Imam Mahdi Sudah Ada!

Oleh Syeikh Yusuf Ali Nagsi

Tokoh yang lebih legenda daripada Imam Mahdi belum lagi kelihatan disepanjang sejarah manusia. Beliau (yakni: Imam Mahdi) merupakan harapan dari semua harapan dunia. Bagi dunia perhambaan manusia, beliau adalah pusat harapan ke arah mana semua pandangan manusia diarahkan.

Al-Quran menyatakan dengan tegas terjadinya kemenangan Islam secara mutlak di dunia setelah zuhurnya Mahdi yang akan memusnahkan kebatilan dan menegakkan kebenaran berdasarkan ajaran Islam yang sejati, sehingga hanya ada satu agama dan satu pemerintahan di dunia ini - iaitu agama dan pemerintahan Islam, dimana pembentukan pemerintahan dunia merupakan fitrah manusia.

Keyakinan akan datangnya “Juruselamat” dan pembaharu yang ditunggu-tunggu oleh umat manusia, bukan hanya diyakini oleh Sunni dan Shiah saja tetapi juga oleh seluruh mazhab Islam dan agama-agama besar Kristian, Buddha, Yahudi dan Zoroaster.

Tapi hanya Islam yang memberikan bentuk konkrit pada idea yang abstrak itu. Mahdi tidak akan dilahirkan nanti, beliau telahpun lahir dan hidup di antara kita serta merasakan kegembiraan dan kepedihan kita. Suatu saat tertentu beliau akan memperkenalkan dirinya. Oleh kerana seperti itu sebagai muslimin terutamanya kita yang telah benar-benar yakin akan kebersamaan Mahdi dengan kita, harus bersiap-sedia untuk menyosongkan kezuhurannya dengan beramar ma’ruf dan nahi mungkar.

Prof. Henry Corbin dari Universiti Sorbonne, Perancis berkata: "menurut pendapat saya hanya Islam Shiah saja yang terus melestrasikan dan mempertahankan hubungan bimbingan Illahi antara manusia dan Tuhan melalui keyakinan tentang Imamah. Menurut agama Yahudi bahawa kenabian yang merupakan penghubung sejati antara manusia dengan Tuhan berakhir hingga Musa. Dan Kristian tidak lebih setelah Jesus. Juga mazhab Sunni berhenti pada Nabi Muhammad dan kesemuan kepercayaan mereka meyakini bahawa hubungan manusia dengan Tuhan selesai dengan wafatnya Nabi itu."

Hadith-hadith yang otentik dan universal tercatat bahawa dalam beberapa kesempatan Nabi Islam - Khatamun Nabiyyin (semoga salam dan selawat atau beliau dan keturunan beliau yang suci) - telah bersabda bahawa setelah beliau, akan dilanjutkan dengan duabelas Amir (menurut versi lain duabelas Khalifah), di awali dengan Ali dan di akhiri dengan Mahdi. Beliau bersabda pula bahawa Mahdi adalah keturunan dari Imam Husain pada generasi yang kesembilan. Pada hadith-hadith lain dengan jelas Rasulullah s.a.w menceritakan tentang ghaib dan zahirnya kembali Imam Mahdi.

Perlu dicatat bahawa seorang ahli sejarah terkenal At-Tabari telah mengabdikan di dalam kitab sejarahnya tentang ghaibnya Mahdi, juga turut dicatat di dalam kitab-kitab para ahli hadis dalam mazhab Shiah selama Imam Baqir dan Imam Shadiq, jauh sebelum waktu kelahiran Mahdi. Fakta sejarah ini kiranya cukup untuk menjamin kebenarannya.

Para ulama Sunni juga menyatakan dan mencatat di dalam lebih dari 70 buah kitab dan beratus-ratus hadith tentang Mahdi dengan penilaian mereka sendiri yang dapat dipercayai. Diantara mereka adalah:

Musnad : Ahmad Bin Hanbal (wafat 241 H)
Shahih Bukhari : Muhammad Bin Ismail Bukhari (wafat 256 H)
Shahih Muslim : Muslim Bin Hajjaj Nishapuri (wafat 261 H)
Sunan Abi Dawud : Sulaiman Bin As’ats Sijistani (wafat 275 H)
Sahih Tirmidzi : Muhammad Bin Isa Tirmizi (wafat 279 H)

Para penulis kitab ini ada yang di antara mereka hidup sebelum lahirnya Imam Mahdi, dan ada pula diantara mereka yang hidup setelah lahirnya Mahdi. Di
antara sabda Rasulullah s.a.w tentang Mahdi ialah:-

Menurut beberapa hadith Rasulullah s.a.w dan yang disampaikan pula oleh para Imam, bahawa Mahdi dilahirkan di Samarra (Iraq) pada pertengahan Bulan Sya’ban 255H. Ibunya bernama Narjis manakala bapanya ialah Imam Hasan al-Askari. Di saat tertentu ia ghaib dan terus berhubungan dengan para pengikutnya hingga selama 70 tahun, dan kejadian ini dikenal dengan sebutan keghaiban sughra atau ghaib kecil. Setelah itu terjadi keghaiban kubra atau ghaib besar di mana hubungan langsung telah terputus. Kemudian Al-Quran secara jelas menyatakan bahawa nanti akan terjadi suasana kebenaran yang hakiki manakala orang soleh akan menjadi di penguasanya.

Hal ini dapat dilihat dengan jelas melalui rakaman Al-Quran dalam surah An-Nuur: 105, Al-Anbiyaa: 105 dan At-Taubah: 32 & 33.

Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh, bahawa di sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNya untuk mereka, dan dia akan benar-benar akan menukar (keadaan), sesudah merekaberada di dalam ketakutan menjadi aman sentausa. Mereka tetap menyembahKu dengan tiada mempersekutukan sengan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barang siapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, mereka itulah orang-orang yang fasiq (An-Nuur : 55)

Dan sungguh telah kami tulis di dalam zabur sesudah kami tulis dalam lauhul mahfuzh, bahawasanya bumi ini dipusakai hamba-hambaKu yang soleh (Al-Anbiyaa : 105).

Dan, dalam surah At Taubah pula,

Mereka berkehendak memamdamkan cahaya (agama Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka dan Allah tidak mengkehendaki dselain meyempurnakan cahayanya, walaupun orang-orang yang kafir tiada menyukai.

Dialah yang yang telah mengutus RasulNya dengan membawa petunjuk (Al-Quran) dan agama yang benar (Islam) untuk dimenangkannya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrik tiada menyukainya (At-Taubah : 32 & 33).


Artikel ini terpaksa disiarkan bertujuan untuk menyanggah pandangan berkaitan dengan Imam Mahdi menurut perspektif YAB Ustaz Abdul Hadi Awang, Presiden PAS (seperti yang disiarkan dalam web ummahonline.cjb.net: Al-Mahdi dalam pemikiran Presiden PAS) - di mana terdapat beberapa kepercayaan beliau adalah sangat jelas bercanggah dengan ketetapan Al-Quran dan himpunan hadith Rasulullah s.a.w. Justeru itu, dengan penyiaran artikel ini, mungkin sedikit sebanyak dapat memberikan kefahaman yang sebenar kepada umum akan persoalan Imam Mahdi serta mengelakkan kita daripada terjebak dengan kefahaman dan pemikiran yang menyeleweng, palsu dan merbahaya.

UmmahOnline Team
ummahonline@yahoo.com
http://www.ummahonline.cjb.net - 20.12.2003

MAKLUMAN: Mereka (pihak penguasa) boleh berusaha menutup laluan ke Laman FAC, tidak mustahil mereka akan lakukan perkara yang sama kepada Laman M@RHAEN. Sebagai langkah persediaan, sila daftarkan emel anda ke Mailing List M@RHAEN. (klik untuk membaca penerangan berkaitan Mailing List M@RHAEN)

Blog M@RHAEN: http://www.polarhome.com:793/~marhaen2k/marhaen/weblog.php?id=0
Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/
Dapatkan maklumat terkini di Forum M@RHAEN.



Anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN.i

Click Here!