Polis Tugas Am (GD) Kemaruk Angpow?
Oleh Veteran Umno Ipoh
Apa sudah jadi dengan anggota polis tugas am (General Duty) setelah diberikan kuasa mengeluarkan saman? Nampaknya sekarang ini mereka melepaskan gian mengeluarkan saman sebagai alasan untuk mendapatkan Angpow sebelum masyarakat Cina merayakan Tahun Baru mereka.

Contoh terbaik dalam hal ini ialah di Bandaraya Ipoh pada setiap hari.

Pada petang tadi hari Isnin, 19 Januari, 2004 beberapa insiden kesesakan lalu lintas berlaku di beberapa tempat di Ipoh, gara-gara polis tugas am menahan kenderaan dengan alasan melakukan kesalahan lalu lintas. Tujuannya bukan untuk membendung kesalahan itu tetapi untuk menagih bayaran wang sogok.

Pada jam 5.05 petang di Jalan Kuala Kangsar dekat dengan Taman Wing Onn, sebuah kereta peronda yang dianggotai polis biasa (bukannya polis trafik) berlaku kesesakan lalu lintas betul-betul bermula di bawah jambatan Lebuhraya Utara-Selatan. Sebabnya ialah kerana polis peronda yang menggunakan kereta bernombor WGH 5942 telah menahan sebuah lori panjang betul-betul di bawah jambatan itu.

Waktu hujan renyai-renyai ketika itu. Si polis barua telah menahan lori panjang agar berhenti betul-betul di bawah jambatan sedangkan kenderaan panjang menunggu di belakang, kerana dua lorong laluan sudah menjadi satu lorong. Apakah tujuan penahanan itu, kalau bukan menagih angpow? Kira-kira setengah jam sebelum itu, kereta peronda polis yang seakan-akan sama telah menahan sebuah lori kecil di sebelah Sekolah Menengah Yok Choi.

Apakah polis seperti ini tidak ada rasa sentimen rendah diri memikirkan betapa pekarja-pekerja Cina yang memandu lori-lori itu sedang hidup tertekan untuk bersikap sedia untuk menyambut lebaran mereka?

Demikianlah gamaknya kelakuan polis sekarang ini selepas diberikan peluang mengeluarkan saman oleh Paklah, yang kemudiannya mahu menubuhkan satu Suruhanjaya DiRaja menyemak kelemahan anggota Polis Raja Di Malaysia.

Apakah ini kesannya tindakan Paklah? Bagaimanakah jadinya dengan anggota polis yang semakin berani menagih rasuah atas nama Angpow? Kepada siapa yang dikongsi wang sogokan itu kalau bukan dengan anak-anak yang masih bersekolah? Apakah kutipan angpow itu sebagai persiapan untuk menyambut hari raya Aidiladha ?

Bolehkah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri memberikan penjelasan akan gelagat ini, yang ternyata lumrah di merata negara?

- Veteran UMNO Ipoh  19.01.2004

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN