Mahathir Samakan Dirinya Dengan Nabi

MENYOKONG BARISAN NASIONAL

Kenyataan Dr Mahathir yang meminta sesiapa yang membencinya tidak ada lagi alasan untuk tidak menyokong Barisan Nasional adalah sia-sia. Siapa yang tidak tahu Dr Mahathir semasa pemerintahannya telah menjadikan dirinya sebagai raja kepada segala raja, hakim, peguam, pendakwaraya, ketua BPR hatta ulama sekalipun. Setelah pemergiannya, tidak banyak pembaharuan yang dilakukan oleh Pak Lah, hanya satu, dua tindakan yang dilihat sebagai kosmetik pilihan raya. Apakah Dr Mahathir menganggap bahawa dengan pemergiannya itu rakyat boleh melupakan segala perbuatannya dengan sekelip mata?

Sebenarnya Dr Mahathir juga terlalu risau dengan perkembangan mutakhir ini dengan senario sikap orang-orang Melayu yang dilihatnya masih kekal seperti tahun 1999 malah semakin bertambah dengan kehadirannya pengundi bukan Melayu yang menyebelahi BA dan pengundi baru yang tak dapat mengundi pada tahun 1999. Dr Mahathir memberi alasan bahawa senario kini tidak lagi seperti tahun 1999, tetapi Dr Mahathir tidak sedar bahawa isu Dato’ Seri Anwar Ibrahim masih relevan, kerana rakyat sentiasa mengikuti perkembangan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dari masa ke semasa yang tak pernah mendapat layanan sewajarnya dari pihak kerajaan. Isu tahanan ISA, isu cuba menghasut rakyat untuk membenci parti pilihan mereka,isu rasuah yang hidup menyubur semasa pemerintahan Dr Mahathir sehinggalah ke hari ini bagaikan air yang mengalir tanpa hentinya.

Isu ekonomi yang masih belum pulih gara-gara formula Dr Mahathir yang banyak gagal. Hanya media kerajaan sahajalah yang cuba memaksa rakyat mempercayai yang Dr Mahathir pakar ekonomi, tetapi media tidak pernah menyebut betapa banyak pelan ekonomi yang dibuat Dr Mahathir gagal. Isu agama Islam yang dilihat oleh umat Melayu beragama Islam bahawa Dr Mahathirlah sebenarnya perosak kepada agama Islam. Di depan rakyat, Dr Mahathir mengajak umat Islam menghayati `Islam sebenar`, di depan Yahudi dan musuh Islam Dr Mahathir menghina ulama dan agama Islam. Sahabat-sahabat karib Dr Mahathir adalah dari kalangan pemimpin-pemimpin luar negara yang berlaku zalim kepada rakyatnya sendiri dan bukannya dari kalangan pemimpin negara yang benar-benar mengamalkan demokrasi. Keruntuhan moral di kalangan muda-mudi. Isu perpaduan kaum yang dilihat masih prejudis terhadap agama Islam, isu media yang dilihat lebih kepada mengampu pemerintah dari mengetengahkan isu rakyat, Isu itu semua masih hidup di hati rakyat. Isu inilah yang akan mempengaruhi rakyat ketika hendak memangkah nanti.

SAMAKAN DIRI DENGAN NABI KERANA DIBENCI ORANG

Dr Mahathir juga hendak menyamakan dirinya dengan Nabi, walhal Nabi dibenci oleh musuh-musuh Islam tetapi Dr Mahathir dibenci kerana tindak-tanduknya menjadikan dirinya sebagai musuh Islam. Bukan sedikit kerosakan yang dilakukan oleh Dr Mahathir dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menghina agama Islam dan boleh merosakkan akidahnya sendiri. Tindakan-tindakan yang dilihat merugikan dan merosakkan agama Islam. Tidak langsung mengambil peduli teguran dan nasihat dari rakyat melalui wakil-wakil yang dipilih rakyat. Adapun Penasihat Khas Agama di sebelahnya tak lebih dari `sokong membawa rebah`. Inilah orang yang sebenarnya yang menyediakan laluan untuk Dr Mahathir masuk keluang biawak. `Islam sebenar` apakah ini? Islam Sharon, Bush, Putin. Castro dan Musharraf kah?

BERHENTI DARI CUBA MEMPERBODOHKAN RAKYAT

Sepatutnya Dr Mahathir sekarang ini bukan lagi untuk cuba mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang dilihat cuba untuk memperbodohkan rakyat, tetapi secara terbuka meminta maaf kepada rakyat terutama umat Melayu beragama Islam dan duduk bersila di hadapan tok guru dengan sepenuh masa dalam menjalani usia emasnya. Apa yang cuba dilakukan oleh Dr Mahathir dilihat cuba untuk `menegak benang basahnya`. Apakah Dr Mahathir menyangka yang kata-katanya boleh mempengaruhi rakyat?

Apa tujuan sebenarnya Dr Mahathir masih cuba berikhtiar untuk menyelamatkan UMNO-BN? Sebenarnya Dr Mahathir boleh terus beristirahat dengan segala kekayaan yang dimilikinya, tanpa mempedulikan UMNO-BN, tetapi Dr Mahathir tidak berbuat begitu kerana Dr Mahathir telah mengalami insomnia sejak meninggalkan kerusi Perdana Menteri. Sama ada BN terus kekal atau tidak, Dr Mahathir tetap menjadi agenda utama negara dan rakyat negara ini. Najis yang ditinggalkan oleh Dr Mahathir bukanlah boleh dicuci dalam masa 2, 3 bulan dengan pemergian Dr Mahathir, apatah lagi Pak Lah dilihat sebagai `Penerus Kezaliman Mahathir`. Hanya dengan masuknya Mahathir ke liang lahad sahajalah, barulah rakyat berhenti untuk memperkatakannya, itu pun kepada mereka yang arif dengan agama, tetapi bagaimana kepada yang bukan?

Bukan saja mereka akan terus akan memperkatakan malah sampai kencing dan berak di atas kubur Dr Mahathir sekalipun mereka sanggup. Dr Mahathir sepatutnya mesti berhenti dari cuba untuk memperbodohkan rakyat, kerana `Melayu mudah lupa` itu hanyalah UMNO yang tinggal tak seberapa kerat dan menunggu masa untuk dikafankan.

- Warrant Officer - 10.03.2004 (suntingan M@RHAEN)
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN