Warkah Dari Penjara
Anwar Ibrahim:
Hakim Menipu, Putar Belit


11 Oktober lepas, Anwar Ibrahim mengemukakan surat terbuka kepada Ketua Hakim Negera, Ahmad  Fairuz Sheikh Halim mengenai sikap dan tingkah hakim-hakim yang mengendalikan perbicraan kes beliau. Antara yang dibangkitkan Anwar ilaha mengenai keputusan ikat jamin beliau yang dilengahkan, puta belit kenyataan oleh para hakim, keputusan yang menyeleweng dari landasan undang-undang dan pengendalian proses perbicaran yang tempang. Ikuti…
 

IKAT JAMIN SAYA DINAFIKAN

Agak aneh bagi isu yang dikira mudah tetapi dirumitkan. Sejak awal Hakim-Hakim telah menafikan hak saya mendapat ikat jamin.

Tepat sekali telahan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan bahawa isu semudah itu, yang biasanya diputuskan oleh seorang Majistret dalam tempoh setengah jam tidak dapat dikendali dengan memuaskan oleh Mahkamah Rayuan.

2. Ulangkaji Keputusan Mahkamah Persekutuan

MUSLIHAT KOTOR PIHAK PENDAKWAA

Dalam tahun 2001, saya mengemukakan permohonan ulangkaji keputusan Mahkamah Persekutuan bersabit dengan pertuduhan dan hukuman salah kes pertama (rasuah) terhadap saya menurut Seksyen 137 Peraturan Mahkamah Persekutuan..

Permohonan  tersebut diperkukuh dengan keterangan baru, afidavit oleh Peguam Manjeet Singh Dillon menjelaskan muslihat kotor pendakwaraya, Gani Patail dan Mohamad terlibat dalam usaha khianat merekayasa keterangan untuk mensabitkan saya dalam salahlaku seks.

Saya mampu merumuskan ringkas kaedah pengendalian proses perbicaran yang tempang, menafikan hak saksi dan menerima bulat saksi pembela termasuk Dato’ Said Awang yang menyebut di antara lain kesediaannya berbohong sekiranya diarah oleh orang atasan, khususnya Perdana Menteri.

Hakim sendiri pun terkena arahan sehingga menjatuhkan hukuman berat dan kejam. Itulah julung-julung kalinya waktu tahanan reman dipenjara selama tujuh bulan tidak dikira sebagai tempoh saya dipenjara.

Ini berbeza daripada kepantasan Hakim Augustine Paul mengugut dan menghukum Peguam saya, Zainur Zakaria. Paul juga mengugut hampir kesemua barisan Peguam Kanan saya termasuk Raja Aziz Addruse, Christopher Fernando, Karpal Singh dan Gurbachan Singh.

3. Permohonan Ulangkaji oleh Mahkamah Rayuan

HAKIM MENIPU, PUTAR BELIT KENYATAAN

Tidak terduga bahawa Hakim-Hakim berkenaan sanggup menipu dan memutarbelitkan kenyataan. Dokuken berupa surat notis alibi yang dikemukakan oleh Peguam kepada pihak Pendakwa dan Hakim diketepikan.

Malah, dalam sidang Mahkamah Rayuan secara terbuka perkara tersebut dibangkitkan, disahkan oleh Pendakwaraya dan salinan diberikan kepada Pendaftar Mahkamah. Maka adalah mengaibkan manakala Hakim-Hakim sanggup menafikan kewujudan dokumen yang terdapat dalam rekod awam.

Mereka tergamak memperakui kenyataan Hakim Ariffin Jaka dan merumuskan bahawa saya tidak pernah mengemukakana notis alibi menurut Sekyen 402A Kanun Prosedur Jenayah berkaitan dengan pertuduhan ke atas beliau.

Adalah mustahil bagi Hakim-Hakim berkenaan terkeliru atau tersalah tafsir. Adalah dikhuatiri, tindakan tersebut terpaksa mereka lakukan untuk mengesahkan hukuman, kerana pengakuan akan wujudnya notis alibi akan menyebabkan keputusan berubah untuk membebaskan saya.

Ini merupakan kesilapan besar yang mencemar proses perbicaraan dan menafikan hak saya sepertimana yang terjamin dalam peruntukan Perlembagaan Negara (Artikel 51) yang menjamin kebebasan tertakluk kepada undag-undang.

Keyakinan rakyat terhadap badan kehakiman yang terjejas perlu dipulihkan. Lantaran itu, saya memohon agar Mahkamah Persekutuan hanya menetapkan tarikh pendengaran rayuan setelah Mahkamah Rayuan mendengar semula rayuan.

Rayuan ke Mahkamah Persekutuan

MOHTAR BERDUSTA

Seandainya Mahkamah Persekutuan menimbang dan memutuskan untuk meneruskan pendengaran rayuan, maka izinkan saya perjelaskan beberapa alasan rayuan seterusnya.

Mahkamah Persekutuan wajar memutuskan berdasarkan Peruntukan 402A untuk membolehkan saya mengemukakan notis alibi kerana pindaan tarikh pertuduhan dari bulan Mei 1992 ke Januari hingga Mac 1993.

Ketetapan Hakim-Hakim sebelumnya bahawa notis alibi bagi tahun 1992 adalah memadai sungguh membinggungkan. Ia tidak memerlukan kepakaran dalam undang-undang untuk memahami bahawa perbezaan waktu yang sedemikian lama memerlukan keterangan berbeda, baik dari segi jadual saya atau  kedudukan bangunan yang dimaksudkan.

Hakim-Hakim memang memperaku notis alibi yang dikemukakan oleh perayu kedua Sukma Darmawan. Maka sewajarnyalah, penangguhan sepuluh hari seperti mana yang diperuntukkan undang-undang diberikan kerana perbicaraan dikehendaki bersama. Sesungguhnya tidak ada dalih atau alasan lagi untuk mempertahankan keputusan yang menyeleweng dari landasan undang-undang.

Isu pertukaran tarikh telah banyak diperkatakan. Meskipun perubahan tarikh dalam jangka waktu yang panjang, Hakim-Hakim memutuskan secara mudah  dengan mengaitkan bidang kuasa dan wewenang Peguam Negara.

Untuk mengukuh dakwaan saya bahawa kes ini melibatkan konspirasi peringkat tertinggi, Azizan Abu Bakar memberikan keterangan bersumpah bahawa tarikh dua pertuduhan telah dicadangkan oleh pihak polis khususnya SAC Musa Hasan.

Sebelumnya Azizan menegaskan tiga kali di mahkamah bahawa beliau tidak pernah diliwat oleh saya. Kemudiaanya, kenyataannya dipinda lagi hingga menyebabkan tarikh pertuduhan dipinda dari 1994 ke tahun 1992.

Manakala kami kemukan butir alibi dan membuktikan bangunan Tivoli Villa tersebut  belum wujud, maka sekali lagi pertuduhan dipinda ke tahun 1993, dengan tempoh jarak tiga bulan.

Ini juga aneh jika ditinjau tohmahan Dato’ Seri Dr Mahathir dan disokong kuat oleh Tan Sri Mohktar Abdullah selaku Peguam Negara di Mahkamah. Jika benar tohmahan mereka serta dakwaaan adanya bukti kukuh, mengapa gagal mengemukakannya dan disebaliknya membuat pertuduhan samar?

Bahkan dengan angkuh sekali Mokhtar melalak mendakwa pihak beliau punyai semua keterangan acara dan perjalanan saya dari tahun 1992-1998.  Ini ternyata dusta kerana hingga akhir perbicaraan, tidak ada sebarang keterangan sedemikian yang dikemukakan.

Dengan segala keterbatasan yang ada dipenjara, saya telah berusaha dengan Peguam-Peguam untuk memperoleh keterangan mengenai acara dan perjalanan saya sepanjang tempoh pertuduhan dan menolak kemungkinan kehadiran saya di tempat berkenaan seperti yang didakwa.

Sukma Darmawan pula mengemukakan bukti berdasarkan keterangan saksi, dokumen dan resit yang menunjukkan pangsapuri berkaitan masih dalam proses pengubahsuaian dan tidak lengkap seperti yang didakwa Azizan.

Gelagat hakim sedemikian membenarkan kekuatiran kami sejak awal yang memohon Hakim mengundurkan diri dari mengendalikan kes ini. Alasan ketika itu ialah bahawa Hakim mempunyai kepentingan dan memperolehi keuntungan besar dari saham Syarikat Dataprep kepunyaan Mirzan Mahathir, anak kepada Dr Mahathir Mohamad.

Mahathir  terlibat dalam konspirasi menentang saya yang menjurus kepada tindakan polis, Pendakwaraya dan kini badan kehakiman. Hakim gagal memaklumkan kepentingan tersebut sehingga Peguam mendedahkannya. Ini juga menyalahi seksyen 20 Akta Penghakiman Mahkamah 1964 (Akta 91) yang mengkehendaki beliau melaporkan kepada Hakim Besar (Malaya).

Kebimbangan tersebut terbukti benar manakala beliau memilih untuk melindungi Dato’ Seri Dr Mahathir  yang mengenepikan sapina kerana enggan hazir sebagai saksi.

Walhal beliau merupakan saksi utama selaku orang yang mula melemparkan tuduhan terbuka dan dengan itu menafikan hak saya memperolehi keterangan jelas. Ini juga menjejaskan peluang mengaitkan peranan beliau dengan talian kepada Tun Daim Zainuddin dan Dato’ Aziz
Shamsuddin.

Mahkamah Rayuan meremehkan tuduhan ke atas kedua pendakwa kanan yang terlibat dalam perkara jenayah, memperolehi keterangan palsu. Keputusan sebegini tercemar kerana mengingkari ketetapan Mahkamah Persekutuan. Bahkan afidavit dan keterangan Peguam Manjeet Singh Dillon ditolak sebagai “ pendapat dan rumusannya sendiri”.

MALAFIDE HAKIM

Setelah meneliti penghakiman dan menyingkap peristiwa sejak 1998, maka lebih terserlah gambaran tentang perencanaan tindakan dan hukuman ke atas saya. Hakim Augustine Paul dipilih khas  untuk mengendali kes saya, dengan mengenepikan Hakim Kanan  lainnya.

Inilah julung-julung kalinya dalam perbicaraan jenayah di mana saksi-saksi pembela diketepikan, keterangan dimansuhkan, ugutan menjadi senjata. Kepetahan Hakimmenjurus kepada ungkapan “tidak relevan” menyebabkan ramai kalangan memberikan jolokan Mahkamah tidak relevan.

Inilah yang mendorong Peguam-peguam saya mengungkit isu malafide, niat  buruk Hakim sejak awal lagi dan kemudian memohon supaya beliau mengundur diri dari menjadi Hakim dalam kes tersebut.

Atas pertimbangan fakta-fakta dan urutan peristiwa inilah, maka saya enggan membuat kenyataan merayu ihsan Hakim meringankan hukuman. Apabila undang-undang diremehkan,  hujah kukuh dipinggirkan ditambah dengan keyakinan saya bahawa skrip disediakan buat Hakim, maka saya hanya berupaya menggunakan hak menyatakan pendirian. Hakim-Hakim berikutnya menggunakan kenyataan tersebut untuk menegur saya tanpa merujuk kepada intipati isu perundangan dan keadilan yang dikorbankan.

KEHAKMAN BENTENG TERAKHIR KEADILAN

Sejak awal telah saya tegaskan bahawa saya tidak bersalah dan menjadi mangsa percaturan politik penguasa. Dalam kemelut sebegini yang melibatkan Perdana Menteri dengan kuasa mutlak, adalah sukar untuk saya mimpikan proses keadilan biasa. Tempiasnya turut memalitkan institusi atau badan kehakiman..

Perkara ini turut saya sentuh dalam kedua-dua kenyataan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi dan berikutnya di Mahkamah Persekutuan di hadapan Tun Dzaidin  Abdullah, selaku Ketua Hakim Negara ketika itu.

Kemnculan Dzaidin dikira menyegarkan berikutan terhakisnya keyakinan awam terhadap badan kehakiman. Malah beliau mengeluarkan kenyataan mengenai hasratnya memulihkan imej badan kehakiman. Ia terbukti sebagai retorik kosong dan harapan menyaksikan perubahan positif turut berkecai.

Pandangan saya yang lebih menyeluruh mengenai kegawatan dalam badan kehakiman, terutama di puncak, di pundak Jabatan Ketua Hakim Negara ialah tatkala membuat permohonan agar Tun Eusoff  Chin selaku Ketua Hakim Negara ketika itu mengundurkan diri sebagai Hakim dalam kes saya.

Saya mengemukakan alasan kukuh mengenai tuduhan rasuah, teguran hakim kanan, laporan Hakim Kanan kepada Perdana Menteri serta laporan badan kehakiman antarabangsa.

Saya memilih untuk menulis dan memohon pertimbangan Tan sri kerana yakin dengan hasrat bersama mempertahankan prisip perlembagaan, keluhuran undang-undang dan bahawa badan kehakiman merupakan benteng keadilan terakhir. Ia  memerlukan kecekalan dan iltizam untuk memulihkan badan murni ini supaya bebas dan berwibawa.

Dalam suasana mendung yang lama menyelubungi sinaran keadilan, saya dengan setulus hati sedar akan kerumitan memperolehi keadilan. Insyaallah, dengan iklim yang berubah dan semangat kebebasan terserlah, kita akan dapat menyaksikan perubahan yang lebih menyakinkan.

Adalah diharapkan beberapa permohonan bersabit tarikh ulang-bicara, rayuan dan juga keputusan ikat jamin tidak dilengahkan.

Kiriman: isamo fer - 25.10.2003
Sertailah Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/



Anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN

Click Here!