ITO, SKINHEAD DAN SALAHUDDIN AYUB
Oleh: Unicorn - Laman M@RHAEN
..


Semasa Ito membuat persembahan di Taman Melewar aku tak dapat masuk untuk menyaksikannya. Aku berada di luar Dewan kerana urusan lain. Pembesar suara hanyalah di buka sebelah dalam dewan Walau di saat Ustaz Aqil menyanyi lagu BPR dan Raihan suaranya terlepas keluar dewan mungkin kerana gangguan sistem pembesar suara atau memang sengaja crew konsert malam itu membukanya untuk peminat Ustaz Aqil dan Ito yang berada di luar dewan yang  tidak masuk mungkin sebab tak ada duit nak beli tiket atau pun sememangnya tak mahu masuk kerana nak menjeling-jeling guru PASTI yang datang dari seluruh Malaysia pada hari itu. (Aku tak termasuk dalam golongan jeling-jeling ni… kalau aku nak, aku pi habaq terus). Alamak ada intro pulak tulisan kali ni..
 
Aku kenal Ito sewaktu aku dalam darjah 4. Waktu itu kalau ada skinhead pun tak boleh nak lawan dengan BLUES. Semuanya blues waktu itu. Yang dok hentam Ito sekarang ini pun waktu tu BLUESSSSSSS… Mentang-mentang dah alim sekarang ni terlupa pulak yang dia waktu mudanya BLUES Gilerr. Amboi sekarang pantang tengok SKINHEAD maki hamun yang bukan-bukan orang PAS yang dulunya BLUESSSSS. “APO NAK DI KATO…. KALAU BOLEH NAK JADI USTAZ SEKOLAH KET KOLA PILAH..”
 
Kalau dalam akhbar ruangan hiburan aku paling suka membaca tulisan Ito. Ito pernah menjadi penulis tamu dalam akhbar Berita Harian dalam sekitar tahun 1995. Satu artikel  tulisan Ito  yang masih aku ingat sehingga kini ialah apabila Ito menulis tentang PAS ketika itu. Menurut Ito beliau sering menghadiri ceramah PAS di sekitar Kuala Lumpur, Ito menyatakan bahawa beliau sememangnya tertarik dengan PAS ketika itu. Ito tahu UMNO tak betul sebelum Anwar yang buat-buat baru tahu UMNO tak betul, cumanya yang menjadi persoalan Ito ketika itu adalah sama seperti yang menjadi persoalan Siti Norhaliza. (Nak termuntah bila kena tulis nama budak pompuan yang makan teloq dalam jamban ni). Kata ito ketika itu andainya PAS memerintah di manakah golongan artis seperti mereka (PERHATIAN: Siti Norhaliza bukan artis…. Wekkkkk) PAS hendak letakkan.
 
Kini hampir 10 tahun persoalan itu telah terjawab.. PAS meletakan Ito di atas pentas Dewan Dato” Hj Fadzil Mohd Noor yang selalunya hanya di naiki oleh pimpinan PAS sahaja. Inilah kehebatan pemuda PAS era YB Salahudin. Tahniah Brader Salahudin… We Salute U. Setelah tindakan Demo membantah konsert Scorpions bertukar kepada beramah mesra dengan peminat Scorpions Brader Salahudin sekali lagi mencipta sejarah baru PAS dengan menjemput Ito dan Ghani berada di atas pentas bersama gitar dan harmonica. Tapi kalau selepas ini PAS nak jemput CT Norhaliza naik pentas aku sepak kau YB.
 
Tindakan pemuda PAS era Salahudin mencari kawan dan mengelak bermusuh seharusnya di beri sokongan 200%. Cumanya jangalah hanya hendak mencari undi maka sanggup berbuat demikian. Brader Salahuddin punya orang seni seperti Muhaimi Sulam. Ala kalau Muhaimi tak boleh buat kau panggil je aku……
Pemuda PAS jangan jadi macam orang PAS.. Orang PAS bila NTV7 cerita pasal SKINHEAD depa lagi dahsyat maki SKINHEAD dari NTV7 dan METRO pada hal kat dalam kereta depa tape Hindustan pun ada tapi simpan bawah bangku sebab nak berlagak alim. Brader Salahudin lepas ni kena turun lorong-lorong tempat SKINHEAD gig. Lagi pun rambut Brader dah memang keras jadi mudah la masuk gang SKINHEAD ni. Tanya depa apa pasal UMNO benci depa. Tanya depa kenapa depa benci polis. Tanya depa jugak percaya tak kalau PAS perintah depa boleh gig atas pentas PAS seperti mana yang kita tak pernah menjangka yang Ito akan menyanyi atas pentas PAS 10 tahun yang lalu. Bukankah Rasulullah pernah berjanji pada Suraqah Bin Malik Al Mudlaji yang mahu membunuh Rasulullah dan Abu Bakar bahawa suatu hari nanti gelang kebesaran maharaja Rom akan menjadi milik Suraqah??? Adakah SKINHEAD tak layak mendapat hidayah Allah jika nak di bandingkan dengan orang yang hendak membunuh Rasulullah.

UNICORN THE SKINHEAD
survivalunicorn@yahoo.com - 20.10.2004 (suntingan M@RHAEN: marhaen@gmail.com )


Hantar artikel ini kpd sahabat: