengklasifikasikan kes itu sebagai cubaan membunuh.

Ketua Polis Kedah, Datuk Mohamed Supian Amat, berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.

“Mereka akan didakwa beberapa hari lagi. Polis akan mencadangkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk mendakwa mereka mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

- Zulazman - 07.01.2004

Hantar artikel ini kpd sahabat: 

Click Here!

Sertailah Kumpulan M@RHAEN