NOTA PENDEK SEORANG PEJUANG DI TAHUN BARU
Oleh Zukri Aksah (dipetik drp Blog Zukri Keadilan)


nota:

2004 mula cuba belajar mengembangkan sayapnya...

Setiap kali tahun baru muncul aku sering ditanya apa azam baruku? Sedang aku seorang pejuang, tentulah tidak mengira apa nombor yang tertera di kalendar, azamku tetap hanya satu, melihat perjuangan ini menggenggam kemenangan!!!

Perjuangan ini mungkin sudah mengajar aku menjadi kurang ajar, tetapi disebaliknya ia juga telah membentukku menjadi orang sabar. Perjuangan ini juga mungkin sudah mengajar aku menjadi orang biadap, tetapi disebaliknya ia juga telah membentukku menjadi orang yang beradab.

Perjuangan ini memang penuh dengan cerita keresahan, tetapi pejuang perlukan ketenangan. Aku sering ingat kata orang tua, sedikit tanda ingat, banyak tanda ada. Maka jumlah yang mengikuti perjuangan ini bukanlah satu keresahan bagiku. Kalau sedikit, bagiku sekurang-kurangnya masih ada yang ingat pada perjuangan ini. Apatah lagi kalau ramai, itu tandanya ada orang lain yang turut berjuang bersama aku.

Dalam kecerdikan politik mainan UMNO/Barisan Nasional, rakyat mungkin sedikit dikelabui tentang apakah keadilan yang tidak tertegak dan apakah kezaliman yang sedang merajalela. Tetapi Tuhan itu memang Maha Kaya, dalam kekelabuan itu muncul seorang manusia bernama Anwar Ibrahim, yang bersifat antagonis dalam "kebaikan buatan (artificial kindness) watak-watak pemuka" UMNO/Barisan Nasional. Kerana sifatnya itu, Saudara Anwar akhirnya tertendang jatuh dengan cara yang sangat aib. Lalu cerahlah mata rakyat, nampaklah akan keadilan yang tidak tertegak dan kezaliman yang merajalela itu.

Apakah rakyat akan terus dengan sifat tipikalnya, "takpalah," "biarlah... mereka yang bergaduh," "asal tak susahkan hidup kita sudah!," "perkara dah lepas, lepaslah...," Apapun kesudahannya, sekali berjuang, aku akan terus berjuang, kata Hang Jebat, "alang-alang mandi biar basah, kepalang retak biar penuh."

Mohd Zukri Aksah
Ketua Penerangan Angkatan Muda keADILan Negeri Pahang

Klik untuk memberikan komen anda di Blog Zukri Aksah (dibuka dalam browser berasingan)

Hantar artikel ini kpd sahabat: 

Click Here!

Tangguhkan dahulu!